HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Monday, February 28, 2011

Resipi Beef Kuew Teow



Assalamualaikum..

Cis. Macam gud-gud je aku nak tulis resipi :p.


Bahan²:

  • Kuew teow (cucilah dulu dan toskan)
  • Daging lembu 
  • Bawang putih 4-5 ulas (racik²..nak ketuk penyek juga boleh)
  • Bawang besar (potonglah bulat² bagi nampak menawan..tapi awas jangan makan banyak² boleh lemah daya ingatan)
  • Sayur²an yang disukai seperti tomato, bunga kubis atau daun pegaga juga boleh kalau suka  ;p
  • Aneka jenis kicap dan sos tiram
  • Tepung jagung
  • Telur

Langkah²:
  • Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Gorengkan kuew teow dengan kicap. Ini just nak kasik kuew teow kita hitam. Hitam itu menawan dan lebih menggiurkan berbanding putih ya huhu.
  • Tumis pulak bawang putih dengan bawang besar tadi. Setelah berbau wangi masukkan tomato juga. 
  • Masukkan pulak daging. Lebih baguslah kalau daging sudah direbus dulu (kerja membuat kuah lebih cepat). Kalau sudah rebus masukkan sekali air dagingnya. Masaklah sampai mendidih.
  • Masukkan aneka kicap dan sos tiram.
  • Masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dengan sedikit air masak. Ikut suka nak pekat mana
  • Masukkan sayur dan akhir sekali telur.
  • Tak payah garam pon takpa pasal kicap dah masin tadi kan.


Saturday, February 26, 2011

Hari Ni Takda Orang Bodoh Kat Jalanraya!

Assalamualaikum..

Meh baca cerita yang benar belaka ni:

Suatu pagi seorang ibu menghantar anaknya pegi sekolah. Biasanya ayahnya yang hantar tapi sebab ayah pegi outstation maka mak dialah yang ambik alih tugas tersebut. Dalam perjalanan ke sekolah..


anak: mak harini kenapa takde orang bodoh kat jalanraya ni mak?
mak: owh..orang bodoh tu semua keluar kalau bapak kamu je yang drive
anak: owhh..yer ker



[tolonglah..i ni jelita tau..sanggup u gelar i bodoh..apa u ingat van buruk u tu best sangat ker??]



Moral of the story:
  1. Bawak kereta betul² kalau tak mau digelar "bodoh" (hoi..aku penah kena nih sebab aku memang tak cekap bawak kereta..dek peristiwa tu aku memang trauma nak drive lagi..sob!sob!)
  2. Bersabarlah di jalanraya sebab semua orang pun nak cepat juga..


Notakaki:
Mungkin ada yang pernah baca ini di mana² sebab memang bukan aku yang reka cerita ini walaupun cerita ini bukan rekaan melainkan benar belaka.

Thursday, February 24, 2011

Gelihati Dengan Telatah Si Dia

Pagi tadi aku sibuk berblogging. Di blog ini dah jugak blog satu lagi: inspirasi sihat&cantik. Dalam masa yang sama menguruskan pesanan customer. Tanpa aku sedar pagi dah nak masuk tengahari. Baru perasan dah pukul 11..si kecik aku tak mandikan lagi. Okeh..dia pun dah bising. Mari mama mandikan. Dia pun dah buat keje tambahan dalam pampersnya. "Mari acam ucuk mama", sambil cium² pipi gebu dia. Alangkah bagusnya kalau pipi aku segebu dia.

Sebelum mandikan dia aku nak membuat bisnes dulu jadi aku biarkan dia di luar bilik air. Dia bising² lagi. "Tunggulah kejap", aku cakap kat dia. Tiba² aku tengok dia blah dari pintu bilik air (aku biarkan terbuka senang nak pantau dia buat apa). Oh, rupanya dia kembali lagi dengan tuala di tangannya. Yang buat aku gelihati boleh pulak dia pilih tuala yang betul. Dekat penyidai ada 4 helai tuala - tuala papa, tuala aku, tuala kakak dan tuala dia. Aku mula ketawa. "Oh, adik tak sabar nak mandi yerr", kata aku.

Alih² dia menghilang lagi lepas aku sangkutkan tuala dia di pintu bilik air. Dia datang balik dengan tuala kakak dia pulak. Memang kadang² dia mandi dengan kakaknya. "Dik..kakak dah pegi sekolah. Adik mandi dengan mama ajelah. Pegi ambik tuala mama", saja aku nak duga sejauh mana dia paham apa yang aku cakap. Dia pun campak tuala si kakak ke lantai dan menghilang. Datang lagi dengan tuala aku di tangan!

Sungguh..aku happy sangat sebab dia nampaknya dah mulai paham apa yang orang cakapkan. Kalau sebelum ni dia paham kalau kita minta dan bagi bola pada orang tertentu nampaknya sekarang dah bertambah  lagi kecerdikan dia. Inilah antara saat² manis bergelar ibu. Korang semua yang dah ada anak mesti rasa yang sama macam aku kan?


[zharif zikri si penggeletek hati mama, papa dan kakak]


Moral of the story:
Yang belum kawen..jangan buat anak sebelum kawen. Nanti bila dah kawen dan dapat baby tak ke sedih bila teringat baby lama yang mungkin dah dicampakkan ke mana²..

Wednesday, February 23, 2011

Jom Ramai² Kenduri Coklat Di UTM!

Assalamualaikum..*_*

Korang suker makan cokelat? Selain hantu pengat betty jugek hantu cokelat. Tapi dulu kan betty penah menjadi tembam sebab hari² makan cokelat tau :(. Betty ingat muka tembam comel sebab betty tengok roomate betty yang pipi tembam tu comey sangat macam ct nurhaliza (masa tu ct baru nak glemer..nyanyik lagu kau mawarku..hari² betty cas suara cam ct nyanyi lagu nih kat bilik air). Tapi biler tengok betty tak jadik comey pun kalau tembam maka betty memilih untuk melupakan cokelat selama setahun. Kalau kawan offer cokelat pun betty buat² sopan menolak cara baik walau dalam hati tak rela.

Tapi sekarang betty dah kurus sangat macam orang somalia. Jadi betty tak kesah dah nak makan cokelat banyak². Tapi dah jarang beli cokelat sebab nak jaga kesihatan. Maklumlah dah tua..kenalah jaga perut, jantung, buah pinggang nih. Cokelat tak salah pun kan tapi dalam cokelat yang jual tu diaorang tarok gula banyak kan nak bagi cokelat tu manis.


[ummm..ngap!ngap!sedap giler weh cokelat]

Sebenarnya nak bagitau kat korang mulai besok sampai jumaat ada chocolate fair kat UTM tau..

Sebenarnya bukan cokelat jer tapi Pesta Buku&Coklat..tapi betty asyiklah teringat kat cokelat semata²..tp inche' papa awal² dah ingatkan: "jangan bazir duit beli cokelat..papa nak beli iphone"..

Erkk..apa kaitan cokelat dan iphone? Tak paham sungguh beta..kijamlah tak boleh beli cokelat sebab nak beli iphone..takda kena-mengena langsung ok..

Hah..jagalah cokelat² sekalian..nanti betty datang dan menggigit kamu semua sedap²..tunggu tau!

Korang semua yang duduk jb marilah datang ramai² meriahkan pesta nih..yang duk jauh pun boleh datang..yang bukak booth bukan setakat orang johor jer..orang dari negeri lain pun ada bukak booth..tadi betty dah pegi tengok..ada gerai dah siap susun cokelat dan marshmallow dia..nyumm3x..rasa nak petik² jer cokelat yang diaorang dah hias jadi pokok tu..

Pesta Buku&Coklat ni akan dibuat di Dewan Sultan Iskandar (tempat kenangan konvokesyenku). Ada banyak aktiviti lain jugak. Macam esok ada derma darah..hari Rabu ada amnesty day bahagian keselamatan UTM&PSZ (agaknya aktiviti apa tu?), jualan buku terpakai..last day ada cabutan bertuah. Tadi kat depan PSZ (library UTM) pun nampak meriah..ada gerai jualan jugak rasanya..

Selama 3 hari betty akan menginap di dunia sedap tu nanti..kiri kanan depan semua cokelat..betty buat apa nak nyibuk kat sana yer??? adalah..hehe..





Friday, February 18, 2011

Fasha Sanda Takda Perasaan..

Sori eh..fasha. Nama awak sorang jer kita tulis kat tajuk. Awak hot. Kita suka awak. Apa agaknya perasaan mereka eh? Dipuji, dipuja..memang best tapi juga dikutuk, dicaci dan dimaki..tapi macam mana diaorang boleh tahan eh? Kau sanggup? Cuba bayangkan berada di tempat diaorang...sejauh mana kau sanggup menahan kesabaran?


[gambar pinjam dari google]

Aduh..manisnya fasha kalau bertudung. Teruk kena kutuk sebab macam² kontroversi yang dia timbulkan. Kesian jugak betty tengok dia. Macam mana perasaan dia yer? Takkan seronok kut ekk. Betty tak nak kutuk dia ah..sebab betty pun bukan manusia sempurna (umpat sikit² kat umah dengan mr papa tu adala jugek..tak baek tau).


[mintak ampun yer pinjam gambar en google]

Memey pun sama jugak. Macam mana dia boleh hadapi masyarakat eh. Kena tangkap khalwat lagi. Isu gaduh tak berkesudahan dengan abby abadi lagi. Agaknya kalau betty di tempat dia duk berkurung jer dalam rumah. Betullah mr papa cakap "mama jangan berangan nak jadik artis..mama bukannya kuat..mama tu lembek.." eh? betty ada hati nak jadik artis ke? 


[pinjam ajer dari google]

Apa pulak rasanya menjadi wanita cantik seperti dia? Betty lebih suka tengok wajah dia masa mula² dia berlakon dulu. Manisss sangat. Hingga betty rasa dialah wanita tercantik semalaya. Tapi sekarang dah kurang sikit..tak taulah sebab apa? adakah mekap dia terlampau tebal? atau bulu mata palsu terlalu lebat?


[ambik kat google jer]

Waktu dia mula² muncul dulu betty suka tengok kecomelan dia (sekarang tak comel lagi). Walaupun orang sering mencari kelemahan wajah dia (kenapa ah orang suka carik kat mana cacatnya wajah siti..eh dato' siti..maaf yer) tapi memang pun teknik mekap telah menyebabkan wajahnya jadik macam puteri lindungan bulan. Tapi okeh ah tu..daripada kita yang bermekap tapi masih tak cantek. Apa rasanya jadik dia yer..punya segalanya di dunia ini..nama, harta, pangkat walaupun belum punya harta paling berharga iaitu cahaya mata.


[maaf yer redmummy..ambik gambar ni dari google..wah..merahnya]

Redmummy..Apa rasanya menjadik blogger popular weh? Taraf blogger popular nih dah macam artis dah wei. Sana-sini orang kenal. Sikit-sebanyak privasi pun hilang kut bila orang kenal nih. Cuba bayangkan kalau betty popular:

"eii..itukan cikbetty yang femes tu..tak senonoh ah dia..gelojohnya dia makan"

"itu ker cikbetty?? hah..memang tak cantek pun dia kann..fesyen baju dia..ewwww..tak hot langsung"

"hoi..tangkap gambar cepat..cikbetty tengah korek idung tuuu..panasss nih"


Kesimpulannya..sanggupkah kau jadik orang popular? Privasi dan ketenangan hidup kau mungkin terganggu-gugat. Mula² memang syoklah..tapi kitakan bukan manusia sempurna. Mesti ada cacat-cela. Tahan tak hati bila orang mengutuk dan mengeji. Yerlah..bukan senang nak puaskan hati semua orang kan..

Thursday, February 17, 2011

Roti Sardin Goreng!!

Wah..kemain sejak² nih asyik tulis entri makanan jer. Ini kan belog ibu²..standardlah. Kalau takda entri makanan..masak-memasak memang tak sah. Tapi mana boleh lawan entri masakan mat gebu yang meleleh air liur dibuatnya.

Hari ni betty cuma buat roti sardin goreng ajer untuk breakfast. Makanan ni buat minum petang pun sedap. Kalau dulu betty selalu celup roti yang dah letak sardin tu dalam telur lepas tu goreng. Tapi kali ni roti sardin tersebut dicelup dalam bancuhan tepung untuk menggoreng pisang. Sedap uii makan waktu panas² sebab rangup macam biskut (poyo ah..)

Bahan²:
  • roti
  • sardin
  • bawang besar (diracik²)
  • cili merah (dibuang biji dan diracik juga)
  • tepung beras
  • kunyit serbuk
  • sedikit garam (tak letak pun takpe kut)


Cara membuatnya:
  • Mula² sekali mesti buat inti sardin tu dulukan..biasanya betty buang sos sardin yang ada dalam tin tu. Betty cuma ambik sardinnya. Hancur²kan sardin lepas tu tambah bawang dan cili yang dah diracik tadi. Kalau korang ada resipi lain nak buat inti ni ikut sukalah. Betty tak reti memasak sangat.
  • Lepas tu masukkan inti dalam roti separuh bahagian ajer. Lipat roti dan potong dua bahagian.
  • Dah siap proses memasukkan inti dalam roti bancuhkan tepung beras+air+serbuk kunyit+sedikit garam. Ada bahan lain tak untuk bancuhan tepung menggoreng pisang ni ha?? Haha..nampak sangat selalu beli goreng pisang tepi jalan jerr..
  • Lepas tu celup roti tadi dalam bancuhan tepung dan gorenglah dengan menggunakan minyak masak jangan minyak petrol lak..kang terbakar lak umah..


Taraaa..dah siap. Senang jer. Memang sesuai dengan betty yang tak pro masak ni. Tinggal sikit jer sebab betty dah ngap dulu. Tak senonoh ahh makan dulu baru snap gambar. Tak tahanlah. Keluar dari kuali jer terus masuk mulut. Ngap!Ngap!Ngap!


notakaki:
untuk budak kecik berdua tu betty cuma goreng roti ni dengan bancuhan tepung tanpa diletak inti sardin..kalau tak nanti dibuangnya inti..membazir sungguhhh (ikut perangai siapa tu???..akula kut sebab selalu buang inti karipap masa kecik)

Wednesday, February 16, 2011

Hantu Pengat!

Hantu pengat? Betty lah hantu pengat. Selain kek dan puding betty suka+suka+suka sangat makan pengat. Walaupun tak pandai masak tapi nak menyibuk jugak buat entri masak-memasak ni. Betty suka masak pengat sebab senang (kononnya). Orang tak reti seni memasak terutama membuat kuih macam betty ni sesuailah buat pengat. Betty cukup suka buat (baca: makan) pengat labu walaupun tak suka makan sayur labu. Betty tak taulah resipi pengat betty ni betul ke tidak tapi saper² yang tak pandai masak boleh cuba kut. Tapi bagi yang terer tu bolehla betulkan resipi betty ni.

Bahan²nya:
  • Buah labu (boleh ganti dengan pisang ke keledek ke..)
  • Gula merah (nak guna gula melaka boleh gak kut..)
  • Sagu biji
  • Santan dalam kotak (nak senang..betty suka benda² senang)
  • Daun pandan (untuk apa tah betty pun tak tau..agaknya nak bagi wangi..so letak ajer..tak letak pun takpe kut)
  • Sedikit garam

Cara² membuatnya:

Mula² mestilah kena kopek buah labu (part ni betty paling maleh..keras wui nak kopek tapi nak makan punyer pasal mestilah kena sabar..sabar ye betty kopek pelan²). Buang biji² labu tu (atau keringkan jadik kuaci kut). Lepas tu potong labu kecik² tak kesahlah bentuk empat segi atau tiga segi tapi jangan kecik sangat. Dah siap cuci rebuslah potongan labu² tadi dengan air kat dalam periuk (mestilah takkan dalam kuali ke sauce pan pulak).

Sambil menunggu labu lembut sikit, gula merah tadi yang dah duk dalam cawan dicampur air panas. Banyak mana gula merah nak guna ikut tahap kemanisan yang korang sukalah. Betty suka letak banyak sebab suka makan manis..haha..tak baik untuk kesihatan..adalah dalam 6-7 sudu besar ikut kesesuaian saiz hidangan yang dimasak. Janganlah kau masak sikit tapi taruk gula banyak² kang pengsan lak nak makan.

Sambil merebus (labu cepat lembik jadi janganlah rebus lama²) masukkan gula merah yang dah cair tadi ke dalam periuk. Tapi jangan main tuang jer. Gunakan penapis sebab kadang² dalam gula merah yang kau beli kat kedai tu ada pasir dan tali guni..huhu.

Lepas tu masukkan sagu biji dan jugak santan. Betty selalu guna 1/2 kotak jer sebab tak berapa suka makan santan. Ikatkan daun pandan macam reben lepas tu campak dalam periuk. Taruk garam sikit. Kacau² sekejap. Rasa² macam dah masak bolehlah tutup api. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais. Lepas tu baru makan. Huii..memang sedap. Maid indon kat rumah adik betty pun suka makan pengat labu ni. Orang indonesia panggil makanan ni kolak.



Sebenarnya ini saki-baki pengat labu yang ada. Tak senonoh betul. Dah balun baru nak snap gambar. Pengat labu betty ni terkurang air dah jadik macam puding. Tapi sedap jer. Betty makan tak berenti². Agaknya kalau mak mentua lalu pun tak perasan.



Haritu masa nak pegi tanjung piai betty nampak kat tepi jalan banyak jual pisang yang panjang² (baca: pisang tanduk). Teringin nak buat pengat pisang tanduk pulak. Jadi masa on the way back singgahla beli pisang ni. Mak betty cakap campur keledek sedap jugak. Betty pun beli keledek sekali yang buahnya kaler oren macam carrot bila dimasak. Nampak cantik sikit kaler² dalam periuk. Cara masaknya betty buat sama jer macam masak pengat labu.



Antara kedua² jenis pengat ni betty lebih suka pengat labu. Macam lemak berkrim gitu rasanya. Pengat pisang macam masam² sikit. Mr papa pengat bukanlah favourite dia. Tapi kalau ada dia makan ajer. Dia tu senang tak cerewet makan. Si risya cuma makan kuah pengat dan sagu bijiknya. Si adik cuma makan pengat pisang+keledek. Apesal dia tak suka labu hah? 



notakaki: 
Buah² kaler kuning macam labu dan keledek ni mempunyai khasiat beta-carotene yang merupakan sumber untuk vitamin A. Ada karbohidrat dan vitamin C jugak. Juga boleh mencegah kanser.

Aktiviti Hari Ahad: Di Penghujung Tanah Besar Benua Asia

Hari: Ahad
Tempat: Taman Negara Tanjung Piai

Penah jejakkan kaki ke sini? Betty nama jer orang johor tapi inilah first time datang ke tempat ni. Itu pun sebab ada kenduri kawen dekat Serkat (dekat je dengan taman negara ni). Kalau tak memang tak pegi. Jom tengok gambar² betyy sekeluarga di sana:



 Apesal la blur pulak gambar ni. Tak pro la mr papa snap gambar. Lagipun guna hpon jer. Isk! Ni yang tak sabar nak ada kamera nih. Oh..tadi dah cakap kan pegi kenduri kawen sebab tu betty dan si risya pakai baju yang memang tak sesuai untuk pegi jalan².



Ni betty pulak yang snap gambar. Sama jer ropenya. Blur semacam jer. 



Betty dan dua permata hati. Si Risya tu dok pegang bunga telur yang dibawak dari rumah nyai dia. Dia perasan dia pari² bila pakai gaun.



Panas teriklah masa ni. Tapi nak bergambar jugak. Lagipun tempat ni tutup awal. Jadi memang kena pegi waktu matahari masih memancar². Tapi angin laut sedap sungguh.



Tahniah yer betty dan zikry. Sekarang kami sedang berdiri di penghujung selatan tanah besar asia. Bangga²..hehe.



Sebenarnya mr papa snap gambar monyet² kat sini. Banyak sangat monyet. Tapi mana monyetnya yer?? ghaib la pulak. Misteri nih..



Ha..adala monyet. Nampak tak??



Gadis² comel dari jepun. Eh..ada terselit jejaka sorang. Diaorang nak bergambar dengan rakyat tempatan. Macam kagum jer diaorang bila betty sebut "moshi-moshi" dan "arigato"..sebenarnya dua perkataan tu jer yang betty tau. Hehe..

Monday, February 14, 2011

Belogwalking: Penziarahan Yang Menggerunkan!

Masa: Petang
Tempat: Ruang tamu

Luangkan masa pegi belogwalking. Niat nak ziarah kawan². Tapi rasa berkobar² bertukar menjadi berdebar² bila bukak belog orang keluar mesej:



Oh..apa dah jadi ni? Makin banyak pulak belog kawan² yang diserang malware. Beberapa minggu lalu mamamirza..malam tadi belog kak chik dan tadi belog gadisbunga. Kempunan betty nak baca entri terbaru diaorang. Tapi rasanya belog mamamirza dah ok. Katanya malware berpunca dari shoutbox dia.

Jadi belog² yang diserang malware terpaksa betty keluarkan dari senarai beloglist terlebih dahulu. Nanti bila dah ok..betty akan masukkan semula belog kalian. Minta maaf banyak². Betty risau kalau² malware ni serang belog betty pulak. Belog betty ni tak ramai orang kenal lagi jadi manalah tahu kalau² kena serang takda siapa nak inform pada betty.



Betty ada baca sikit pasal malware kat >> SINI


notakaki: cepat² call mr papa minta carikan software antivirus baru..

Aktiviti Hari Sabtu: Contest Kaler²

Hari: Sabtu
Tempat: U-Mall Tmn Universiti, Skudai

Luangkan masa memenuhi permintaan anak sulung betty, si risya yang beriya² nak masuk contest mewarna. Pada awalnya kami menyuruh dia pergi tapi dia enggan. Tapi bila dilarang pergi dengan alasan mama dan papa banyak kerja dia mengaruk hendak pergi (anak betty memang aneh sikit..dia suka buat benda yang berlawanan dengan apa yang mama dan papa dia kata). Betty dah tau pe'el dia..jadi bila nak suruh dia mandi betty cakap kat dia.."sya tak payah mandi yer..biar adik je mandi..nanti membazir air"..pasti dia menjerit² hendak mandi..haha.


Anak betty bukannya pandai sangat mewarna dan melukis (mungkin mewarisi tangan mama dan papanya yang keras) tapi alhamdulillah bila join contest pasti ada habuan untuk dia (sebenarnya ini baru kali kedua dia masuk contest). Kali pertama masuk contest tahun lepas..betty tengok tahap mewarna dia memang takda harapan nak menang tapi takpe asalkan dia berani nak cuba. Kami berdua balik tanpa tunggu pengumuman hadiah (papa dia takda..betty terpaksa dukung si adik yang badannya semangat..tak larat). Rupa²nya risya menang hadiah saguhati. Heran juga. Rabun kot mata penganjur.


Kali ni dia join dapat nombor 3. Oklah tu..ada peningkatan (sebenarnya peserta x ramai..hehe). Ni gambar² risya masa contest yang sempat betty snap guna hpon yang kameranya tak best sangat:



Masa diberi 1 jam lebih tapi risya berapa minit jer dah siap kaler. 



Inilah hasil mewarna si risya. Bolehlah..kalau dulu dia mewarna cair jer (maklumlah guna pensil kaler yang kecik tu jer).



Risya nak mulakan sesi menambah² kat lukisan tu. Dia sebenarnya malas dah. Risya memang cepat bosan.



Hah..tengoklah kaler dia bawak. Punyerla banyak. Betty dulu masa kecik takde kaler² macam tu. Satu present dari nyai dia satu lagi memang kena beli untuk art school dia.

 

Hebat budak² ni. Diaorang boleh mewarna tanpa melihat. Diaorang dah dilatih untuk menggunakan mata ketiga. Harga kursus membuka mata ketiga ni dalam RM680. Cuma 2 hari jer dah boleh sukses. Betty nak bukak jugak mata kat dahi betty ni tapi instructor tu kata orang dewasa dah tak boleh. Mata ketiga dah mati. Hadoii.



Risya yang dah bosan lagi. Budak sebelah dia tu dapat nombor 1. 



Dapatlah hamper sebagai hadiahnya. Dapat sijil jugak. Ada story masa nak ambik hadiah ni. Risya biasalah macam biasa buat perangai (gara² tak dibenarkan main bola tikam). Kena marah dengan mama dan papa. Ambik hadiah dengan linangan air mata. Mesti orang keliling ingat betty ni mak yang garang tapi hanya betty yang faham karenah anak betty yang sebenarnya. Apa² pun dialah racun..dialah penawar. Jantung ati betty tak kira macam mana pun pe'el dia.

Sunday, February 13, 2011

Dah Dapat Hadiah!!

Dari haritu betty tertunggu² hadiah kemenangan contest kak chik. Akhirnya hari sabtu haritu dah terima. Suka+suka+suka...sangat suka. Dapat dua lagi tau. Jangan jeles. Satu perfume adidas (dah bertambah koleksi perfume betty..hehe) dan satu lagi lip gloss yang cute sangat warnanya. Hari ahad pegi jemputan kawen dan rasmikan dua² gift dari kak chik ni. Terima kasih ye kak chik..



Thursday, February 10, 2011

Tip Mudah Untuk Diet

Rasa susah nak berdiet?
Tak perlu nak berpantang segala macam.
Cuma amalkan 3 prinsip macam yang kat atas tu..
Yang penting mesti seimbang.

Orang selalu skip sarapan pagi kan..
Padahal sarapan tu penting..
Kita baru nak mulakan hari..
Jadi mesti makan banyak makanan yang boleh bekalkan tenaga..
Kalau skip sarapan..
 Nanti waktu lunch..
Kita makan macam orang kebulur..
Padahal waktu lunch dah boleh kurangkan nasi..
Makan sayur dan buah lebih..
Daging dan ikan jangan sebesar pinggan..

Nak diet punya pasal sanggup tak makan malam..
Konon macam sihat..
Tapi sebenarnya tak..
Rasulullah pernah bersabda..
Mesti makan malam hatta dengan sebiji kurma..
Dengar tu..
Kalau skip makan malam boleh cepat tua..
Nak kurus tapi jadik tua..
Mestila tak mau kan..

Jangan pulak makan malam nasi lemak rendang ayam..
Lepas tu tidur..
Bila makanan tu nak hadam..
Makan sikit jer..
Macam pengemis tu..
Boleh rasa insaf sikit.

Tuesday, February 8, 2011

Papa Jangan Kaget Bila Mama Pakai Seksi..






Pertama sekali diingatkan entri ini takda manfaat langsung yer..jadi sesiapa yang baca dan rasa bosan jangan kutuk²..


Papa..

Mesti papa tak penah tau kan yang dulu² mama pakai baju seksi..mesti papa kaget bila tengok gambar kat bawah ni.. 





Macam mana dengan gambar kat bawah ni pulak..




Papa jangan marah dulu..






Itu bukan mama..
tapi gambar pelakon indonesia..
laudya chintya bella..

mak papa kata muka dia macam mama..
mama tak percaya..
lagipun mama tak kenal pelakon ni..

mama try search kat google..
mama jumpa banyak gambar tapi yang 2 keping ni..
memang ada iras mama..
mama rasalah..
sebab risya pun percaya itu mama..

orang kata kat dunia ni ada 7 orang muka sama..
mama dan bella..
kena carik lagi 5 orang..

papa..
gambar laudya chinyta bella yang asal takda tahi lalat..
mama edit tambah tahi lalat..
sebab nak bagi papa percaya itu mama..

papa..
jangan marah yer..
mama gurau senda jer..
hehe..



Monday, February 7, 2011

Tips: Umur Panjang

Tips ni betty dapat daripada sebuah buku kesihatan. Petua pemakanan  dari balkan ini jika diamalkan insya-allah sihat selalu. Disarankan untuk minum yoghurt yang dicampur dengan jus atau buah strawberry setiap pagi sebelum sarapan. Yoghurt memang diketahui sangat bagus kan. Betty selalu makan yang rendah lemak. Protein dan kalsium dalam yoghurt pun tinggi. Juga boleh menyihatkan sistem penghadaman kita sebab ada bakteria baik. Strawberi pulak kadar antioksidanya tinggi malah lebih tinggi daripada anggur dan limau.

Semalam betty tengok kat jusco mahalnya harga buah strawberry..jadi betty beli je yoghurt strawberry nestle punya. Pagi² dah makan yoghurt hehe. Anak betty pun suka makan yoghurt. Yummy!


Gambar hiasan pinjam dari Google

nota kaki:
  1. yoghurt atau susu berkesan untuk hilangkan pedas lidah lepas makan cili/sambal
  2. dah tengok sos prego fresh mushroom kat jusco..takde tulis ingredient pork pun..

GEGAR 1000O BLOG OLEH BEN ASHAARI



Segmen terbaru abg ben: GEGAR 1000 BLOG OLEH BEN ASHAARI 


Kartun pinjam dari Google


SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG! ANDA BAGAIMANA??

Saturday, February 5, 2011

Dada Meletup!

Cuti² raya cina neh macam bosan pulak. Tak tau nak buat apa. Nak tulis entri pun macam takda idea. Cuma teringat keluhan beberapa teman di facebook yang tak menyenangi bunyi mercun meletup kuat² di malam chinese new year. Alahai..kenapa nak bersikap tak sporting macam tu. Bukan selalu pun kaum cina nak sambut chinese new year. Setahun sekali je. Kita pun time raya nak jugak main bunga api segala macam. Lagipun kena terimalah negara yang kita duduk ni berbilang kaum. Haruslah saling hormat-menghormati walaupun sebagai melayu kita merasakan punya hak mutlak ke atas tanahair tercinta ni.

Jiran sebelah rumah cik betty cina. Diaorang main jugak mercun yang boleh menggegarkan dada bila mendengarnya..terganggu jugak tidur bayi kecil cik betty. Tapi cik betty sikit pun tak marah². Esoknya sebelum pulang ke kampung mereka bagi sekotak limau dan angpow untuk anak² cik betty. Baikkan diaorang. Lagipun cik betty rasa menggambarkan perasaan yang keterlaluan di internet tak kiralah melalui facebook ke blog tak berapa patut sangat sebab catatan kita tu mungkin boleh menimbulkan isu yang lebih panas. Orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.


Bukan rugi pun berbaik-baik

Tuesday, February 1, 2011

Rumah Aku Satu Ketika Dulu..




Entri ni dibuat untuk memenuhi request dak diana yang comel. Sebenarnya aku seganlah hai nak membuat entri ini. Rumah aku takdala cantek mana. Memang tak cantek pun. Gambar² tu diambil pun ada sebabnya. Alkisahnya, beberapa tahun lepas aku berangan nak masuk satu pertandingan rumah idaman kat satu suratkhabar. Memang aku ni syok sendiri perasan gila rumah aku cantek sangat. Hehe..dan memang aku kalah pun.


Tapi mengenangkan kau sahabat aku..maka dengan bangganya aku pun menempekkan gambar² tersebut di sini pulak. Terimalah..(ikut gaya kau):




Rumah aku ni kecik aje. Nilah secoit ruang tamu aku. Mula² masuk rumah ni aku pasang langsir dengan wallpaper dulu. Masa tu aku tak reti pilih wallpaper. Apa yang cina kedai tu suggest aku ambik je. Maka dapatlah aku wallpaper corak belang² tu. Kalau ikut hati aku sekarang..aku nak je tukar wallpaper baru. Bagi aku wallpaper tu tak menarik langsung. Tapi ok jugak sebab belang dia corak menegak macam tu. Nampak sikit siling aku tinggi. 


Carpet pink tu pulak bukanlah sebab aku suka kaler pink tapi sebab aku tak tau nak pilih kaler apa. Takkan nak coklat lagi. Dahla sofa aku coklat. Langsir aku coklat. 


Ni gambar lama. Banyak yang dah berubah. Lampu merah ikea tu aku dah tak letak kat situ. Atas sofa pun throw cushion putih tu pun dah tak sorang² tapi ada yang merah duk teman dia. Hiasan bola raga atas meja tu aku beli kat ikea. Murah jer..50 sen sebiji. Tapi sekarang aku dah simpan bola² tu pasal anak aku buat main sepak raga. Hancus...




Sebelah ruang tamu ialah ruang tengok tv. Banyak yang dah berubah kat sini. Pertamanya tv. TV tu sekarang aku dah letak kat tingkat atas. Kat bawah pakai tv flat screen..lawo sikit. Kedudukan kabinet tv ni pun dah lain. Aku dah pindahkan ke sisi satu lagi. Pasu hitam tu sekarang aku dah letak atas kabinet tv dan hias dengan ranting sebab pokok spiral bamboo tu dah lama arwah. Hiasan kaca kaler pink tu pun dah lama pecah dek kerakusan aku mengemas rumah. Kipas sebelah kabinet tu pun aku dah buang kerana lehernya patah...siapa tah yang ganas sangat begitu kejam mematahkan tengkuk kipas tersebut. Karpet corak bulat² tu? Hmm..makin menyedihkan aku tengok sebab warnanya dah tak seceria dulu lagi (kes budak² selalu makan depan tv la ni).




Inilah ruang makan aku yang digunakan sebagai ruang membuat kerja juga. Sesekali bila tetamu datang je barulah ruang ini jadik ruang makan. Aku paling sayang dengan cermin hias kat dinding tu. Aku beli kat ikea. Sungguh sukar aku nak menjaga kekilatannya sebab si kecik suka mengecap² tapak tangannya di situ. Lampu gantung di sini cukup tak digemari oleh emak aku. Silau katanya.




Haa..terkejut tak kau tengok dinding aku kaler oren. Yang terang-benderang pulak tu. Waktu nak beli cat kaler ni cina kedai tu nasehat aku banyak kali. Alkisahnya, kaler oren bukanlah kaler favourite aku tapi disebabkan aku terasa bosan melihat ruang sekeliling yang terlalu banyak kaler coklat gelap maka aku pun memutuskan untuk menambah perisa kaler agar hidup aku bertambah ceria. Jam bulat tu murah jer aku beli kat ikea. Kat dinding ni sekarang dah ada rak buku kecik anak aku. Maka nampaklah bersepah sikit di sini..hehe.




Ini dapur aku setelah melalui proses pembesaran. Sebelum ni dapur cenonit jer. Aku tak suka dapur kecik². Walaupun aku bukanlah rajin sangat memasak tapi aku tetap nak dapur besar sebab banyak barang boleh simpan. Impian aku nak dapur yang boleh letak island (nantilah..kalau aku ada rezeki lebih bolehla beli rumah lain). Nampak kemas pulak dapur aku ni ye..hehe. Kat tingkap dapur aku pasang blind kayu yang didapati di ikea. Benda² kecik yang ada atas kaunter tu pun aku beli kat ikea. Aku ni memang minah ikea (sedih..lama dah tak pegi sana).



Masa mula² masuk rumah ni selain kabinet dapur aku buat wardrobe jugek. Penting ni untuk menjaga kekemasan bilik tido (walaupun sekarang kain baju banyak duk kat luar berbanding dalam wardrobe). Yang bercahaya tu lampu yang aku sayang gila sebab banyak kisah waktu nak mendapatkannya (nasiblah mr papa bersabar dengan karenah aku). Aku berkenan sangat kat lampu tu sebab kalau dalam majalah impiana tu designer banyak guna lampu ni. Rizalman pereka fesyen tu pun ada. Kat dinding kepala katil tu dah semestinya aku pasang wallpaper sebab aku memang suka sangat dengan wallpaper (konon² deko bersama eric la tu..aku memang syok sendiri waktu hias bilik ni). Corak wallpaper tu nampak pelik. Masa kat kedai nampak cantik sangat tapi bila dah pasang aku macam tak berkenan pulak. Tapi apa nak buat.




Ini bilik anak dara aku. Aku tak cat kaler pink macam kebiasaan tapi aku pilih kaler purple sebab itu kaler kesukaan aku (suka ati aku je kan..). Meja dan stool tu aku beli kat ikea. Kononnya biar dia senang nak buat homework tapi nampaknya dia lebih suka buat homework merata²..bukan duduk skema macam aku masa kecik² dulu.


Ada lagi dua bilik aku tak letak kat sini pasal kerja² mendeko aku telah terhenti. Lagi dua bilik tu aku tak sempat hias lagi. Aku pun sekarang dah tak excited menghias macam dulu lagi (kenapa..kecewakah kau?). Buat masa ni aku banyak habiskan masa aku dengan blog ni aje untuk mengubat hati yang luka.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal