HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Tuesday, December 21, 2010

Sajak-sajak Seorang Ibu






Haha.

Apabila menjadi seorang emak ni kadang-kala dalam hati ada taman. Sajak di bawah ini saya ambil dari blog seorang teman iaitu dak diana. Saya baca sajak ni berulangkali, walaupun gaya bahasanya sempoi tapi menusuk ke dalam jiwa. Cuma bagi saya bila-bila rasa dejavu tu sampai, buatlah benda-benda yang lain sikit daripada biasa jadi takdelah rutin sama aje tiap-tiap hari. Cuba bayangkan orang lain yang tak ada peluang nak rasa apa yang kita rasa..

dejavu seorang ibu

menjadi seorang ibu
bermakna
anda perlu basuh botol susu anak
selama anak itu membesar..
dalam kes saya dah 6 tahun, and more years to come..

menjadi seorang ibu
bermakna
anda perlu bergegas masak
bila2 masa anak anda kelaparan

menjadi seorang ibu
bermakna
anda perlu multifunction
yakni sebagai ibu, bibik, cikgu, pencerita, pendengar cerita yg sama utk 30 kali dll..

menjadi seorang ibu
bermakna
keperluan anda nak pi facial muka yg mula berkedut
dan juga membeli kasut baru
jatuh ke tangga 142 dan 143 dalam senarai
yg mana
tangga 1-100 adalah list utk anak2 sahaja

menjadi seorang ibu
bermakna
anda memikirkan manusia lain iaitu anak anda
selama 25 jam sehari
iaitu tambahan sejam dalam mimpi
(*eh sukahatilah i nak gandakan masa di dalam mimpi..*)

menjadi seorang ibu
bererti
anda mesti belajar masak
like my mum golden words bile i decide i tak perlu belajar masak dulu
'nanti bile anak kau mintak makan kau mesti akan masak'
betul pulak tu..
omak.. omak.. dak diana dah buleh masak dah.. wakaka..

menjadi seorang ibu
bermakna
anda akan melalui
rutin yg sama
bangun pagi, siapkan anak, hantar ke penjaga, amik, masak, tidurkan
selama mana anak anda itu membesar di depan mata

menjadi seorang ibu
yang bekerja
bermakna anda akan menanggung rasa bersalah
seumur hidup
kerana menghantar anak anda untuk dijaga oleh org lain
entah dorang sayang ke tak anak kita tu..

menjadi seorang ibu
bermakna
anda terpaksa biasakan diri hidup dlm rumah yg bersepah dgn permainan

menjadi seorang ibu
bermakna
anda rasa ngeri bile ingat saat nak melahirkan
tp rasa bahagia bile tgk muka anak for the 1st time
and for the rest of their life

menjadi seorang ibu
tidak bermakna
kita perlu menjadi kaya
utk membahagiakan anak
cukuplah kaya dgn kasih sayang
(*ayat menyedapkan hati dr si tak kaya.. wakaka*)

menjadi seorang ibu
adakalanya membuatkan anda nampak sememeh
bile tudung senget ditarik anak
dan seluar lencun kena susu tumpah

menjadi seorang ibu
tidak bermakna
i perlu menjadi perfect mum
yg tak marah anak, or pukul anak bila buat salah..
senyum sokmo bile anak buat peel..
tak perlu perfect gitu..

menjadi seorang ibu
bermakna
ANDA PERLU FEELING DEJAVU EVERYDAY
rasa macam benda2 ni dah dilalui tiap2 hari
sekali-sekala rasa boring tu biasalah
itu maknanya i ni normal
kecuali i ni robot
takde deh dejavu-dejavu nih..

menjadi seorang ibu
menjadikan anda tidak lagi adventurous
kalau dulu buleh travel melebihi 2 marhalah anytime
sekarang jadual anak belajar, tido, harus diambilkira

menjadi seorang ibu
pasti jadikan kita perindu
bila anak2 kita mula meninggalkan kita
ke kehidupan yg mungkin menjanjikan bahagia.. insyaallah
bukan lagi dengan duduk di pangkuan kita
dan mendengar kita bercerita ntah hapa2 dan auta semata2

menjadi seorang ibu
mengingatkan kita
bahawa tuhan sgt mengasihi kita dengan mengirimkan
jiwa2 kecil yang membuat kita sibuk sentiasa

jadi Tuhan maafkan aku
kalau aku ada mengada-ngada
aku harap doa jiwa2 kecil itu
membuatkan Kau memaafkan aku..

1 comment

November 11, 2011 at 10:19 AM

sajak nie sume bermaksud ehehhehheh and sume tuh mmg betol2 blaka .....yehaaaaa

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal