HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Friday, November 16, 2012

Istanbul Aku Datang






Ada plan nak tengok wayang tak?
Kalau ada saya syorkan anda semua menonton filem ini.
Best sangat!
Sehinggakan saya rasa nak menontonnya berkali-kali.
Hikhik.
Beto kenapa awak comel sangat? :D.


Dian (Lisa Surihani) terbang ke Istanbul dengan harapan boypreng dia Azad (Tomok) melamar dia kat sana. Suwitla kononnya kan. Azad ni student medic kat Istanbul. Pastu sampai kat sana segala yang Dian rancangkan tak berjalan lancar.
Nak dijadikan cerita Dian terpaksa menyewa rumah bersama seorang lelaki yang menjengkelkan iaitu Harriz (Beto). Lepas tu kantoi dengan Azad. Azad pong marah terus tinggalkan Dian. Harriz yang menjengkelkan ni tetiba menjadi sangat suwit nak tolong Dian baik dengan Azad. Malangnya Azad tak nak terima dan hina-hina si Dian ni. Pastu kantoi plak yang Azad ni sebenarnya yang curang. Terus Harriz masuk line khenn. Harriz ni pula sebenarnya sangat suwit orangnya alololo. Dian pon tertacingla dengan kesuwitan Harriz tu. Azad pastu menyesal. Nak Dian semula. Dian pon pening nak pilih sape. Harriz yang dia baru kenal seminggu dua tu ke Azad boypreng dia yang dia dah kenal bertahun-tahun sejak sekolah.

Sape yang Dian pilih?
Nak tau kena tengok sendiri :D
Bai.

Friday, November 9, 2012

terharu.






Risya cuma dapat anugerah cemerlang untuk darjah 1, tapi hepinya saya bukan kepalang.
Rasa kembang jekk lobang idong yang dah sedia kembang ni.
Rasa cam nak tersebak-sebak je nengok risya naik pentas amek hadiah.
Macamlah anak saya itu dapat SPM straight A ~ hehe.
Takpelah. Abaikan. Mak-mak memang camni..betul tak mak-mak semuaaa??
Sebagai ibu, saya doakan yang terbaik untuknya.



Anugerah 1 - tempat pertama dalam kelas (risya dalam kelas terbaik)
Anugerah 2 - tempat pertama untuk keseluruhan (ada 4 kelas)
Anugerah 3 - terbaik untuk subjek bahasa melayu (kefahaman)


Sampai sekarang mama masih tak percaya risya boleh dapat nombor 1.
Risya..

Budak yang hari-hari balik sekolah kena leter sebab campak beg sekolah depan pintu masuk
Budak yang hari-hari balik sekolah kena leter sebab campak tudung, baju, kain sekolah dia merata-rata
Budak yang hari-hari kejenya main tab dengan tengok kartun
Budak yang setiap pagi bersilat nak ngejutkan dia bangun pegi sekolah ~ kengkadang je mood baik bangun tak susah
Budak yang kena pekik baru nak mandi
Budak yang asyik merengek suh beli macam-macam ~ nak suh dia senyap salunya cakap kat dia kalo nak beli tu kena dapat nombor 1 dulu, tak sangka dia buktikan hehe


Apa pon.
Tahniah buat risya.
Tak kiralah risya dapat nombor 1 ke tak.
Mama will always love u.



Monday, November 5, 2012

kecurigaan dan gogoland.






Jap..ini blog saya eh? Hehe.
As-salam..

Dalam mencintai pasangan kita bagi 99% kepercayaan, 1% kena simpan sikit kecurigaan
Hehe. Tu pendapat sayalah.
Tahla mungkin sebab terlalu banyak baca masalah rumahtangga orang lain especially ruangan di celah-celah kehidupan kat dalam paper kecik hari ahad tu.

Walaupun saya tahu insya-allah my hubby takkan cuba carik pasal dekat belakang.
Setakat nakal jeling-jeling awek pakai sexy itu normal la kan.

My hubby baru balik dari jogja malam tadi.
Pagi tadi masa kemas-kemas his things terjumpa satu beg kecik..macam beg mekapla gitu dengan jenama MAC kat luarnya.
Ehemm..beg sape tu.
Setahu saya my hubby takde beg macam tu.
So, ai thought maybe dia baru beli.
Oleh sebab my curiousity sangat tinggi so ai 'geledah' sikit beg tersebut hehe.
Ok, ai found lelaki punya barang macam yg my hubby salu pakai like deadorant, gel rambut akan TETAPIIII yg memusykilkan ai ada NATURACTOR (sejenis foundation) dengan two way foundation.
Aikkk..
Ok, saya takdela nak gelabah satu macam.
Maybe ada kengkawan pompuan dia yg sama gi jogja tumpang letak barang sebab beg diaorang penuh akibat bershopping ke mana tau kan.
Kobek-kobek lagi jumpa nametag, tertera nama LELAKI.
Haha. Ok lelaki tu saya kenal la sebab dia memang kawan my hubby yg pegi jogga juger.
Rupanya kawan dia tu jenis pakai foundation.
OO..patutla hemsem hahahaha opppsss.
My hubby lagi hemsem <-- kaber line nehhh.

Begitula adanya kecurigaan seorang isteri.
Tak salah kalau kita nak cemburu atau rasa was-was cuma jangan melampau-lampau sampai merimaskan pasangan.
Sikit-sikit cemburu tu kan tandanya sayangggg, melampau-lampau cemburu tu tandanya kita tak yakin dengan diri kita sendiri sebenarnya hehe.

Okla cukup sampai situ. Nak share-share gambar kitaorang pi GOGOLAND (zikry sebut begini) haritu.
Kiranya ini second time datang, one day after raya haji.
Balik dari rumah mak berdesup gi sana.


Mula-mula sampai terus terjah tempat drive untuk kanak-kanak 3-6 tahun ni. Keta tu nak kasik gerak kena pijak pedal. Tapi kesian my hero. Dia belum paham lagi. Maklumla kat rumah pon takde keta mainan camtu. Tersekat-sekat keta dia. Jap benti jap benti. Dia biasanya naik keta control yg kat pasaraya tu. Dia naik je papa dia yg control dari jauh dengan remote hehe.


Yg ni pulak tempat drive untuk kanak-kanak 7-13 tahun. Punyaaaaaala lama tunggu nak sampai turn risya. Mainan ni best juga sebab budak-budak kena bawak keta dengan ikut peraturan jalanraya. Kena benti kat trafik light merah. Jalan ikut lorong sendiri. Pakai seatbelt. Risya did good! Hehe. Pas untuk dapat lesen tapi tak belikan lesen tu. RM25 nak oiii..dahla mainan je pon hehe. Kalau lesen betul kan ke bagus. Leh mama apply heheh.


Oh kat sana boleh sewa stroller. Ada yang satu seat camni ada yg seat berkembar. Mahal juga sewa ni. Tak ingat plak baper. RM20++ ke RM30 ++ gitula.


Sebab musim cuti, maka ramaila manusia. Nak masuk satu-satu game kena beratur panjang tapi biasanya tak lama sangat pon nak sampai turn. It's me yg orang salu tersalah tafsir sebagai kakak kepada risya (if jalan without my hubby la)..huhu. Mudewww sangat ke aii ni??? Kedut juerr dah ada.


Gama ala-ala spaceshot untuk kids. Muka happy je bebudak tu.


Risya still senyum sampai telinga tu.


Sekali benda tu naik, senyuman sampai telinga terus tukar raungan memekak telinga HAHA. Zikry pon memula suka pastu start dah nangis bila tengok kakak dia meraung. Apara risya nii. Tak rock betul la. Mama kalau naik spaceshot yang kat genting tu pon tutup mata HAHA.

Girrafe lego.

Rasanya ni paling best. Paling mama menikmati sebab game lain semua layan kids je. Wayang 4D. Next time pegi nak masuk lagi sebab dia ada 3 filem berbeza.


Choo-choo train.


At the playground. Mama dah penat masa ni. Rileks je kat bangku.


Ahah! Game ni pon mama suka. Cawan pusing-pusing. Kita berdua je naik sebab papa nak jaga adik zikry hehe.


Ok, that's all for now.
Tak taula bila akan tulis lagi.
Kalau rindu baca jela entri lama yg tak best tu haha.

Oh ya, bagi ibu bapa yg ada masalah anak selalu kena tonsil ke atau ibu bapa sendiri yg ada masalah sembelit ke jom jenguk my blogshop >>HERE. Manalah tau dengan izin Allah our product can help :).

Bye-bye.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal