HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             
Showing posts with label jalan-jalan makan-makan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan makan-makan. Show all posts

Thursday, May 2, 2013

Restoran qaseh bonda, tebing runtuh






Hai..lama giler tak nulis sini. Assalamualaikum..rumah lama tak masuk kena bagi salam kasik jin-jin malas semua keluar heheh.


Cuti 1 mei semalam bawak anak-anak pegi legoland. Lamer dah tak gi legoland. Buat annual card iyo iyo nak pegi selalu tapi masa takde plus aku yang boring. Gi uss la baru besttt hikhik. Kesian derang. Selalu hari-hari biasa mama dengan papa dia bizi manjang. Risya salu ngomel mama ni asyik bungkus barang hantar barang. Huhu..nak buat cemana anakku. Nak carik sesuap nasik.


Papa pulak memang kenalah ganti balik masa. Sebabnya haritu di pi holiday kat bangkok kemaenn tak bawak aku dengan anak-anak sebab bukan cuti sekolah. Iskk..jeles makk tau. Sampai merajuk-rajuk sendirik heheh.


Lepas siap kemas rumah basuh kain semua tengahari baru gerak dari rumah. Belum makan lagi perut lapo jadik harus pi makan dulu. Papa ajak gi restoran qaseh bonda kat kampung tebing runtuh. Lagipon restoran ni dah dekat beno dengan legoland. Pemes restoran ni tapi aku tak penah pegi lagi.


Nak ke kampung tebing runtuh tu mencabar sikit. Sekarang ok dah ada jalan tar. Papa cakap masa dia pegi dulu jalan tanah merah berbatu-batu. Pikir-pikir sapela nak redah semata-mata nak makan kat restoran tu kan. Mestila sedap gamaknya tu.


Sampai dah. Restoran ni terletak dia atas air. Bolehla feeling-feeling makan atas bot. Dari segi hiasan dalaman biasa-biasa aje. Takde yang menarik. Tapi rupa paras kedai bukanlah ukuran. Janji bersih sudah. Untuk anda yang nak carik restoran ni trademark dia carik kem tentera darat. Sebelum kem tu belok kiri. Jalan terus menuruni bukit. Jangan laju-laju kang terbabas terus masuk laut. Dibuka dari pagi kul 8 sampai 5 petang je. Malam takde. Unikla sikit restoran seafood bukak siang. Salu malam je kan. Ahad tak digalakkan datang sebab tutup. Nak datang jugak minum air laut jelah ye.


Sambil nunggu makanan terhidang kita boleh menikmati panorama yang mendamaikan.


Tak perlu tunggu lama sampai berjanggut dan tertido atas meja makanan dah sampai. Bagusss. Ini yang guwa suka ni. Pantas. Itula famili guwa. Pantang ada masa terlapang masing-masing dengan gadget termasuk guwa lah. Masa tak lapang pon sibuk dengan gadget gaks.


Lauk yang diorder ialah asam pedas ikan merah (kesian dia ditutup oleh tangan besar). Sudahla ikan itu sekeping ajer terus tak nampak dia. Selain ikan merah sini ada ikan sembilang (paling pemes kot tapi masa datang sudah habis sahla pemes ikan sembilang berbanding ikan lain), ikan unga jangan silap bukan ungka tau unga atau nama lain dia jenahak/jenak bukan benak dan ikan kembong. Selain itu telah order juga kupang sambal, sotong goreng tepung, sup sayur (risya suka makan nasik dengan kuah je lauk dia takmo) dan telur dadar makanan wajib bagi lelaki dalam keluarga ini. Semua lauk order mangkuk kecik saja taraf-taraf sorang makan. Nak ikut sunah nabi berhenti makan sebelum kenyang (padahal takut mahal hihihi). Lepas tu nyesal. Tak cukup wakaka. Tambah order sotong tepung aje buat kunyah-kunyah pasal nasik dah habih licin. Makanan memang tip-top. Sedap dan kena dengan selera. Plus murah pulak tu. Total RM36 sahaja ! Konpem memang akan datang lagi sini.

SEDAP! PANTAS ! MURAH !

Kat sini ada jual jemput-jemput jugak tau. Kelas jemput-jemput jual kat restoran. Salu warung tepi jalan je.


Dah makan pegi legoland dengan gembiranya. Anak-anak gembira aku tersangap je. Takpelah yang penting anak-anak happy.


Untuk anda yang bercadang nak jalan ke legoland atau hello kitty leh singgah lunch kat restoran qaseh bonda di alamat surat-menyurat:

RESTORAN QASEH BONDA
Lot 581, Kg Tebing Runtuh,
81550 Gelang Patah,
Johor.
Tak jumpa tempat sila hubungi : 0127148227


Ekceli aku dah lambat ni. Banyak keje sedang tunggu. Bye..see u again ntah biler.


Wednesday, June 13, 2012

apa yang saya suka kat Terengganu.






Dah kata dahhhh.
Konpemla akan update sampai berentry-entry kalau pegi bercuti padahal bukan pegi bercuti sangat pon.
Jangan korang muntah ijau dahla ya kiki.
Apa nak buek. Semua ni kenangan manis untuk aku.
Kalau tak tulis kat sini aku nak tulis kat ner lagi. 
Kalau peram semua dalam kepala konpem berkaratt memandangkan umur pon tahap dah nak karat kan.
Gambar-gambar sume apatah lagi memang tak penah ada hard copynya.
Aku tak expect pon orang baca, yang pasti akan ada sorang yang baca iaitu aku sendiri kikiki.
Bolehla pasni tukar trademark blog cik betty suka syok sendiri kikiki.


Lepas gi warung pok nong kitaorang (sekali dengan famili sharul), pegi melawat masjid kristal.
Aku pikir masjid ni semenya kristal oh rupanya hujung kubah je kristal yang lain tempered glass yang dibentuk supaya nampak ala-ala kristal gitu.


Kalau aku tak tersalah baca info kat papan kenyataan dalam masjid, masjid ini asalnya dirancang nak dibuat dengan emas. Perghh. Kalau emas konpem masjid ni akan berlubang sedikit demi sedikit tapi memandangkan kat negara lain dah ada masjid yang dibuat dari emas contohnya kat depok dan brunei yang lain korang google la sendiri sebab aku pon google maka diaorang putuskan buat dengan kristal supaya unik.


The next day, kami nak balik JB dah. 
Sebelum tu singgah breakfast dulu kat warung dekat-dekat villa sri mayang. 
Of couse tak nak lepaskan peluang makan nasi dagang walaupon kat JB ada mestilah kalau tak, tak sah la dah pi ganu. 

Sedap tapi karinya manis sikit. Memang orang ganu suka manis-manis eh? Ker dia nak letak garam tapi terletak gula.



Dah kenyang, kami pegi river cruise. Naik cruise best pasal aku salu feeling percutian atas kapal kikiki. Nak cruise sebenarnya dekat sebelah masjid kristal je (Taman Tamadun Islam). Tapi semalamnya tu tak sempat naik pasal tutup kul 6 petang lainla kat Melaka malam pon boleh naik. Naik cruise RM15 sorang. Budak kecik RM10 tapi 4-6 tahun RM5. Ada taman monumen jugak kat situ tapi kami tak pegi sebab dah lambat nak balik JB.


Sepanjang mengcruise banyak pemandangan menarik. Salah satunya masjid kristal ni la. Lain-lain boleh tengok kampung nelayan, resort cantik, pulau-pulau salah satunya bernama pulau hajah siah sebab keluarga beliau saja yang duduk situ cam kagum jer aku bila mendengarnya, ada tempat orang buat kapal juta-juta bestnya kalau aku kaya boleh tempah kapal satu.


Lepas tu kitaorang pon gerakla balik JB, singgah jap kampung losong beli kerepok lekor.
Memula nak beli kerepok lekor kat seberang takir papa kata kat situ sedap lagi tapi dah habis. 
Aku tak kisah sangat pasal kerepok sebab bukan penggemar yang tegar lainla kalau nak carik sotong dan udang gemok konpem akan melompat kegirangan.


Apa yang aku perasan, rata-rata signboard kat ganu ni mesti ada tulisan jawi. Sangat menarik dan patut negeri lain buat juga.


On the way balik singgah lunch dekat pantai apatah tengok jap jer aku dah lupa. Rasanya kelulut kot. Suka tengok pantai yang membiru terbentang luas dan penuh misteri.


Ha cakap pasal misteri teringat lak cerita kak ros peristiwa misteri yang dialaminya masa kitaorang balik JB tu.
Masa kitaorang lalu jalan jemaluang ker mana ntah tapi yang pasti lepas mersing lah memang dah malam dah.
Kak ros kata dia tertido pastu dia terjaga nampak ada tangan besar nak cekik dia.
Aku naik keta lain, folo belakang keta dia. 
Alhamdulillah takda ada apa-apa yang misteri berlaku.
Yang misterinya aku tertido sebab ngantuk sangat kesian papa mamai sengsorang drive hihi.



Monday, June 11, 2012

sotong gemok di warong pok nong, Kuala Terengganu






Masa papa cakap beliau nak bawa kami sekali pegi Terengganu dalam kepala memang dah set dah warong pok nong haruslah kena pegi.
Mana tahan tengok sotong gemok lagi montok bergelimpangan dalam pinggan siap kena gunting sendiri bila nak makan kat blog daddyZZ dulu-dulu.
Sejak tertengok gambar tersebut telah menanam azam yang jitu harus pegi ke sana memandangkan diri ini adalah penggemar seafood tegar tak padan ada resdung.
Tapi redah sajala sebab sejak amalkan propolis resdung macam dah kurang.


Hari kedua, bila papa dah pegi meeting kat UMT aku pula terus berhibernasi dalam bilik nak menggoogle di manakah lokasi sebenar warong pok nong yang begitu glemer ngalahkan retis itu.
Kak ros (wife sharul) ajak keluar pon terpaksa ditolak demi menyelesaikan misi.
Warung pok nong menjadi malatops agaknya sebab penah masuk JJCM kot.
Wah wah kemahen gembira bila dapat info dari blog-blog lain yang warung ini memang letaknya dekat bebenau dengan villa sri mayang yang aku duduk ini (area Mengabang Telipot).
Nak maklumat lebih jitu aku carik koordinat GPS sekali. Tapi cam tak kena sangat koordinat tersebut dengan GPS kitaorang. Tah pesen lama punya kot kitaorang punya. Korang yang nak terai sila terai nombor-nombor ini manalah tahu mengena kan.
Jangan pi terai untuk sport toto sudahla. Eh itu 4 angka je kot.

N 05.42802; E 103.072854
Keranamu kami berjaya menjejak pok nong dengan mudah dan tere sekali. 

Dalam hati risau bukan kepalang juga kalau-kalau papa abis meeting lambat.
Nanti habesla sotong-sotong gemok.
Agaknya dah memang rezeki papa habes meeting kul 2 lebih.
Papa tapaukan makanan lunch siap tak nak makan sebab takut nanti perut tak muat nak isi sotong gemok.


Kul 3.30 kami pon dah terpacak depan warung pok nong. 
Pok nong baru je start nak goreng-goreng.
Adala juga pelanggan lain yang dah tunggu.
*emmm benti jap nulis pi ratah derian kat daporr huu.


Erkkk. Burrppp alhamdulilah. Selamat dah 4 ketul derian masuk lam perut.
Kat mana eh tadi?
Oh kat warong pok nong.


Kat sini takda pelayang (konon nak munyik slang ganu citit) nak hambekkan ko sotong gemok. Silala rebut sendiri nanti ya ala macam sukaneka rebut gula-gula tu. Oh ya kenapa pula sotong yang macam asyik disebut ya sebenarnya ada udang rangup dan ikan juga. Semuanya digoreng celup tepong. Kalau kat jb biasa nampak orang jual pisang goreng je kat warong. Keciwa masa angkat tudung saji ijau tu sotong lum ada.


Jenuh tau nak nunggukan sotong ni. Pok nong letak jer terus habes. Papa yang nampak macam badang hebat lagi berkuasa tu pon tak sempat nak hambek pada mulanya. Ini yang dah second round baru dapat. Tu pon badan sotong jer 2 ketol. Wuwu. Tak cukup ni. Perut yang tamak mula berkata-kata. Jadi tunggu lagi kemahen lama untuk menambah bilangan sotong dalam pinggan.


Akhirnya dapatla 3 ketol badan sotong bersama 4 biji kepala. Harganya RM19. Aku rasa-rasa kepala tu satu singgit kot. Badan RM5 seketol. Udang pon kitaorang amik gak tapi lamaaaaa sangat nak tunggu. Pok nong asyik goreng ikan. Ikan kitaorang tak amekla malasss. Tapi kan sebenarnya sotong tu makan seketol je dah cukup tau sebab perut senak sangat. Agaknya sotong tu mengembang tak dalam perut kikiki? Muak pon iya jugaa. Lastly udang kitaorang bungkus jer sebab dah tak larat nak makan lagipon udang tu buat mulut aku gatal. Udang murah sikit 7 ekor RM4 kot kalau tak silap.


.
Dah puas menyotong pegi jenjalan kat pantai pula. Ada pantai depan warong pok nong. Ni gambar dengan kak ros wife sharul dan hero hemsemnya ariff. Aku yang baju belang-belang tu konon nak nampak gemokla beli baju corak gitu.

Mekasih papa sebab bawak mama gi Terengganu. Lenkali bawakla lagi ya ;P. *lenkali tu tah bila la agaknya yeeee



Friday, June 8, 2012

From JB to Gong Badak, Villa Sri Mayang






Kalau bukan sebab papa ada keje dekat Terengganu, mungkin sampai bebila pon aku tak merasa menjejak kaki kat Terengganu.
Ehhh. Aku penahla gi Pulau Kapas dulu.
Tapi dah berkurun lama dah.


Kami bertolak hari Ahad (3 jun 2012) <--- wajib catat ni untuk kenangan masa tua kelak. Harus dicatat sebagai tarikh hari ini dalam sejarah. 
Cadangnya nak tolak 6.30 pagi tapi lajak sampai 8.30.
Standard arr. Janji melayu.
Breakfast dulu kat restoran zai, jumpa opismate papa dekat sana sebab kami nak pegi secara konvoi. Opismate papa, sharul bawak isteri dan anak dia jugek.
Opismate papa yang lain pon pegi gak tapi derang tak bertolak ngan kitaorang jadi derang takdalah dalam ini cerita hokeyy.


Kitaorang pilih jalan dalam menyusur pantai mersing - rompin - pekan - kuantan.
Best ikut jalan ni sebab boleh tengok pemandangan.
Asal nampak laut je cam jakun seketika dan sibuk tunjuk pada bebudak tu nampak tak laut lautt.


peta gugel ni entah sape punya mintak halal yaa


Aku nampak banyak benda menarik tapi tak sempat pulop nak capture.
Kang asyik berenti kang minggu depan pulak baru sampai terengganu.


Masa sampai kuantan singgah jap makan tengahari.
Keciwa hatiku kerna restoran yang kami singgah tu takdak ikan patin masak lemak tempoyak.
Tapi takpelah. Takda rezeki la tu namanya T__T.
Lepas dah makan-makan kitaorang gerakla semula.
Boleh plak tak jauh dari situ aku nampak restoran dengan besar-besar papan tanda ikan patin lemak tempoyak. Meleleh jela air lior tengok papan tanda.


Tak lama lepas tu sampaila kitaorang kat terengganu.
Tapiii nak menuju ke Gong Badak tu boleh tahan kembang dan kebas punggung dibuatnya.
Akhirnya, dah dekat maghrib barula sampai ke destinasi yang dituju iaitu Villa Sri Mayang.
Kitaorang duk sini sebab UTM suruh duduk sini. Lagipon dekat dengan UMT, tempat papa nak meeting besoknya.


Kedatangan kami disambut mesra oleh kawanan lembu.


Pagi lepas breakfast laksam kat depan villa.

Villa ni okla murah. Sesuai untuk golongan yang nak pegi bercuti dengan bajet ciput.
Bilik yang kitaorang dapat harga RM95 satu malam.
Biliknya kecik sikit macam sendat je bila dah isi 4 orang manusia kat dalam.
Bilik aku ada aircond, ada tv, ada bilik air sendiri, ada nyamuk sekor.
Pakej sekali dengan water heater rosak dengan bilik sapu sendiri (kehkeh konon tak suka kotor-kotor cehceh macam pembersih sangat je kau kan).
Tapi yang best ada Wi-fi weeewee.
Sarapan tak disediakan jadi sila terjah ke warung-warung berdekatan untuk mentekedarah.
Kalau nasib tak baik dapat bilik yang bilik air kat luar. 
Aku tengok kat brosur dia ada bilik yang besar tapi mahal la sikit.


Nak tempah kalau, pegila cek website derang : www.villasrimayang.com.my


Nanti-nanti aku nak sambung lagi citer gi terengganu ni tau. Untuk kenangan masa tua gak lahhh hihi. Ni baru terengganu ni kalau pi cuti obersea tah sampai taun depan dok update citer tu je kan ngehngeh.


Wednesday, August 24, 2011

Membawa Hati Ke The Curve



Assalamualaikum..

Meh nak sambung citer semalam.

Oh. Ya. Sebab ini cerita 1001 malam maka dia panjang sikitlah. Haha. Nasib ah kalau korang letih nak baca puasa-puasa nih. Aku nak taip jugak. Tak kira.

Mari mulakan. 1,2,3.


Setelah berduka dan kesal sebab tak dapat borong sakan kat IKEA tu kan (belanja tak sampai RM50 pon kat IKEA huhu dah ah datang jauh-jauh kan) kitaorang pon pegilah solat dulu kat surau IKEA tu. Selesa tempat solatnya.


Lepas tu niat di hati nak terpa meatball dengan Daim kek IKEA tu tapi sadis sungguh sebab tak dapat tapau. IKEA tak amalkan penggunaan beg plastik. Terus mood aku lari jauh-jauh. Memang tak plan nak buka puasa kat IKEA tu pasal aku lapar nasik. Encik Terhebat aku ajak buka kat Waroeng Penyet.


Waroeng Penyet @The Curve, Mutiara Damansara

Sebelum pegi IKEA kitaorang dah cuba booking dulu kat restoran nih tapi dah penuh. Diaorang suruh datang lepas pukul 8 malam. 

Ok. Fine.

Jadi sementara tunggu restoran tu clear kami jalan-jalan dulu. Beli baju anak-anak duatiga helai. Sambil aku menyedap-nyedapkan hati sendiri (yang masih bersisa kesal sebab tak dapat beli barang yang aku nak tu).

Bawak anak-anak main. Terhibur sikit hati aku.





Dah agak-agak 8 lebih kami pon pegila nak berbuka kat Waroeng Penyet tu. Tapi masih penuh. Huhu. Sedap sangat ke sampai orang makan tak reti-reti nak balik?


Akhirnya setelah muncung itik aku panjang sejengkal dapat jugaklah tempat duduk. Nasib ah servis masak dia cepat.


Sebab dah lapar sangat jadi macam terlebih-lebih pulak lauk yang kami order.



Ikan bawal bakar. Encik Terhebat aku punya lauk. Rasanya manis pasal diaorang letak kicap manis kut.



Udang Penyet aku punya. Biasa jer bagi aku rasanya.


Dah tu jer gambar lauk.

Aik? Kata banyak lauk mana lagi gambar lauk?

Malas nak ambek gambar pasal aku dah penat sangat. Risya pon dah tertido kat kerusi tak sempat makan.


Selain lauk tersebut kami order ayam penyet juga. Serius. Ini sebab nafsu. Macam sedap tengok ayam orang meja sebelah. Tapi. Biasa juga rasanya bagi aku.


Aku order rawon jugak. Macam sup tapi kaler hitam. Sebab makan nasik kering jer tak best la pulak. 


Rawon tu tak sedap. Haha. Sesedap rasa jer nak kata tak sedap. Apa taknya. Aku tanya maid indon adik aku dia makan rawon tak. Dia bilang "eii..buk. rawon gak sedap buk. kuahnya item." Sambil jelir-jelir lidah dia. Hah. Betul la tak sedap. Dah anak jati indonesia sendiri pon kata tak sedap kan. 


Aku minum air soda gembira untuk gembirakan hati (sebenarnya sirap bandung entah napa diaorang bagi nama soda gembira). ET aku order air timun. Tak sedap. Hehe.


Dah tamatlah kisahnya.

Aku pon dah penat nak tulis lagi.



nota-noti:
Bizi kemain harini. Aku pegi rumah korang lewat sikit lah ya.

Friday, July 1, 2011

Seram sejuk, Dating, Seram sejuk

Assalamualaikum..


Pagi ni bukak blog aku rasa macam nak nangis.

Jari dah ketar-ketar macam orang kena parkinson dah.

Jantung degup-degup laju.

Badan dah seram [?] sejuk.

Aku dah syak dah. Ni musti kerja DIA nih. Aku dah ada pengalaman dulu dah. Macam malu baca entri tok kaduk bajet cam best. 

Nah tengoklah kat >>SINI kalau nak tau siapa yang disyaki tersebut.

Dah tengok? Pang muka aku sekalik. Hahaha.

Blogging memang manis ah. Macam makan madu. Bukan kena madu. Hahahaha. Hep! Sensitif.

Okeh. Okeh. Straight to the story today. Eh yesterday. Yaani yang manis jugak. Iaitu berdating. Dating itu manis? Ya. Terutamanya kalau engkau ada ikatan yang sah dengan pasangan.

Dating dengan husband takda maknanya pergi berdua-duaan. Anak kenalah bawak.

Mula-mula pergi makan. 

Pilihan encik terhebat Secret Recipe. Nak percaya atau tak memang kena percaya inilah first time aku makan dekat sini. Kek penah ah beli tapi tapau bawak balik je.

Kenapa aku tak penah makan sini? Pasal harga makanan dia menyeramkan aku. Sesekali okeh ah kan. Syukur alhamdulillah atas rezekiNya. Serius aku rasa cam orang kaya kalau makan kat sini. Tak kaya bebetul dapat feeling kaya pon okeh apa. Sian aku nih kan makan kat Secret Recipe pon dah rasa cam kaya padahal takda jual roti jem kaya pon kat sini.

Jomlah tengok roti kaya sekarang.




mee dalam kuah tom yang pelangkung pilihan encik terhebat. 
isk nampak tak udang tu? aku kalau seafood memang ah tak boleh tahan. 
eh. ini bukan makanan aku.



ha! ini baru aku punya.
aussie beef steak award winning nih tahu.
tengok macam kecik macam tak cukup je untuk perut aku.
nasib ah tak tamak.
tak habis pon aku makan sayur dia.
hahaha. suruh anak makan sayur aku sendiri tak berapa nak makan sayur.
aku memang ketam yang suka makan ketam.



pecan butterscotch pilihan anak dara aku.
siap ugut lagi kalau tak sedap papa marah.
padahal aku nak chocolate indulgence.
nasib ah tak tamak haloba.
kenyang betul walaupon kek ni kongsi empat orang.
sedap kek ni. nasib pilihan dia betul. kalau tak aku marah.
 aik. tadi kata papa marah. hahah.



eh. ada lagi. nafsu membuak betul tengok kek banyak sangat.
ambik brownies carrot slice. brownies tu kek jugak bagi aku.
tak boleh tahan punya pasal.


Tu je? Ada lagi tapi tak ambik gambar. Malas ah nak ambik semua tak sabar nak melantak. Ala mushroom soup je dengan air je pon. 


Lepas makan tengok wayang. Tak sah pegi dating kalau tak tengok wayang.

Pilihan filem untuk ditonton adalah cerita seram iaitu Karak.

Siap-siap bentang tilam tutup lampu lepas tu berpelukan sebab nak tengok cerita seram kan. Kena ah peluk-peluk. Hep! Jangan pikir bebukan. Anak dara aku peluk papa dia. Takut nak tengok hantu katakan. Aku peluk si bujang. Nak ngempeng ah tu dia apa lagi.

Eh. Eh. Kejap. Tadi kata tengok wayang. Ha lah. Wayang kan di rumah anda sekarang. Astro First ah! Astro sila kurangkan bayaran bil aku bulan nih ya.

Review aku pasal Karak:

Cerita dia okeh. Ada intipati bukan nak tunjuk hantu seram semata. Hantu dia seram jugak bagi aku. Toilet dia juga berjaya buat aku seram.

Shahir berlakon okeh. Tak kayu pon. Kilafairy pon okeh. Semua okeh.

Pertengahan cerita aku dah boleh agak apa berlaku. Tekaan aku betul. Encik terhebat salah. Hahaha. Aku menang. Tahpapetah tu pon nak lumba.

Tapi ending dia macam misteri. Di mana Zura? Dia ada kat situ ke takda sebenarnya? Aku konpius dah. Yusry tolong jawab boleh?

Aku bagi 3.5/5. Rating ikut suka aku. Tengoklah raya nanti tak rugi punya.



nota-noti:
Semalam dengan harini aku sibuk sikit jadi tak sempat nak BW semua yang dah jengah ke mari. Esok lusa aku sampai insya-allah.








Friday, June 24, 2011

Vivo Forever

Assalamualaikum..

Hari-hari makan nasi adalah bosan. Bosan nasi cari mcd. Bosan mcd cari kfc. Bosan kfc cari mcd. Bosan mcd cari nasi. Huh? 

Mari menikmati pizza sesekali.

Tapi..

Bosan juga. Balik-balik kalau nak pizza pegi pizzahut. Balik-balik pegi pizzahut kalau nak pizza.

Sudahnya kami memilih VIVO pula. Hajat asal mencari domino's pizza. Tapi tiada ketemu di Sutera Mall.

WELCOME TO VIVO!

Teringat pertama kali ke Vivo di Angsana. Krew-krew di sana mengucapkannya kuat-kuat setiap kali pelanggan datang. Terasa dialu-alukan tapi kami ketawa-ketawa kerana merasa perlakuan tersebut adalah lucu.

Namun semalam di Vivo Sutera Mall mereka tak buat maka kami tak dapat ketawa.



bagi aku mushroom soup dia lagi sedap dari pizzahut punya.
ini seafood pizza bukan mushroom soup.

paling tak tahan aku tengok kupang kat atas pizza tu.
kerna aku penggemar seafood yang tegar.
meleleh-leleh saliva dibuatnya.
boleh pilih crust yang nipis atau tebal.
aku pilih crust yang nipis.



dessert double decker chocolate mousse.
memang tak boleh tahan dah.
walaupon dessert tapi tak manis keterlaluan.
maka ianya sedap.



si bujang ini seperti mamanya.
sukakan kek.

Ada harapan kami datang lagi ke sini. Sijil halal JAKIM pon ada maka boleh menikmati tanpa keraguan. Cuma yang kurangnya di sini takda hidangan dalam bentuk set. Hemmm..

Kalian pula suka pizza apa?








Friday, May 20, 2011

Seronok Sangat Lupa Nak Letak Tajuk Tadi..Hahaha

Assalamualaikum..

Hah. Sambung. Sambung.













Dah habis. Kahkahkah.

River Cruise adalah sangat seronok. Silalah naik. Murah juga.

Wednesday, May 11, 2011

Hari Ibu At Senibong

Assalamualaikum..

Selain tengok kerbau Cun sebelah malam, waktu petang dibelanja suami makan di Senibong sempena hari ibu. Restoran ada banyak di sini. Terletak di tepi laut, makan² di waktu petang yang panas ditiup angin sepoi memang enak. Aku rasa itu pasal makanan pon jadi mahal sikit. Nak masuk sini pon kena cas 2 ringgit.

Aku pernah makan seafood kat sini. Biasa² saja rasanya. Harga saja yang tak biasa. Aku makan tom yam kat area rumah aku rasanya lagi sedap, cuma tempat saja yang takda laut.

tengok ada laut. abaikan muka ngantuk aku. dia tak sihat.


mamat jambu baju pink dah terjaga dari tidur yang lena.


Kali ni pegi kami makan nasi lemak berlauk pemes. Suami aku order daging rendang. Aku order sotong sambal.

nah nasi lemak pemes.

Sebab selera aku tetiba patah, suami aku makan kedua-dua pinggan nasi lemak di atas. Serba tak kena aku rasa nasi lemak tu. Nasinya sedap kut. Lidah aku kata sedap tapi tekak aku tak nak masuk. Sotong tu lidah aku kata masin.

Nak tahu sedap ke tak nasi lemak kat Senibong, cubalah datang sini. Abaikan cerita aku yang sedang tak berselera ketika itu. Jangan pulak korang tak mau datang makan sini gara² cerita aku yang tak berapa best nih. Yang penting boleh makan sambil menikmati panorama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal