Assalamualaikum..
Ahad lalu suami menyempurnakan hajat saya : membeli seterusnya menonton Cun di astro first. Mungkin sempena Hari Ibu.
Selain Maya Karin dan Remy Ishak, apa yang cun dalam Cun?
Kerbau pakai mekap.
Kampung dengan bendang yang indah.
Sarat dengan elemen kasih sayang.
Berunsur komedi dan tak perlu memerah otak. Anak dara saya yang berusia 6 tahun suka cerita ni. Kalau nenek saya tonton juga pasti dia ketawa terkekeh-kekeh.
Cerita dia simple. Luna, gadis bandar Kuala Lumpur yang chantek dan popular kecewa dengan kekasihnya yang curang. Ditemani kawan baiknya, Tom mereka berdua balik ke kampung Tom di Kedah. Di sana Luna jatuh chenta dengan pemuda kampung selekeh yang perengus tapi penyayang bernama Atan yang juga sepupu (aku rasalah) kepada Tom.
Sinematografi yang indah (ececeh..macamla aku tahu sangat apa maksud dia).
Lagu² dalam filem ini sedap juga didengar.
Dipenuhi dengan babak² romantis tapi bukan erotis antara Luna dan Atan. Ditambah perisa dengan gelagat watak sampingan yang over dan kelakar. Bukan buat² kelakar macam Maharaja Lawak (serius aku asyik tido tengok Maharaja Tak Lawak sekarang ni).
Saya bagi 2/5 untuk filem ini.
Kena tolak 3 pasal:
Tak touching tengok babak² yang membibitkan cinta antara Luna dan Atan. Touching macam mana yang engkau nak nih. Macam My Best Friend's Wedding atau drama bersiri Full House. Touching sampai aku boleh rasa sama macam watak tu rasa.
30 minit pertama tengok asyik berkata dalam hati bila nak habis. Salah aku juga tengok masa dah ngantuk. Nak tido takut dimarah suami. Dan dikutuk-kutuk : itulah dia cerita yang mama nak tengok sangat. Dan terus digiat-giat sampai tersiat telinga. Sebenarnya kalau nak tido bukan salah pon. Ini kan tayangan astro first. Boleh tengok berkali-kali lagi nanti sampai muntah.
pinjam pokcik google punya
29 comments
dah tgk jugak kat wayang.em bolehla citer dia takdela best sgt...biasa2 je...sedih tang adik dia majuk g bukit tu je...
dah tengok? yey!
semalam GB surf pasal location penggambaran citer tu. dah jumpa! hujung tahun ni nak gi menjelajah sambil menembak. bestnyer!
br tgk cite ni.tp tgk kt cd lanun jebleh tahan jg la tp maya ngan remy cam xde kimia je
Jiran ooo jiran
hihihihi..bestnya rina dah dapat tengok..tahiah ya..
Abang tak suka kot citte2 cam ni huhu..
tunggu nurkasih...dengar kata mantop kan huhuhhhh
anak perempuan akak nengok cite ni sampai menangis.touching sangat katanya.budak-budak muda. makcik tak minat maya karin.
mina tak tgk lg...tak sabar nak tgk kat youtube..hehehe....
ramai ckp syokkan..hihihi...
husb cik betty nak suruh teman tgk sekali la tu...hihihi
adiah tu...kena sengkang mata nengok...mommy tak sabar nak nengok nur kaseh
jat da tgk.part paling lawak ms krew2 kena kejar dgn kerbau.sakit perut jat gelak.
ala..prince xtgk lagi cite ni..tapi nnt prince nak beli dvd die atau download ke..teringin nk tgk sebenarnya..
Itu rupa nya bila kerbau di make up kan...hihihi
Sebenarnya salah 1 sebab sy tak suka tonton cerita melayu adalah berderet2 ehh meleret2 lagipun macam tak memahami situasi / keadaan diri sebenar .. satu lagi.. pasal pelakon.. sy hanya tonton kalau pelakon tu sy minat.. sy tak minat remy n lg tak minat maya karin..
lagipun suami mmg tak suka tengok cerita / filem melayu .. suami kata banyak merepek n tak real.. macam la filem onputih tu mcm real.. hehehee
Filem ini belum dapat tahap untuk memiliki markah penuh. Untuk penceritaan ringan mungkin bolehlah layan.
Hye there....
sorry for the late reply!
Anyway,thanks a lot for your visit..
Keep in touch ...
ps: we hve seen CUN as well..tapi mcm x best je...!
Take cre..
Tya
wah cam best je cite nih.hehehe.
Tak tgk lagi..huhu..kalau ngan Cik Abg, tak merasalah..dia tak minat sgt cite melayu..kecuali cite klasik lama..mcm cite P.Ramlee,,hehe
laaa.apsal dimekapkan kerbau tu.jenuhla nak cuci..hu3
waaa...mmg tringin gak nk tgk cter nie..nk pegi download skrg jgk...hehehe
tunggu keluar kat youtube la...boleh tengok banyak kali tanpa perlu bayar...hehehehe
tak tengok pun ni ~
dah tengok dah. tak tahan bila luna kenyit mata kat atan. skill lama tapi power tue. hehehe
Lagi-lagi Buli
belum tengok lagi la rina.. hm.. nak tunggu nur kasih
dah tengok juga. citer ni penuh dengan mesej kan..
bestnya dapat tgk cerita cun ...sporting dan romantiknya suami cik betty...itu yg lebih cun!
assalamualaikum
salam ziarah di pagi rabu
lawak ja kerbau pakai mekap..kesian kerbau..
Rugi RM16...sapalah yang cadang tgk citer ni?? huhuhu
kan betul dah kena kutuk dgn inche' suami..huhu
sblm bg anak2 tonton ...
Sang suami:" ...anak2 tak yah tengoklah..."
saya terfikir...kalu nak kasi anak tonton kena banyak 'explain' baik dan buruk......memang jenuh...tapi hakikatnya itulah tgjwb kita...
Deqcu: "heh" pelahan & pendek bunyinya dan senyum sedikit je...