HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Wednesday, April 25, 2012

sambutan harijadi risya yang ke-7.





Besday risya dah lama lepas dah.
Kitaorang takda buat acara makan-makan kek lagi pon sebenarnya.
Harijadi tanpa kek macam hari raya tanpa baju baru #eheh, puasa pon belum ;P#


Weekend haritu MIL ajak balik nong chik.
Saja nak kumpul-kumpul anak-anaknya sebab adik ipar dengan wifenya nak terbang ke obersea tak lama lagi.
Jadiknya celebrate la besday risya sekali.


Sayangnya encik papa tiada bersama-sama T_T (dia kan outstation haritu).
Maka baliklah aku ke sana 3 beranak.
Mujur adik ipar dan wife dia duk dekat dengan rumah aku jadi dapatla tumpang kan.
Nak harap aku drive sendiri, sobs.


Oh ya.
Disebabkan aku baru pandai mengcombine gambo kiki maka gayatla (jakun la tu maknanya) aku asyik mengcombine gambo.
Korang yang lum reti cara-cara leh tengok tutorial kat blog adik sizuka nih. Sini klik >>SINI.
Adik sizuka nih ada bisnis fotografi jugak tau.
Kalau nak gambo cantik-cantik tak kira wedding ke, famili ke boleh upah dia.


Kek panda mata potek (panda yang belakang). Gerangan siapakah yang mempotekkan matanya wakaka.


Hadiah dari uncle alil dan auntie hana yang nak terbang ke UK tak lama lagi. Hadiah cik is tak terhambek pulok gambonya. Cik is cedey nanti.

HAHA. Seronoknya dah pandai combine gambo sesuka hati. Tak yah pening-pening nak pilih mana. Kita letak je semuaaa. Dasar tamakk. Semua nak tepek kat blog.


Tamakk jugerrr. Semua nak letakk. Hihi. Termasuk gambo dahku yang tereksaited lebih.

Kesayangan mama dan papa. Muahhhhs.


Picture credit to : shahril salleh.





Tuesday, April 24, 2012

rasa kecil hati berdosa.







Ni status fb seorang kawan (ekceli beliau bekas supervisor aku masa degree).
Konpius aku masa baca.
Kecikkan hati orang tu aku taula dah sah-sah memang dosa kan. *wuwuwu banyaknya dosa aku*


Tapi kalau kita rasa kecik ati LAGI BESAR dosanya. 
Ini aku baru tau.
Takut dah sebab mak jemah ni jenis cepat sentap T _ T.


Sebab ramai yang konpius jadi beliau terangkan.


klik untuk tumbesaran


Kesimpulannya, kalau ada orang kutuk kita ke ngata kita orang yang buat tu memang dapat dosalah kan.
Tapi kalau kita terasa hati dengan kutukan dan penghinaan dia tu lagila kita berdosa.
Sebabnya, penghinaan itu sebenarnya peringatan dari Allah.
Allah nak uji kita. Nak ingatkan kita yang dah alpa dengan dunia.


Bila kita kecik ati dengan orang yang kecikkan ati kita tu, maknanya kita tak redha dengan ujian Allah.
Maknanya kita bukan kecik ati dengan orang tapi kecik ati dengan Allah.
Lagi parah kalau kita pi citer dekat orang lain tentang si polan yang dah banyak menyakiti hati kita.
Terus hilang keredhaan Allah terhadap kita.


Astagfirullah al'azim.
Kalau ada salah, harap dibetulkan. Hamba pon masih sangat dangkal ilmu pengetahuan.



credit to: Rashidah Kadir.




Monday, April 23, 2012

penakut.






Dah beberapa hari encik suami berpergian.
Bila beliau tak ada, perkara paling tak suka aku nak buat ialah memandu.
Bila kena suruh memandu perasaannya sama macam nak kena interview kerja atau nak kena present final project untuk degree.
Perasaannya sangat tak best.
Lutut rasa longgar semacam.


Dulu, anak-anak kecik lagi bolehla ngelat tak nak drive.
Kalau seminggu suami aku takda, sanggup aku bertapa seminggu dalam rumah demi tak nak drive.
Sekarang risya dah sekolah.
Nak tak nak kenala drive anta dia pegi sekolah.
Takkan nak suruh dia jalan kaki pulakkan.
Atau suruh dia drive sendiri pegi sekolah wakaka.


Jumaat tu hari berjaya juga aku memandu tanpa sebarang kejadian pelik-pelik berlaku.
Hari sabtu risya kena sekolah jugak, sekolah ganti.
Konfiden level dah up sikit sebab semalamnya dah berjaya drive sengsorang.
Hihi. Padahal sekolah tu tak jauh pon dari rumah.


Masa dah sampai sekolah, tah cemana tah masa nak matikan enjin, aku tertekan lock agaknya.
Memandangkan aku tak reti sangat pasal alarm-alarm kereta ni aku bukak jela pintu.
Apalagi alarm kereta tu membingitla kan.
Punyala malu.
Aku tutup balik pintu, tekan apa-apa yang patut kat kunci kereta tu.
Tapi still alarm dia tak nak diam.
Aku bukak je pintu, membingit.
Bukak je pintu, membingit.
Muka aku dah bengkak semacam nih.
Dahla depan sekolah kan ramai orang.


Lastly, aku tak dulik. Ko nak membingit - lantak la situ.
Aku bukak pintu cepat-cepat, turunkan diri aku - turunkan risya - turunkan beg risya yang aku rasa dia bawak batu pegi sekolah.
Lepas tu tutup balik cepat-cepat.
Sambil tak pandang kiri-kanan la kan.
Sebab malu.
Lepas tu aku biarkan je kereta tu tak lock.
Sebab kalau aku tekan lock dia membingit.


Pastu masa nak balik, enjin pulak tak boleh start.
Aku rasa kereta ni saja nak nyakat aku.
Nak tuduh kereta pulak kan, padahal sendirik yang bengap huhu.
Nak call encik papa, henpon pulak tertinggal.
Mujurlah akhirnya dapat jugak hidupkan.
Kalau tak adala orang yang kena balik jalan kaki.


Korang janganla pulak nak pandang rendah kat aku sebab takut nak drive.
Muda-muda dulu aku penah merempit balik rumah dari sekolah (masa tu keje cikgu), sebab nak tengok drama filiphina Pangako Sayo.
Tapi dengan kereta auto gakla.
Cuba suruh bawak manual.
Mesti menyesal tester yang bagi aku lulus ujian memandu 15 tahun dulu.



Friday, April 20, 2012

desperate.






Dalam bulan lepas kalau tak silap aku, adala sorang mamat ni sms kat henpon aku.
Aku mula ingat dia ni customer.
Tapi rupanya dia saja nak test market.
Nak berkenalanla hape.
Bila aku cakap aku tak interested. Dah kawen. Dah tua kerepot.
Dia degil. 
Siap-siap call pulak.
Aku letak je terus malas nak layan.
Lagipon masa tu encik papa muka dah tensen giler kat sebelah aku.
Dah orang nak terai isteri dia kan.
Mau tak bengang.
Bila aku buat bodo tak reply-reply dah mesej dia alhamdulillah dia berenti.


Tup-tup kelmarin dia sms kat henpon encik papa pulak.




Kehkehkeh.
Dia ni giler ke hape.
Perempuan lelaki ko terai?


Mujur aku ni masih ada hati nurani.
Kalau ikutkan encik papa, dia suruh aku reveal je nama dengan no henpon budak ni kat sini.
Dah ko macam desperate sangat kan.


Aku rasala dia ni, main kutip je nombor talipon pompuan yang dia jumpa kat internet lepas tu terai satu-satu.
Untung-untung ada yang sangkut.
Boleh buat stok geli-geli.
Kot.


nota-noti:
Sedang dalam mode sedih dan rindu.




Thursday, April 19, 2012

mekap.






Dulu-dulu kan kalau pasal pakai mekap aku bolehla dikategorikan sebagai manusia tabah.
Sebelum mekap pakai pelembab dulu bior foundation senang melekat.
Dah tepek foundation sampai liang roma mintak ampun sebab sesak napas, tenyeh pulak concealer.
Yolah. Muka tak berapa nak licin kan.
Lepas tu barula tenyeh benda lain pulak.
Lepas tu kalau nak solat, cuci lepas tu tenyeh balik.
Hadoih. Penat tau tak.


Sekarang ni, bila usia pon dah makin lanjut (oh emonya nak tulis ni).
Anak pon dah berderet-deret (hihi macamler anak aku ramai noo kan).
Kadar ketabahan pon dah berkurangan.
Ketabahan terpaksa dialihkan kepada anak-anak pula.
Maka, aku pon dah tak tabah lagi nak menghadap peralatan mekap.
Apatah lagi menghadap cermin dalam kadar lama.
Kerana tak sanggup melihat kadar kedutan yang makin bertambah (oh emo lagi).


Jadi, sekarang ni paling habis pon aku tenyeh krim siang - tepek bedak sikit - lipbalm kaler pink.
Dah cun habisla tu kononnya.


Tapi. Tapi.
Huhu. Sedih pula bila menengok kesan-kesan cela di muka jelas kelihatan.
Tak mulus dan tak gebus.


Tapi finally, aku jumpa jugak penyelesai masalah aku!
Dengan mekap all-in-one ni aku tak payah lagi nak berusaha keras demi mendapatkan kulit wajah yang gebus dan mulus tadi.
Diala pelembab, diala foundation, diala concealer, diala bedak compact, diala krim SPF, diala krim anti-penuaan (oh sukaaa), diala krim pencerah.
Tenyeh sikit.
Tak sampai 1 minit dah siap.


Akhir kata,
Terima kasih Perfect Beaute Creme.




Kalau korang nak jugak mekap ni bolehla klik >>SINI okeh.



Tuesday, April 17, 2012

foto-foto peristiwa.





Hari Ahad cuaca elok.
Panas sampai ke petang.
Dapatlah kami berjual-jual hingga ke petang.
Abu, ahkak jaga booth bukan dengan zura tapi dengan kak fieya.
Zura, nun jauhhhh kat Kelantan.


Sementara aku menjaga booth, encik papa membawa anak-anak berjalan-jalan sekitar pesta kuda.
Beliau sebenarnya nak balik tapi aku tak bagi.
Saja mendengki tak kasik beliau tido sedap-sedap dekat rumah.


Booth kami. Dengkinya sape yang tangkap gambo nih sebab tak masukkan aku sekali.


Ini risya. Yang atas kuda tu ya.


Hensem. Bukan yang baju kaler ijo tu tapi yang baju kaler oren.


Risya masuk pertandingan mewarna.


Dah habis dah.
Malas la nak letak semua.
Sebab takda sekeping pon gambo aku kan huhu.
Takpela.
Aku pon tengah kecewa nih sebab ada sorang customer kat booth tu ingat aku nih dah umo 45 tahun dan beranak 5.
Sadis.
Sobs.


nota-noti:
Petang karang saya jalan blog korang okehh. Nak masak dulu. Babai.

Monday, April 16, 2012

kepetiran.






As-salam. Hai.
Sabtu haritu seperti yang aku cerita dalam entri >>INI, maka pegilah aku ke tapak karnival sempena pesta kuda-kuda tu.
Cuaca elok. Panas berdenting.


Dalam perjalanan masuk ke tapak, aku melihat kuda-kuda.
Yelah kan.
Takkan melihat lembu kerbau pulak ye dok.
Ada budak nangis nak naik kuda.
Ada orang naik basikal baring.
Ada rumah hantu nampak macam tak seram.
Macam meriahla. 


Sampai dekat booth, aku tolongla kawan aku buat kerja-kerja sale.
Penat seyh bercakap.
Serius, tulis blog lagi menyeronokkan bagi aku dari kena bercakap.


Lebih kurang lepas zohor camtu, langit yang cerah mula dilitupi awan mendung.
Angin kuat menderu-deru menerbangkan penerbang-penerbang (flyers) barang jualan kami.
Mana barang yang ringan-ringan juga dah mula berjatuhan.
Bunting-bunting yang digantung pon dah jatuh-jatuh semua.
Hujan mula turun membasahi bumi.
Lebat.
Disertai dentuman guruh yang menggetarkan hati.
Petir dan kilat mula sabung-menyabung.
Sangat menakutkan.
Kami mula menyelamatkan barang-barang dari dibasahi hujan.


Petir sangat kuat menyebabkan kami berdua berpelukan ketakutan.
Kipas kanopi dan lampu kalimantang termati tiba-tiba.
Jiran-jiran booth entah ke mana perginya mereka.
Dalam hati risau bukan kepalang.
Teringat tragedi ribut di pasar ramadhan tahun bila entah yang mengakibatkan kemalangan jiwa.


Kebetulan, kawan aku tu ada pasang khemah camping dekat bawah kanopi booth kami itu.
Kerana takut, kami berdua memutuskan untuk berlindung kat dalam tu.
Risau jugak kalau-kalau pokok-pokok besar yang ada di sekitar tempat kami berlindung tiba-tiba tumbang disambar petir.


Teringat akan encik papa, risya dan zikry yang berada di rumah.
Sempat juga aku SMS encik papa minta doakan keselamatan kami.
Encik papa tanya juga sama ada aku hendak pulang.
Tapi takkanlah tergamak aku nak tinggalkan kawan aku sorang-sorang.
Kalau kami pulang berdua, takkan nak biarkan barang-barang pulak ye dok.
Jadi kami duduklah dalam khemah sementara menunggu cuaca elok.
Sambil mendengar cerita kawanku tentang kisah masa lalunya yang menyedihkan.
Dari dalam khemah aku melihat ada ambulans lalu.
Mungkin ada yang cedera.
Tak taulah.


Petang itu, bila tiada lagi bunyi guruh dan petir kami keluar mengemaskan barang.
Booth di hadapan kami rosak agak teruk.
Show board mereka habis pecah semuanya.
Kipas kanopi mereka juga turut putus.
Mujur mereka nyorok bawah meja masa tu.
Patut arr diaorang hilang tiba-tiba.


Dalam perjalanan balik, aku nampak ada kanopi yang runtuh terus.
Kabin yang dijadikan tempat solat juga roboh dengar katanya.
Mujur kanopi kami elok-elok jer.
Kalaulah runtuh atau ada pokok tumbang.
Tak taulah apa nasib kami yang duduk dalam khemah tu.



nota-noti:
Harini aku terbizi yang amat. Nanti petang sikit aku carik masa untuk kunjung balas korang yang drop komen kat sini ya.

Thursday, April 12, 2012

kuda, header dan zura.





Harini sampai ahad ada pertunjukan kuda.
Jomlah korang semua datang sini ramai-ramai.
Datang sini tu maksud aku datang UTM ya.
Bukan datang rumah aku.
Nak datang boleh juga.
Tapi aku takda kat rumah sangat.
Pasal hari sabtu dengan ahad aku pegi pertunjukan kuda tu jugak.
Nak tolong kawan aku Dura dengan Fieya yang bukak booth kat sana.
Bolehla datang booth diaorang sama ambik sign aku sekali.
Kahkahkah.
Terbajet retis pula.


Nak tau lebih lanjut pasal event kuda-kuda ni boleh klik >>SINI.


Oh ya.
Perasan tak header aku dah baru.
Ini kawan lama aku Zura yang buat.


Zura ni dulu ex-hausmate aku masa study kat UTM.
Ekceli dia junior aku.
So sebagai senior aku selalula membuli dia suruh masak-masak.
Sebab aku memang pemalas zaman dulu kala.
Sekarang pon malas juga.
Pak kal je kena masak sebab anak dengan suami aku nak makan kan.

Tula tahun lepas dia offer diri nak buatkan aku header.
Aku suker jerla.
Benda free kan.
Orang dah bagi free pastu aku lak yang banyak songeh.
Suruh dia edit sampai aku puas hati.
HEHE. Oklah tu kan.
Dengan buat header aku sorang jer terus zura mahir guna photoshop.
Eh? Aku pon tak tau dia buat guna apa.
Photoshop la kot.



hai !! sayala zura. kak rina memang suka buli saya tauu.


Tuesday, April 10, 2012

mana peginya?





Semalam kan, semua kedai yang aku masuk semua takda mende alah yang aku carik.
Adalah dalam 5 kedai jugak yang aku terjah.
Semua geleng kepala.
Geram jerr rasa.
Rasa nak tempeleng pon ada.

























Nape ekk?
Susah sangat nak carik mende alah ni?




Dah takda kelapa sawit kot kat sini.


Soalan hari ni : Korang pakai minyak masak cap apa ek kat rumah?


Friday, April 6, 2012

gurauan saiz.






Semalam petang kan kitaorang keluar hantar stok kat kedai.
Lepas tu pegi makan-makan.
Ada satu kedai ni (ekceli ianya adalah sebuah van) jual nasik lemak.
Agak glemer konsep kedai van ni kalau kat jb.
Kat tempat lain aku kurang pastilah.


Lepas belek-belek lauk, aku setujulah dengan cadangan encik papa yang dari haritu dok ajak makan kat situ.
Lepas tu kan masa budak kedai van tu cedokkan nasik lemak untuk encik papa kan boleh pulak dia sakat suami aku.
"Nasik ni misti tak cukup kan untuk abang kalau tengok saiz badan", sambil sengih-sengih.
Aku yang dengor ni macam tersentap sket tapi memandangkan bukan aku yang dia sakat maka aku sengih saja.
Encik papa pon ok jer aku nengok.
Takda tanda-tanda sentap.
Encik papa sengih-sengih juga sambil kata "ha, tula memang macam tak cukup".


"Ha, nasik ni misti cukup untuk akak", kata budak kedai van tu lagi setelah cedokkan nasik aku.
Aku sengih jer.
Memanglah cukup.
Aku kan kecik.
Kantung makanan pon keciklah.


Lepas tu aku mintak lagi sepinggan nasik lemak kosong untuk zikry.
Masa nak bagi nasik lemak tu boleh plak dia cakap lagi "ele, ni nak cover line jerkan. Bukan untuk anak kan tapi untuk abang tu kan".
Eh. Budak ni.
Karang orang makan nasik lemak.
Ko makan pinggan.



Encik papa saya di masa mudanya. Selim-melim, berleher jinjang. Adatlah dah kawen dan beranak-pinak misti ada spare tayar sana-sini menandakan hatinya senang dan mempunyai isteri yang pandai masak. Eh ye ke? *Hakhakhak macam tipu jer*


nak order perfume aura klik >>SINI yup.

Thursday, April 5, 2012

perfume collection.






Baru-baru ni adala kawan aku ni kan dok promote perfume ni.
Aku kan memang pantanglah tengok benda-benda macam ni.
Namun kekdahnya nak terus beli bukan akulah orangnya.


Berangan dulu 2-3 bulan baru aku jadik ambik dengan dia.
Tula. Sape nak jual barang dengan aku kena bawak banyak bersabo barulah berhasil.


Apa yang aku suka, perfume ni botolnya kecik-kecik
Senang nak bawak pegi mana-mana.
Ringan dan tak membebankan handbag atau bag mekap.




Awal-awal aku dah cop dulu yang bau inspired by maria sharapova.
Aku bukanlah familiar sangat dengan maria pancaroba ni.
Kalau maria arshad tu kenallah sesangat.
Inspired by sape pon tak kisah janji baunya sedap.
Motip pakai perfume kaler biru ni baik untuk masalah yang berkaitan dengan tekak dan juga pertuturan.
Katanyalahh.


Kawan aku ni cakap adalah sorang ahkak ni macam pelat tapi lepas sembur perfume (kat tangan bukan dalam tekak okk) ni dah bertambah baik pertuturannya. Wallahua'alam.
Kalau ahkak berkenaan sembuh semua dengan kuasa Allah
Perfume ni cuma penyebabnya aje.
Kang ada plak yang salah paham ingat aku ni taksub ke hape.


Perfume ni konon-konon ada suntikan aura lah kat dalamnya.
Nak sembur baca selawat dulu dan berdoa apa yang kita nak.
Baca selawat dan berdoa tu memanglah elok.


Aku rasa perfume ni macam satu rangsangan psikologilah kat kita.
Kengkadang penyakit yang hinggap kat badan kita ni sebab psikologi jugak kan.
Contohnya, macam orang menderita kanser yang doktor ramal boleh hidup 2 bulan je lagi.
Tapi dengan ketahanan psikologi (dan kehendak Allah jua adanya) mampu jer dia hidup bertahun-tahun.
Aku rasa macam gitula konsep perfume ni.


Jadi, memandangkan aku beli perfume tersebut dengan jumah yang 'tamak haloba' maka kepada sesapa yang nak bolehla order dengan aku.
Emel ke inspirasihatcantik@gmail.com.
Nak PM aku kat fb pon boleh. Cari jer Rina AVAIL.
Sebotol RM30. Kos pos percuma sementara hati aku tengah baik nih huehuehue.
Klik >>SINI untuk tengok stok perfume yang hado yerr.
Untuk tiap jenis aku ada tak banyak.
In case, perfume yang korang nak takda kena tunggu aku restocklah ya.


Bai :).


nota-noti:
Busy lagi. Mungkin lambat sikit jalan blog korang.


Wednesday, April 4, 2012

saya dan purse LV.






Aku kan dah lama berangan nak beli purse memandangkan purse percuma yang aku dapat masa beli susu ibu mengandung dulu dah koyak.
Berangan dulu okk.
Kan dah kata suka berangan. Nak beli barang berangan dulu.


Ada satu hari ni, si fazz tag gambar purse LV kaler hot pink yang sangat menawan kat fb. 
Replica jerlah. Aku belum mampu nak beli yang ori.
Tapi adalah jugak berangan nak melangkah masuk ke butik LV sebenar tanpa gigil dan membeli seketul handbeg LV dengan perasaan seolah-olah membeli sepeket cekedis twisties.
Berangan jer okk.


Saya replica. Tapi saya menawan.


Fazz ni ekceli bekas kawan blog. Tapi beliau dah pencen blog semenjak sibuk dengan bisnes onlinenya.
Boleh tengok pagesnya kat >>SINI
Macam-macam ada.


Fazz ni dok kedah kalau tak silap aku.
Lepas dah pikir dan berangan 3-4 hari aku confirmlah dengan fazz jadik nak beli purse tu dengan dia.
Memandangkan fazz ni cuma agen dropship jadi purse menawan aku tu akan dipos oleh pembekalnya.


Sekarang sampailah part lawaknya (bagi aku kelakarlah).


Kan atas kertas pos laju tu ada alamat pengepos.
Bila aku belek-belek, alamat pengepos (pembekal) adalah berada dalam satu taman dengan aku.
Berbeza nombor rumah dan jalan jerlah.
Apa dahh. Buat penat posmen jer.
Kalau aku jogging gi tempat dia tak sempat menitik peluh pon hehe.



nota-noti:

Minggu ni saya agak sibuk sikit. Jadi mungkin terlambat jengah blog kengkawan :).



Tuesday, April 3, 2012

festival boboiboy.






Emm baru-baru ni ada festival kat UTM.
Festival kreativiti dan inovasi tak salah.
Tak amik port sangatlah nama festival dia.
Yang nak tau sangat pasal ada Dr Faiz, angkasawan yang belum lepas lagi ke angkasa dan jugak BOBOIBOY!
Boboiboy tu yang penting.
Risya dengan zikry teruja sangat nak jumpa kartun ni.


Masa ni singgah kejap jer. Dah petang. Boboiboy dah balik tido kat kolej. Esoknya baru kitaorang pegi lagi.


Risya kaler boboiboy. Kejap jer lepas tu dia bosan.


50 sen per try. Ini projek driving simulator dari fakulti sains komputer. Duduk kat booth ni macam menghimbau kenangan silam pulak. Cemanalah aku boleh terhambek course nih ekk. Oh ya, ni risya naik dengan makcik dia, cik Is.


Ada bran nak cuba? Kitaorang malas nak cuba. Kang kalau muntah kat situ sape nak mop pulak. Ini konon-konon keadaan macam dalam kapal angkasa. 


Masa diaorang ralit tengok mende alah berpusing ni aku pegi main game ala sudoku. 
Saja nak test otak aku berkarat ke tak. 
Lagipon ada hadiah. 
Nampaknya otak aku masih berkeadaan baik. 
Hadiahnya 4 bijik gula-gula. 
Hadoiih. Ingatkan menang duit ke kereta tadi.



Papa dan boboiroiboy


Sepanjang tengok maskot ni aku tersengih sepanjang masa.
Kalau orang nengok aku, mesti ingat aku teruja jumpa boboiboy.
Padahal aku dok membayangkan budak baju hijau (nampak dia kat luar tanpa sarung) yang dok pakai sarung maskot tu tengah tensen giler sebab sarung tu berat ataupon dia rasa bangga ramai giler orang minat kat dia.
HEHE.
Oh ya. Aku memang suka berangan tak kira masa dan tempat.


Monday, April 2, 2012

mirror mirror dan piano.





Morning. 
Pagi ni hujan.
Aku pulak macam terkena penyakit.
Penyakit monday blues kata omputeh.
Padahal penyakit malas huhu.
Standardla kalau ujan macam syoknya kalau boleh lepak atas katil.
Tapi apalah daya kan.
Kerja-kerja di rumah harus dilaksanakan dengan jayanya.
Apa, ingat kerja surirumah boleh curik tulang sesuka hati ke?
Curik tulang update blog kejap takpalah HEHE.


31 mac haritu genaplah umur risya 7 tahun.
Takda besday party, takda kek harijadi, takda hadiah.
Thanx buat yang wish kat fb.
Nak buat kek banyak peralatan takda.
Oven aku pon dah biol.


Just bawak risya jalan-jalan.
Makan-makan kat stulang lepas tu tengok wayang.
Kitaorang tengok movie mirror mirror tu.
Mulanya risya nak tengok citer zizan jangan pandang-pandang tu.
Tapi kitaorang hasut dia tengok mirror-mirror HEHE. 




Citer ni pasal snow white.
Tapi lain sikit jalan citernya.
Dalam citer ni snow white yang selamatkan putera.
Kiranya snow white kuatlah. Putera dia badut sikit.
Julia Roberts jadik mak tiri jahat yang ada kuasa sihir.
Masa ending dia, Snow White nyanyik lagu hindustan versi omputeh.
Kesimpulannya, aku sukalah citer ni.
Aku? Besday sape ni?
Ok. Salah.
Kesimpulannya, risya suka citer ni.


Encik papa kata nak beli piano kanak-kanak yang macam kat bawah ni untuk risya.
Harga dalam 100 lebih.




Aku rasa macam tak berapa berbaloi.
Baik beli piano betul.
Aku risau satu hari jer piano tu ada rupa piano.
Esok lusa mungkin dah rupa lain. Kaki piano jadik pedang, butang piano buat masak-masak dan lain-lain yang seriau aku nak mikirkan.
Satu lagi, aku takut pening dengar bunyik ting-tong ting-tong secara tak ketentuan hala.
Lainlah kalau encik papa nak buat bilik kedap bunyik kat rumah ni.
Oh ya. Aku memang ada masalah kefobiaan terhadap bunyik yang berterusan macam bunyik game angry birds tu. 
Sungguh menjengkelkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal