HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Wednesday, February 29, 2012

surat bantahan.






AMARAN: Entri harini mungkin berunsur sedikit niyang repek <-- merepek maksudnya tapi serius aku sedang serius.





Kepada pihak yang berkenaan <---sesapalah yang susun rancangan kat tv3 tu kan,


Saya ingin meminta jasa baik pihak tuan supaya menukar balik waktu siaran drama bersiri BFF ke asal iaitu Ahad pukul 9.00 malam. Dah sedang elok sangatlah waktu tu. Time saya tengah gosok baju. Tahukah pihak tuan bahawasanya menggosok baju itu adalah perkara bosan. At least ada drama boleh layan takdalah saya tersangap lepas tu tergosok tangan sendiri.


Sebenarnya saya tak kisah kalau pihak tuan nak tukar hari tapi jangan letak waktu siarannya lewat sangat. Mungkin bagi tuan 10.30 malam tu adalah belum lewat tapi saya nih bangsa tido awal sebab esoknya saya kena bangun awal untuk buat sarapan anak saya nak pegi sekolah dengan suami saya nak pegi kerja. Kalau saya tido lambat mungkin nanti esoknya saya terbangun lambat lalu menjejaskan keseluruhan ahli keluarga pula termasuk anak jiran yang tumpang kereta pagi-pagi nak pegi sekolah.


Sebab tu saya malas nak tengok Pelangi Kasih walaupon ada Beto. Tak rela saya nak korbankan waktu tido semata-mata kerana Beto. Beto je pon kannn.


Ya, saya taulah BFF tu berciri tak-payah-tengok-pon-tak-apalah-der tapi alang-alang saya dah tengok dari episod 1 biarlah saya menyeluk pekasam tengok sampai episod akhir. Apa? tengok online? Alahai der. Internet sendu nak nengok online boleh lemau saya depan lappy nih. Lagipon malas nak beriya-iya sangat demi nak menonton sebuah drama ringan-ringan macam nih.


Errr.. tapikan drama tu best jugak dilayan sebenarnya HEHE.


Jadi, disebabkan itu bolehkah pihak tuan mempertimbangkan permintaan saya ini?



Yang benar,
insan terluka.

Tuesday, February 28, 2012

jadi penyibuk.






Pelik dengan sesetengah sikap ibu bapa. Anak kecik umur dalam setahun lebih camtu dibiarkan main seorang diri kat tepi jalan. Budak kecik yang agaknya baru pandai jalan tu nampak macam tertarik benar nak melintas jalan raya. Heran jugak bila tengok sekeliling tak nampak kelibat maknya. Rupanya maknya tengah duduk dalam rumah, pagar rumah dibiarkan terlapang.


Memanglah jalan tu tak sibuk tapi cuba bayangkan budak kecik tu tetiba meluru ke tengah jalan masa kereta ke bas sekolah ke lalu atau mat rempit datang gila merempit pagi-pagi kat situ. Tak ke naya. 


Lepas tu bila kereta kami berhenti - dengan niat nak tolong anak kecil tu daripada terus merayap tak ketentuan hala, elok jer dia datang kepada kami. Kalaulah, kalaulah yang berhenti tadi bukan kami tapi geng upin-ipin penculik kanak-kanak memang dah selamat dah budak tu kena bawak lari. Sebab memang mudah benar. 


Bila kami panggil maknya kat dalam rumah, mukanya selamba sahaja. Malu ke atau rasa kami ni penyibuk ke tak taulah. Langsung takda ucapan terima kasih. Kami pon tak hadap sangat terima kasih tu cuma kesal dengan kecuaian dia.


Baca tak kes budak perempuan kena bunuh kat rumah dia? Jiran dengar bunyi jeritan tapi tak pegi tengok sebab ingat gaduh dengan ahli keluarga. Kes tak nak masuk campur lah ni. Tapi kesian kan. Kalaulah jiran dia kaki penyibuk.



Monday, February 27, 2012

Petua Lembutkan Hati Anak






Malam haritu saya pegi rumah kawan. Masa asyik berborak-borak dan bergossip tentang isu dunia kuikui, dia cerita satu petua untuk lembutkan hati anak. Saya rasa elok juga kalau disharekan dengan korang. Mungkin jugak petua ini dah basi bagi korang tapi tak kiralah nak sharing is caring jugakk.


Petua ni nak apply kat suami yang notti pon boleh jugak ~kiki.


Paham betul-betul. LEMBUTKAN bukan lembukan


Caranya mudah. Iaitu kepal-kepalkan nasik sebanyak 3 biji. Kepal dengan penuh kasih sayang. Lepas tu suap anak makan sambil berdoa dan berniat supaya anak itu lembut hatinya, supaya mau dia dengar nasihat kita jadi taklah berbuih lagi mulut kita nak bebelkan dia kan.


Insya-allah. Doa ibu paling mustajab. Lagi mustajab daripada kita bersusah-payah pegi mintak orang hembus air liur dalam air semata-mata nak suruh anak kita jadi baik.


Ada satu kes kawan saya tu cakap, gara-gara mak dia pegi mintak air kesudahannya anak dia jadi bodoh terus. Terus tak reti buat apa-apa. Semua tunggu mak suruh. 


Kalau untuk suami 'notti' pulak, nasik kepal tadi kambuslah dengan nasik yang tak kepal punya. Karang dia pelik pulak apesal bagi nasik kepal kat dia. Tak pasal dapat penumbuk sekepal.


Friday, February 24, 2012

emak dalam wanita hari ini.







Konon-konon semalam bajet masak pagi-pagi lepas hantar risya sekolah sebab dengan harapan lepas tu bolehla menghadap belog tanpa diganggu oleh tugas-tugas rutin yang wajib.


Kemudian tetiba teringat akan pesan emak 2-3 hari lepas. Supaya jangan lupa tengok Wanita Hari Ini (khamis semalam punya). Bukan sebab topik yang dibicarakan adalah penting (Keluar Rumah Tanpa Tuduhan Nusyuz) tapi ada yang lebih penting dari itu. Iaitu emak MUNGKIN masuk tv. Itupon kalau abang kamera terfokus muka emak. Kahhh.


Wah, emak sendiri nak masuk tv. Mestilah teruja nak tengok kannn. 


Rupanya emak dengan kumpulan wanita kampong (kumpulan Bina Insan kg Dato' Abd. Rahman Yassin) dapat jadi tetamu dekat studio. Kira macam jadi penonton secara live lah. Dapatlah gelak-gelak tengok pengacara-pengacara buat silap semasa bercakap. Emak kata banyak kali asyik cut. Mak tak cerita banyak sangat. Mungkin sebab terlalu seronok berjalan-jalan di Kuala Lumpur tanpa abah atau emak malas nak taip mesej. Dan aku pulak memang bangsa malas nak mengecall.


Habis tu semalam tepat pukul 12, alihlah siaran awal-awal. Sambil mata buntangkan luas-luas nak carik emak dalam tv. Adalah nampak mak sipi-sipi. Hehe.



nota-noti:
Petang sikitlah baru saya menyebokkan diri BW ke blog korang ya :). Nak keluar makan ABC huhu.


(updated)
nota-noti 2:
Cis, kedai ABC semua pakat tutup di siang bolong. Kejadah bukak kedai ABC memalam. Time panas-panaslah orang carik. Dah tak pasal-pasal eskrim Magnum jadik mangsa.



Wednesday, February 22, 2012

jatuh cinta dengan suami orang.








Jangan buat gilerrrr!!


Nanti bini dia kejor ko dengan parang aku tak jamin.


Wakakaka.


Suka Beto? Nak berkenalan? Klik >>SINI.



Tuesday, February 21, 2012

bukan.






Hadiah harijadi saya tu (sebenarnya tak macam hadiah saya pon) a.k.a 'gula-gula' risya bukan ipad tapi Samsung Galaxy Tab 10.1. Ramai yang agak benda alah tu ipad. Kesian tab. Tak glemer eh ko. 


Antara galaxy tab dengan ipad, galaxy tab lagi banyak kelebihan. Saya rasa-rasalah. Sebenarnya saya tak tau. Saya sengal sikit bab-bab gadget ni huhu. Ingat lagi masa mula-mula masuk U, saya nak on PC pon tak reti. Siap kena perli dengan member sebelah apesal saya asyik ikut apa dia buat. Dah saya tak reti, nak wat camno kan.



Tengoklah minah ni. Bangun pagi tadi pon senyum bahagia jer bila saya cakap cepat bangun kalau nak main tab balik sekolah nanti petang. Tengok mulut dia. Macam mulut saya. Kitaorang geng. Geng bibir sexy tebal :p.



Monday, February 20, 2012

perkara pelik pagi ini.






Biasanya, kalau pagi-pagi kat rumah ni mesti akan kecoh punya. Huru-hara. Sebab ada pertarungan gusti. Gusti antara aku dengan risya. Nak kejut dia bangun ko kena gusti dulu dengan dia. Bila dah kena air dia ok sikit. Tapi lepas tu gusti lagi nak suruh dia sarapan. Tu pon dia cuma lalu minum milo jer. Makan tak nak.


Lepas tu kena siap sedia dari segi mental (aku dengan encik papa) bila risya start dia punya sinetron air mata. Dari rumah sampai sekolah tak berenti menangis. Nangis pelan-pelan takpe juga. Ni tahap meraung punya. Stress aku. Sebab tu aku bahagia gila bila tiba hujung minggu dan bertambah bahagia kalau cuti sekolah.


Sampai sekolah kemuncak tangisan dia. Melalak tepi jalan. Orang semua tengok. Sebelum ni encik papa je hantar dia pegi sekolah. Aku tak ikut. Tapi lepas beberapa kali kes encik papa kena patah balik dengan bawak semula risya balik rumah encik papa suruh aku teman. Oklah. Walaupon dia still make scene, encik papa dah tak yah tebal muka. Akulah yang kena menghadapi semua itu huhu. 


Mulanya, aku tak paham nape risya suka buat hal macam ni. Aku syak dia stress macam entri yang aku pernah tulis kat >>SINI. Oklah. Dah mintak cikgu dia tukar tempat duduk. Sejak tu dia tak nangis lagi kat sekolah. Tapi aku masih kena bergusti dengan dia. Dia masih nangis juga sepanjang jalan nak pegi sekolah.


Tapi, pagi ni aku pelik sangat. Aku kejut risya elok je dia bangun. Mandi, sarapan semua. Nak hantar sekolah  pon senang. Siap ketawa-ketawa lagi. Happy semacam je.


Masa nak kejut dia pagi tadi tu, aku bisikkan Ya Latiff kat telinga dia sambil berdoa janganlah dia buat hal harini. Serius aku dah penat. Agaknya sebab tu dia jadi lembut hati kot. Tahla.


Amalan Supaya Anak Mendengar Kata, KLIK >>SINI.


Tapi aku syak, benda nih puncanya dia tak notti dah nak pegi sekolah:

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hadiah harijadi untuk aku bulan lepas tapi bulan ni baru dapat. Nama je hadiah untuk aku tapi lagi lama benda nih kat tangan risya dari tangan aku. Tak sangka pulak mahal betul 'gula-gula' nak pujuk risya supaya tak nangis pegi sekolah.

Thursday, February 16, 2012

Rongak.







comel tak saya ??


Gigi susu risya selamat dah saya campakkan atas bumbung rumah. Kata orang tua-tua tu petua untuk dapatkan gigi kekal tumbuh rata huhu.


Gigi susu korang masa kecik dulu/gigi susu anak korang buat macam mana pulak? Ada tak yang simpan dalam bekas buat kenangan hari tua kikikiki.



nota-noti:
Risya dah pindah tempat duduk kat sekolah. Nampaknya macam ok.


Wednesday, February 15, 2012

Anakku STRESS : Panduan Untuk Ibu Bapa








Masa mula-mula masuk Tahun 1, risya ok. Happy sekolah. 

Beberapa minggu kemudian, perangai dia berubah. Tak nak sekolah. Muka tiap pagi kembang sebab melalak. Alasan sakit perut. Manjang sakit perut. Sampai saya naik konpius apesal lah anak aku nih. Bila ketuk-ketuk perut dia memang ada bunyik macam perut kembong. Jadi saya pastikan dia misit ambik breakfast, lunch dan dinner. Nak ikutkan risya manjang tak nak makan. Yang peliknya dah makan banyak dia tetap lapar jugak. Tak tentu waktu pulak tu.


Saya fikir, budak ni saja nak mengada-ngada, terlebih manja ataupon sengaja buat perangai nak kasik saya naik hantu. Memang pon, kalau dah nasihat, pujuk manja-manja tak jalan memang hantulah jadinya. Silap-silap hantu pon takut tengok saya naik hantu.


Tapi satu hari, lepas baca artikel kat atas, saya syak mungkin risya sedang mengalami tanda-tanda stress.


Faktor-faktor yang mungkin : (berdasarkan perbualan harian saya dengannya)

  • berpisah dengan geng-geng sekepala masa tadika - tak sama kelas dan juga ada yang tak sama sekolah
  • waktu persekolahan yang panjang - pagi sekolah kebangsaan - balik kejap - dah kena pegi sekolah agama
  • sering diganggu oleh budak lelaki yang duduk depan dia - budak tu suka pukul dia, conteng buku dia dan suka tengking-tengking dia


Risya dan mungkin kanak-kanak lain hadapi masalah sama macam kita, orang dewasa - tekanan/stress. Masalah ini harus ditangani dari awal untuk mengelakkan kanak-kanak tersebut mengalami masalah tingkah laku di kemudian hari seperti melakukan vandalism atau nakal. Macam tulah artikel tu tulis.


Tanpa berlengah lagi, saya dan papa pon berbincang tentang masalah risya dengan guru kelasnya. Harapan saya, guru kelas dapat pindahkan tempat duduk risya jauh dari budak lelaki yang suka mengganggunya. Nanti-nanti mama masukkan risya kelas taekwando ya, ada orang kacau kita kasik lempang sama dia haha. Brutal sikit. Lembik memang senang kena buli. 


Risya harap dia dapat tukar kelas untuk bersama dengan kawan baiknya tapi tak bolehlah sebab kelas dah ditetapkan. Dan saya harap guru kelas dapat terangkan hal ni pada risya - sebab kalau saya yang cakap haram dia nak dengar. Tahu sangat dah.


Kat bawah cara-cara lain yang boleh ibu bapa lakukan bagi membantu anak menangani stres :

  • ajak anak melukis - lukisan satu cara anak menyampaikan apa yang tersirat di hatinya
  • ajak nak berbual tentang masalahnya - lihat matanya ketika bercakap
  • ajak anak beriadah - main lari-lari ke main bola ke janji happy
  • urut bahagian belakang badannya
  • hindarkan anak makan makanan tinggi kandungan gula dan MSG - makanan ini menyebabkan anak jadi hyperaktif dan akan memberontak/stress sekiranya disuruh duduk diam (awas, susu formula bayi dan kanak-kanak juga mengandungi gula tambahan)
  • ajar anak untuk optimis menghadapi cabaran sebab itulah realiti kehidupan - agar anak-anak boleh membesar menjadi individu yang sihat dan gembira

nota-noti:
Risya dah pindah tempat duduk. Nampak cam dah ok sikit.


Tuesday, February 14, 2012

endhorphin : untuk awet muda






As-salam.


Endhorphin ialah sejenis hormon. Bukan morfin ataupon ikan dolphin.


Endhoprhin boleh buat kita awet muda tau. Sebab hormon ni buat kita rasa tenang, damai dan bahagia.


Yang bestnya, nak rangsang pengeluaran hormon ni macam senang je iaitu kita kena selalu rasa happy. Bila happy hilang stress. Bila tak stress dahi tak berkerut. Jadi kuranglah kedut huhu.


Macam mana nak happy untuk hilangkan stress? Ini antaranya:


  • Senyumlah selalu. Seyum bukan sahaja menggembirakan orang lain malah diri sendiri juga.
  • Nikmati makanan yang kita sukai contohnya bagi penggemar coklat, coklatlah yang mampu merangsang hormon ini. Nikmatinya secara perlahan-lahan tau. Bukan lahap coklat tu pulak. Kang bukan hormon yang merembes, lemak pulak yang diternak HAHA. 
  • Untuk pasangan dah berkahwin, hubungan intim yang menggembirakan juga bisa merangsang hormon endhorphin.
  • Sapu plant endhorphin (sejenis tumbuhan yang boleh merangsang hormon endhorphin, diekstrak dari beri kering yang dipetik dari Chaste Tree) kat muka. Kalau tak salah krim simplicity ada guna plant endhorphin nih. Sape dah cuba krim ni?
  • Berolahraga. Pilih sukan yang kita gemari. Macam saya suka aerobik. Sebab boleh joget-joget HEHE.


Nak cerita tapi korang jangan ingat saya nih perasan ke hape. Semalam kan lepas aerobik, saya pergi pasar tani beli barang dapor. Pakcik jual pisang dengan pakcik jual cili kering tu ingat saya nih masih student. HAHA. Lawak lak rasa. Rasanya kesan hormon endhorphin lah kut.


Berbeza lak dengan pengalaman saya 15 tahun dulu, bila orang asyik ingat saya ni dah kerja padahal baru jer umur 18 tahun. Masa nak daftar masuk universiti siap ada makcik tu ingat saya hantar adik masuk U. Kawan sekuliah yang sebaya saya pon ada yang panggil saya kakak sebab ingat saya senior. Sedih sangat tau saya masa tu. 


Sekarang, dah terbalik pulak. Mmmm..


Friday, February 10, 2012

Rombongan Cik Kiah Ke Taman Negara Pulau Kukup






As-salam.


Korang jenis yang sukakan flora dan fauna?


Jom mengembara bersama cik kiah ke Taman Negara Pulau Kukup, Johor. 


Mujur iphone encik papa dah pulih lepas kena CPR. Kalau tak korang bacalah karangan SPM 5 mukasurat lagi kikiki. Dah nyelam dalam air masa kat SINI sampai tinggal nyawa-nyawa ikan alhamdulillah berjaya dipulihkan. 



Rombongan cik kiah tengah tunggu bot nak angkut diaorang balik indon :p.



Harus ada tempelan wajah bakal jejaka idaman malaya ni.



Bot dah belayar. Dekat je pon nak sampai seberang. Kalau korang suka boleh berenang kuak lentang.



Bergambar kat signboard wajiblah sebagai bukti dah sampai.



Tengok-tengok pokok bakau. Replika agaknya.



Nak lalu jambatan gantung boleh. Tak nak lalu pon boleh. Masa nih ada sorang ahli rombongan (saper ler gamaknya tu eh??) meraung-raung masa lalu kat sini. Kesian dia. Dahla ketar lutut sebab gayat, ada pulak mamat dengki pegi goyang-goyang jambatan tu. Mujurlah mamat tu suami aku, kalau mamat lain memang dah kena pelempang sedas dua.



Tak yah tergoda dengan senyuman aku, baca yang kat belakang tu je :p. Masa ni ahli rombongan cik kiah yang lain pegi panjat menara 5 tingkat. Mak tak kuasa nak manjat. Gayat.



Asyik tengok muka aku bosan pulak korang. Tengok wajah orang lain pulak. Masa ni nak balik dah.



Singgah kelong beli belacan dan keropok. Diaorang ni tengok ikan suka meludah. Ikan sumpit namanya. Sia-sia kena kahak ikan haha.



Dah penat mengembara, wajiblah melantak pulak. Lupa pulak nak tengok nama warung tepi jalan nih. Rombongan cik kiah sampai macam nak roboh warung dia. Mee bandung ni masin sikit. Nak kata sedap sangat tu tidaklah. Nak kata tak sedap langsung macam tak patut. Yang penting udangnya banyakkkk. Tu yang sedapppp.



nota-noti:
Baru perasan fauna dalam cerita di atas hanyalah udang HAHA. Kat hutan tu macam biasalah. Ada monyet yang suka kacau orang bawak beg plastik, ada rimau (ini tipu), ada babi (ini betul). Dan tiada sesiapa pon di antara ahli rombongan yang bernama Cik Kiah. 



Wednesday, February 8, 2012

Bercuti di Lotus Beach Resort Desaru Best Tapi....







.....sedih.


Sebab takda sekeping gambar pon dapat dirakamkan buat kenangan. Tak dapat nak menunjuk-nunjuk dekat korang kan huhu.


Ni semua gara-gara encik papa terlalu seronok nak terjun dalam kolamlah ni. Lalu iphone dalam poket seluar dia pon turut sama bergembira berenang-renang. Dahla kami ni takda kamera. Iphone cabuk tu jelah tempat bergantung untuk amik gambar.


Nak ngarang cerita pon tak seronok sebab takda gambar. Korang pon pasti sangat malas nak baca karangan SPM 5 mukasurat kan kahkahkah.


Jadi, karangan berikutnya boleh dibaca kalau korang berniat nak bercuti ke sini. Kalau tak nak, boleh terus pegi komen kahkahkah.


Buat anda yang nak bercuti ke Desaru tak rugilah pegi Lotus Beach Resort ni. Sesuai untuk famili yang ada anak kecik berderet-deret pasal water park kat sana best jugaklah. Ada gelongsor air. Sesuai untuk anak-anak dan juga mama dengan papa pon boleh main slide sama-sama. Tapi kalau mama nak main sama pastikan keluarga anda tidak membawa barang berharga ke water park ni. Baju salin pon bawak yang buruk-buruk je. Jadi kalau kena kebas pon taklah ralat sangat kan. Kalau tak nanti mama kena jadi tukang jaga beg. Ataupon bawalah nenek kepada anak-anak anda bercuti sama, jadi tugas nenek jaga beg haha. Kejam sungguh.


Untuk korang yang masih muhda-muhdi dan sukakan aktiviti mencabar tak payah pegi water park ni. Buatlah aktiviti laut yang lain macam parasailing ke, naik bot pisang ke (banana boat), naik ikan terbang ke, berkayak tunggang terbalik ke, naik jet ski ke, pandu ATV ke, pegi naik bot sambil mancing ke. Tinggal siapkan duit je.


Kalau takut sunburn boleh pegi Ayurvedha spa atau tido jelah dalam bilik yang selesa atau main indoor game tak pon bersiar-siar naik buggy pusing keliling sampai driver buggy tu tendang korang keluar. Kat sini ada disediakan servis buggy pasal agak jauh kalau nak jalan kaki pegi pantai, tempat makan atau water park. Nak jalan pon boleh takde sape marah.


Pasal breakfast kat resort ni makanannya ok-ok sajalah. Tak banyak pilihan sangat. Kang kalau banyak-banyak korang yang pening nak melantak yang mana pulak kan. Kalau nak carik restoran kat luar atau nak carik kedai runcit boleh pegi Bandar Penawar. Tapi kedai dan restoran pon tak banyak sangat kat sini. Nak carik maggi cup pon kena terjah 2-3 buah kedai baru jumpa.


Kat bawah ni harga suite. Rasanya kat sini penginapan dia semua jenis suite. Suitenya pulak bertangga tinggi. Jadi kalau korang ada anak kecik yang hobinya turun naik tangga dan memanjat palang agak mengerikan jugalah.


Suite 1 bilik
Ahad - Khamis RM348
Jumaat - Sabtu RM394
Suite 2 bilik
Ahad - Khamis RM522
Jumaat - Sabtu RM696
Suite 3 bilik
Ahad - Khamis RM777
Jumaat -Sabtu RM928
Suite 4 bilik
Ahad - Khamis RM1125
Jumaat - Sabtu RM1392


Kalau pegi time public holiday meleleh air mata sebab ada surcharge RM58. Untuk mengelakkan pembayaran lebih booking awal-awal. Bookinglah sekarang kat >>SINI untuk sesal dahulu pendapatan.



Sekian. Dah macam ejen pelancongan lah pulak karangan ni. Tulah jadinya kalau takda gambar nak cerita.


Thursday, February 2, 2012

khas untuk ratapan eh tatapan suami.







pic : borrowgoogle

Love her…when she sips on your coffee or tea, she only wants to make sure it tastes just right for you.
Love her…when she “pushes” you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

Love her…when she asks you to play with the kids. She did not “make” them on her own.
Love her…when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you.

Love her...when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.
Love her…when her cooking is bad. She tries.

Love her…when she looks disheveled in the morning. She always grooms herself up again.
Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her…when she asks if she looks skinny and old (diubah untuk menyesuaikan dengan keadaan semasa kehkeh). Your opinion counts, so tell her she’s beautiful.
Love her…when she looks beautiful. She’s yours so appreciate her.

Love her…when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.
Love her…when she buys you gifts you don’t like. Smile and tell her it’s what you’ve always wanted.

Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change.
Love her…when she cries for absolutely nothing. Don’t ask, tell her its going to be okay.

Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her.
Love her…when whatever she do is not pleasing. It happens and will pass.

Love her…when she stains your clothes. You needed a new cloth anyway.
Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.

Love her…when she argues. She only wants to make things right for both.
Love her…she is yours. You don’t need any other special reason!!!!



Tampal kat pintu bilik ok gak kan :p.



Wednesday, February 1, 2012

tak sempat tekan brek.






Adehhh. Minta nafas sekejap. Ooopp ahhh. Oooooppp ahhh.


Sungguh. Sungguh Penat. Minggu penat. Tak sempat tekan brek. Lagilah dah naik sekolah. Ahhh. Tak sabar tunggu ujung minggu lepas tu isnin selasa cuti lagi hoorayyy!!!


Minggu lepas sambung pulak ke minggu ni hampir setiap hari mop dan kain pengelap menjadi BFF. Juga TTM dengan baju-baju masam berbau muntah dan kesan cirit. Apa tu TTM? Teman Tapi Mesra.


Rasanya kalau mop tu pandai berkata-kata, pasti dia pon merayu "sudahlah..sudahlah..guwa penatttt".


Mesin basuh tu pon aku tengok semput semacam je. Kalau dia ada nyawa, mesti dia tengah berdoa mintak nyawa. Minggu ni keje dia berat sikit. Kena pulun basuh sarung sofa. Basuh cadar. Basuh kusyen hiasan.  Hampir setiap hari. Bahana kena muntah. Mujur tak datang giler aku sumbat karpet sekali dalam tu. Mujur tangan kerdil aku ni masih gagah memberus muntah atas karpet. Mujur juga ada tangan sasa nak tolong sidaikan karpet basah atas pagar. Kalau tak adalah korang baca berita seorang surirumah comel pengsan akibat dihempap karpet basah.


Akulah juga suster ngesot untuk minggu ini. Terngesot-ngesot sudah bila berjalan sebab kepenatan terlampau.


Korang tengok AJL kan. Vogue kan baju hafiz awan nano? Kalau nak tau itulah baju rasmi aku hari-hari haha.


Oh. Semoga lekas sembuh anak-anakku.


Ada tak orang nak hadiahkan pakej spa untuk aku neh haha.



nota-noti:
Pada kawan-kawan maafkan saya jarang BW ke blog anda kerana kekangan waktu dan juga kekangan BB yang semput manjang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal