Assalamualaikum..
Hari Jumaat kita cerita benda bermanfaat sikitlah. Seru sampai untuk menulis tentang ini apabila membaca entri dari teman blogger di >> SINI.
Kebetulan haritu betty ada jenjalan dekat booth pameran HALAL dan ambik satu pamplet pasal kod-E ni. Mungkin ada antara kalian dah sedia maklum tapi betty tulis je. Dah tentu ini blog CIK BETTY SUKA TULIS-TULIS jadi nak nulis jelah kerja dia. Memang biasa dia tu.
Marilah berkenalan dengan kod-E terlebih dahulu. Kalau masa belajar dulu tak sukalah dengan huruf E ni kan. Tapi betty tak pernah dapat kod ni. Nak riak lah tu. Astagfirullahala'zim.
Berbalik kepada cerita asal.
Kod E ialah kod nombor untuk bahan aditif makanan yang telah diuji penggunaannya untuk digunakan di Kesatuan Eropah (EU). Sebab apa nama dia E? Sempena huruf pertama Eropah - sebab tu kod ni bernama E. Bahan makanan yang dijual di pasaran banyak mengandungi bahan yang berkod E ini kerana bahan ini digunakan secara meluas sebagai perasa, pewarna, pengawet, bahan pengental etc. Paling popular coklat dan aiskrim. Yum. Yum. Dua² benda ni adalah kegemaran betty. Sebok je nak bagitau.
Kod-E boleh dibuat daripada tumbuhan atau haiwan bergantung kepada jenisnya. Mungkin dibuat daripada tumbuhan sahaja atau mungkin haiwan sahaja.
Masalah timbul apabila kod-E dibuat daripada haiwan. Kod-E adalah HALAL jika sumber haiwan bukan daripada khinzir, anjing atau haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak. Keraguan terhadap kod-E ini meningkat dengan tersebarnya khabar angin bahawa sesetengah kod-E dibuat daripada sumber tidak halal.
Kod-E471 adalah satu contoh kod paling popular. E471 adalah sejenis emulsifier yang merupakan asid lemak mono dan digliserida. Asid lemak sintetik ini dibuat daripada gliserol dan asid lemak semulajadi daripada sumber tumbuhan atau haiwan. Sekiranya produk tersebut mengandungi E-471 dan tertera logo HALAL dari JAIN & JAKIM bererti E471 itu diperbuat daripada sumber tumbuhan atau haiwan (disembelih) yang halal.
Jadi maknanya bukan semua E-471 itu haram. Harulah. Kalau gitu semua benda kena tanam atau buat sendirik kat rumah. Nak coklat ferero roche buat sendirik. Nak eskrim cornetto buat sendirik. Untuk orang pemalas cam haku ni memang kempunan sampai matilah jawabnya. Siapa pandai buat fererro roche sendirik dengan cornetto sendirik bilang sama aku dia punya resipi. Memang aku tak buat punyalah. Dasar rajin!
Oh. Ya. Sebagai ekstra bagi memperpanjang entri ni. Bukan semua produk halal menggunakan logo JAKIM. Bagi produk yang dikilang di luar negara akan menggunakan logo halal dari Badan Islam Antarabangsa. Pastikan badan tersebut diiktiraf. Boleh cek kat >>SINI.
Sebahagian logo halal yang diiktiraf:

Sumber rujukan: Pamplet yang aku ambik tu
Gambar: Credit to google
20 comments
ya kod ni memang penting...saya yg dok kat oversea ni kalau tgk ada kod E471 tu terus tak jadi beli kebanyakkannya menggunakan lemak khinzir so..utk elak drp was2 saya tak kan beli. memang susah kalau nk ceter bab mkn dok luar ni tapi semua tu pengalaman....btw tq sharing:)
Logo halal tu pun kadang-kadang orang boleh klon juga. Susah nak cakap. Huhu.
thanks for sharing cik betty.sy penah jmpa logo halal yg Australia tu sbb mostly byk produk halal dari sana:)
bagus entri ni. baru senang hati nak mkn2 lepas ni. hahaha!!!
btw, gb penah buat aiskrim sendiri. tapi still pakai bahan yg ada kod E juger. huhuhu~
:putnam: wah ternyata banyak juga ya makanan yang harus kita hati2 betul memakannya...
tapi terkadang kode halal juga banyak yang palsu..
thanks for the info, saya pun ingat E471 pun dari khinzir, rupanya tak semua ya, sekarang ni pun kalau beli makanan selalu tengok kod, tapi yg penting ada tanda halal yg disahkan, betul tak
betul tu prince pon bersetuju gan opinion cik betty...psl makanan ni klu kite curiga status halalnya eloklah elak dari makannya..tapi klu yakin insyaallah teruskan..
ooo..itu rupanya...terima kasih sbb bg info yg amat berguna ni...ayat yang mudah dan senang faham!
isu mcm ni dah lama. nk mkn pun susah kan?
rina suka TULIS-TULIS No suka BACA-BACA hehe..betul tu rina..No sesangat. Bila No aju pada Abang camni la jawapannya..tapi memang No pening juga skl ni..entah la, klo ikut satu fage ni, sume HARAM huhu..entah la rina..ohya, terima kasih atas info ni ya rina, betul2 berguna..
poning la kod2 ni.. kejap2 halal kejap2 setengah haram plak.. kalau cam ni.. apa yg kita makan jd ragu2 la.. cekolat cadbury ado laei nie..
info menarik n berguna...tq betty perkongsian ni
selamat malam..
setuju sangat entry nie..
ayu pun rasa risau bila libatkan hal pemakanan....
banyak faedah ayu perolehi dari entry nie..semoga kita sama syer manfaat yang baik2
seyes bru tau....hehehe....btw,thanx sgt2 for d info....klau x,smpai ble pown x tau...
resepi eskrim malaysia adalah kak. nak ke? tak payah gune E471 pon, hehe =)
Wah! thanks dear for d info... Yang tanda halal kat bawah sekali tu kan... Dulu Fiza ragu2 nak beli tgk tanda halal tu.... Tapi rupanya diiktirafkan jugak. Dulu ada nak search tapi asyik lupa jer. Thanks dear kerana kongsikan info yang bermanfaat ini.
banyak coklat guna e471 tu.. emm..
logo halal tu penting bagi orang agama Islam ~
logo halal tu ada jugak yg meragukan.kadang2 sekadar sticker jer.mana takde tinggal lekat...hoho
ooo...cenggitu yer...bru sya tau...tp skrg ni kan byk kes tipu logo halal kan...was - was la plak...hehehe..tq..share info ni...