HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Wednesday, May 30, 2012

me and my famili @puteri harbour





As-salam, korang. Hai blog!
Duh. Cam dah berkurun lama jer aku tak meraban kat sini.
Aku mulakan dengan cerita kehidupan last week punya.


Last week, minggu yang meriah untuk kehidupan dan rumah aku.
Memula mak dan abah datang sebab nak nemankan aku. Seminggu diaorang kena bertapa kat sini.
Pasalnya pak busha gi langkawi takmo bawak aku. Asyik jenjalannn jer dia tu. Aku nak ikut tapi tak bolehla sebab belum cuti sekolah.
Bahagia rasa bila mak ada sebab mak masak. Mak ngemas. Aku rilekk. 
Cis. Tak baik tau. Dah mak aku memang spesies rajin. Suruh duduk dendiam mana maunya dia. Kejap kang pegang penyapu. Kejap kang belek pokok aku yang nak tak nak jer hidup. Kejap kang tolong lipat baju aku yang berbakul-bakul tah dari zaman bila tak lipat. 


Hari jumaat adik aku, suami dengan anak-anak dia pulak datang berkampung kat sini.
Pak busha pon dah balik.
Bertambah meriahh kehidupan dengan bertambahnya kekanak riang dalam rumah ni.


Ramai orang berkumpul time tu jugaklah baru pak busha nak terkedek-kedek repair itu-ini dalam rumah.
Pasang kipas 2-3 bijik, betulkan shower. Tula pak busha ni. Memang pe'el beliau sejak azali bab nak repair benda misti lambat.


Adik aku ngan suami dia ada kenduri kat sini sambil tu nak jalan-jalan tengok apala yang best sangat kat jb ni.
Kitaorang bawak gi Puteri Harbour je. Lepas tu makan-makan kat saujana
Tak bestla saujana tu. Makanan dia besa jer aku rasa. 
Ada lak orang main ghazal kat situ untuk hiburan orang makan. Aku lak spesies tak suka dengar bunyi-bunyian yang kuat. Tertekan aku kat situ. Kang ada plak orang seni dan budaya marah kat aku.
Aku memang dari kecik tak suka dengar bunyi kuat. Tak kirala bunyik apa pon. Asalkan bunyi tu macam mendesing kat telinga nanti aku jadik pobia. Ada tak istilah untuk pobia bunyik?
Motip nak gi saujana sebab nak view cantik jer. Boleh nampak singapore dari situ.
Padahal bukan singapore yang nampak bercahaya malam-malam tu tapi ptp (pelabuhan tanjung pelepas). Konfiden jekk pak busha aku dok gebang kat orang putrajaya kan hihi.


Diaorang tanya gak apa shopping complex yang best kat jb nih.
Entah. Yang aku tau jusco jela yang paling best haha.
Yang lain seme hidup segan suruh tutup takmo plak.
City Square? Uhh. Parking mahal situ. Bukan ada apa sangat pon.


Aku rasa korang pon bosan nak baca catatan aku yang berjela-jela ni kan.
Baik korang tengok gambar aku ngan famili.
Kalau korang nak nengok arr.
Tak mau tengok kalau, sila tutup mata haha.


Adik, mak, risya, akif (anak adik). Tak banyak kapal berlabuh. Gi berlayar kut.

Anak buah aku. Hensem kan? Glemer sat bibik adik aku masuk dalam blog. Manala tau famili dia terbukak blog aku misti jeles diaorang tengok lis jenjalan.


Yang dewasa, mereka berdua adalah biras. Biras bukan guni beras ponni taj mahal. Body tu adala sikit rupa guni beras hikhik. Tapi pak busha dah kurus sket sejak rajin minum Green Fit ni. Cuma dia tu takda masa nak gi gym kalau tak beliau misti lagi tough dari Ady Putra uhukkk.
Yang kenit, mereka berdua adalah sepupu.


Mak dan cucu-cucunya. Semua manja dengan emak. Terpaling manja risya dengan akif. 


Mak long dengan humaira. Mak long tu akulaa kalau ada yang tak tau. Comel kan? Humairaa. Bukan aku. Aku taula aku tak comel. Korang cer tengok kasut aku. Kasut baru beli tu. Cer pokus kat bulatan merah tu. Aku tak taula kaki aku cacat ke apa. Bila aku pakai kasut ni jari kelingking kaki belah kanan mesti nak tersentil keluar. Yang kaki kiri elok jer duk lam kasut. Pelik. Aku dah try sumbat-sumbat nanti dia tersentil balik.


Famili besar aku yang kecik je bilangannya. Aku takda ramai adik-beradik. Cuma aku dengan adik jer.


My sweet child.



nota-noti:
Aku pagi memang bizi. Nanti petang aku BW umah korang. Ada yang aku dah jenguk semalam.





Wednesday, May 23, 2012

which bollywood celebrity you look like?





A'ah. Tengah takda keje berfaedah nak buat aku sajalah main aplikasi ni.
Saja nak tengok pelakon hindustan malang mana yang muka ada bau-bau jawa+banjar tu kan hehe.
Sian Kareena Kapoor.
Mesti nangis hentak-hentak kaki kalau tau.
Rasa nak tukarla nama pena maya kepada Rina Kapor Kasot atau Rina Kapor Baros.
Cara tak?
Sape rasa nak buang masa itu emas boleh buat jugek kat >>SINI.


Disebabkan aku sangat mengambilkira pandangan kengkawan semua kat entri >>INI, maka aku kuatkan semangat tak jadila buat suntikan tu. Lagipon sebenarnya aku takut nak kena CUCUK.

Monday, May 21, 2012

suntikan vitamin C, need or no need? (updated)






Ada satu spa dekat area rumah aku ni buat promosi suntikan vitamin c FREE.
Pantang aku dengar benda-benda free ni.
Masa buat appointment macam tak teringat pulak yang benda free tersebut adalah nak kena CUCUK.


Dah lepas-lepas tu barula cam terfikir balik.
Aku ni penakut jarum.
Ngeri pulak bila pikir nak kena cucuk.
Dahhh berbelah bagila pulak.
Biasala aku.
Pendirian tak tetap.


Aku try la jugak gugel-gugel pasal kesan suntikan vitamin C ni.
Ada yang cakap ok.
Ada yang kata nanti ada kesan sampingan bila dah tua nanti macam kena kanserla gitu.
Ada yang kata baik makan supplemen vitamin c daripada ambik suntikan.
Tapi ada yang kata kalau ambik suntikan kesan lagi cepat.
Ada juga yang kata kalau ambik sekali takda nampak kesan pon.
Feninnn.


Gugel-gugel terjumpa plak keratan berita metro kot kalau tak silap yang kata suntikan ni dilarang.
Klinik tak boleh buat apatah lagi spa.
Sebab dikhuatiri vitamin c tu bukan ori punya tapi tiruan.
Macam pelik pulak sebab ramai je kot klinik yang buat.
Tapi berita tu dah lama, 2005 kalau tak silap.
Sekarang dah 2012 mungkin dah boleh dah.


Aku pulak lupa nak tanya kat spa tu nanti sape yang buat kerja-kerja mencucuk ni ekk?
Pekerja spa? Doktor?
Feninnn.


Nak buat tak nak eh?
Tak buat cam rugi sebab free.
Nak buat tapi tattottt.
Feninnn.


Korang pulak macam mana?
Ada experience ambil suntikan vitamin c tak?
Pada pendapat korang, aku patut pegi atau tak patut pegi ambik suntikan tu?


nota-noti:
Aku BW lewat-lewat sikit. Parents aku datang. Kang mak cucuk mata aku dengan garfu lak asyik hadap blog hehe.
***********************************************

update (12/7/2012)


Semalam aku pegi spa tu.
Sebab ada rundingan kecantikan free punya.
Kehkeh. Pantang kan dengar benda free.
Laju jerr.


Suasana dalam spa tu memang besttt.
Tapi aku terlupa pulak nak snap gambo.
Sebab asyikkk menikmati cookies dengan cis kek yang dihidangkan oleh pemilik spa itu.
Emm cedappp.
Aku dahla memang tengah lapo.
Hidang pulak kukies.
Syorrgaa.


Masa dok menikmati kukies, aku nengokla ada orang buat suntikan.
Tapi yang dia buat tu suntikan gluta.
Rupanya pemilik spa tu seorang doktor.
So tak risaula kalau nak suntik-suntik kat sini.


Pasal nak suntik-suntik ni terpulang pada individula.
Kalau nak result cepat dan tak kesah sakit demi cantik bolehla buat.
Macam aku, buat masa ni lum terpikir lagi.
Cukupla aku makan supplemen je.
Nanti-nanti la aku share supplemen apa aku makan eh.


Friday, May 18, 2012

satu keluarga akan mati kalau...







Tempat kejadian : Dinding belakang sebuah kedai deret-deret Taman Universiti, Skudai.
Wartawan merangkap jurufoto tak bertauliah : Cik betty 


Marah sangatla tu gamaknya kan.


Esok aku ada seminar, pak busha (somi aku) ada game lawn ball. Ada sesape tak nak tolong jaga risya dengan zikry :D ?



Tuesday, May 15, 2012

hari ibu aku.






Ciannya blog ni, tuan dia malas nak update.
Tak sempatlaa.
Biziiii sangat sekarang #kononnnnyalahhh.


Ok. Quick-quick update saja sebelum cerita ini basi.
Orang dah semangat cerita pasal hari raya nanti aku baru nak terhegeh-hegeh hupdate pasal hari ibu kannn.


Hari ahad hari ibula konon-konon kan.
Tapi aku tak teringat pulak pasal hari ibu.
Risya adala bagi kad.
Maceh sayang :).
Sekarang bagi kad, nanti dah besar bagila ferrari sebijik ya cayang wakaka.




Malam tu je pak subah ajak tengok wayang.
Cerita ni konon-konon best sangatlah.
Pak subah dari haritu dok racun-racun ajak tengok.
Ditambah dengan testimoni sahabat- handai beliau yang kata best.
Oklah. Aku termakan jugaklah dengan kata-kata diaorang tersebut.
Walaupon insticnt aku kata cerita ni sure tak best untuk aku.


Start-start je filem aku dah rasa aura ketakbestan <--hape dah punya kosa kata.
Mujur ada ayam goreng yang aku seludup masuk jadi bolehla layan lagi.
Dah makin lama, makin layu mata aku.
Orang ketawa, aku siap dah termimpi-mimpi lagi.
Hape dahh.


Takpala kan. Janji pak subah happy.
Dulu dia dah sanggup layankan aku nengok Ombak Rindu.
Risya pon tak tido dan tak bising. Siap melopong tengok.
Zikry tak yah cakap.
Dia mat tido.


Mungkin aku alien sebab tu aku sorang jer rasa citer ni tak best.


Friday, May 11, 2012

tyo nugros.






Phewwww!!
Lega dah semalam last risya exam.
Exam pertengahan tahun sekolah agama je kot.
Tapi stressnya aku macam anak nak amek exam SPM.
Siap ulangkaji sirah buat peta minda bagai haha.
Mujurla semalam balik sekolah aku tanya boleh jawab tak, dia kata semua senang ma.
Alhamdulillah. Kalau tak dapat 100 siap ko haha. Aku belasah ko pakai bantal.
Eh. Taklah. Aku takla kejam gitu. Kengkadang jer kejam sikittt.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Korang tau tak Tyo Nugros tu hape?
Hinggalah kelmarin aku tak penah tau-menau pon pasal Tyo Nugros.
Rupanya tyo nugros adalah orang.
Memula aku ingat ia adalah jenama coklat ataupon nama kumpulan LGBT.


Encem ke?? encem lagi pak subhaa, somi mokcikk #heheh.

Watpe la aku nak sibuk pasal tyo ni kan.
Niha la baru nak citer.
Kelmarin si tyo ni beli produk supplemen dengan aku.
Mulala berangan joget angan tak sudah wah nanti produk mokcikk terhangat di pasaran indonesia.
Sempat jer lagi berangan sesaat dua walau tengah kopek bawang.


Tapi musykil la pulak apesal masa mula-mula tyo sms aku sebut nama lain, cara dia sms pon takda bunyi slang indon ke jawa ker.
Ohh, rupanya customer aku tu kata yang betulnya muka dia je macam tyooo.
Terus terhentila lamunan aku pasal nak tembus pasaran indonesia tu #ahah tinggi sangat anganan ko mokcikk oii
Ohhh, akak pon nak kata jugala muka akak macam laudia chintya bella dekk
haha.


Nah. Aku tepek gambar bella dalam keadaan paling tak cun supaya nampak seiras dengan mokcik haha. Tang jendul dengan hidung pentul je yang seirasnya pon.


Tak baik tau, cun jugak bella nih haaa bila dah tutup jendul. Ada tak rupa mokcikkk? Ada takk?
Oklahh. Memang tak ada pon.


Hehe. Gitulah adanya.
Oh yep, bagi yang tak kenal dua-dua orang ni.
Mereka ialah retis indonesia.
Sorang drummer kumpulan dewa sorang lagi pelakon sinetron.



nota-noti:
Mokcik sempat BW separuh je semalam. Insya-allah harini mokcik sambung ehh.

Tuesday, May 8, 2012

takda can.






Kebelakangan ini, aku agak jarang update kan kan.
Perasan tak korang?
Ke aku jer yang perasan sorang-sorang orang perasan aku tak update muahahaha.


Kengkadang kesian jugak kat orang yang singgah sini.
Misti diaorang keliru ingat ni tugu peringatan ke hape kan.
Tugu peringatan cik betty wakaka.


Minggu ni risya exam untuk sekolah agama.
Aku dah berazam untuk belajar bersungguh-sungguh.
Cis, anak exam apehal plak mak yang kena belajar ni.
Yelah. Sebelum ni ujian setara aku biarkan je dia belajar sendiri.
Yang bermakna dia tak belajar langsung.
Aku suruh belajar dia buat derkk aje.
Takpa-takpa. Aku bagi can.
Aku nak tengok setakat mana kemampuan dia jawab soalan tanpa ulangkaji.


Ada subjek ok ada subjek ko.
Ko pon tak teruk sangat la tapi dasar ibu bapa kalau anak tak dapat markah 90 lebih rasa cam tak puas hati jer kan.
So minggu ni memang aku tak bagi can.
Aku suruh dia ulangkaji dan aku pon kenalah ulangkaji buku dia sama.
Aku pon takda canlah nak hadap blog ni lelama.
Sori kalau aku terlambat BW okeh.




Friday, May 4, 2012

30 April.






Hai.
Lama sangat tak update.
Terus mengalami pembekuan otak.


Yang penting (hehe..penting ke???), lama tak ngarut sebab:

Takda isu yang nak dimengarutkan. Ada isu pon melibatkan orang lain jadi malas nak tulis.
Bizi uruskan kawen fasha-jejai kehkehkeh. Tak amik port pon. Takla. Bizi sikit dengan order customer.
Ada astro free.
Kepala asyik berangan nak mendeko rumah. Tak lama lagi nak raya kan. Tu yang tak sempat pikir idea nak ngarut apa kehkehkeh.


30 April 2012.
Rasa sangat happy dan perasaan berbunga sebab hari itu anniversary yang ke-8.
Syukur alhamdulillah.
Thanx kepada kengkawan yang wish haritu dekat fb.
Doa kalian sangat aku hargai.






Selingan.
Sesiapa yang berhajat nak beli borong Perfect Beaute Cream (9 bekas) silalah klik >>SINI dengan kadar segera.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal