HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Thursday, December 13, 2012

Project X : Panpeng






Hi :))))...

Sekarang jarang dah saya update kann..
Gitula blog ni kalau asyik tinggal je memang liatla nak tulis.


Cuti sekolah ni anak-anak saya asik-asik lapoo manjang.
Pening dah nak masak apa.
Maklumlah mama diaorang ni masak dahla tak berapa nak pandai tsskkk.


Pagi ni bangun kepala ligat mikior apa nak masak.
Tetiba tup mendapat seruan mari membuat pancake di kala orang lain dah tere buat durian crepe huwaaaa.
Kat mana la nak dapat DC area umah saya ni ekk.
Nak suruh saya buat sendiri sampai kucing keluar tanduk pon belum tentu saya nak buat.
Tapi kenapa peribahasa cakap kucing bertanduk haa??? Kenapa bukan ayam ke itik ke hamster ke kan.


Biarkan la pasal peribahasa tu.
Nak susah pikir buat apa.
Lebih baik pikir acane nak buat pancake.


Nak buat pancake pon tak reti kan harusla gugel blog-blog pakar memasak.
Pastu kebolehan saya ialah menjadikan resipi tu asal boleh huwahuwahuwa.
Sebab-musababnya lecehla nak ikut resipi betul-betul.
Nak pakai tepung naik sendiri la..telur gred ABCDEFG laa..


Jadi sebab tepung naik sendiri tu takde saya guna jela tepung biasa.
Alah tepung jugak kan.
Pakai telur gred apa tak tau asalkan telur ayam..butter ntah bape sudu sebab keras lagi dah masuk dalam bowl..baking powder..gula..garam..susu sejat pehtu pukul pakai hand mixer yang pakai ntah berapa tahun sekali tu.
Pakai blender pon boleh kot tapi kang pedas pulak pancake saya hihihi.
Panaskan pan sapu butter pehtu senduk jela adunan tadi.
Biorkan la dia sampai masak. Balikkan supaya tak hangus. Tapi ada hangus-hangus lagi sedap hihi.
Dah masak siram ngan madu sebab maple syrup tu takde.
Asal boleh je.
Alah anak saya pon je yang nak makan.
Janji anak-anak saya kata sedapp sangat mamaaa!!
Diaorang pon makan sampai kekenyangan.
Itula projek saya pagi ini. Projek X : PANPENG!! (Pancake + Lempeng).
Hihihi.

Dah tengahari la woi. Orang dah nak makan nasik dah.


Ok. Baii.
Nak pegi packing order customer plak. 
Pastu nak masak lunch. 
Nanti petang saya jengah korang.


#Saya ada 2 entri terperam dalam draf. Tak taula berapa lama akan terperam tu huhu.



Friday, December 7, 2012

Unfortunately messaging has stopped.






Pernah tak korang yang pakai s3 mengalami masalah macam ni?
Nak bukak mesej keluar error : Unfortunately messaging has stopped.
Bengang kan.
Memangla bengang kalau time tu kita tengah nak baca or reply mesej penting.
Macam saya..berlaku beberapa hari yang lepas.
Tensi. Padahal tukar henpon dari cokia ke s3 sebab masalah sms selalu hang juger.


Rileks. Jangan nanges.
Boleh cuba cara saya menyelesaikannya.


Punca masalah ni mungkin disebabkan virus yang menyerang selepas korang donload sesuatu aplikasi.
Macam kes saya, rasanya sebab sms.
SMS terakhir yang diterima adalah daripada celcom offer.
Cis celcom neh. Bagi virus dekat henpon saya T___T.
Caranya, korang kena delete sms/aplikasi yang menjadi punca kejadian.
Tapi acane nak delete sebab nak buka mesej pun tak boleh kan.


Apa yang saya buat, donload handcent sms daripada playstore.
Dari aplikasi ni nanti kita leh bukak semua sms yang ada.
Bolehla kita delete sms yang menjadi punca kekalutan.
Lepas tu restart phone.
Tak restart pon saya nyer messaging dah boleh berfungsi dah.
Tapi better restart jelah.
Lepas tu kita akan ada 2 jenis messaging. Satu yang memang dah ada satu lagi handcent tu.
Ikut sukala nak pakai yang mana.


Ok. Kalau korang dah cuba ni tapi tak leh gak silala google cara lain dan kalau berjaya sudi-sudikanlah share dekat ruangan komen. Sangat dialu-alukan :D.


Gamabar hiasan takde kena-mengena dengan entri. Bye. Saya nak jalan naik ke awan dulu kui-kui. Berita penuh boleh cek entri >>INI.


Monday, December 3, 2012

trick art museum @i-city shah alam






As-salam..

Lama gilos tak update kan.
Tak menyempatla dek non.
Aritu tu 3 hari kita bukak booth pagi sampai senja (20 - 22 nov).
Pastu esoknya terus gi jengka untuk majlis bertandang adik ipar (terbayang-bayang kesedapan lauk nganten patin masak lemak tempoyak slrppp!!)
Pastu gi cuti-cuti kat gambang waterpark lak dengan famili husband.
Pastu berdesup gi putrajaya sebab hubby ada dinner.
Kita pon patutnya gi dinner tu tapi tak jadik disebabkan hal yang tidak diingini telah berlaku (sakit ati ngenangkan baju gedoboh tu).
Pastu memalam buta berdesup lak gi shah alam sebab hubby ada conference esoknya.
Pastu berdesup sana-sini hantar barang kat customer sambil bersukaria.


Antara tempat yang sempat kitaorang singgah untuk bersukaria : i-city.
Memula cam bosan masuk sini.
Rasa cam nak nyesal pulak masuk parking RM10.

Kitaorang tryla satu game ni, spacewalk. Nyesal naik. Gayattt. Aku fobia tinggi. Sebab tu aku pendek kot haha.

Lepas tu kitaorang plan nak balik jer memandangkan hari pon ujan.
Tido lagi sodap kan.
Pastu masa round-round tu terjumpa museum ni : trick art.
Masuk sini kena bayar juga. 
Banyak lukisan dalam tu.
Fun jugakla main-main dengan lukisan tu. Tak nyesal dah masuk i-city :D

Buaya???? Tolonggggg...

Hati-hati nak turun tangga. Nampak real kan tangga tu.

Ooopsss!!

Iyah! Iyah!

Hebakk kau pandai lukis monalisa.

Jangan main tangga la risya!


Arghhh!!! 

Pelayaran yang membosankan?

Superheroo meh selamatkan saya.

Ni sebahagian kecil saja yang saya kongsikan.
Selebihnya maleh nak letak kiki.
Bye. Nak wat keje umah jap.
Petang kang jenguk korang.
Rinduuu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal