HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Friday, January 27, 2012

di sana menanti di sini menunggu.






Hai awak ^__^.


Sorilah kita macam kurang masa dah nak conteng-conteng kat sini.
Sebab blog kita yang di sana tu kena diberi perhatian yang sewajarnya jugak.
Tak baiklah kalau kita mensia-siakan dia kan.


Kena curik masa sana-sini.
Dengan kerja tetap sebagai surirumah berkakilebar lagi (sebab banyak berdiri kembang dah tapak kaki).


Kita happy awak.
Bisnes kita tengah ok sekarang.


Alhamdulillah.
Permulaan yang baik untuk tahun baru ni.
Doakan kita berjaya ya awak :).


Terima kasih sudi jadi kawan kita.
Nanti petang kita pegi melawat blog awak ya.
Tak sabar nak baca cerita best awak semua.


Nyampah dengan berukband kita sekarang ni.
Asyik mencungap jer.



Wednesday, January 25, 2012

sakit tumit.






Korang penah kena sakit tumit? Beberapa minggu ni sikitlah punya siksa nak jejak tapak kaki kat lantai. Tak tau apesal. Sakit gila tumit. Nak kata suka pakai kasut tinggi tak, pasal saya ni kalau keluar selipar jamban buruk tu jelah yang diseret.


Masa CNY haritu kebetulan balik kampung. Jadi carik tukang urut kat sana je. Tukang urut kampung murah sikit. Biasanya bayaran ikut berapa ikhlas nak bagi.


Masa urut-urut tu, kakak tukang urut tu cakap peranakan dah jatuh. Tu pasal tumit sakit. Oh ya ke. Jadi dia buatlah urut sengkak. Biasa kalau orang lepas bersalin buat urut sengkak ni, untuk naikkan peranakan. Kena tukang urut yang mahir buat. Silap haribulan tinggi sangat dia naikkan peranakan ko terus tak mengandung!


Nama pon cuti, jadi kitaorang bawak anak-anak mandi-manda dekat >>SINI. Mak saya risau kitaorang bawak budak pegi sana, katanya takut kencing tikus. Tapi saya rasa, kencing orang lagi banyak kot dalam kolam tu hahah.


Gambo takda. Tak ambik. Pasal masa tu saya nak demam. Sebab sakit tumit tulah.




nota-noti:
Saya buat lawatan ke blog anda nanti petanglah ya. Sekarang ini line BB saya sedang tercungap-cungap. Tensen!


Friday, January 20, 2012

siakap masak stim : cincang, campak dan baham.






Lepas kejadian kenduri ikan haritu asyik terbayang jer kesedapan ikan masak stim. 
Jadi semalam tetiba tingggg dapat idea nak buat sendirik ikan siakap masak stim.


Gugel-gugel resipi dulu.
Oh senang sangat.
Bolehla masak sambil layan blog kuikuikui. 


Resipi saya ambik kat >>SINI.


Saya tulis semula kat sini.
Takmo salin pon takpa. Hapal je ek.
Esok-esok boleh buat.
Yang dah tere atau takmo buat boleh terus pegi taip komen hihi.


Step 1 : Sediakan bahan dan cincang-cincang mana yang patut.

  • Ikan siakap (cuci dengan tepung gandum/asam jawa)
  • Bawang putih cincang 
  • Cili padi cincang (saya ganti dengan cili besar merah tu sebab risya dengan zikry nak makan juga takut pedas)
  • Halia racik halus-halus
  • Bawang besar racik halus-halus
  • Serai racik halus-halus
  • Daun limau purut
  • Sos ikan (saya takda jadi guna garam jerr)
  • Air limau nipis
  • Sedikit gula
  • 1 sudu teh minyak masak (saya belasah guna minyak jagung sebab nak abiskan stok huhu)
  • Air (untuk yang suka berkuah macam saya)
  • Tomato dan daun sup (saya tambah sendiri untuk tambah seri wajah ikan huhu) 

Step 2 : campak semua dalam periuk

  • Gaul ikan dengan sos ikan/garam.
  • Tabur semua yang telah diracik dan dicincang ke atas ikan.
  • Tabur gula.
  • Siram dengan air limau nipis dan minyak masak (untuk lembutkan ikan).
  • Kukus selama 20 minit.
  • Masukkan daun limau purut.
  • Kukus lagi 10 minit.

Step 3 : sedia untuk membaham.




Makan masa tengah panas.
Nyam-nyam. Dapnyeerr (pinjam ayat cik ina hehe).




nota-noti:
Yay! Yay! Next week cuti sekolah.



Wednesday, January 18, 2012

kejadian pukul 5 pagi.






Semalam.


Macam biasa. Bangun pagi-pagi niat suci murni nak masak sarapan untuk papa dan jugak bekal untuk risya pegi sekolah.


Sebaik lampu dapur dibuka, dada berdegup kencang. Duk dak duk dak. Ada kelibat makhluk hitam.


Cepat-cepat lari naik atas kejutkan papa yang sedang enak dibuai mimpi. Mimpi apa tah. Kejut banyak kali payah tul nak sedar. Dia balik lewat ngantuklah tu.


Papa. Papa. Bangun. Lemah-lembutnya suara saya walaupon sangat takut dengan kejadian kelibat makhluk hitam tadi.


Papa pon bangun terpisat-pisat. Itu diaa my hero dah bangun. Hooyehhh.


Sampai dapur.


Makhluk tadi masih 'bergentayangan' di dapur.


Saya dan papa berdoa agar makhluk itu 'pergi' sendiri tanpa perlu kami gunakan kekerasan. Kami buka pintu dan tingkap dengan penuh harapan dan ketakutan.


Tapi makhluk itu bodoh dan degil.


Papa ambil senjata api. Haha. Banyaklah. Sebatang besi je.


Saya beranikan diri pegi basuh kain (guna mesinlah). Dengan tujuan menakutkan makhluk tersebut.


Memang pon makhluk tu takut dengan mesin. Ia meluru mahu menerkam saya (pada perasaan sayalah).


Saya yang ketakutan terus buat larian lompat kijang. Dari ekor mata saya dapat lihat 'ia' berlari di bawah kaki saya.


Akibat terlalu trauma, saya duduk atas meja makan. Mujur ringan. Kehkehkeh.


Akhirnya dapat jugak papa menghalaunya pergi. Walaupon sebenarnya dia geli jugak. Kelakarlah tengok lelaki penggeli.


Moga 'ia' tak datang kacau lagi.


Yang menjadi misteri, dari mana ia masuk sedangkan semua lubang di dapur dah saya tutup.




























oh jerry pls don't come again !!

Peringatan :

Kata orang kita tak boleh marah-marahkan makhluk ni nanti ia mengamuk habis dirosakkan barang-barang. Juga dilarang mencederakan dan menyakitkan ia terutama untuk orang yang sedang mengandung (mungkin takut terkenan kut). Memanglah sebagai manusia kita tak patut mendera haiwan sebab ia pun makhluk Allah.


Monday, January 16, 2012

Pekerjaan Sesuai Mengikut Tarikh Lahir





As-ssalam....





Keyword ni kerap sangat menerjah blog saya. Bukan dekat blog ni tapi blog yang satu lagi.


Saya terfikir kenapa orang carik pasal ni? Mungkin sebab diaorang betul-betul tak tau nak jadik apa kot?


Sesetengah orang bertuah. Sebab jelas dengan matlamat hidup. Celik mata pagi-pagi dah tau dah apa dia nak capai dalam hidup. Tapi ada sesetengah orang bermasalah. Tak tau nak keje apa. Tak tau nak pilih course apa bila nak masuk u. Tak tau apa bakat yang dia ada. Tak tau kelebihan dia. Tak tau apa minat dia. Semuanya macam blur aje.


Selalunya kalau orang yang berdepan masalah macam ni boleh ambik ujian personaliti. Ada macam-macam jenis contohnya MBTI (Myers Brigss Test Indicator). Boleh juga tengok Holland Code untuk tengok kita ni sesuai kerja dekat persekitaran yang macam mana. Atau boleh juga pegi khatam buku-buku popular tentang mencari pekerjaan sesuai contohnya What Color Is Your Parachute?



Tapi beberapa tahun kebelakangan ni ada individu dah popularkan satu lagi teknik nak carik kerja sesuai, nak nilai bakat dan potensi diri sendiri iaitu melalui tarikh lahir. Agaknya sebab dah over popular hingga individu tersebut dapat untung berkepuk-kepuk benda ni dah jadi satu isu melibatkan agama. Biasalah tu kan.


Pada pendapat saya sendiri lah kan. Pendapat dari seorang yang jahil ni lah kan. Benda ni jadi SYIRIK kalau kita terlalu PERCAYA dan TAKSUB sangat hingga kita rasa malangnya sebab dilahirkan pada tarikh tertentu yang menyebabkan kita GAGAL atau tak dapat buat apa yang kita nak capai dalam hidup. Atau kita tak nak berkawan atau paling teruk berkahwin dengan orang tertentu disebabkan tarikh lahir dia. Itu memang SALAH dan BERDOSA sebab seolah-olah macam nak salahkan takdir atau tak percaya dengan kuasa ALLAH s.w.t.


Tapi, bagi orang yang bermasalah macam yang saya sebut kat atas tadi, bagi saya tak salah kalau dia nak gunakan tarikh lahir sebagai satu cara dia nak carik apa kekuatan bakat yang dia ada atau untuk tentukan pekerjaan apa yang sesuai dengan minat dia. Benda ni langsung TAK SAMA dengan ramalan horoskop tu. Yang bintang-bintang tu memang dah jelas meramal apa berlaku pada masa depan. Memang jelas dosa lah kan kalau baca pon.


Kalau buat ujian personaliti kena jawab soalan-soalan. Lepas tu dapatlah bayangan pekerjaan yang sesuai dengan personaliti kita. Kalau kira tarikh lahir pulak samalah juga dapat bayangan pekerjaan apa yang sesuai dengan personaliti kita. Tapi kedua-dua teknik ni bukan 100% tepat pon sebab ianya adalah hasil pemikiran dan kajian manusia yang tak sempurna. 


Tapi sekurang-kurangnya bolehlah diguna pakai untuk bantu orang yang ada masalah blur tadi kan? Yang selanjutnya kenalah ada usaha, doa dan tawakkal.



nota-noti:
Pandangan peribadi dan jahil semata-mata. Takda niat nak menangkan individu tertentu :).


Friday, January 13, 2012

tips awet muda dan wajah berseri (updated).






Terima kasih korang untuk semua ucapan dan doa kat entri >>semalam.
Mekasih juga yang sudi wat entri wish besday untuk saya - my old friend Mama of 3 Mirza dan Nur-Nba.
Mekasih jugak Farah AF2 eh Aishah & the gang yang sudi menyanyikan lagu besday kat what's app.


Alhamdullillah syukur sangat masih dipanjangkan usia hingga ke detik ini.
Usia bertambah kedut pon bertambahhh okehh.
Emo sudahh.
Google segera cara nak awet muda ngehngeh.
Yang ni senang leh arr nak buatt.

  • minum air masak secukupnya 
  • selalu makan ulam 
  • mengamalkan gaya hidup sihat  
  • rajin senyum
  • amalkan rutin penjagaan wajah (mencuci, menyegar dan melembab)
  • makan ikut sunnah Rasullullah 
  • sentiasa berwudhu' (masa wudhu' baca doa sekali untuk setiap anggota tubuh)
  • rajin bersolat malam selain solat 5 waktu
  • lepas solat baca surah yusuf ayat 4



Petua awet muda sharifah aini pon ada gak.

Air daun pegaga dikisar dengan gula batu.
Errr.
Tak pon
Kisar daun saderi, epal hijau dengan telur ayam kampung.
Ni pon errr jugakk.
Telur ayam tu sure kena pakai yang mentah kan.


Sekarang ni aku just amalkan minum supplemen LIV-Zell ni je.
Okla sebab aku perasan gak sebelum ni kat bahagian ekor mata aku ada cam garis-garis halus.
Pas ambik ni aku tengok garis halus tu dah tak nampak sangat.
Rambut pon dah kurang gugur, ada anak-anak rambut lagi tumbuh kat dahi.
Takdala nampak luas sangat dah dahi nih ngehngeh.



For more info tentang LIV-ZELL >>SINI.


Thursday, January 12, 2012

jangan jeles dengan hadiah harijadi saya tau !





Alhamdulillah.


Masih diberi kesempatan bernafas sehinggalah ke detik ini.


Selamat hari tua diucapkan untuk diri sendiri. 


Terima kasih kepada yang wish kat fb dan of course lah untuk papa yang wish tepat 12 malam. Sorilah. Mama tak sedar pon mesej masuk (encik papa saya kerja malam).


Juga maceh pada risya yang celik mata pagi jer terus wish walaupon risya tak tahu harini besday mama (papa pesan terus dia wish). Zikry tak wish. Kalau dia wish wah terkejut beruk pulak mama karang.


Hadiah?


Ah. Tak penting tu semua. Nak bagi hadiah tak semestinya tunggu harijadi aje kan. Hari-hari lain pon boleh. Nak bagi hari-hari lagilah boleh haha.


Apa pon ini senarai kebendaan yang bermain-main dalam fikiran sejak sekian lama:



vacuum barangan sesuai untuk surirumah ;p



sekeping ipad tak kisahlah ipad 2 ke ipad 3 untuk kemudahan blogging bila-bila suka kikiki



seketul kamera kecil tapi bistari khas untuk kegunaan blogging gak kikiki


Tapi suasana poket agak kurang memberangsangkan jadi dapat ini pon dah boleh buat hati mama riang gembira...


























...sebab sedap sangat. Jadi kamu jangan jeles tau hihi !


Wednesday, January 11, 2012

kenduri ikan.






Adeh. Malas nak buat karanganlah. Let picture tell the stories lah ;p.



Ikan-ikan segar. Ditangkap oleh papa kahkahkah. Malam sikit. Kawan papa, ustaz pemalu (shy) yang gigih pegi menangkap kat laut. Mekasihlah kat dia sebab sudi nak kongsi-kongsi dengan kami. Tips menjamin kesegaran ikan: jangan basuh dengan air paip. lepas tangkap bungkus dengan suratkhabar semalam. suratkhabar harini pon boleh kalau nak kena sepak dengan bapak kahkahkah.



Ikan tebal pipi. Agaknyalah. Tanya cik ina. Beliau pakar.



Wajah-wajah bakal pengenduri ikan. Nak berkenalan dengan tukang tangkap ikan? Yang pakai spek. Eh. Ramai lak yang pakai spek. Jejaka yang pakai baju kaler hitam dan hensem. Ah. Dua-dua pon hensem. Yang tak pakai topi. Yang pakai topi tu tukang makan ikan jer haha. Taklah. Yang pakai topi rajin tolong siang ikan juga walaupon baru sekor dah berdarah jari hikhik.



Ikan bakar. Saya rasa sikit jer sebab tak sedap sangatlah kedai ni buat. Kalau saya buat mesti lagi TAK sedap kahkahkah.



Ikan 3 rasa. Boleh tahan kut. Saya rasa tang kepala jer.



Ikan stim. TERBAEKKK wokk!! Saya balun yang ni aje heheh.



Kalau nak carik calon suami carik yang camni ya adik-adik. Yang ingat nak baca doa makan EHEH.



Burrppp. Alhamdulillah. Kenyang.


Terima kasih daun keladi ;p. 


Oh. Lupa nak cerita. Ikan-ikan ni kami siang sendiri kat rumah lepas tu baru pegi kedai suruh masak. Apesal cik betty tak masak. Pasal rumah dia peralatan cenonit belaka. ++ dia pemalu nak tunjuk skill memasak (baca: pemalas) kahkahkah.


Monday, January 9, 2012

AWAK SEMUA BOLEH BERAMBUS !!






Hakhakhak. Tersenyum sorang-sorang baca komen-komen dari kamu dekat >> entri yang lalu. Sangat menghiburkan.


Tapi pagi ini sobs sobs. Hari senin lak tu. Saya nak kisahkan satu insiden yang tak patut didengar. Tapi saya nak cerita jugalah.


Masih dengan kisah risya.


Hari ke-3 sekolah.


Haritu dekat entri >>INI saya cerita risya dimasukkan ke kelas 1 GIGIH. Masuk hari ke-3 persekolahan dia dan beberapa orang rakannya dipindahkan ke kelas yang lebih baik iaitu 1 CEKAP. Mungkin selepas pihak sekolah mengambilkira markah ujian penempatan kelas. Tak tahulah.


Cuma yang tak bestnya, masa risya dan 3 orang lagi temannya hendak berpindah kelas, cikgu kelas 1 GIGIH telah mengatakan sesuatu yang kurang enak didengar terutamanya oleh kanak-kanak.


Bunyinya lebih kurang macam nilah. 

"apa lagi tunggu. awak semua boleh BERAMBUS sekarang."


Hanya berdasarkan cerita risya saja. Nak percaya 100% pon tak boleh. Kalau boleh tak nak percaya sebab tak sampai hati mendengar risya diherdik sedemikan rupa.


Tapi kalau betul berlaku, 


bagi saya sangatlah TAK WAJAR seorang GURU PEREMPUAN yang memegang AMANAH sebagai PENDIDIK mengeluarkan perkataan BERAMBUS kepada KANAK-KANAK DARJAH 1 yang baru 3 HARI memasuki alam persekolahan.


Saya faham tugas sebagai guru sangat mencabar. Kalau pon betul budak-budak itu terlalu nakal tak adakah perkataan lain yang boleh cikgu guna? Cikgu dah tak tahu guna perkataan KELUAR (instead of BERAMBUS) ke? Atau GET OUT rasanya lagi bersopan.


Masa taklimat haritu, saya difahamkan 3 minggu pertama sekolah akan buat program TRANSISI. Iaitu program untuk membiasakan kanak-kanak dengan alam persekolahan. Supaya budak tak takut sekolah. Supaya budak sayang cikgu.


Tapi macam itukah caranya? 


Dari:
Ibu kecewa.


nota-noti:
Kata seorang jiran cikgu ini memang suka bercakap kasar.


Friday, January 6, 2012

kejadian hari ke-2 sekolah.






Masih lagi dengan cerita risya dengan pengalaman sekolahnya. Mungkinlah membosankan untuk kamu membacanya tapi ditulis untuk tatapan saya bila dah tua nanti. hakhakhak.


Tu pon agaknya nanti kena pakai kanta pembesar sebab mata dah kena katarak.




Semalam.


Pulang sekolah saya tengok jari kaki risya abes kecut-kecut. Rupanya kasut dan stokin dia basah. Kasut putih dia pon dah rupa kasut orang balik sawah. Saya tanya kenapa. Katanya sebab tersiram air waktu guna toilet. Katanya lagi kain dan suar kecik dia pon basah tapi dah kering dah.


Kesian. Saya tahu susah hendak buang air kat tandas sekolah dengan baju sekolah, kasut sekolah dan bertudung pula tu. Takpalah nanti lama-lama retilah.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bekal semalam saya bawakkan risya nasi goreng butter dengan isi filamen ketam. Nampaknya dia dengar cakap saya. 


Waktu rehat makan bekal dulu. Tak payah beli makanan sebab ramai orang beratur nanti tak sempat makan. Dah habis bekal kalau lapar lagi baru beli makanan. Waktu ni orang dah tak ramai.


Tapi saya musykil pulak duit belanjanya cuma berbaki 10 sen. Saya bawakan RM1.50. Katanya buat beli roti krim macam yang selalu mama beli kat shell tu. Setahu saya roti tu harganya dalam 70 sen je kalau tak silap. 


Takpalah. Saya pesan lain kali lepas makan simpan sampul roti dalam beg. Saja nak tahu apa dia beli kat sekolah.


Maklumlah mama ni kan penyiasat hakhakhak.


Thursday, January 5, 2012

kerjaya surirumah sering diperlekeh. karenah risya kat sekolah.





tak taulah kan surirumah buat apa..buat keje rumah ni sekejap aje abis..selain menonton tv, layan fb kot


Terbaca komen kat atas ni semasa baca entri di blog seorang teman.


Perasaan saya? Agak kecewa sebab komen itu ditulis oleh seorang wanita.


Tetiba teringat pertemuan saya dengan seorang kawan sekolah (lelaki). Katanya pada saya:

ah kau kan duduk rumah..bukan buat apa pon

Tak tahulah kenapa. Mungkin pada kamu biasa sahaja ayat-ayat yang dilemparkan ini tapi bagi saya sebagai surirumah (saya tak tahu surirumah lain) yang mendengarnya agak terasa diperlekehkan.


Seolah-olah kami surirumah ini duduk di rumah hanya tahu bergoyang kaki tengok sinetron mengarut dan post status ntah apa-apa kat fb.


Hakikatnya, selama saya menjadi surirumah tak menang tangan dan juga kaki menguruskan keperluan ahli rumah dan juga rumahtangga. Kalau kamu yang bekerja kena bangun seawal mungkin kami juga sama. Kalau kerja di ofis kamu menimbun kami juga sama. Bezanya, kerja kami tiada gaji berbentuk RM (di akhirat nanti insya-allah) dan jugak tidak hebat dan glemer di mata 'orang'.


Tolonglah. Takda orang pilih jadi surirumah dengan tujuan untuk berehat. Untuk menenangkan fikiran, mungkin :).


Dah tu je. 


Dari:
Insan yang sudah lali disindir dan diperlekeh hanya kerana menjadi surirumah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Layan cerita ini lagi best (bercakap kepada diri sendiri, biasalah orang suka buat entri syok sendiri).




Masa hari orientasi >>cerita sini, saya bawakkan risya bekal roti planta ditaburi brown sugar (mengada-ngada nak buh nama makanan ala masterchef) dan juga beri RM1 untuk belanja sekolah. Tapi balik rumah bekal tak berusik. Duit pon tak guna.


mama : kenapa tak makan bekal ni risya?

risya : tak nak. kawan semua beli makanan kat kantin.

mama : habis kenapa tak beli juga?

risya : duit tak cukup.

mama : takkan tak cukup. mama bawakkan singgit tu. takkan mahal sangat makanan kat kantin.

risya : kawan semua bawak duit kertas. risya punya syiling. tak cukuplah.

mama : grrrrrrrrrrrr.....


Semalam.

Saya bekalkan sandwic telur bersama mayonis. Dan up lagi duit belanja jadi RM2. Tapi masih semua syiling.


Papa pergi tengok risya waktu rehat, dia masih tak makan. Hanya beli air sirap 30 sen. Padahal sudah bawa bekal air. Papa suruh makan. Dia buat tak peduli pada papa dan terus pegi main dengan kawan.


Balik sekolah cikgu adukan pada saya risya kelaparan dalam kelas. Cikgu bagi dia makan bekal dalam kelas. Kongsi dengan kawannya yang jugak sakit perut.


Tengahari, saya pujuk risya makan nasi sebelum pergi sekolah agama. Mujur dia makan banyak. Nasi lauk daging kicap dan sup cendawan bersama kubis.


Dekat sekolah agama, rupanya masa dalam kelas dia jumpa ustazah kata perut sakit. Ustazah bawak pegi kantin makan kuih.


Aduhai risya. Nanti orang ingat mama ni kat rumah tak kasik kamu makan. Asyik melangut tengok tv dengan main fb.

Wednesday, January 4, 2012

pesanan-pesanan dan pesanan seorang ibu





Selamat bersekolah untuk semua pelajar seluruh Malaysia :).


Harini hari pertama risya sekolah yang betul-betul. Pagi-pagi telinga dia dah asyik disumbat dengan macam-macam pesanan. Sebenarnya dari haritu dah asyik berpesan-pesan.


Biasalah dah jadik emak. Kalau dulu pendiam macam dalam mulut ada emas bila dah jadik emak otomatik mulut macam selalu makan bontot ayam padahal tak makan pon. Asyik pot pet tak kira masa. Tido je baru tak pot pet. 


  • nanti kalau papa ambik lambat jangan keluar dari pagar sekolah tau, duduk kat dalam sampai papa datang
  • nanti jangan makan dalam kelas tau, kena denda
  • kalau nak pegi toilet, cakap cikgu tau
  • kat toilet jangan bukak kain dengan suar kecik kat luar pulak tau (ni biasa dia buat kat rumah) *ajar sekali cara nak kencing dan buang air besar tanpa membasahkan baju*
  • waktu PJ kena salin baju sendiri tau (kat rumah manja tak nak bukak baju sendiri) *ajar cara bukak baju dan terbalikkan baju
  • bila waktu rehat mesti makan tau (ni paling risau) *dah siap bawakkan bekal*
  • kalau lapar lagi guna duit beli makanan kat kantin tapi jangan beli jajan tau dan jangan habiskan duit
  • kalau kawan pau duit jangan bagi tau
  • kalau kawan sakit minta tolong kena tolong tau
  • jumpa cikgu bagi salam tau
......bla bla bla and the list goes on


dan tak lupa papanya pon kena dipesan


  • pukul 7 mesti dah hantar risya tau, tak boleh lambat
  • jangan ambik risya lambat tau, bahaya
  • harini kena jumpa cikgu kelas dia tau hantar borang



Sikit je tak boleh pesan banyak-banyak nanti papa lupa :P.


Kemusykilan untuk harini:

berapa RM yang sepatutnya dibawak oleh budak darjah 1 pegi sekolah?

Monday, January 2, 2012

aktiviti baru di tahun baru kira macam azam baru jugaklah





Selamat tahun baru 2012 semuaaa!!


Pagi-pagi 1 Januari 2012 hari ahad pulak tu di kala orang lain masih berkuak-lentang dalam selimut, rina surirumah dah lentung-lentang kat dapor pukol 5 pagi. 



Semangat gitu masak nasik lemak sambal sotong tersedap di dunia. Hidangan lengkap dan menyihatkan kahkahkah. Betul apa. Janji jangan makan tiap-tiap hari sudah.



Lepas masak kita pergi aerobik pulak. Nampak tak saya? Nampak tak? Yang sebijik lebih kurang macam orang lidi tu (tudung pink dengan baju dan seluar kelabu). Kalau tak nampak ambiklah kanta pembesar ya ~hiks. Siapa tahu cara nak gemukkan badan selain dari minum susu weight gain?



Mama pegi aerobik, papa pegilah bersiar-siar menjaga anak kan :). Thanx papa kerana memahami.



Dah habis tenaga kita top-uplah balik dengan melantak sampai licin nasik lemak sambal sotong tersedap di dunia tadi ~hiks.



Bukan mama aje nak berseronok. Anak-anak pon nak. Berbaloi buang selimut pagi-pagi pegi Hutan Bandar Mutiara Rini nih. Boleh jana masyarakat sihat dan keluarga penyayang. hakhak. Berkempen pulak dah. Papa pon misti seronok bangun pagi layan keluarga tercinta di hari minggu hehe :p.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal