HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Tuesday, September 27, 2011

Ustazah Pilihan Di Astro Oasis : Kawan Aku Tercalon!



Assalamualaikum..




Apa komen korang tentang rancangan realiti Ustazah Pilihan yang bakal bersiaran di Astro Oasis 1 Oktober (kalau tak silap akulah) nanti? Belum pun ke udara tapi dah banyak cakap-cakap yang timbul. Secara peribadi, aku lebih suka melihat dari sudut positif. Iyalah kalau selama ni rancangan berbentuk hiburan yang mengkhayalkan dan bersifat duniawi dah banyak sangat. Jadi apa salahnya kalau kita menarik remaja dan juga remaja senja ke arah kebaikan melalui rancangan macam ni. Sekurang-kurangnya kita ada ikon yang berkualiti untuk dipaparkan ke khalayak. 


Hari Sabtu lepas balik dari program Sport Cum Family Day tu aku lepak-lepak depan tv tengok siaran ulangan ujibakat Ustazah Pilihan. Terkejut aku bila tengok suami kawan aku sedang ditemuramah kerana kawan aku Masfira masuk ujibakat dekat Johor. Sebelum tu ada sedutan Mas sedang diujibakat tapi aku tak perasan tu dia. Bila muka suami dia muncul baru aku perasan. Terus aku SMS Mas. Tapi yang reply suami dia. Katanya Mas dah pun terpilih jadi calon dan dah berangkat ke Kuala Lumpur.


Part yang tak berapa nak best, Mas terpaksa tinggalkan suami dan anak-anaknya selama 3 bulan. Handphone pon tak boleh bawak. Mas juga terpaksa berhenti kerja sebagai pensyarah masrah (macam Maahad) sebab tak boleh cuti tanpa gaji. Tapi, suami Mas redha dan bagi sokongan padu pada Mas. Jadi oklah kan. Lagipon bila rancangan ni berakhir, para ustazah ni akan terikat kontak dengan Astro. Aku terbayang anak-anaknya yang masih kecik tu. Sekarang ni mereka diletakkan di bawah jagaan ibu Mas di kampung. Nak berjaya kenalah ada pengorbanan kan. Bukan semua benda yang kita nak kita boleh dapat.


Aku sebenarnya bukan kawan rapat Mas. Kami berkenalan secara kebetulan saja sebab dia salah seorang pelanggan dan juga agen jualan bawah grup aku. Apa-apa pon aku gembira sangat sebab Mas terpilih dan doakan dia berjaya jadi juara. Aku baru ingat nak undi-undi tapi rupanya takda sistem undian. Penilaian sepenuhnya oleh juri. Yalah. Kang kalau main undi-undi orang tengok rupa je lebih kan. Mas ni pon cantik manis orangnya. Kalau dah mekap kang (masuk tv of courselah kena bermekap) mesti tambah cantik. 



nota-noti:
Harini aku lambat sikit jengah korang. Ada hal.


48 comments

September 27, 2011 at 8:41 AM

tu la kan bila sentuh bab2 camni nak kena tinggal anak n suami kalau ratu rasanya tak terbuat kot....pape pun kite doakan yg terbaik utk mas...

September 27, 2011 at 8:46 AM

ustazahnya semua comel2~hihi~

September 27, 2011 at 8:55 AM

nanti ramai laaa ustazah muda yang berilmu n berbakat..... asyik tengok iman muda jer.....jom pakat tengok ustazah plok...

September 27, 2011 at 8:58 AM

Kena tinggal suami n anak ?? tu yang saya tak sanggup ...

September 27, 2011 at 8:59 AM

tak boleh tengok sebab nanti rasa nak berpoligami.

September 27, 2011 at 9:00 AM

alhamdulillah,,program cmni bgus sgt2..:)

September 27, 2011 at 9:02 AM

gigih betul kwn awk tu sampai sanggup tinggal suami dan anak2 ek...

semoga apa yg dikejar kesampaian...

September 27, 2011 at 9:02 AM

Bagus program ni, lebih baik dari program nyanyi nyanyi tu...

September 27, 2011 at 9:09 AM

Tak sempat lagik laa nak tgk rancangan ustazah pilihan ini.. cuma hari jumaat tuh terlayan plak satu lagi rcgan realiti kat TV Alhijrah.. lebih kurang cam UP gak.. tapi namanya Solehah.. :))

September 27, 2011 at 9:18 AM

good luck utk kawan akak tu...rezeki milik Allah kan?

September 27, 2011 at 9:27 AM

tahniah buat kwn awk

September 27, 2011 at 9:30 AM

ustazah2 tu sore sedap2...kagum aku..terasa kerdil plak diri ni sebab sore x semerdu tu..uhukss..

September 27, 2011 at 9:35 AM

rina kalau cik ina masuk ko rasa boleh jadi ustazah pilihan tak?. oh tidaklah rina berkorban tuk tinggalkan anak ngan suami cik ina tak bolehlah. biarlah begini. cam lirik lagu plak.

September 27, 2011 at 9:44 AM

best of luck utk kawan rina

September 27, 2011 at 9:48 AM

wah tahniah tahniah kt kwn tu..
gud luck kt dia!

September 27, 2011 at 9:54 AM

Rumah tak de astro.hehe

kesianla anak2 dia mcm tu kak. 3bln tu bknnya skejap. Huhu

September 27, 2011 at 10:12 AM

ustazah..mesti manis

September 27, 2011 at 10:26 AM

bagus gak rancangan camni,,,kalo sblm ni da ada IM....untuk wanita pun patut ada la..baru fair n square kan):)

September 27, 2011 at 11:00 AM

ari tu ada tgk yg ulangan...ok gak cite ni...ada ngaji-ngaji...

September 27, 2011 at 11:16 AM

Sy sgt2 berharap Ustazah Pilihan sama konsepnya dgn Imam Muda. Tak terlalu menonjol, sederhana, penuh ilmiah dan padat dgn pengetahuan.

Sy tolak ustazah yg bermekap tebal kerana ianya tidak lebih dr hanya utk menunjuk2...

Subhanallah!

September 27, 2011 at 11:54 AM

besar juga pengorbanannya untuk masuk rancangan tu yer.. harap2 kawan rina itu berjaya hendaknya..

September 27, 2011 at 11:58 AM

wah.semoga kawan cik betty berjaya :)

September 27, 2011 at 12:10 PM

semoga berjaya menjadi Ustazah Pilihan.. ;)

September 27, 2011 at 12:10 PM

memang bersungguh kwn Rina ni kalau tak, takkan sanggup berpisah ngan family..tp tak pe..sbb suaminya sendiri yang sokong dan rela..

September 27, 2011 at 12:33 PM

Ramai2 kita tengok UP ya nanti, kalau selama ni org sanggup habis duit nak undi utk rancangan hiburan takde salahnya tengok rancangan berbentuk keagamaan camni bukan kena keluar duit pun betul tak? harap2 UP ni jgn terlalu menonjolkan kecantikan peserta plak nanti timbul fitnah susah gak utk yg dah berkeluarga tu.

September 27, 2011 at 3:12 PM

sy x sompek nak tenok rancangan nie kak..

busy memanjang, balik umah je tido, huhuhu

salam kenal ya? :)

September 27, 2011 at 3:44 PM

pengorbanan tinggalkan suami,anak dan kerjaya cukup besar.semoga Masfira berjaya..yg penting suaminya rela..:)

September 27, 2011 at 4:14 PM

sy menganggap rancangan ini rancangan ilmuwan..so, sy support rancangan ini

Anonymous
September 27, 2011 at 6:00 PM

hp pun tak boleh bawak. macam mana la 3 bulan tue.

September 27, 2011 at 6:04 PM

bagus ! tak pakai sistem undi2 kalau tak , memang banyak pilih muka sajalah . tak best ..

September 27, 2011 at 7:13 PM

aku rasa nak cari calon isteri lagi la... hoho...

September 27, 2011 at 9:39 PM

kuat sungguh hati kawan rina tu...semoga semuanya berjalan dengan lancar dan baik =)

izan tgk kat paper2 calon2 dia pun cantik2,sejuk mata memandang..latar belakang pendidikan pun masing2 semua hebat2...

September 28, 2011 at 10:03 AM

salam rina.. tak jumpa buku tu yer.. publisher ada maklumkan yg buku cetakan pertama memang dah habis.. sedang menunggu cetakan kedua.. terima kasih yer..

September 28, 2011 at 10:13 AM

ai kak..yana la makcik berbaju pink tu...gemukss kan yana? haha

September 28, 2011 at 10:18 AM

program yang sgt bagus

September 28, 2011 at 10:50 AM

tul la..asik siarkan rancangan lagha je...bagi laluan pula pada rancangan mcm ni... ;)

tahniah la tuk kawan akak... :)

September 28, 2011 at 11:15 AM

assalamualaikum..dtg ziarah di hari rabu :-)

September 28, 2011 at 1:10 PM

wah tahniah kepada kawan kak rina tu.. ya, nak berjaya kena ada pengrbanan.. aku suka pandangan kak rina pasal rancangan rialiti mcm ni..orng selalu lihat drpda sudut yg negatif..

September 28, 2011 at 3:37 PM

sampai tiga bulan tinggal suami dan anak

tapi suami bagi dorongan..semangat untuk isterinya

September 28, 2011 at 4:18 PM

sjuk mata aku bila tengok ustazah ni..

September 28, 2011 at 5:13 PM

Assalam rina, pekhabar? semoga kwn rina berjaya. tq atas doa dan ingatan yer:)

September 28, 2011 at 5:14 PM

good luck untuk kawan cik betty...nak berjaya kena la korbankan kebahagian untuk sementara ye

September 28, 2011 at 7:21 PM

good luck utk kawan kak.itulah kak,pengorbanan 2 perlu.cuma biarlah ia berbaloi.

September 29, 2011 at 12:19 AM

"tahniah..semoga kawan kamu tu berjaya..betul tu,kalau nak berjaya kenalah berkorban...."

September 29, 2011 at 12:42 AM

rasenya rine pasan kawan rina tu masa tgk ujibakat ustazah pilihan

September 29, 2011 at 1:43 AM

pengorbanan untuk lebih berjaya..
semoga kawan akak akan menjadi ustazah pilihan yang dicari..:)

September 30, 2011 at 11:48 AM

saya rasa tak sabar sangat nak tengok ustazah pilihan since sy terpikat tgk imam muda tu! :)

October 3, 2011 at 11:55 PM

kena tinggalkan family 3 bulan?
oh tak sangguppp..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal