HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Sunday, July 31, 2011

Sikap Peniaga Restoran Yang Keji



Assalamualaikum..


Pengalaman buruk ini dilalui sendiri oleh teman aku yang baru-baru ini makan di sebuah restoran tepi jalan yang tak berapa nak pemes iaitu "Din Kota" yang terletak di bandar Kluang.


Pada satu malam yang tak berapa nak hening, teman aku ini dengan beberapa orang kawannya singgah makan di restoran ini. Selesai makan, teman aku ni pon nak balik dululah jadi dia nak pegi bayar harga minuman dia yang cuma RM2 (teman aku tu tak makan).


Secara tiba-tiba tokey kedai tu naik hangen meroyan dan cakap total makanan semua RM26 (termasuk harga makanan kengkawan teman aku itu sekali dan kebetulan ada kengkawan dia yang dah balik dulu). Dan menuduh teman aku dan kengkawan dia tak nak bayar. Sebenarnya kengkawan yang dah balik tu dah pon membayar cuma towkey kedai tu lupa nak tick kat kertas dia.


Sebab malas nak bergaduh, teman aku pon bertanya berapa lagi yang belum bayar jadi dia akan bayarkan. Dengan kasar, towkey kedai tu cakap "ko kira sendirik ah, aku mana tahu" <--- apakah????


Lepas tu agaknya dah sedar dia yang salah kira, dia telah "menghalau" teman aku dan kengkawan dia dari restoran cabuk tepi jalan dia (bukan 5 star pon bang oiii nak berlagak!!). Dengan menghambur kata-kata kesat "korang blahla dari kedai aku, aku tak hadap pon korang makan kat kedai aku" <--- wadafol???


Ok. Aku mungkin nampak bias sebab hanya dengar cerita dari pihak temanku itu. Tapi aku memang percaya dengan temanku itu sebab dia bukan orangnya yang suka membuat cerita. Lagipon apa untungnya teman aku nak buruk-burukkan nama restoran tepi jalan yang dah sedia buruk itu?


Adakah sebab temanku itu memakai pakaian yang berlambang sebuah syarikat MLM maka dia terpaksa terima layanan buruk sedemikian?


Padahal teman aku dan kengkawannya makan dan minum di restoran tersebut bukannya atas tujuan closing prospek pon (fenomena biasa orang MLM bawak prospek gi restoran). Diaorang takda cerita pasal income ribu-riban pon kat situ. Diaorang datang memang atas tujuan nak makan dan minum.


Kalau aku kata "orang melayu kalau meniaga memang macam tulah". Nanti macam kutuk bangsa aku sendiri pulak kan? <-- macam kutuk diri sendiri pon ya sebab aku pon meniaga jugak walaupon secara online aje.


Maka, kisah ini jadikan tauladan buat semua dan diri aku sendiri jugak yang nak masuk dalam lapangan bisnes. Customer is always right tak kira apa. Kalau tak boleh tahan sabar dengan karenah customer cariklah pekerjaan lain seperti mencuci pinggan mangkuk. Tak puas hati kau seranah jelah pinggan mangkuk tu.



nota-noti:
Alang-alang komenlah sekali entri "Saya Bertudung dan Saya Sangat Pretty" tu ya :)


Friday, July 29, 2011

Saya bertudung dan saya sangat Pretty



Assalamualaikum..

Nak muntah membaca puji-pujian terhadap diri sendiri di atas? Muntahlah sekarang. Tapi jejauh sikit. Kikiki.



Amacam? Pretty tak mak budak ni?

Ok. Tak pretty.

=_______=


Ini contest lah kengkawan. Kalau tak saya takdalah buang tebiat nak tepek gambar sendiri sambil masuk bakul dan mintak korang angkat. Kikiki.


Siapa mahu perasan macam saya? Ok. Saya tag cik teyn teyn. Keh keh keh. Nasiblah.


Hadiah dia best lorrr. Kalau ada rejeki boleh bergaya dengan shawl lawa di pagi raya.


Contest ini dari cik dya. Ada sesapa nak join ke? Tak yahlah pasal nanti keciklah peluang saya nak menang kikikiki <--keji tak?



nota-noti:
Siapa tak mahu komen entri ni saya sumpah dia sakit gigi malam kang (ini nurulism punya sumpahan..pinjam jap). hahaha

Thursday, July 28, 2011

Tips Online Bisnes Dari Irfan Khairi



Assalamualaikum..


Karangan harini untuk kengkawan yang nak saya share tips dari Irfan Khairi. Mungkin ada antara kalian yang buat online bisnes jugak. So far, kerjaya ini aje yang paling sesuai buat permaisuri rumah macam saya ni. At least adalah jugak anjakan paradigma dalam kehidupan (perghh..gila macho guna ayat anjakan paradigma tu kan).


Irfan kata : 

Ada 4 jenis media sosial : Facebook, Youtube, Twitter dan Blog.

Saya cuma tahu blog. Itu pon masih merangkak. Blog best wa cakap lu.

Facebook lak saya baru nak terkial-kial (saya setuju dengan kalian main facebook tak bernafsu langsung).

Irfan kata facebook tempat paling sesuai untuk berbisnes.

Walaupon sebenarnya facebook bukan tempat yang sesuai untuk berbisnes. Itu pendapat saya.

Sebab?

Sebab saya rasa orang guna facebook untuk santai-santai bukan kena promote suh beli barang.

Sebab tu kalau nak jual barang buatlah fan page atau nama manjanya bisnes page. Jadi takdalah macam kacau orang sangat.

Fan page yang saya tepek kat sini memang takda kena-mengena ngan cik betty pon.


Cik betty ni tak layak berfan page sebab dia takda fans. Dah ah bukan retiss. Blogger fofuler jauh panggang dari api. Nak sharing entri pon mengarut semuanya. Jadi biorla cik betty ni duk dendiam. Kang glemer terlebih susah pulak yuyu nak carik makan. Erk..kenapa yuyu plak yang kena. kah kah kah. Saja nyakat dak tecit tu.


Tapi saya dah cukup happy dah punya kengkawan setia macam kalian. Yang sudi baca entri dan tulis komen walaupon kengkadang kalian seksa nak ngabiskan baca apa saya tulis kan kan kan? Haha. Saja sakat korang lak.


Kalian lah yang buat saya tersenyum tetiap hari (lepas anak-anak dan encik terhebakk saya).

:).


nota-noti:
Ini baru satu tips aje. Laa.. sapa pulak unfolo saya lagi ni..sadis betul :(

Wednesday, July 27, 2011

Perkahwinan Tema Biru : Boria ;p



Assalamualaikum..



Tema perkahwinan adik ipar saya sabtu haritu : biru + putih. 

Cantik kan?

Walaupon saya tak berapa gemar kaler biru. Tapi biru macam ni cantik.

~

Kami perempuan bersaudara (saya kakak ipar pon termasuk) pakai baju biru corak bunga sama.

Boria.

Tapi seru (seronok).

Hehe.

~

Raya nanti kena pakai lagi baju yang sama.

Mak mentua saya suruh.

Nampaknya boria lagi raya kedua nanti.

~

Tapi nanti tambah lagi sorang boria.

Biras baru saya pon akan pakai baju corak ni raya nanti.

~

Kalian waktu hari raya pakai baju seragam tak?

Tuesday, July 26, 2011

Orang Dah Lama Tahu; Saya Masih Terkial-Kial


Assalamualaikum..




Sebelum kenal blog saya memang tak join dunia maya ni. Dunia saya hanyalah rumah dan tangga. Turun naik tangga saban hari buat kerja permaisuri rumah.


Facebook? Uh. Waktu orang gila berfacebook (termasuk encik terhebat) saya pulak gila tak minat dengan facebook. Memang saya tak minat langsung. Tak reti nak tulis apa kat facebook (sampai sekarang). 


Saya tak paham apa yang seronoknya berfacebook.


Tapi itu dululah.


Sekarang saya paham dah kenapa orang suka berfacebook. Sama aje macam blogging rupanya. Update entri (status) lepas tu komen-komen entri (status) kawan lain. 


Saya pon baru tahu istilah tulis-tulis kat facebook tu ialah update status.


Saya ada akaun juga - Rina AVAIL. Silalah add sebagai friend ya :). Itu pon encik terhebat yang buatkan. Lepas tu saya biarkan je akaun tu. Tak tau nak buat apa.


Baru-baru ni je saya sibuk bukak facebook semula. Sebab saya baru buat fan page. Buat fan page pon macam buat blog. Banyak benda nak kena belajar. Saya kena mula dari bawah sebab tak paham apa-apa pasal facebook.


Kalau perasan saya pon dah bubuh button like dan share kat tiap entri blog cik betty ni. Walaupon tahu entri saya bukan ada manfaat pon. Ini kan blog suka-suka hati nak tulis apa. Maka suka-suka hati sayalah nak letak button tu kan. Kah kah kah. Kalau nak tutorial cilok lah kat sini >>SINI.


Lagipon apadehal. Saya punya entri saya sendiri like. Saya sendiri share lah. Kah kah kah. Macam loser jer.





nota-noti:
Ramai kengkawan minta saya share tips yang Irfan Khairi bagi haritu. Tapi tips tu khas untuk orang yang berniaga secara online. Kengkawan berminat nak tahu juga ke?



Monday, July 25, 2011

Siapakah Dia?




Assalamualaikum..

Kat entri Idola Saya Lelaki Sudah Berkahwin, saya ada tanya siapa si jambu tu kan kan?? Bukan. Saya tak tanya kalian siapa perempuan hidung jambu tu. Tu sapa tah saya pon tak kenal. Haha. Memang suka menyemak muka semak tu. Dah ah pakai tudung semak.


Yang saya maksudkan jejaka wajah jambu tu. Sebenarnyakan bukan saya yang perasan muka beliau jambu. Beliau sendiri yang kata. Perasan betul kan beliau. Hehe. Jangan marah Irfan. Ah. Dia bukan baca blog haku pon. Kah kah kah.


Ya. Tepat sekali tekaan sebahagian dari anda : IRFAN KHAIRI ! Tahniah. Tahniah. Silalah belanja diri anda sekarang mee goreng mamak sorang sepiring.


Hari khamis haritu buru-buru saya ke Klana Resort sebab nak dengar talk beliau secara percuma. Biasalah benda free tak sah kalau tak rebut. Tu yang sampai sanggup ngabiskan duit minyak - duit tol - duit tido hotel mahal. Semata-mata nak dengar Irfan Khairi punya talk. Huh. Irfan misti taching dengan pengorbanan aku (baca : suami aku). Dah ah dia kena jaga anak sementara aku bersenang-lenang jumpa Irfan. Haha.


Walaupon talk dia free tapi dapatlah 3-4 tips untuk kegunaan saya meneruskan kehidupan sehari-hari sebagai usahawan online. Sebenarnya ada 66 tips tapi nak dengar semua kenalah pegi talk yang berbayar punya. Banyak cantik muka kau nak free semua!




motif : saja nak show off aku ada sign Irfan Khairi








nota-noti:
Setelah banyak kali fan page kat sidebar ni bertukar nama akhirnya aku dah dapat nama paling sesuai. Kalau baik hati klik ah like. Fan page tersebut takda kena-mengena pon dengan blog cik betty - yang selalu merepek bebukan.



Friday, July 22, 2011

Idola Saya Lelaki Sudah Beristeri



Ni entri autopublish. Sekarang saya sedang on the way balik JB dari Seremban nak jadik menantu berguna. Kan ada kenduri sambut menantu. Isnin kita jumpa wokey!


Assalamualaikum..

Siapakah idola saya yang macam rahasia sangat tu? Hehe.

Dia lelaki. Sudah menikah. Ada anak empat.

Uii..kau ni buang tebiat ke cik betty nak minat suami orang? Iskk..jangan main gila la wei.


Orangnya pemes tapi bukan artis.

Saya jadikan dia idola bukan sebab muka dia jambu.


Tapi sebab kejayaan dia.

Ya. Saya berangan mahu jadi macam dia.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Kenal tak jejaka jambu ni? Abaikan perempuan hidung jambu kat sebelah tu.



nota-noti:
Tak tahu kenapa mimpi jumpa Fasha Sandha padahal nak jumpa jejaka di atas.







Thursday, July 21, 2011

Rasa Matcham-Matcham

Assalamualaikum..

Pagi ini aku rasa happy se-matcham sebab risya senang sekali dibangunkan mandi pagi untuk pegi sekolah. Tak macam selalu aku kena bersilat harimau dengan dia. Dia bersilat. Aku jadik harimau.


Lagu penutup MHI pagi ni se-matcam sedap pula. Siapa penyanyinya ya?


Pagi ini aku juga rasa se-matcham berdebar-debar sebab malam karang nak jumpa idolaku.


Tapi rasa se-matcham tak berapa nak best juga sebab terpaksa menyusahkan encik terhebat memandu aku ke Seremban berjumpa idola tersebut.


Trimas untuk Bujal-X blogger matcham-matcham untuk botol air matcham-matcham ni. Aku rasa minum air pakai botol ini matcham best pulak.





Cer teka siapa idola yang aku nak jumpa kat Seremban tu.


nota-noti:
Malam tadi aku mimpi jumpa Fasha Sandha mintak sign. Hehe. 

Wednesday, July 20, 2011

#Wordless Wednesday : Budak Kacamata

Assalamualaikum..






nota-noti:
Kelmarin ada yang tanya aku siapa Nikita Willy tu kan? Dia pelakon sinetron Nikita kat TV9 tu yang aku tak tengok pon sebenarnya.

Monday, July 18, 2011

Perkahwinan&Menantu Berguna

Assalamualaikum..

Isk.. isk. 3 hari tak hupdate rasa cam dah 3 tahun. Sampai blog ni pon dah lupa siapa tuan dia. Sampai tuan blog pon lupa dah dia ada blog. Melampau betul.

Agak-agak ada sesapa tak yang rindu kat aku ^^ <-- blah ah tak habis-habis nak bajet.


3 hari lepas aku bizi sikit ataupon sebenarnya kena buat-buat bizi. Jumaat pegi tayang-tayang muka kat rumah ibu mertua. Tolong-tolong apa yang patut. Barulah jadik menantu yang berguna setelah hari-hari lain agak tidak berguna. Hahaha.


Hari Sabtu pegi masjid pulak menyaksikan pernikahan. Lepas tu makan kenduri. Ahad menyaksikan persandingan. Lepas tu makan kenduri lagi. Seronoknya makan kenduri pasal tak yah pegi asap-asapkan  dapur sendirik! Hehe. Hujung minggu ini nanti lagilah bizi sebab nak kena jadik menantu berguna lagi sekali (kenduri sambut menantu).


mesti adik ipar aku gigil masa ni kan..lafaz nikah pon sebut laju-laju satu nafas takda break-break

ada gempa bumi pulak dah tak dapat nak tunjuk korang muka isteri adik ipar aku ni cam Nikita Willy.
tema putih pink macam sweet aje.
aku pon mulalah berangan nanti risya kawen pakai kaler apa <---jauh sangat berangan.



Untuk adik iparku, selamat menempuh hidup baru. Jadilah suami soleh. Dan bimbinglah isterimu yang persis Nikita Willy itu ke jalan menuju syurga. Buat Hana, jaga adik ipar kakak baik-baik ya macam kakak jaga abang <-- encik terhebat kalau nak cebik-cebik bibir cover-cover sikit ha!. Hehe. Aminnnn.





Thursday, July 14, 2011

Buat Fan Page Bajet Retisss Ke?

Assalamualaikum..

Eh..korang. Ni betul ni blog cik betty. Template dah baru ~weeee. Penghargaan untuk cik scya lollita yang bersengkang mata panda malam tadi buat template yang comel ni. Comel tak? Cakap ah comel.


Lagi satu ada benda baru kat blog ni iaitu saya dah buat fan page untuk kengkawan blog cik betty. Like ah jom. Sebenarnya kan saya tak tahu lagi apa fasal nak kena letak fan page ni kan. Bajet cam retisss je. Hehe. Tapi saya tengok blog kengkawan pon sesetengah ada fan page ni kan. Jom ah bagi pendapat korang kenapa korang buat fan page tu supaya saya pon paham kenapa saya buat fan page. kah kah kah.


Lagi satu terima kasih untuk Nabilah - Apa Kata Hati. Coding tu memang menjadik ah. 

Bestkan. Kengkawan blog semua baik hati belaka. Tak tahu nak balas dengan apa dah. Hutang emas pon memang saya tak mampu bayar apatah lagu hutang budi memang bawak mati nanti ah. 


Sekarang saya nak jawab soalan tentang entri semalam. Ada sesetengah yang saya dah jawab kat komen tapi biasanya orang tak baca balik komen kan kan kan?


cik ecah, topimagine dan mamatims tanya boleh kurus atau slim tak minum Green Fit? abu tanya boleh kempiskan perut tak?...syyyy abu kata jangan bising-bising.

Boleh tapi dengan senaman dan jaga pemakanan. Pengambilan Green Fit hanya sebahagian dari kaedah.

ratusiput tanya sama macam juvanex ke?

Tak tahu lah sama ke tak sebab saya tak pernah rasa juvanex. Yang pasti Green Fit lagi murah dari Juvanex. Rasa lagi sedap maka tak payah tutup hidung. Lepas bancuh misti kena terus minum jangan tunggu.

mamaema, gadisbunga dan ate tanya sedap tak Green Fit? daddyziyad tanya rasa apa?

Kalau orang suka minum air epal maknanya sedap ah sebab rasa dia memang macam jus epal. Langsung tak pahit walaupon takda gula.

anggunpesona dan broery tanya buat sakit perut dan rasa nak gi toilet tak lepas minum?

Lepas minum malam pastu kita tidur. Esok tu baru rasa nak gi toilet. Tapi tak sakit perut. Banyak kali ke tak bergantung pada orang. Kalau dah kat dalam usus banyak sangat 'sampah' tertapai hehe mestilah banyak kena buang. Tapi lepas tu dah ok dah.

sumbodyme tanya boleh cuci darah ke tak?

Green Fit khas untuk cuci usus. Kalau nak cuci darah produk lain.


Itu sahaja. Kalau nak tahu banyak lagi bolehlah pegi ke >>SINI.




Wednesday, July 13, 2011

#Wordless Wednesday : Detoksifikasi

Assalamualaikum..






nota-noti:
Alhamdulillah. Kes kelmarin dah dapat diselesaikan. Pihak berkenaan telah menarik balik semua artikel beserta gambar yang telah diambil tanpa keizinan dari Inspirasi Sihat&Cantik. Hanya official pages Green Fit-Bersihkan Usus Anda sahaja yang boleh menggunapakai segala artikel dari website tersebut.

Tuesday, July 12, 2011

Macam Ni Rupanya Rasa Bila Blog Kena Copy!

Assalamualaikum..

Kelmarin aku baru je riang-ria kanak-kanak ribena sebab blog Inspirasi Sihat&Cantik aku dah ber[dot]com. Tetiba petang semalam aku dikejutkan dengan satu kewujudan satu page kat facebook yang dah mencurik harta aku di siang bolong.


Seperti yang kengkawan tahu aku kan ada page GREEN FIT untuk blog Inspirasi Sihat&Cantik tu. Aku tak kesah kalau dia nak buat page GREEN FIT jugak. Adatlah bisnes ada persaingan. Lagipon aku bukan pengedar tunggal produk tu.


TAPI YANG BUAT AKU BENGANG TAHAP DEWA DIA AMBIK ENTRI AKU BULAT-BULAT COPY KAT PAGE DIA TANPA BAGI KREDIT SEDIKIT PON KAT BLOG AKU. Gambar-gambar pakej Green Fit dari blog aku yang aku bersengkang mata dengan batang mancis sepanjang malam mengerjakannya pon sesedap rasa taruk kat page dia macam hak milik sendirik. Salah aku gak pasal tak letak watermark. Tapi zaman aku buat gambar pakej menatang watermark tu aku tak tahu. Gambar profile dengan about page pon dia copy gak! Memang hantu ah. Lepas tu setiap apa yang kitaorang post dekat page tu dia copy jugak. Sudahnya macam ada duplikasi page.


Mulanya aku nak settle dengan minah ni tapi memikirkan aku nih jenis panas baran memang emo tahap elmo punya (ini nurulism punya bidalan) aku suruh encik terhebakk aku yang pegi settle. Sebab dari pengalaman kalau hal yang menyebabkan tahap pendidihan aku sampai menggigil satu badan nih memang aku tak leh settle bebaik. Silap-silap aku ajak gusti lengan kat warung mamak. Sebenarnya air mata aku dah berderai-derai dah.


Waktu encik terhebakk aku call 'penjenayah' siber tu dia kata dia takda niat nak sabotaj kitaoarang. Tapi sebenarnya dia dengan kawan dia memang sedut data daripada page GREEN FIT kitaorang. Lepas ni siap ah. Kalau dia tak hentikan kerja kotor dia memang aku tak teragak-agak nak buat laporan polis. Kawan blogger a.k.a ex-classmate aku ada sorang peguam. Aku mungkin akan minta khidmat nasihat dia. Siap sedia ah kau cik CP.


Aku sedang cuba tenangkan diri dengan memikirkan inilah cabaran dalam dunia perniagaan. Aku tak boleh melatah. Blog Inspirasi Sihat&Cantik tu memang hak milik mutlak aku cuma page GREEN FIT tu aku share dengan rakan lain. Mungkin ada hikmahnya jugak jadi camni. Sekarang ini kami sedang cari jalan nak kuatkan security supaya takda lagi makhluk macam ni yang suka cari jalan senang nak senang. 


Macam ni rupanya rasa bila jadi mangsa plagiat. At least kasik ah kredit kat blog aku. Ataupon mintak izin aku dulu nak gunapakai gambar-gambar tu atau nak gunapakai entri aku. Aku tahulah entri aku tu bermanfaat. Aku tak kesah orang nak guna tapi BAGI KREDIT KAT BLOG AKU. Call ke apa ke mintak izin dulu. Dah terang-terang nombor tipon aku ada kat situ kan. Sama ada dia sengaja atau memang buta undang-undang aku tak tahu. Aku cuma berdoa agar Allah beri aku kekuatan saat ini. Sabar itu separuh dari iman. 


Kepada korang sori eh kena tahan mata baca bebelan amarah aku pagi ni. Sian korang. Nah tataplah gambar budak kecik ni untuk menenangkan jiwa lara yang membara (tujukan pada diri sendiri).





nota-noti:
Siapa tahu coding untuk elak orang copy artikel/gambar kat blog? Aku dah penah buat dulu tapi macam tak berkesan je. Tolong aku weh!

Monday, July 11, 2011

Ber [dot] com dengan netkl

Assalamualaikum..

Hai! Apa khabar kengkawan semua? Rasa cam lama menyepi padahal 2 hari je. Sabtu Ahad haritu saya sibuk makan durian sampai demam-demam tula pasal sibuk. Haha.

Walaupon demam sikit saya senang hati pasal blog saya dah ber[dot] com. Yayyy!

Eh. Tapi apasal blogspot je lagi ni ha?

Tak. Tak. Bukan cik betty yang ber[dot] com tapi blog saya yang satu lagi tu: Inspirasi Sihat&Cantik.

Walaupon saya kerap berada kat blog yang ini tapi belum sampai masanya cik betty ini nak ber[dot] com seperti kawannya. Nuffnang hasil tarak! Hahaha.

Macam Inspirasi Sihat&Cantik agak perlulah ia ber[dot] com sebab ia sebuah blog perniagaan. Nampak ah cam profesional sikit kan. Gitu ah saya ni kan surirumah yang berangan nak jadi WAHM (working at home mummy). Aminnn.

Pada blogger-blogger baru yang nak cari duit melalui blog macam gitulah. Sama ada bukak blog jual produk ke servis ke. Janganlah harap sangat kat duit iklan tu. Sebab bukan sekelip mata boleh dapat ribu-ribuan cam cik epal tu. Kang dah tak sabar sangat mulalah guna taktik kotor iframe segala macam. Tak baik woo cam gitu. Allah marah.

Saya nak ucapkan terima kasih pada rakan blogger Tia - Ini Kisah Tia yang berpeluh ketiak mengajar orang tua ini tentang cara nak beli domain tu. Pening kepala makcik. Maklumlah orang tua. Hahaha. Tapi kalau korang nak tutorial beli domain tu sebenarnya ada kat >>SINI.

Kalau sesiapa berhajat nak ber[dot]com juga boleh ah beli dengan netkl ni. Servis diaorang tip top gak. Tak sempat pejam mata dah bertukar dah. Macam magik. 

Akhir sekali, kengkawan yang dah like page GREEN FIT tu saya ucapkan terima kasih bebanyak. Allah saja yang akan balas budi korang. Sayang korang.



nota-noti:
weh korang..saya tak sempat BW pagi ni sebab mak saya jap lagi sampai rumah..

Friday, July 8, 2011

Nak Save Kod HTML Tak Boleh, Tolong Like Sekali Boleh?

Assalamualaikum..

Mula-mula aku nak mintak maaf ya gara-gara Nasi Kandar Segera semalam ada yang tensen lak. Aku main letak je tajuk tu tanpa memikirkan kesan jangka panjangnya. Hehe. Sori naaaa...

Oh ya. Pada yang konpius kenapa aku asyik ingat KFC waktu makan GCB boleh tengok >>SINI.

Pagi ni lambat aku update kat sini pasal duk menggodek blog satu lagi.

Jenuh aku nak save kod html dekat add widget tu tak boleh-boleh sampai nak kesal seumur hidup dah.

Akhirnya sebab tak mahu mengalah berjaya jugak aku menyetelkan masalah tersebut. Kalau korang pernah mengalaminya cubalah caraku ini. 

Masalahnya berpunca sebab aku nak edit page element tu guna google chrome.

Penyelesaiannya cuba edit guna Mozilla Firefox atau browser yang lain (browser eh nama dia?).

Kenapa guna google chrome tak boleh taklah aku tahu-menahu. Tanyalah pakcik google sendirik hehe.

Last but not least, korang tolong like page GREEN FIT yang ada kat >>SINI boleh? Hari ni hari Jumaat dapat pahala tahu kalau tolong orang. Hehe.

Terima kasih. Nanti aku belanja gula-gula dua posen.


nota-noti:
Harini aku sibuk sikit jadi tak sempat nak BW ke tempat korang. Esok lusa insya-allah aku sampai.


Thursday, July 7, 2011

Nasi Kandar Segera!

Assalamualaikum..

Yayyy! Malam tadi encik terhebat saya dah pulang dari Penang.

Dia bawak ole-ole anak mami satu untuk saya. Kalau nak kena cubalah. Hahaha.

Tetiba saya macam teringin nak makan nasi kandar kari telur sotong (sebab tertengok 360 nih ah malam tadi). Belum pernah rasa lagi tapi macam dah meleleh dah saliva. Macam sedap kedengarannya.

Saya tanya dia makan tak nasi kandar kat sana. Dia kata tak. Dia makan rojak pasemboq jeee. Dia tak suka nasi kandar dia kata. Oh ya ke..

Saya lapar dan nak nasi kandar juga. Tulah sapa suruh tak bawak saya pegi Penang sekali. Kan dah merapu mintak bebukan.

Dia baik. Dia tunaikan permintaan saya.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


nah nasik kandar telur sotong.
mana nak carik malam-malam buta nasik kandar kat skudai.
lepuk kang!




nota-noti:
Ntah napa waktu makan GCB ni aku asyik teringat KFC je.











Wednesday, July 6, 2011

#Wordless Wednesday : Macam Lukisan

Assalamualaikum..




risya & papa.

Tuesday, July 5, 2011

Si Botak Yang Jadik Kegilaan Selepas Mawi

Assalamualaikum...

Korang ada tengok citer Juvana yang kat TV3 tu?

Aku tengok jugak dulu masa awal-awal sebab ada Beto. Tapi sebab Beto jarang sangat mucul malas dah nak tengok lagi. Citer ganas-ganas belasah-belasah orang tak masuk ah dengan jiwaku yang feminin nih (bluwek). 

La ni aku baru jek perasan si Botak budak nakal yang suka buli orang dalam Juvana tu tetiba meletops. Erkk?

Ke cewek-cewek aje yang menggila-gila kat Botak tu ek?

Aku konpius nih. Apesal aku tengok Botak tu rasa cam nak belasah je (kalau aku cikgu ah tu pasal aku tak jadik cikgu kahkahkah). Aku malas nak tengok citer tuh pon sebab geram ngan Botak neh asyik buli orang jer. 

Aku buat kesimpulan sebab aku orang tua kot (ceh?) tu pasal aku tak berkenan dengan Botak. Ke ada mak budak yang feeling gak nengok Botak? Hehehe.

Tapi hakikatnya Botak nih muka saja ganas tapi hati cute. Dia orangnya peramah, kelakar dan merendah diri (cam ah aku kenal ngan Botak hahaha).

Botak atau nama sebenarnya Johan Ariff Asari berusia 25 tahun dan berasal dari Pulau Pinang. Dia sebenarnya tengah ambik Diploma Kaunseling dekat Kolej Universiti Islam Melaka. Malah yang lagi hebat dia pernah belajar tahfiz dekat Indonesia tapi sayang dah berenti. Budak yang nampak ganas ni jugak mampu menghafaz al-quran satu setengah juzuk (isk isk..nih yang buat mak-mak nak buat calon menantu ni).

Dia ni baru je dalam dunia lakonan tapi mampu melakokan watak Botak dengan baik. Bukan macam sesetengah pelakon tu aku pon konpius orang ke kayu yang berlakon. Tak mustahil satu hari nanti Botak mampu jadik pelakon berkaliber macam Rosyam Nor. Takkan asyik nak harap Aaron Ajiz, Remy Ishak, Adiputra, Shaheizy Sam je kan. Balik-balik muka tu jadik hero. Asyik disogok benda sama nanti boleh muak tau. Jadi sebelum penonton muak baik jangan jadik hero selalu haha.

Kesimpulannya, lelaki di luar sana silalah botakkan kepala anda. Nanti pasti gadis teruja melihat anda. Heheh.



nah botak pujaan korang.



Kredit to rentakartis.com untuk biodata Botak.


Monday, July 4, 2011

Tarikh Harini Penting!

Assalamualaikum..

Apa yang penting?

Sebab dengar khabar harini serangan kedua terhadap laman web kerajaan oleh penggodam.

Tak. Tak. 

Tarikh 4 Julai sangat penting sebab harini adalah ulang tahun emak saya ^^.

Harini emak dah 55 tahun. Tapi masih kelihatan seperti berusia 45 tahun? Atau 35 tahun? Eh. Macam nak dekat pulak dengan umur saya. Kalau berjalan sama mungkin kelihatan seperti kakak-adik? Jangan saya pulak yang nampak macam kakak. Nanti saya merana seumur hidup. Haha.



emak dan abah.

Saya gembira pada usia ini emak masih sihat tanpa ada penyakit yang kronik-kronik. Cuma kadang-kadang tulang emak sakit-sakit. Dan saya mesti kata itu sebab emak tak minum susu dari muda. Saya berdoa agar emak diberi kesihatan dan dipanjangkan usia agar emak dapat melihat cicitnya nanti sama seperti ibu emak (mak tok saya) yang dapat tengok cicit (anak saya).

Macam orang lain juga saya mestilah akan puji emak saya tinggi-tinggi. Masakan emak paling sedap. Emak saya penyayang. Emak saya caring. Emak rajin kemas rumah. Emak saya pembersih. Ini paling ketara. Kadang-kadang macam berlebihan pulak. Saya rasa emak ada penyakit macam monk. Haha. 

Untuk ulang tahun emak saya tak mampu nak belikan emak hadiah materialistik. Sebab taste emak pon tinggi juga. Rasanya emak paling suka barang kemas. Yang kaler kuning tu. Yang 916 tu zhulian zhulian dia tak main. Kesukaan emak yang ini memang tak menurun kat saya. Ntah ya. Kalau orang lain mungkin pengsan-pengsan tengok barang kemas saya pulak tengok tanpa ada perasaan apa-apa. 

Macam tahun lepas juga, nanti saya akan belanja emak makan. Memang tak akan belanja KFC punya pasal emak saya paling suka makan stimbot dekat Johnny's

Selamat ulang tahun, mak!



"Entri ini ditulis untuk cabaran #1 ipad MySuperKids yang direviu oleh Almiraz"



nota-noti:
Alang-alang dah buat entri hari lahir emak, saya hantarnya untuk pertandingan di MySuperKids.







Sunday, July 3, 2011

KFC Tapak Kasut - Cadangan Tindakan Yang Sepatutnya

Assalamualaikum..




Memang kurang ajar pekerja KFC yang calit-calit ayam yang nak digoreng kat tapak kasut dia. Walaupon kes ni dah berlaku lama tapi baru nak kecoh pasal video tu sekarang dah tersebar dekat youtube. Nak tengok boleh klik >> SINI

Pihak KFC mungkin marah dengan penyebaran video tersebut sebab boleh mencalarkan imej mereka tapi macam mana dengan pelanggan yang dah termakan ayam yang dah tercemar tersebut? Dari satu sudut penyebaran video tersebut adalah bagus sebab kalau tidak sampai bila-bila pon kita tak tahu ada pekerja yang sangat tak beretika macam tu.

Pekerja tersebut dah diberhentikan kerja tapi bagi aku itu tak cukup. Tindakan yang patut dibuat adalah (ni cadangan dari pemikiran akulah) :


  • Pekerja terbabit harus meminta maaf secara terbuka dekat media.


  • Pekerja terbabit harus dikenakan hukuman membuat kerja kebajikan selama 3 bulan sepertimana yang dikenakan terhadap Faizal Tahir sebab kes bukak baju tu. Ini penting supaya jadi pengajaran kepada pekerja lain.


  • Outlet KFC yang terlibat harus menurunkan harga makanan selama seminggu.


  • Semua fast food/restoran perlu memasang CCTV dekat dapur supaya pelanggan boleh lihat apa yang pekerja buat dekat dapur.


nota-noti:
KFC tak perlu nak risau sangat pasal walaupon ada kes camni orang tetap nak makan ayam KFC jugak.

Terima kasih ku azhar untuk mawar kuning yang chantek!

Friday, July 1, 2011

Seram sejuk, Dating, Seram sejuk

Assalamualaikum..


Pagi ni bukak blog aku rasa macam nak nangis.

Jari dah ketar-ketar macam orang kena parkinson dah.

Jantung degup-degup laju.

Badan dah seram [?] sejuk.

Aku dah syak dah. Ni musti kerja DIA nih. Aku dah ada pengalaman dulu dah. Macam malu baca entri tok kaduk bajet cam best. 

Nah tengoklah kat >>SINI kalau nak tau siapa yang disyaki tersebut.

Dah tengok? Pang muka aku sekalik. Hahaha.

Blogging memang manis ah. Macam makan madu. Bukan kena madu. Hahahaha. Hep! Sensitif.

Okeh. Okeh. Straight to the story today. Eh yesterday. Yaani yang manis jugak. Iaitu berdating. Dating itu manis? Ya. Terutamanya kalau engkau ada ikatan yang sah dengan pasangan.

Dating dengan husband takda maknanya pergi berdua-duaan. Anak kenalah bawak.

Mula-mula pergi makan. 

Pilihan encik terhebat Secret Recipe. Nak percaya atau tak memang kena percaya inilah first time aku makan dekat sini. Kek penah ah beli tapi tapau bawak balik je.

Kenapa aku tak penah makan sini? Pasal harga makanan dia menyeramkan aku. Sesekali okeh ah kan. Syukur alhamdulillah atas rezekiNya. Serius aku rasa cam orang kaya kalau makan kat sini. Tak kaya bebetul dapat feeling kaya pon okeh apa. Sian aku nih kan makan kat Secret Recipe pon dah rasa cam kaya padahal takda jual roti jem kaya pon kat sini.

Jomlah tengok roti kaya sekarang.




mee dalam kuah tom yang pelangkung pilihan encik terhebat. 
isk nampak tak udang tu? aku kalau seafood memang ah tak boleh tahan. 
eh. ini bukan makanan aku.



ha! ini baru aku punya.
aussie beef steak award winning nih tahu.
tengok macam kecik macam tak cukup je untuk perut aku.
nasib ah tak tamak.
tak habis pon aku makan sayur dia.
hahaha. suruh anak makan sayur aku sendiri tak berapa nak makan sayur.
aku memang ketam yang suka makan ketam.



pecan butterscotch pilihan anak dara aku.
siap ugut lagi kalau tak sedap papa marah.
padahal aku nak chocolate indulgence.
nasib ah tak tamak haloba.
kenyang betul walaupon kek ni kongsi empat orang.
sedap kek ni. nasib pilihan dia betul. kalau tak aku marah.
 aik. tadi kata papa marah. hahah.



eh. ada lagi. nafsu membuak betul tengok kek banyak sangat.
ambik brownies carrot slice. brownies tu kek jugak bagi aku.
tak boleh tahan punya pasal.


Tu je? Ada lagi tapi tak ambik gambar. Malas ah nak ambik semua tak sabar nak melantak. Ala mushroom soup je dengan air je pon. 


Lepas makan tengok wayang. Tak sah pegi dating kalau tak tengok wayang.

Pilihan filem untuk ditonton adalah cerita seram iaitu Karak.

Siap-siap bentang tilam tutup lampu lepas tu berpelukan sebab nak tengok cerita seram kan. Kena ah peluk-peluk. Hep! Jangan pikir bebukan. Anak dara aku peluk papa dia. Takut nak tengok hantu katakan. Aku peluk si bujang. Nak ngempeng ah tu dia apa lagi.

Eh. Eh. Kejap. Tadi kata tengok wayang. Ha lah. Wayang kan di rumah anda sekarang. Astro First ah! Astro sila kurangkan bayaran bil aku bulan nih ya.

Review aku pasal Karak:

Cerita dia okeh. Ada intipati bukan nak tunjuk hantu seram semata. Hantu dia seram jugak bagi aku. Toilet dia juga berjaya buat aku seram.

Shahir berlakon okeh. Tak kayu pon. Kilafairy pon okeh. Semua okeh.

Pertengahan cerita aku dah boleh agak apa berlaku. Tekaan aku betul. Encik terhebat salah. Hahaha. Aku menang. Tahpapetah tu pon nak lumba.

Tapi ending dia macam misteri. Di mana Zura? Dia ada kat situ ke takda sebenarnya? Aku konpius dah. Yusry tolong jawab boleh?

Aku bagi 3.5/5. Rating ikut suka aku. Tengoklah raya nanti tak rugi punya.



nota-noti:
Semalam dengan harini aku sibuk sikit jadi tak sempat nak BW semua yang dah jengah ke mari. Esok lusa aku sampai insya-allah.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal