HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Wednesday, July 4, 2012

2, 4 dan 29.






Al-fatihah buat rakan blogger lieynanilaz.
Terpempan masa baca status ayu citarasa rinduan tentang berita pemergiannya.
Walaupun kita hanya berteman secara maya kat alam blog ni tak pernah bersua muka tapi kehilangannya dirasai sebab yelah kita semua ni kan kerap saling kunjung-mengunjung blog dan berkomen-komen antara satu sama lain jadi dah rasa macam kawan yang sebenarnya.


Itulah komentar terakhir arwah dekat blog ni, bertarikh 2 julai 11.40 pagi.


Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.
Mati itu pasti.
Masa kita pula entah bila.

----------------------------------------------------------------------

4 july.
Oh ya harini besday mak.
Jap eh. Nak tepon mak.


Okeh dah.
Wah berjela pulak nasihat mak harini.
Insya-allah mak.
Orang cuba buat apa yang mak suruh tu.


Syukur alhamdulillah mak masih dipanjangkan usia.
Dah 56 umur mak.
Syukur mak masih sihat dan kuat.
Masih cantik.
Wajah mak pon still maintain. Awet muda.
Kalau orang tengok mak misti ingat mak umur 40-an gittew.
Mak dari muda memang cantik.
Dulu masa remaja, kalau tengok gambo mak aku salu rasa jeles.
Pastu banding-banding dengan muka sendiri.
Nape aku tak secantik mak.
Tapi tu duluu. Duluuu. Remaja biase arr. Seme tak kena.
Ingat lagi somi aku.
Waktu tu kitaorang masih dalam proses berdating-datingan.
Lepak kat tangga aku tunjuk-tunjuk kat dia gambo famili.
Tunjuk gambo mak. Boleh dia cakap. Mak awak cantik tapi apesal muka awak tak macam mak ekk.
Cis sangatlah soalan tersebut kan.
Akhirnya pompuan tak berapa nak lawo jela yang papa kena hadap pagi petang siang malam sampai ujung nyawa nanti kiki. Sabo ya pa.


------------------------------------------------------------------

29 jun.
Besday si papa.
Haha. Sekarang kita sudah sama tua.
Aku belanja beliau makan pizza aje.
Mujur aku ada wat bisnes kecil-kecilan kalau tak terpaksalah beliau membelanjakan diri sendiri kehkeh.
Oh beliau ada juga berura-ura nak kan gadget berupa galaxy note.
Tapi telah ditentang habis-habisan oleh aku sendiri kehkeh.
Yang rosak sekarang henpon aku bukan beliau.
Maka siapa sepatutnya yang harus beli henpon baru sekarang.
Tapi aku nak bertahan jer dengan henpon rosak ni.
Tunggu sampai sabar aku dah kemuncak dan henpon rosak ni dicampak dalam tong sampah baru aku pikirkan balik pasal si papa nak galaxy note tu eh.
Maka papa. Berdoa sekarang.


Besday boy. Boylah sangattt.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal