HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             
Showing posts with label ramadhan 2012. Show all posts
Showing posts with label ramadhan 2012. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

bukan keluarga iskandar.






Nakk jugak sipi-sipi tajuk derama.
Sebabnya tak tau nak letak tajuk apa.
Jadi kita tumpang glemer tajuk derama boleh?


Nak cerita pasal semalam.
Semalam adalah 3 ramadhan.
Risya masih tak berjaya menahan lapar.
Balik sekolah tengahari lembekk semacam.
Bibir kering muka toyee.
Kasikla dia makan nasik goreng lebihan sahur.
Terus segar bugar.
Cakap kat dia balik sekolah agama tak boleh makan dah.
Kena belajar menahan diri dari lapar dan dahaga.
Cuba bayangkan orang miskin.
Tapi anakku yang sorang ni bangsa mudah naik lemakk walaupon badan takda lemak.
Tengok mama macam baik hati pulak balik sekolah agama melenting-lenting mintak makan lagi.
Mintak maapla anakku.
Boleh makan hanya bila sampai waktu berbuka yang sebenar.

---------------------------------------------------------

Anakku yang lagi sorang semalam pegi berdating dengan papanya.
Pegi teman papa gunting rambut.
Bila balik tanjat boboi mama.
Bukan setakat rambut papa yang gondol rupanya dengan zikry sekali hampir digondolkan.
Haih papa ni. Dah berapa banyak kali cakap tak hensem buat rambut gitu.
Papa nak jadik tak hensem takpelah.
Tapi kenapa buat anak bujang saya tak hensem sama -___-.


Tidakkkkkk !!! Harap raya nanti dah panjang balik.


----------------------------------------------------------

Cerita pasal saya pulaklah.
Semalam 3 ramadhan adalah first day memasak untuk berbuka.
Semalam-semalamnya dah berbuka kat rumah MIL dengan berbuka kat luar.
Memasak adalah penat bila sampai bab nak kemas balik dapor.
Tapi tabahkan jua hati sebab itu dah keje hakiki surirumah.


Semalam saya memasak nasik tomato.
Menu ulang tayang puasa tahun lepas punya.
Cuma kali ni nasik jadik kaler merah.
Tahun lepas kaler putih sebab tomato tak cukup masak ranum.
Yolah sebab saya tak pakai tomato puree dalam tin tu.
Nak lebih sihat kononnya jadik guna tomato sebenar.
Tahun ni lawankan dengan kari ayam.
Bukan pandai sangat masak kari.
Tapi bolehla untuk makan sendiri-sendiri hihi.


Sebab nak amik gambo nasik tu kena buat bentuk mangkuk kahhh mengadooo.



Lepas tu tetiba mendapat seruan kerajinan.
Jadi saya buat kuih keria.
Terkagum dengan diri sendiri hahah.
Yang sebenarnya keledek dah rebus 2-3 hari lepas.
Tapi sebab semangat nak menggetel kuih tetiba hilang haritu.
Lepas rebus terus simpan ia dalam esbok.
Sebelum ia mereput dalam esbok cecepat jadikan ia makanan yang boleh dimakan hihi.
Alhamdulillah sedap.
Sendiri katala.



PROMO GREEN FIT PERCUMA : KLIK HERE.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal