HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Thursday, December 30, 2010

Dunia Baru Aku






Hai, dunia :).


Well. Inilah dunia baru aku. 

Baru nak belajar-belajar tulis blog. Tak tahu lagi nak menjuruskan blog aku ni kepada genre macam mana. Belasah jelah labu.


Kepada orang di alam maya, saya budak baru belajar. Kalau salah tolong ajarkan :).


Gambar hiasan dari Mr. Google

Friday, December 24, 2010

Kalaulah Ada Mesin Masa






Alangkah indahnya kalau dapat kembali ke zaman lampau. Zaman yang pernah kita lalui dulu. 


Kalaulah ada mesin masa aku nak balik zaman sekolah masa kat MRSM dulu. Aku nak ambik balik SPM. HAHA. Larat koooo.


Result aku bukanlah buruk sangat pon. Tapi tah. Aku rasa aku boleh buat lebih elok dari tu. Tapi tak guna dah nak nyesal. Nasik dah jadik taikkkk pon kan. HAHA.


Untuk adik-adik sekalian yang nak amik SPM, belajar betul-betul. Jangan jadik macam ahkak ni. Study biar lepak, result biar gempakk. Itulah prinsip ahkak zaman sekolah dulu. Lepak je, memang gempak ah sangat result ko kan HAHA. 5A kira gempak jugaklah kan. Tak yah nak banding dengan Amalina Che Bakri. Cicir jauhh ahkak sobs.

"One day at a time -- this is enough. Do not look back and grieve over the past for it's gone; and do not be troubled about the future, for it has not yet come. Live in the present, and make it so beautiful it will be worth remembering."

Wednesday, December 22, 2010

Takda Siapa Sangka Aku Akhirnya Jadik Camni



 "The beginning is the most important part of the work." - Plato

Dulu kan orang bajet muka aku nih bakal jadik dokter. Dokter koo. Kemain kan. Yelah dengan spek tebal. Berkepit dengan buku siang malam. Kalau periksa tahunan semua hadiah matapelajaran aku borong (masa sekolah rendah ah). Sampai berpuluh hadiah kotak pensel aku dapat. Yalah kalau dah subjek BM hadiah kotak pensel, hadiah subjek math kotak pensel, hadiah subjek alam dan manusia kotak pensel tak ke abah aku dapat menjimatkan wang sebab tak perlu beli kotak pensel untuk aku? 


Tapi langit bukannya selalu cerah. Macam tu jugaklah dengan nasib aku. Nasib malang yang sendirik carik. Lepas PMR aku dapat masuk MRSM. Sampai sana aku cam kena kejutan kot. Aku jadik cam malas sangat nak belajar. Walaupon SPM aku gred 1 dan subjek biologi (biol + logi) aku dapat A2 tapi aku malas nak amik jadik dokter. Dan aku bersyukur sebab tak amik medik. Kalau tak misti hidup aku suffer je harini.


Tapi tulah. Walaupon lepas tu aku sambung belajar sains komputer aku tak pegi carik pon keje dalam bidang tersebut. Aku bosan. Aku jadik tutor aku berenti sebab malas nak belajar. Jadik cikgu GSTT setahun lebih aku berenti dan memang diberentikan pon sebab mengandung. Lepas tu memang aku tobat dah nak jadik cikgu. Mintak ampunnlah. Kalau upah aku RM1 juta memang aku tak tolak jadik cikgu kahkahkah. Bodohlah nak tolak RM1 juta kan. 


Tapi tulah. Aku ni tak suka kerja sebab duit semata-mata. Aku nakkan something yang boleh buat aku happy. Bangun tido wah semangat nak buat keje giteww. Lastly, aku buat bisnes dari rumah je. Buat AVAIL. Barulah aku tau rupanya aku nih suka keje sendirik je. Tak kesahlah keje tu hebakkk di mata orang lain ke tidak janji halal udohh.


Baru-baru ni waktu borak dengan ex-roomate aku masa kat Muar dulu dia langsung tak sangka aku akan terjebak dengan perniagaan. Dia kata dari muka dan gaya aku yang lemah lembut (kononnnnn) dia syak aku misti terjadik cikgu. HAHA. 

Tuesday, December 21, 2010

Sajak-sajak Seorang Ibu






Haha.

Apabila menjadi seorang emak ni kadang-kala dalam hati ada taman. Sajak di bawah ini saya ambil dari blog seorang teman iaitu dak diana. Saya baca sajak ni berulangkali, walaupun gaya bahasanya sempoi tapi menusuk ke dalam jiwa. Cuma bagi saya bila-bila rasa dejavu tu sampai, buatlah benda-benda yang lain sikit daripada biasa jadi takdelah rutin sama aje tiap-tiap hari. Cuba bayangkan orang lain yang tak ada peluang nak rasa apa yang kita rasa..

dejavu seorang ibu

menjadi seorang ibu
bermakna
anda perlu basuh botol susu anak
selama anak itu membesar..
dalam kes saya dah 6 tahun, and more years to come..

menjadi seorang ibu
bermakna
anda perlu bergegas masak
bila2 masa anak anda kelaparan

menjadi seorang ibu
bermakna
anda perlu multifunction
yakni sebagai ibu, bibik, cikgu, pencerita, pendengar cerita yg sama utk 30 kali dll..

menjadi seorang ibu
bermakna
keperluan anda nak pi facial muka yg mula berkedut
dan juga membeli kasut baru
jatuh ke tangga 142 dan 143 dalam senarai
yg mana
tangga 1-100 adalah list utk anak2 sahaja

menjadi seorang ibu
bermakna
anda memikirkan manusia lain iaitu anak anda
selama 25 jam sehari
iaitu tambahan sejam dalam mimpi
(*eh sukahatilah i nak gandakan masa di dalam mimpi..*)

menjadi seorang ibu
bererti
anda mesti belajar masak
like my mum golden words bile i decide i tak perlu belajar masak dulu
'nanti bile anak kau mintak makan kau mesti akan masak'
betul pulak tu..
omak.. omak.. dak diana dah buleh masak dah.. wakaka..

menjadi seorang ibu
bermakna
anda akan melalui
rutin yg sama
bangun pagi, siapkan anak, hantar ke penjaga, amik, masak, tidurkan
selama mana anak anda itu membesar di depan mata

menjadi seorang ibu
yang bekerja
bermakna anda akan menanggung rasa bersalah
seumur hidup
kerana menghantar anak anda untuk dijaga oleh org lain
entah dorang sayang ke tak anak kita tu..

menjadi seorang ibu
bermakna
anda terpaksa biasakan diri hidup dlm rumah yg bersepah dgn permainan

menjadi seorang ibu
bermakna
anda rasa ngeri bile ingat saat nak melahirkan
tp rasa bahagia bile tgk muka anak for the 1st time
and for the rest of their life

menjadi seorang ibu
tidak bermakna
kita perlu menjadi kaya
utk membahagiakan anak
cukuplah kaya dgn kasih sayang
(*ayat menyedapkan hati dr si tak kaya.. wakaka*)

menjadi seorang ibu
adakalanya membuatkan anda nampak sememeh
bile tudung senget ditarik anak
dan seluar lencun kena susu tumpah

menjadi seorang ibu
tidak bermakna
i perlu menjadi perfect mum
yg tak marah anak, or pukul anak bila buat salah..
senyum sokmo bile anak buat peel..
tak perlu perfect gitu..

menjadi seorang ibu
bermakna
ANDA PERLU FEELING DEJAVU EVERYDAY
rasa macam benda2 ni dah dilalui tiap2 hari
sekali-sekala rasa boring tu biasalah
itu maknanya i ni normal
kecuali i ni robot
takde deh dejavu-dejavu nih..

menjadi seorang ibu
menjadikan anda tidak lagi adventurous
kalau dulu buleh travel melebihi 2 marhalah anytime
sekarang jadual anak belajar, tido, harus diambilkira

menjadi seorang ibu
pasti jadikan kita perindu
bila anak2 kita mula meninggalkan kita
ke kehidupan yg mungkin menjanjikan bahagia.. insyaallah
bukan lagi dengan duduk di pangkuan kita
dan mendengar kita bercerita ntah hapa2 dan auta semata2

menjadi seorang ibu
mengingatkan kita
bahawa tuhan sgt mengasihi kita dengan mengirimkan
jiwa2 kecil yang membuat kita sibuk sentiasa

jadi Tuhan maafkan aku
kalau aku ada mengada-ngada
aku harap doa jiwa2 kecil itu
membuatkan Kau memaafkan aku..

Monday, December 20, 2010

Selamat Datang 2011





Tak lama lagi nak masuk tahun 2011. Semoga tahun depan akan bertambah membahagiakan hidup saya. Semoga bisnes saya berjalan dengan baik dan semoga sempatlah saya membahagiakan hidup orang-orang di sekitar saya..:).

Babai..2010.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal