HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Wednesday, June 26, 2013

Travelog Umrah : Day 1 Final Part - Antara Benda Yang Dirindukan







As-salam.

Nampaknya seperti dijangka entri travelog aku dah tertunda lama. Keadaan tak mengizinkan aku nak update selalu. Minggu lepas bak tok yang aku kasihi dah kembali ke rahmatullah. Ingat tak dalam entri aku sebelum gi umrah tu aku ada citer pasal aku call arwah? Kalau tak ingat atau tak baca lagi boleh baca >>SINI.


Tak sangka itulah kali terakhir aku dengar suaranya. Arwah nangis masa aku call mintak maaf tu. Aku yang tak berapa gemor bab tacing-tacing ni just cakap "ala tokk jangan nanges arr..orang nak gi umrah je pon". Ye..aku memang nak gi umrah je tapi beliau yang nak pergi..buat selamanya. Sobs.

Al-fatihah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Raya tahun ni pilu sebab tak dapat cium tangan bak tok lagi :'(.


Lepas tu aku sibuk berkursus 3 hari kat Port Dickson. Jerebu teruk kat sana. Tu sebab aku tak boley update blog. Pasal jerebu. Hakhakhak. Memang. Ni semua jerebu punya salah :P.

*********************************************************************************

Sambung dari entri sebelum ni. Akhirnya sampailah kami kat Jeddah. Perjalanan dari Colombo ke Jeddah makan 5 jam. Sampai Jeddah dah tengah malam. Dah kul 11 lebih kot. Kalau ikut waktu Malaysia dah pagi dah sebab beza masa 5 jam. Waktu Jeddah lambat 5 jam berbanding Malaysia. Jadi sebenarnya kami dah bertravel melebihi 24 jam. Kat airport sini kena tunggu sekejaplah untuk ambik beg luggage dan urusan imigresen. Sementara menunggu kami buat solat jamak maghrib-isya' kat surau yang disediakan. Surau sejuk dan cantik :). Alhamdulillah.


Gambar-gambar kat airport sementara tunggu urusan passport.

Lepas selesai urusan imigresen kami terus berangkat ke Madinah. Perjalananan Jeddah - Madinah mengambil masa 5 jam jugak dengan menaiki bas. Sepanjang jalan aku dah tak berapa boleh nak tido. Mungkin sebab dah banyak tido dalam flight tadi atau badan aku masih terikut jam biologi waktu Malaysia. Yelah kalau nak ikutkan Malaysia dah pagi. 


Nak tengok pemandangan apa pon tak nampak. Gelap jerr. Jadi aku berangan sambil taip-taip note travelog kat dalam henpon. Kat pertengahan perjalanan bas singgah kat satu RnR. Sempoi je RnR ni. Ada sebijik kedai makan, sebijik kedai runcit pastu ada pak arab (orang arab ke bukan aku bantai je arab) sibuk suruh orang beli madu dia. 


Memula kat RnR ni aku lepak-lepak je. Nak makan tapi kenyang lagi. Tapi bila tengok ada kawan papa beli nasi+ayam panggang teros tergiur plak. Mak mentua aku plak bagi galakan suruh makan sebab dia kata nanti kita nak pakai banyak tenaga gi mesjid. Jadi sebagai menantu yang baik harus aku ikut saranan beliau (bab ni je la jadi menantu baik haha). Tu ada air tumpah atas meja bukan aku buat ye huhu. Datang-datang je memang dah ada.


Close up sikit la. Nasik ayam ni rege dia 15 riyal. Nampak sikit tapi banyak. Boleh share 2 orang. Ayamnya tu dahla panas. Dah panggang pastu dia goreng pulak. Memang nikmat donia betul tapi hazab makan laju-laju sambil cubit ayam panas sebab semua orang dah naik bas tunggu kitaorang makan (aku, papa, lin, khalid). 


Ok. Sekarang aku lapa. Bye!


Monday, June 17, 2013

Travelog Umrah : Day 1 Part 2 - Surau Dua Kiblat







As-salam..

Okeh sambung ye. Berlepas lah kami dari airport changi ke colombo dengan gembiranya. Aktiviti dalam flight tak lain tak bukan makan dan tidolah haha. Qada' tido tu wajib sebab malam sebelum bertolak tu aku cuma tido 1 jam aje. Qada' tido disegerakan. Qada' solat ngan qada' pose ko malas pulak kan. Huhu.


Aku terjaga sebab tercium bau makanan yang sedap. Harus mata jadi segar bukan main. Maklumla dari pagi tak breakfast kan. Sambil makan sambil layan tengok pramugari nampak pusat. Tapi sebab aku pompuan tak kose nak nengok pusat orang. Aku cuma tengok muka diaorang jer. Cantik-cantik pramugari sri lanka ni. Makanan not bad cuma bukan taste aku lah sebab berempah (indian style). Bukan taste pon licin jugak aku bedal pasal lapoo.


Perjalanan dari singapore - colombo makan 4 jam tak silap akulah. Tapi disebabkan perbezaan waktu, kitaorang sampai colombo masih pagi lagi sebab waktu Colombo lebih lambat 2 jam dari Malaysia/singapore. 


Masa ni baru turun dari flight. Ketibaan kami disambut oleh sebijik patung Buddha (x pasti la patung Buddha ke Hindu pasal tak tengok sangat) yang besar. 


Yang bagusnya kat airport Colombo ni ada disediakan surau. Yang nak kelakar surau pompuan lelaki sebelah-sebelah je tapi kiblat lain-lain haha. Tah kiblat sape yang betul tak taula. Ni bukan surau 2 kiblat ye haha. Bantai jela labuu. Jadi kami buatla solat jamak zuhur-asar kat surau tu.


Aku tak ingat apa aku makan tu. Roti kot??


Flight Colombo - Jeddah patutnya pukul 3 p.m lebih waktu colombo tapi macam yang aku bagitau kat entri sebelum ni flight UL ni sokmola delay. Jadi tercatuklah kami kat airport tu sampai kul 5 p.m lebih. Dengan laparnya. Hausnya. Bekalan air semua dah kena buang masa nak naik flight dari singapore tadi. Nak beli-beli makanan kat airport tu mahal belaka. Boleh je nak beli pakai RM. Diaorang terima. Tapi mahal gila baban. Last-last makan jela apa yang ada. Air mineral botol kecik derang memula jual RM3 pastu ramai beli dia up harga jadi RM5. Botol besar pulak derang cas RM10.


Tips : Kalau travel banyak transit camni aku rasa hand carry (beg tarik) kita tu patut dipenuhkan dengan pelbagai jenis makanan supaya tak kebulor kalau flight delay.


Ok dah..t aku sambung lagi :).


Baca entri sebelumnya kat sini >> Day 1 Part 1




Saturday, June 15, 2013

Travelog Umrah : Day 1 Part 1 - Kejadian Masa Berangkat






As-salam korang :).

Nak ikutkan hati yang waras (kira bila aku update tu tak waras lah tu haha) memang dah tak rajin nak tulis-tulis lagi kat sini. Mungkin title blog ni kena tukar la, cik betty tak suka tulis-tulis haha.


Tapi disebabkan sang suami sangat memberikan moral support dan pikir-pikir balik inilah antara kejadian paling indah untuk aku dalam tahun 2013 ni harusla meluangkan sedikit banyak masa untuk mentaip.


Aku tak tau nak mula dari mana. Banyak dah lupa pon. Tula degil suami suh tulis waktu ada masa terluang sepanjang perjalanan haritu aku takmo. Layan tido lagi banyak.


Kan dah susah sekarang. Nak ingat balik semua kejadian. Aku ni dahla spesis pelupa. Banyak nau minum air ada semut. Ataupun masa beranak banyak wayar dah putus. Aku syakla.


Aku citer day by day la ek. Hope korang ready untuk baca entri yang panjang berkajang-kajang. Doakan aku istiqamah meneruskan perjuangan (perjuangan lah sangat pffttt) hingga tamat. Kalau tak jadilah catatan travelog umrah ni never ending stori bhahaha.


Kembara Umrah/Ziarah : Johor bahru - Singapore - Colombo - Jeddah - Madinah - Mekah

Huhu. Sikit punya banyak tempat transit kan. Actually pada asalnya travel agent (Concord) kata flight boleh dapat direct kl - madinah. Tapi disebabkan rombongan kami tak cukup 40 orang pada mulanya jadi tak dapatla flight direct tu. Last minute baru cukup 40 orang tapi flight dah penuh. Rombongan kami menggunakan perkhidmatan Sri Lankan Airlines dengan no flight UL xxx. Sesuai dengan no flightnya UL, flight ni manjang Usually Late lah huhu.


Pagi 28/5 tu, kul 2 pagi gitu aku dan papa dah gerak kuar dari rumah pulai perdana pegi rumah mak papa kat nong chik. Mak mentua dengan adik mak mentua (mak jan) dengan suami mak jan dengan anak derang join sekali travel umrah ni. Kul 3 pagi kami semua kumpul kat depan pejabat concord kat taman kemas. Bas pun dah ada jadi aku terus naik jelah. Berangan sambil BW sikit-sikit. Sementara tu papa dan konco-konco beliau menjadi kecoh sebab salah sorang konco iaitu shy tak sampai lagi padahal bas dan nak gerak. Nyaris shy kena tinggal.


Dalam bas - tunggu nak gerak - muka ngantok


Papa dan konco-konconya. Dari kiri cepatt jalan : Papaku yang macho (jek lebeyy), Shy menantu pilihan pakcik dan makcik kampung pisang, CM Eddie dah kawen tapi sering disangka bujang trang tang tang, Khairul dah tua (tua sikit je dari kitaorang bhahaha tapi nak jugak cakap dia dah tua) tapi nampak muda, Khalid pelawak tulang haha. Papa gitula. Nak jalan ke mana-mana yang jauh macam bercuti ke mesti kengkawan dia terlibat sama. Tak best kalau takde gang sebab takde orang nak dibahankan. Kawan aku je takde haha. Mujur khalid bawa wife dia lin jadi aku adalah konco jugak. 


Patutnya sebelum sampai singapore kami singgah satu masjid kat area jb ni untuk solat subuh tapi sebab dah lambat kami terus je ke singapore. Selesai semua urusan imigresen sampai je kat airport aku ngan mak mentua laju-laju gi toilet sebab nak perbaharui wuduk. Wuduk yang amik kat rumah tadi dah batal. Aku ni spesis banyak angin hahaha. Penat dah menahan tapi tak boleh haha. Pecah rahasia.


Tips : Doa/Surah Amalan Untuk Tahan Wuduk dan Tahan Period

Sebenarnya ada doa/surah yang boleh diamalkan untuk tahan wuduk ni. Aku dah buat tapi tak berapa nak jalan. Korang boleh google doanya. Yang aku terbaca iaitu, baca ayat 1 surah Al-Masad tu pastu minum air. Yang mak jan ajar baca surah Al-ikhlas kot ke surah apetah aku lupa pastu tekan kat pusat. Mungkin aku baca tak sungguh-sungguh ke apa tak taula.


Macam  untuk period pula, sebelum pegi umrah ni setiap hari lepas solat aku baca surah Hud ayat 44 dan surah Yassin ayat 38. Seminggu sebelum bertolak aku period. So happy la sebab nanti time umrah aku dah bersih. Yang aku risaukan ekor-ekor dia. 2-3 kali aku mandi wajib sebab ingat dah bersih tapi pastu ada lagi. Alhamdulillah, betul-betul masa nak keluar rumah tu aku dah bersih.

                                                   ***********************************

Nak amik wuduk kat toilet singapore ni memang problemla sebab toiletnya takde air. Amik wuduk kat sinki je. Part nak basuh kaki la payah. Tapi memandangkan aku ni muda dan otai (otaila sangat haha) aku selamba derk je angkat kaki masuk sinki. Mak mentua aku dah blur-blur cane dia nak basuh kaki. Dia kata dia dah tua cane nak angkat kaki cam aku haha. Masa aku tengah syok basuh kaki masuk pulak ammah jaga toilet tu. Terus dia tegur aku basuh kaki kat sinki. Aku wat bodo jela. Abeh dah toilet ko takde air. Takkan aku nak celup kaki dalam jamban kot T__T. Lastly bila ammah tu blah mak mentua buat cara cam aku basuh kaki haha. Mak pon otai jugee haha.

Aku dan mak (mertua). Melalui gambar ini baru aku tau aku tinggi sikit dari mak haha. Baju yang aku pakai tu ada cerita tersendiri. Aku beli maxi dress ni online. Panjang berjela. Dah potong lepas tu bila basuh baju jadik kembang terus jadi panjang berjela semula. Jadi terpaksalah aku pegang kain bila jalan T_T.


Lepas tu nak solat subuh rasanya macam takde surau yang disediakan. Jadi kami solat jelah kat tepi-tepi kerusi ruang menunggu tu. Sedih la jugak. Janganla malaysia ni jadi macam singapore satu hari nanti. Lepas solat tu menunggula kami untuk boarding flight ke colombo pukul 9 a.m lebih camtu.


Nanti aku sambung lagi errkk...in shaa allah. Doakan penulisan aku tak terhenti setakat ini ;P.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal