Assalamualaikum..
Pagi ni bukak blog aku rasa macam nak nangis.
Pagi ni bukak blog aku rasa macam nak nangis.
Jari dah ketar-ketar macam orang kena parkinson dah.
Jantung degup-degup laju.
Badan dah seram [?] sejuk.
Aku dah syak dah. Ni musti kerja DIA nih. Aku dah ada pengalaman dulu dah. Macam malu baca entri tok kaduk bajet cam best.
Nah tengoklah kat >>SINI kalau nak tau siapa yang disyaki tersebut.
Dah tengok? Pang muka aku sekalik. Hahaha.
Blogging memang manis ah. Macam makan madu. Bukan kena madu. Hahahaha. Hep! Sensitif.
Okeh. Okeh. Straight to the story today. Eh yesterday. Yaani yang manis jugak. Iaitu berdating. Dating itu manis? Ya. Terutamanya kalau engkau ada ikatan yang sah dengan pasangan.
Dating dengan husband takda maknanya pergi berdua-duaan. Anak kenalah bawak.
Mula-mula pergi makan.
Pilihan encik terhebat Secret Recipe. Nak percaya atau tak memang kena percaya inilah first time aku makan dekat sini. Kek penah ah beli tapi tapau bawak balik je.
Kenapa aku tak penah makan sini? Pasal harga makanan dia menyeramkan aku. Sesekali okeh ah kan. Syukur alhamdulillah atas rezekiNya. Serius aku rasa cam orang kaya kalau makan kat sini. Tak kaya bebetul dapat feeling kaya pon okeh apa. Sian aku nih kan makan kat Secret Recipe pon dah rasa cam kaya padahal takda jual roti jem kaya pon kat sini.
Jomlah tengok roti kaya sekarang.
mee dalam kuah tom yang pelangkung pilihan encik terhebat.
isk nampak tak udang tu? aku kalau seafood memang ah tak boleh tahan.
eh. ini bukan makanan aku.
ha! ini baru aku punya.
aussie beef steak award winning nih tahu.
tengok macam kecik macam tak cukup je untuk perut aku.
nasib ah tak tamak.
tak habis pon aku makan sayur dia.
hahaha. suruh anak makan sayur aku sendiri tak berapa nak makan sayur.
aku memang ketam yang suka makan ketam.
pecan butterscotch pilihan anak dara aku.
siap ugut lagi kalau tak sedap papa marah.
padahal aku nak chocolate indulgence.
nasib ah tak tamak haloba.
kenyang betul walaupon kek ni kongsi empat orang.
sedap kek ni. nasib pilihan dia betul. kalau tak aku marah.
aik. tadi kata papa marah. hahah.
eh. ada lagi. nafsu membuak betul tengok kek banyak sangat.
ambik brownies carrot slice. brownies tu kek jugak bagi aku.
tak boleh tahan punya pasal.
Tu je? Ada lagi tapi tak ambik gambar. Malas ah nak ambik semua tak sabar nak melantak. Ala mushroom soup je dengan air je pon.
Lepas makan tengok wayang. Tak sah pegi dating kalau tak tengok wayang.
Pilihan filem untuk ditonton adalah cerita seram iaitu Karak.
Siap-siap bentang tilam tutup lampu lepas tu berpelukan sebab nak tengok cerita seram kan. Kena ah peluk-peluk. Hep! Jangan pikir bebukan. Anak dara aku peluk papa dia. Takut nak tengok hantu katakan. Aku peluk si bujang. Nak ngempeng ah tu dia apa lagi.
Eh. Eh. Kejap. Tadi kata tengok wayang. Ha lah. Wayang kan di rumah anda sekarang. Astro First ah! Astro sila kurangkan bayaran bil aku bulan nih ya.
Review aku pasal Karak:
Cerita dia okeh. Ada intipati bukan nak tunjuk hantu seram semata. Hantu dia seram jugak bagi aku. Toilet dia juga berjaya buat aku seram.
Shahir berlakon okeh. Tak kayu pon. Kilafairy pon okeh. Semua okeh.
Pertengahan cerita aku dah boleh agak apa berlaku. Tekaan aku betul. Encik terhebat salah. Hahaha. Aku menang. Tahpapetah tu pon nak lumba.
Tapi ending dia macam misteri. Di mana Zura? Dia ada kat situ ke takda sebenarnya? Aku konpius dah. Yusry tolong jawab boleh?
Aku bagi 3.5/5. Rating ikut suka aku. Tengoklah raya nanti tak rugi punya.
nota-noti:
Semalam dengan harini aku sibuk sikit jadi tak sempat nak BW semua yang dah jengah ke mari. Esok lusa aku sampai insya-allah.

















