HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             
Showing posts with label perkara rawak. Show all posts
Showing posts with label perkara rawak. Show all posts

Wednesday, May 23, 2012

which bollywood celebrity you look like?





A'ah. Tengah takda keje berfaedah nak buat aku sajalah main aplikasi ni.
Saja nak tengok pelakon hindustan malang mana yang muka ada bau-bau jawa+banjar tu kan hehe.
Sian Kareena Kapoor.
Mesti nangis hentak-hentak kaki kalau tau.
Rasa nak tukarla nama pena maya kepada Rina Kapor Kasot atau Rina Kapor Baros.
Cara tak?
Sape rasa nak buang masa itu emas boleh buat jugek kat >>SINI.


Disebabkan aku sangat mengambilkira pandangan kengkawan semua kat entri >>INI, maka aku kuatkan semangat tak jadila buat suntikan tu. Lagipon sebenarnya aku takut nak kena CUCUK.

Friday, May 18, 2012

satu keluarga akan mati kalau...







Tempat kejadian : Dinding belakang sebuah kedai deret-deret Taman Universiti, Skudai.
Wartawan merangkap jurufoto tak bertauliah : Cik betty 


Marah sangatla tu gamaknya kan.


Esok aku ada seminar, pak busha (somi aku) ada game lawn ball. Ada sesape tak nak tolong jaga risya dengan zikry :D ?



Friday, April 20, 2012

desperate.






Dalam bulan lepas kalau tak silap aku, adala sorang mamat ni sms kat henpon aku.
Aku mula ingat dia ni customer.
Tapi rupanya dia saja nak test market.
Nak berkenalanla hape.
Bila aku cakap aku tak interested. Dah kawen. Dah tua kerepot.
Dia degil. 
Siap-siap call pulak.
Aku letak je terus malas nak layan.
Lagipon masa tu encik papa muka dah tensen giler kat sebelah aku.
Dah orang nak terai isteri dia kan.
Mau tak bengang.
Bila aku buat bodo tak reply-reply dah mesej dia alhamdulillah dia berenti.


Tup-tup kelmarin dia sms kat henpon encik papa pulak.




Kehkehkeh.
Dia ni giler ke hape.
Perempuan lelaki ko terai?


Mujur aku ni masih ada hati nurani.
Kalau ikutkan encik papa, dia suruh aku reveal je nama dengan no henpon budak ni kat sini.
Dah ko macam desperate sangat kan.


Aku rasala dia ni, main kutip je nombor talipon pompuan yang dia jumpa kat internet lepas tu terai satu-satu.
Untung-untung ada yang sangkut.
Boleh buat stok geli-geli.
Kot.


nota-noti:
Sedang dalam mode sedih dan rindu.




Thursday, April 12, 2012

kuda, header dan zura.





Harini sampai ahad ada pertunjukan kuda.
Jomlah korang semua datang sini ramai-ramai.
Datang sini tu maksud aku datang UTM ya.
Bukan datang rumah aku.
Nak datang boleh juga.
Tapi aku takda kat rumah sangat.
Pasal hari sabtu dengan ahad aku pegi pertunjukan kuda tu jugak.
Nak tolong kawan aku Dura dengan Fieya yang bukak booth kat sana.
Bolehla datang booth diaorang sama ambik sign aku sekali.
Kahkahkah.
Terbajet retis pula.


Nak tau lebih lanjut pasal event kuda-kuda ni boleh klik >>SINI.


Oh ya.
Perasan tak header aku dah baru.
Ini kawan lama aku Zura yang buat.


Zura ni dulu ex-hausmate aku masa study kat UTM.
Ekceli dia junior aku.
So sebagai senior aku selalula membuli dia suruh masak-masak.
Sebab aku memang pemalas zaman dulu kala.
Sekarang pon malas juga.
Pak kal je kena masak sebab anak dengan suami aku nak makan kan.

Tula tahun lepas dia offer diri nak buatkan aku header.
Aku suker jerla.
Benda free kan.
Orang dah bagi free pastu aku lak yang banyak songeh.
Suruh dia edit sampai aku puas hati.
HEHE. Oklah tu kan.
Dengan buat header aku sorang jer terus zura mahir guna photoshop.
Eh? Aku pon tak tau dia buat guna apa.
Photoshop la kot.



hai !! sayala zura. kak rina memang suka buli saya tauu.


Tuesday, April 10, 2012

mana peginya?





Semalam kan, semua kedai yang aku masuk semua takda mende alah yang aku carik.
Adalah dalam 5 kedai jugak yang aku terjah.
Semua geleng kepala.
Geram jerr rasa.
Rasa nak tempeleng pon ada.

























Nape ekk?
Susah sangat nak carik mende alah ni?




Dah takda kelapa sawit kot kat sini.


Soalan hari ni : Korang pakai minyak masak cap apa ek kat rumah?


Thursday, March 29, 2012

dana katil untuk anak yatim.




Kelmarin saya dapat panggilan telefon dari rumah anak-anak yatim.
Mereka memohon saya untuk sumbangkan dana berupa katil untuk asrama anak-anak yatim tersebut.
Nak keluarkan dana sebanyak itu seorang diri memang di luar kemampuan saya.
Sekadar dapat beri sumbangan yang semampunya.


Maka, saya panjangkan surat permohonan dana tersebut di blog picisan saya ini.
Manalah tahu dengan sedikit sumbangan dari kita semua dapat merealisasikan impian mereka untuk beri sedikit keselesaan anak-anak ini.



klik untuk tumbesaran


Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank (No. Akaun : 551342105286) atas nama Persatuan Insani Darul Takzim, Johor Bahru Johor. Atau boleh hubungi pegawai pembangunan dana Pn. Rohana 019-7651832/07-2417436.


Kalau tak nak bagi duit, nak sumbangkan katil terus pon boleh.


Pada yang tinggal di sekitar johor bahru kalau nak datang melawat asrama mereka letaknya bersebelahan dengan kolej hospitaliti YPJ.


Blog mereka boleh klik >>SINI.




Thursday, March 15, 2012

our song.






Dah lama nak dedicate lagu kesukaan saya ni dekat encik asben.
Tapi asyik tertangguh je nak post sebab nak dulukan entri lain.
Sekalinya, beliau terlebih dahulu dedicate untuk saya semalam dekat fb.


So. This is our song. Jangan curik HAHA.







nota-noti:
Ini entri autopublish je :). Saya on the way ke Desaru, again.

Wednesday, March 14, 2012

this week.






Tak tau nak tulis apa harini. Tapi, nak tulis juga pasal blog ini namanya cik betty suka tulis-tulis. Dapat tulis-tulis kat sini macam satu terapi mental dan jugak fizikal.


Here, my lil escape lah lebih kurang.


Cerita random sahaja.


Sabtu, pegi perarakan maulidur rasul untuk masjid taman punya. Belum habis event kami sudah balik sebab tengahari nak pegi ceramah Azman Bidin.



me dan risya sedondon.
baju seragam sempena perkahwinan adik ipar a.k.a baju raya tahun lepas punya.
as usual, selipar jamban tetap di kaki.
takda maknanya nak berarak pakai kasut tinggi.


Ahad, pegi pasar tani. Beli ikan. Beli sayur. Beli buah.
Grab baju corak checkers selai. Sempattt.
Tak kesahla. Asalkan baju tu nampak lawa kat mata tak kiralah beli kat pasar tani ke shopping mall ke janji harga tak menipiskan poket secara berlebihan. 
Sambil beli-belah sambil layan order customer. Sebelah tangan pegang bakul ikan sebelah tangan pegang henpon.
Then, tetiba ada mesej mamat desperate sesat masuk pula. Apa kejadah ko nak berkenalan dengan orang tua cam ahkak ni ya dek. Baik habiskan sekolah dulu. Tak pon gi carik duit banyak-banyak beli keta audi sebijik bagi kat ahkak. Kahkahkah.


Isnin, hujan lebat. Malas basuh kain. Sempat update blog tapi tak sempat BW. Hantar order customer. Nanti ya korang, saya datang jenguk.


Selasa. Oh. Hari yang sangat penat. Rumah berkecah. Kira stok baru sampai. Layan karenah anak-anak. Masak, basuh, kemas-kemas-kemas. Bab kerja rumah memang never-ending-story.
Malam. Lepakkk sambil layan Vanila Coklat dan BFF. Bagos. Dua-dua dah tamat episod tapi dua-dua ending bangang. Nak-nak BFF.


Harini, dapat e-mel ni pulak.


to undisclosed recipients
How are you, I am sorry for invading your privacy,i browsed through your profile and i felt like contacting you cos my dad is from Malaysia and that makes it my home country lol.. i think i like u for a new friend/relationship. My name is Ahisha, i am presently in the UK but will be coming to Malaysia very soon..Write back so we can get to know more about ourselves my email id is (**************@hotmail.com) have a nice day...Can i get to know more about you? Pls Keep in touch...Awaiting your reply. Salam


Saya tak reply. Sori. Bukan tak nak berfriendship atau berkenalan. Cuma susah nak percaya orang. 


Thursday, March 1, 2012

kisah dalam jamban.






Haritu risya balik sekolah dengan stokin basah. Kes tak reti kencing dalam jamban sekolah lagila tu. Dia siap nangis lagi dalam jamban sebab tak reti macam mana nak handle seluar besar (seluar PJ) dengan seluar kecik. Takda tempat gantung semua habis jatuh. Kesiann. Kalau pakai kain dia dah pass dah. Saya pon cuma tertawa kecil mendengar ceritanya sambil menunjukkan simpati.


Lantas kenangan zaman dolu-kala terimbas kembali. Kisah dalam jamban sekolah saya dulu. Yang cukup popular dengan cerita hantu macam-macam. Cisss. Ngeri betul nak masuk jamban sekolah masa tu. Ada pulak kelawar gayut-gayut tido kat tingkap jamban. Lagila takuttt. Takut kelawar gigit vontot masa tengah ek ek.


Tapi bukan cerita hantu yang saya nak upkan dekat sini. Tapi kisah purse saya yang terjatuh dalam lubang jamban masa saya dok salin baju PJ. Sekolah zaman dulu leceh kalau ada PJ, kena salin baju bagai. Zaman risya sekarang dah senang. Boleh pakai baju PJ jer kalau hari ada PJ.


Korang agak-agak kalau purse dah jatuh dalam lubang jamban korang nak pungut ke? Kalau jamban rumah sendiri okeh lagi kan ni jamban sekolah. Bahan khazanah macam-macam manusia dah lalu. Tapi sebab saya baru darjah 3 (kalau tak silap) masa tu, saya rasa sedih sangat kalau tak dapat selamatkan purse merah yang ada cop kedai emas tu (emak pegi beli emas dapat purse nih salunya masa dulu-dulu). Jadi nak tak nak kena pungut gak. Lepas tu hah hambek ko tangan bau 'SEMERBAK' sesangat. Menyesal pon dah tiada berguna huhu.


Lagi sekali masa saya form 1, kali ni kunci beskal lak yang jatuh dalam lubang jamban. Oleh sebab jamban sekolah ni punya lubang jenis dalam punya memang kunci beskal tu terus lesap dari pandangan. Masa ni saya pon dah bijaksana sikit. Tak kuasa nak menjolok tangan dalam lubang jamban tersebut HUHU.


Macam busuk lak citer harini.


Sori ya korang ;p.



Wednesday, February 29, 2012

surat bantahan.






AMARAN: Entri harini mungkin berunsur sedikit niyang repek <-- merepek maksudnya tapi serius aku sedang serius.





Kepada pihak yang berkenaan <---sesapalah yang susun rancangan kat tv3 tu kan,


Saya ingin meminta jasa baik pihak tuan supaya menukar balik waktu siaran drama bersiri BFF ke asal iaitu Ahad pukul 9.00 malam. Dah sedang elok sangatlah waktu tu. Time saya tengah gosok baju. Tahukah pihak tuan bahawasanya menggosok baju itu adalah perkara bosan. At least ada drama boleh layan takdalah saya tersangap lepas tu tergosok tangan sendiri.


Sebenarnya saya tak kisah kalau pihak tuan nak tukar hari tapi jangan letak waktu siarannya lewat sangat. Mungkin bagi tuan 10.30 malam tu adalah belum lewat tapi saya nih bangsa tido awal sebab esoknya saya kena bangun awal untuk buat sarapan anak saya nak pegi sekolah dengan suami saya nak pegi kerja. Kalau saya tido lambat mungkin nanti esoknya saya terbangun lambat lalu menjejaskan keseluruhan ahli keluarga pula termasuk anak jiran yang tumpang kereta pagi-pagi nak pegi sekolah.


Sebab tu saya malas nak tengok Pelangi Kasih walaupon ada Beto. Tak rela saya nak korbankan waktu tido semata-mata kerana Beto. Beto je pon kannn.


Ya, saya taulah BFF tu berciri tak-payah-tengok-pon-tak-apalah-der tapi alang-alang saya dah tengok dari episod 1 biarlah saya menyeluk pekasam tengok sampai episod akhir. Apa? tengok online? Alahai der. Internet sendu nak nengok online boleh lemau saya depan lappy nih. Lagipon malas nak beriya-iya sangat demi nak menonton sebuah drama ringan-ringan macam nih.


Errr.. tapikan drama tu best jugak dilayan sebenarnya HEHE.


Jadi, disebabkan itu bolehkah pihak tuan mempertimbangkan permintaan saya ini?



Yang benar,
insan terluka.

Tuesday, February 28, 2012

jadi penyibuk.






Pelik dengan sesetengah sikap ibu bapa. Anak kecik umur dalam setahun lebih camtu dibiarkan main seorang diri kat tepi jalan. Budak kecik yang agaknya baru pandai jalan tu nampak macam tertarik benar nak melintas jalan raya. Heran jugak bila tengok sekeliling tak nampak kelibat maknya. Rupanya maknya tengah duduk dalam rumah, pagar rumah dibiarkan terlapang.


Memanglah jalan tu tak sibuk tapi cuba bayangkan budak kecik tu tetiba meluru ke tengah jalan masa kereta ke bas sekolah ke lalu atau mat rempit datang gila merempit pagi-pagi kat situ. Tak ke naya. 


Lepas tu bila kereta kami berhenti - dengan niat nak tolong anak kecil tu daripada terus merayap tak ketentuan hala, elok jer dia datang kepada kami. Kalaulah, kalaulah yang berhenti tadi bukan kami tapi geng upin-ipin penculik kanak-kanak memang dah selamat dah budak tu kena bawak lari. Sebab memang mudah benar. 


Bila kami panggil maknya kat dalam rumah, mukanya selamba sahaja. Malu ke atau rasa kami ni penyibuk ke tak taulah. Langsung takda ucapan terima kasih. Kami pon tak hadap sangat terima kasih tu cuma kesal dengan kecuaian dia.


Baca tak kes budak perempuan kena bunuh kat rumah dia? Jiran dengar bunyi jeritan tapi tak pegi tengok sebab ingat gaduh dengan ahli keluarga. Kes tak nak masuk campur lah ni. Tapi kesian kan. Kalaulah jiran dia kaki penyibuk.



Wednesday, February 22, 2012

jatuh cinta dengan suami orang.








Jangan buat gilerrrr!!


Nanti bini dia kejor ko dengan parang aku tak jamin.


Wakakaka.


Suka Beto? Nak berkenalan? Klik >>SINI.



Tuesday, February 21, 2012

bukan.






Hadiah harijadi saya tu (sebenarnya tak macam hadiah saya pon) a.k.a 'gula-gula' risya bukan ipad tapi Samsung Galaxy Tab 10.1. Ramai yang agak benda alah tu ipad. Kesian tab. Tak glemer eh ko. 


Antara galaxy tab dengan ipad, galaxy tab lagi banyak kelebihan. Saya rasa-rasalah. Sebenarnya saya tak tau. Saya sengal sikit bab-bab gadget ni huhu. Ingat lagi masa mula-mula masuk U, saya nak on PC pon tak reti. Siap kena perli dengan member sebelah apesal saya asyik ikut apa dia buat. Dah saya tak reti, nak wat camno kan.



Tengoklah minah ni. Bangun pagi tadi pon senyum bahagia jer bila saya cakap cepat bangun kalau nak main tab balik sekolah nanti petang. Tengok mulut dia. Macam mulut saya. Kitaorang geng. Geng bibir sexy tebal :p.



Tuesday, February 14, 2012

endhorphin : untuk awet muda






As-salam.


Endhorphin ialah sejenis hormon. Bukan morfin ataupon ikan dolphin.


Endhoprhin boleh buat kita awet muda tau. Sebab hormon ni buat kita rasa tenang, damai dan bahagia.


Yang bestnya, nak rangsang pengeluaran hormon ni macam senang je iaitu kita kena selalu rasa happy. Bila happy hilang stress. Bila tak stress dahi tak berkerut. Jadi kuranglah kedut huhu.


Macam mana nak happy untuk hilangkan stress? Ini antaranya:


  • Senyumlah selalu. Seyum bukan sahaja menggembirakan orang lain malah diri sendiri juga.
  • Nikmati makanan yang kita sukai contohnya bagi penggemar coklat, coklatlah yang mampu merangsang hormon ini. Nikmatinya secara perlahan-lahan tau. Bukan lahap coklat tu pulak. Kang bukan hormon yang merembes, lemak pulak yang diternak HAHA. 
  • Untuk pasangan dah berkahwin, hubungan intim yang menggembirakan juga bisa merangsang hormon endhorphin.
  • Sapu plant endhorphin (sejenis tumbuhan yang boleh merangsang hormon endhorphin, diekstrak dari beri kering yang dipetik dari Chaste Tree) kat muka. Kalau tak salah krim simplicity ada guna plant endhorphin nih. Sape dah cuba krim ni?
  • Berolahraga. Pilih sukan yang kita gemari. Macam saya suka aerobik. Sebab boleh joget-joget HEHE.


Nak cerita tapi korang jangan ingat saya nih perasan ke hape. Semalam kan lepas aerobik, saya pergi pasar tani beli barang dapor. Pakcik jual pisang dengan pakcik jual cili kering tu ingat saya nih masih student. HAHA. Lawak lak rasa. Rasanya kesan hormon endhorphin lah kut.


Berbeza lak dengan pengalaman saya 15 tahun dulu, bila orang asyik ingat saya ni dah kerja padahal baru jer umur 18 tahun. Masa nak daftar masuk universiti siap ada makcik tu ingat saya hantar adik masuk U. Kawan sekuliah yang sebaya saya pon ada yang panggil saya kakak sebab ingat saya senior. Sedih sangat tau saya masa tu. 


Sekarang, dah terbalik pulak. Mmmm..


Thursday, February 2, 2012

khas untuk ratapan eh tatapan suami.







pic : borrowgoogle

Love her…when she sips on your coffee or tea, she only wants to make sure it tastes just right for you.
Love her…when she “pushes” you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

Love her…when she asks you to play with the kids. She did not “make” them on her own.
Love her…when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you.

Love her...when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.
Love her…when her cooking is bad. She tries.

Love her…when she looks disheveled in the morning. She always grooms herself up again.
Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her…when she asks if she looks skinny and old (diubah untuk menyesuaikan dengan keadaan semasa kehkeh). Your opinion counts, so tell her she’s beautiful.
Love her…when she looks beautiful. She’s yours so appreciate her.

Love her…when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.
Love her…when she buys you gifts you don’t like. Smile and tell her it’s what you’ve always wanted.

Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change.
Love her…when she cries for absolutely nothing. Don’t ask, tell her its going to be okay.

Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her.
Love her…when whatever she do is not pleasing. It happens and will pass.

Love her…when she stains your clothes. You needed a new cloth anyway.
Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.

Love her…when she argues. She only wants to make things right for both.
Love her…she is yours. You don’t need any other special reason!!!!



Tampal kat pintu bilik ok gak kan :p.



Monday, January 16, 2012

Pekerjaan Sesuai Mengikut Tarikh Lahir





As-ssalam....





Keyword ni kerap sangat menerjah blog saya. Bukan dekat blog ni tapi blog yang satu lagi.


Saya terfikir kenapa orang carik pasal ni? Mungkin sebab diaorang betul-betul tak tau nak jadik apa kot?


Sesetengah orang bertuah. Sebab jelas dengan matlamat hidup. Celik mata pagi-pagi dah tau dah apa dia nak capai dalam hidup. Tapi ada sesetengah orang bermasalah. Tak tau nak keje apa. Tak tau nak pilih course apa bila nak masuk u. Tak tau apa bakat yang dia ada. Tak tau kelebihan dia. Tak tau apa minat dia. Semuanya macam blur aje.


Selalunya kalau orang yang berdepan masalah macam ni boleh ambik ujian personaliti. Ada macam-macam jenis contohnya MBTI (Myers Brigss Test Indicator). Boleh juga tengok Holland Code untuk tengok kita ni sesuai kerja dekat persekitaran yang macam mana. Atau boleh juga pegi khatam buku-buku popular tentang mencari pekerjaan sesuai contohnya What Color Is Your Parachute?



Tapi beberapa tahun kebelakangan ni ada individu dah popularkan satu lagi teknik nak carik kerja sesuai, nak nilai bakat dan potensi diri sendiri iaitu melalui tarikh lahir. Agaknya sebab dah over popular hingga individu tersebut dapat untung berkepuk-kepuk benda ni dah jadi satu isu melibatkan agama. Biasalah tu kan.


Pada pendapat saya sendiri lah kan. Pendapat dari seorang yang jahil ni lah kan. Benda ni jadi SYIRIK kalau kita terlalu PERCAYA dan TAKSUB sangat hingga kita rasa malangnya sebab dilahirkan pada tarikh tertentu yang menyebabkan kita GAGAL atau tak dapat buat apa yang kita nak capai dalam hidup. Atau kita tak nak berkawan atau paling teruk berkahwin dengan orang tertentu disebabkan tarikh lahir dia. Itu memang SALAH dan BERDOSA sebab seolah-olah macam nak salahkan takdir atau tak percaya dengan kuasa ALLAH s.w.t.


Tapi, bagi orang yang bermasalah macam yang saya sebut kat atas tadi, bagi saya tak salah kalau dia nak gunakan tarikh lahir sebagai satu cara dia nak carik apa kekuatan bakat yang dia ada atau untuk tentukan pekerjaan apa yang sesuai dengan minat dia. Benda ni langsung TAK SAMA dengan ramalan horoskop tu. Yang bintang-bintang tu memang dah jelas meramal apa berlaku pada masa depan. Memang jelas dosa lah kan kalau baca pon.


Kalau buat ujian personaliti kena jawab soalan-soalan. Lepas tu dapatlah bayangan pekerjaan yang sesuai dengan personaliti kita. Kalau kira tarikh lahir pulak samalah juga dapat bayangan pekerjaan apa yang sesuai dengan personaliti kita. Tapi kedua-dua teknik ni bukan 100% tepat pon sebab ianya adalah hasil pemikiran dan kajian manusia yang tak sempurna. 


Tapi sekurang-kurangnya bolehlah diguna pakai untuk bantu orang yang ada masalah blur tadi kan? Yang selanjutnya kenalah ada usaha, doa dan tawakkal.



nota-noti:
Pandangan peribadi dan jahil semata-mata. Takda niat nak menangkan individu tertentu :).


Monday, December 5, 2011

Jawapan Peserta Money Drop Yang Pelik.




As-salam.
(Sebenarnya aku tergelak-gelak waktu tengok game show ni - gelak geram. Alah macamlah korang kalau tengok tv tak penah kutuk orang dalam tv kan. Gelakkan dan kutuk orang memanglah tak baik. So, aku mintak maaf pasal tergelak.)




Bagi yang mempunyai astro tapi belum tahu, Money Drop adalah rancangan game show terbaru kat astro ria setiap sabtu dan ahad pukul 10.00 malam dihoskan oleh pengacara kontoversi tak lain tak bukan AC Mizal bermula 3 Dis lepas.


Cara-cara nak bermainnya lebih kurang camni:


  • Setiap kumpulan peserta (2 orang) akan diberikan sejumlah wang RM1 juta.
  • Setiap kumpulan peserta akan diberikan 8 soalan untuk dijawab.
  • Setiap soalan akan diberikan 4 pilihan jawapan macam periksa zaman sekolah tu (untuk soalan ke 5-7 kalau tak silap diberi 3 pilihan sahaja; soalan ke-8 diberi 2 pilihan sahaja).
  • Peserta perlu laburkan kesemua wang pada pilihan jawapan yang betul. Kalau tak sure mereka boleh laburkan wang pada pilihan jawapan yang mereka rasa tak sure tulah. Cuma kalau pilihan jawapan tu salah duit mereka akan hangus. Dan baki duit akan dibawa untuk soalan yang seterusnya (itu pon kalau ada lagi).


Untuk first show ni, sama ada peserta belum bersedia atau sengaja buat-buat tak tau, tak taulah saya. Sebab jawapan yang diaorang bagi untuk soalan yang emmm macam senang jugaklah agak pelik.
Contohnya:


Peserta pertama:

Tarian dondang sayang tarian masyarakat mana?
Mereka pilih Minangkabau dan Jawa.

Pelik.
Dek jawapan yang pelik tersebut duit RM1 juta mereka lebur pada soalan yang pertama sahaja.


Peserta kedua:

Masak lemak cili api popular kat negeri mana?
Mereka pilih Johor.
Mujur ada pilih Negeri Sembilan juga.
Dan hampir nak pilih sabah juga.

Pelik sangat.
Mungkin mereka bukan orang Malaysia.


Peserta ketiga:

Ini lagi sangat pelik

Apakah nama sebenar Saloma?
Salah satu jawapan yang mereka pilih ialah Salma binti Hayek.

Bukan agak lawak.
Tapi memang lawak.

Ada lagi.

Antara serangga berikut yang mana paling pantas berlari.
Selain lipas mereka juga pilih semut.

Semut? Semut? Oh. Mungkin semut di rumah mereka sangat berlari pantas.


Ada lagi.
Tasik apa yang terletak di Perak?
Aku heran apesal diaorang misti nak pilih Kenyir juga. 

Cuma mampu geleng kepala.
Nervous sangat kot!

Tuesday, October 4, 2011

Selamatkan Bumi : Makan Je Dengan Mangkok Tu Sekali!!



Assalamualaikum..

Hari ini saya nak berkempen sikit.


Saya sangat pasti anda semua tahu akan bahayanya bekas makanan polisterin tu. Alah yang korang duk buat tapau nasik lemak pagi tadi tu. Kalau musim raya dia jadik bentuk mangkok, pinggan dengan cawan pulak. Berlambak-lambak dalam tong sampah lepas open haus.


Bekas polisterin ni lebih banyak buruk dari baiknya. Yang baiknya jimat sabun cuci pinggan dan jimat tangan tak payah basuh pinggan. Tapi kesan buruknya patut lebih diambil perhatian daripada kesan penjimatan hebat tadi.


Kesan buruk bukan setakat pada kesihatan diri sendiri (penyumbang kanser) tapi pada bumi kita juga. Bekas polisterin ini memakan masa beratus tahun untuk hancur. Kita dah mati jadik fosil pon belum tentu bekas polisterin yang kita guna semalam dah habes hancur. Ketika proses penghancuran pula sejenis gas akan dihasilkan yang menyebabkan ozon makin menipis.


Saya tahu kita semua bukan kisah sangat pasal nak jaga kesihatan sebab tu masih ada yang merokok merata-rata. Eh. Tetiba pulak kan. Apa lagi nak kisah pasal bumi nak sihat ke tidak. Lepas tu mulalah ngadu cuaca panaslah apalah. Padahal bumi sakit sebab kita. Kita sakit pun sebab kita juga.


Jadi, saya nak menyeru-nyeru semua peniaga dan juga tuan rumah yang buat open haus silalah guna bekas polisterin yang boleh dimakan ni. Bukan apa. Kalau makanan sedap sangat sampai rasa nak makan pinggan atau ada orang tu lapar sangat sampai makanan tak cukup ada bekas boleh back-up sebagai sumber makanan tambahan. Kelas tak?


Inilah dia bekasnya. Diperbuat daripada hampas tebu. Tapi apesal aku tak penah tengok restoran guna mende alah ni ya? Kalau kosnya mahal apalagi cas ajelah dekat customer macam kena cas kalau guna beg plastik. Alah setakat 10 sen orang Malaysia apa ada heran. 


bekas makanan dari hampas tebu


Kelebihan - 

boleh dimakan kalau lapar sangat
menyerap minyak 
hancur dalam masa 120 hari



nota-noti:
Masih ada yang menjemput ke open haus walaupun syawal dah habes. Syukur!



Saturday, October 1, 2011

#Spontaneous Saturday : Wajah Baru RM 50



Assalamualaikum...


Cantik tak?


sumber : facebook


nota-noti:
Bagi yang singgah, isnin nanti baru aku jengah korang ya. 


Wednesday, September 21, 2011

#Wordless Wednesday : Berat Sebelah



Assalamualaikum..

Wordless..wordless juga. Salam jangan lupa bagi. Jawab jangan tak jawab tau. 


Tak jadik ah nak #WW. Tak syok kalau tak membebel sepatah dua kata.


Gambar ni aku snap masa nak beraya ke Pasir Gudang beberapa minggu lepas. Dah lama terperap dah gambar ni.


Aku rasa lucu tengok lori nih. Senget semacam. Seriau pon ada. Agak-agak korang kenapa ekk?





nota-noti:
Dr. Ben..blog anda ada malware lagilah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal