HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Tuesday, July 2, 2013

Travelog Umrah Day 2 Part 1 : Madinah







Aduh..payah tul nak istiqamah dalam menulis blog. Alasan bizi..ceh ceh. Nyampah alasan gitu. Orang lain bizi gak kan boleh plak ada masa tulis blog. Apa taknya ada masa terluang main candy crush yang tak lepas-lepas level 65 tu. Kecewa T_T.


Sementara takde customer nak layan pagi nih baik aku sambung citer umrah aku yang tah bila nak sudahnya. Jangan sampai dah nak pegi sekali lagi nanti masih tak sudah-sudah, sudahla kan. Sudah cukup sudahh..cukup sampai di sini sajaa..ehh termenyanyi plakk.


Bersambung yang haritu, akhirnya sampaila jugak kami ke Madinah lebih kurang pukul 4 a.m pagi waktu Madinah. Kalau ikut jadual dah masuk hari ke-2 lah. Waktu sampai azan Subuh dah berkumandang. Tak sure itu azan pertama ke kedua. Kat sana ada 2 kali azan Subuh. Yang pertama just nak kejutkan orang. Yang kedua baru betul-betul masuk Subuh.  Sampai-sampai terus check in hotel. 


Tengah tunggu kunci bilik. Mujurla aku tak sebilik dengan papa. Kalau tak tahun depan mesti dah kelek baby baru wakaka. Aku sebilik dengan mak, mak jan dan lin. Papa sebilik dengan geng-geng dialah. Bilik sebelah-sebelah je tapi jumpa papa sesekali je. Aku biasa pegi masjid dengan room mate aku lin. Lagipun sebelum pegi papa dah pesan. Dia mungkin akan lebih banyak berjalan dengan kawan dia berbanding aku..so aku ok saja.


Mulanya kami diberitahu hotel kami terletak agak jauh dari Masjid Nabawi tapi alhamdulillah kami dapat hotel sangat dekat dengan masjid. Al-Fayroz nama hotel dia. Masjid Nabawi cuma kat belakang hotel ni saja. Jalan memang tak sempat berpeluh keti walau panas terik.


Pemandangan Masjid Nabawi dari sebelah hotel kitaorang. Payung-payung tu tengah kembang. Aku tak pernah dapat peluang tengok waktu payung ni terkembang atau terkuncup.


Macam nilah sepanjang jalan dari hotel ke masjid Nabawi. Penuh dengan penjaja. Paling ramai lepas Subuh dengan lepas Asar. Macam-macam jual. Aku memang banyak borong souvenir macam jubah kat sini. Murah-murah. Tapi shopping kat sini (Mekah/Madinah) memang kena tahan sikitla kalau nak tawar-menawar sebab Arab ni kan kasar dan kurang penyabar sikit. Silap mintak kurang harga penumbuk diacukan kat muka kita. Order makanan kadang dia macam bolayan je kat kita. Nak belek barang lama-lama kat kedai dia nanti dia berhangen satu macam. Kalau kita dah belek pegang lepas tu mintak tawar lepas tu tak jadik beli memang makan sumpah seranah dia la jawabnya. Aku agak jela sumpah seranah sebab aku tak paham apa dia cakap heheh. Yang penting diaorang ni patutnya kena belajar ilmu cara-cara layan customer haha.


Sambung kisah pas baru sampai tadi. Masuk bilik je ambik giliran bersihkan diri untuk siap-siap gi solat Subuh. Mutawwif pesan solat kat bilik je memandangkan kita baru sampai setelah 24 jam lebih perjalanan. Tapi sebab semangat tengok Masjid Nabawi tu memang tak rasa penat tu. Lagipon rugi tak ambik peluang. 

"Setiap solat fardhu di Masjid Nabawi pahalanya dilipatgandakan 1000x berbanding solat di masjid lain kecuali Masjidil Haram. Kalau dapat buat 40 waktu in shaa allah termasuk golongan yang akan dibebaskan dari api neraka."


Perkara di atas ada disabdakan oleh baginda Rasullullah s.a.w. Tapi tak dapatlah 40 waktu sebab kat Madinah sekejap je. Nak cukupkan 40 waktu paling kurang kena 8 hari kat Madinah.


Mak Jan pesan dan aku pernah terbaca jugak, kalau kita baru sampai Madinah jangan mandi dikhuatiri demam sebab perubahan cuaca. Tapi aku mandi jek sebab tak selesalah dah 24 jam tak mandi. Bertawakkal je pada Allah. Alhamdulillah aku sihat je sepanjang kat sana. Tak demam, tak batuk dan tak selesema walau cuaca sangat panas. Kalau nak tau cara aku jaga kesihatan masa kat sana boleh klik >>SINI.


Mak mentua aku dah gi masjid dulu ngan mak jan. Masa pegi tu aku dengan lin rasa pelik sebab semua orang cam berpusu-pusu keluar masjid yang kami ni baru sibuk-sibuk nak gi solat. Rupanya waktu dah pukul 5 lebih. Syuruk 5.30. Patutla pon. 

Waktu solat di Madinah. Maghrib dan isya' lebih kurang kita je. Yang lain je awal. 



Rasanya cukuplah dulu sampai sini. Macam dah panjang jek. Sori kalau ada yang rasa pendek dan tak puas baca (haha mengkonon ada yang baca). Aku nak buat keje lain pulak. Ada masa terluang aku sambung lagi. Bila tu tak tau lagi..hihi..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal