HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Monday, May 27, 2013

Nak berangkat dah..






As-salam..

Fuhhh..fuhhh...fuhhh.
Tiup sawang dulu kiki.


In shaa allah lagi beberapa jam saya akan tinggalkan Malaysia untuk berangkat ke Madinah dan seterusnya menunaikan umrah di Mekah.
Saya pegi dengan hasben, mak mertua, makcik hasben dan suaminya dan jugak dengan 3-4 orang kawan Avail.
Kitaorang pegi dengan travel agent Concorde. Flight ikut changi airport, singapore. Transit kat colombo - jeddah.
Alhamdulillah..tak pernah rancang tiba-tiba dah diizinkan menjadi tetamu-Nya.
Allah..rasa kecil dan dhaif sangat diri ini.
Aku adalah hambaMu yang lemah ya Allah.


Saat ini selain berdebar-debar nak pegi hati rasa rindu sangat dengan anak-anak. Especially yang kecik tu, Zikry.
Sebelum ni tak pernah pisah lama-lama.
Anak-anak saya dah hantar ke Putrajaya semalam kat umah adik sebab mak ada kat sana jaga adik yang sedang berpantang anak ke-3.
Huhu..meriahla rumah adik. Huru-hara la jawabnya.
Jadik nursery jap.
Mujur adik ada maid jadi takdelah mak penat sangat mana nak layan cucu, nak jaga orang pantang, nak masak dan buat kerja-kerja rumah.
Pagi tadi baru gerak jb balik.
Ingatkan masa nak balik tadi mesti susah nak cakap dengan Zikry yang dia akan ditinggalkan.
Mesti dia nak ikut punya.
Rupanya dia rilek je babai-babai.
Saya je yang tak boleh nak tahan nangis masa peluk dia.
Masa taip ni pon dah meleleh air mata ingatkan dia.
Tapi alhamdulillah lah dia ok. Tak nangis.
Kakak dia pulak yang berdrama swasta.
Hemm..pelik pulak.
Salu suka nau dapat duduk dengan nyai dia.
Tapi tepon risya tadi ok je. Dah makan spagethi. Hihi..


Tengokla tu risya dah tersangkut kat badan saya tak nak lepas. Acting lebey anak dara saya sorang ni.


Rindu zikry. Zikry (kanan) dengan cousin dia Akif. Harap-harap Zikry bolehla main sama dengan Akif. Salunya Akif suka main dengan Risya. Zikry suka main sorang-sorang. Anak bujang saya ni tak berapa lasak.  Kuat merajuk. Kalau gaduh berebut mainan nanti dia mesti merajuk bawak diri masuk bilik tutup pintu.


Otw balik jb tadi calling-calling atok.
Alhamdulillah saya masih ada atok dan nenek baik belah mak maupun belah ayah.
Mujur nombor telefon umah atok belah mak masih ingat walaupun lama tak call.
Atok belah abah je kena mintak nombor dengan abah pasal dah lupa. Huhu..memang tak guna punya cucu.
Masa cakap dengan atok (belah mak), mintak maaf semua dengan dia tetiba dia cakap "Naa..bak tok dah nak nanges ni Naa". Laahh tacing pulak atok saya ni.
Mungkin beliau terharu sangat sebab cucu tak guna sorang ni masih ingat nak call.
Maafkan saya tok. Walaupun jarang call atok dan mak tok tetap dalam ingatan.


Baiklah korang.
Doakan saya selamat pergi dan pulang ye.
Doakan urusan ibadah saya dipermudahkan.
Saya mintak maaf andai kata ada antara coretan saya di blog ni yang menyinggung perasaan sesiapa.

Thursday, May 2, 2013

Restoran qaseh bonda, tebing runtuh






Hai..lama giler tak nulis sini. Assalamualaikum..rumah lama tak masuk kena bagi salam kasik jin-jin malas semua keluar heheh.


Cuti 1 mei semalam bawak anak-anak pegi legoland. Lamer dah tak gi legoland. Buat annual card iyo iyo nak pegi selalu tapi masa takde plus aku yang boring. Gi uss la baru besttt hikhik. Kesian derang. Selalu hari-hari biasa mama dengan papa dia bizi manjang. Risya salu ngomel mama ni asyik bungkus barang hantar barang. Huhu..nak buat cemana anakku. Nak carik sesuap nasik.


Papa pulak memang kenalah ganti balik masa. Sebabnya haritu di pi holiday kat bangkok kemaenn tak bawak aku dengan anak-anak sebab bukan cuti sekolah. Iskk..jeles makk tau. Sampai merajuk-rajuk sendirik heheh.


Lepas siap kemas rumah basuh kain semua tengahari baru gerak dari rumah. Belum makan lagi perut lapo jadik harus pi makan dulu. Papa ajak gi restoran qaseh bonda kat kampung tebing runtuh. Lagipon restoran ni dah dekat beno dengan legoland. Pemes restoran ni tapi aku tak penah pegi lagi.


Nak ke kampung tebing runtuh tu mencabar sikit. Sekarang ok dah ada jalan tar. Papa cakap masa dia pegi dulu jalan tanah merah berbatu-batu. Pikir-pikir sapela nak redah semata-mata nak makan kat restoran tu kan. Mestila sedap gamaknya tu.


Sampai dah. Restoran ni terletak dia atas air. Bolehla feeling-feeling makan atas bot. Dari segi hiasan dalaman biasa-biasa aje. Takde yang menarik. Tapi rupa paras kedai bukanlah ukuran. Janji bersih sudah. Untuk anda yang nak carik restoran ni trademark dia carik kem tentera darat. Sebelum kem tu belok kiri. Jalan terus menuruni bukit. Jangan laju-laju kang terbabas terus masuk laut. Dibuka dari pagi kul 8 sampai 5 petang je. Malam takde. Unikla sikit restoran seafood bukak siang. Salu malam je kan. Ahad tak digalakkan datang sebab tutup. Nak datang jugak minum air laut jelah ye.


Sambil nunggu makanan terhidang kita boleh menikmati panorama yang mendamaikan.


Tak perlu tunggu lama sampai berjanggut dan tertido atas meja makanan dah sampai. Bagusss. Ini yang guwa suka ni. Pantas. Itula famili guwa. Pantang ada masa terlapang masing-masing dengan gadget termasuk guwa lah. Masa tak lapang pon sibuk dengan gadget gaks.


Lauk yang diorder ialah asam pedas ikan merah (kesian dia ditutup oleh tangan besar). Sudahla ikan itu sekeping ajer terus tak nampak dia. Selain ikan merah sini ada ikan sembilang (paling pemes kot tapi masa datang sudah habis sahla pemes ikan sembilang berbanding ikan lain), ikan unga jangan silap bukan ungka tau unga atau nama lain dia jenahak/jenak bukan benak dan ikan kembong. Selain itu telah order juga kupang sambal, sotong goreng tepung, sup sayur (risya suka makan nasik dengan kuah je lauk dia takmo) dan telur dadar makanan wajib bagi lelaki dalam keluarga ini. Semua lauk order mangkuk kecik saja taraf-taraf sorang makan. Nak ikut sunah nabi berhenti makan sebelum kenyang (padahal takut mahal hihihi). Lepas tu nyesal. Tak cukup wakaka. Tambah order sotong tepung aje buat kunyah-kunyah pasal nasik dah habih licin. Makanan memang tip-top. Sedap dan kena dengan selera. Plus murah pulak tu. Total RM36 sahaja ! Konpem memang akan datang lagi sini.

SEDAP! PANTAS ! MURAH !

Kat sini ada jual jemput-jemput jugak tau. Kelas jemput-jemput jual kat restoran. Salu warung tepi jalan je.


Dah makan pegi legoland dengan gembiranya. Anak-anak gembira aku tersangap je. Takpelah yang penting anak-anak happy.


Untuk anda yang bercadang nak jalan ke legoland atau hello kitty leh singgah lunch kat restoran qaseh bonda di alamat surat-menyurat:

RESTORAN QASEH BONDA
Lot 581, Kg Tebing Runtuh,
81550 Gelang Patah,
Johor.
Tak jumpa tempat sila hubungi : 0127148227


Ekceli aku dah lambat ni. Banyak keje sedang tunggu. Bye..see u again ntah biler.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal