Assalamualaikum..
Betty agak rajin jugak bertanya khabar dengan akaun nuffnang sendiri. Bukan nak tengok berapa duit dapat pon. Jeling² sikit tu adalah. Congak² purata sebulan betty dapat adalah 25 sen. Kah kah kah. Memalukan. Biarlah. Betty tak kesah pon. Betty ngeblog pon sebab suka tulis-tulis je.
Betty sebenarnya bukak nuffnang sebab suka tengok keyword apa yang buat orang terjumpa belog betty yang buruk ni.
Ada satu keyword yang menarik perhatian betty: Nak kerja ke nak duduk rumah?
Sebab betty pernah ada pengalaman berhadapan konflik ini maka betty pun terasa nak kongsi.
Jelaslah kan yang taip keyword tu seorang wanita dari segi zahir dan batin. Dan pastinya dah berumahtangga. Cuma tak pasti dah ada anak ke belum. Kalau belum ada suami atau dah ada suami tapi belum ada anak tak perlu nak berkonflik bagai. Pergi sajalah kerja demi memenuhi masa lapang dan juga demi keuntungan poket.
Masa belajar kat UTM dulu tak pernah terlintas di benak yang akhirnya betty akan menjadi seorang surirumah. Memang taklah. Mana ada orang masuk universiti sebab berimpian menjdikan surirumah sebagai pekerjaan.
Masih jelas di ingatan, betty belajar tekun² ececeh demi memperoleh pointer anugerah dekan. Merasalah jugak 2-3kali. Betty yakin nanti lepas grad betty boleh dapat kerja yang bagus².
Betty memang dapat kerja yang bagus. Tapi betty tinggalkan kerja tu sebab betty rasa tak serasi. Dan lepas tu betty pun berkahwin dengan teman sepengajian betty iaitu mr papa. Dan kemudian mengandung dan kemudian dapatlah seorang bayi comel iaitu kakak becok.
Sejak detik itulah betty mula berhadapan dengan konflik nak kerja ke nak duduk rumah. Pasal betty tak sanggup nak bagi orang jaga anak betty. Memanglah pada masa tu timbul isu kewangan sebab suami betty pon baru saja mula kerja pasal kita sebayakan. Lainlah suami dah lama kerja dan ada kewangan yang mantop. Bolehla suka hati nak main pilih² kerja ke duduk rumah.
Tapi sangat betuah suami betty seorang yang memahami. Beliau tak paksa betty keluar kerja cari duit. Dan Allah bagi kita jalan. Suami betty dapat peluang membuat kerja part time. Kewangan kami pada masa tu adalah sedikit stabil dan betty mula tak fikir lagi pasal nak kerja ke atau nak duduk rumah.
Duduk rumah sajalah kerja betty semenjak hari itu hinggalah hari ini. Tapi isu lain pulak timbul. Iaitu orang sekeliling betty. Situasi rasa kurang selesa dengan pandangan orang sama macam kalau kita dah lama kawen tapi takda anak atau umur kita dah taraf dapat anak 2-3 orang tapi kita tak kawen² lagi.
Situasi begini biasa dihadapi oleh seorang yang ada pelajaran tapi macam mensia²kan ijazah tu. Ini adalah tekanan yang bakal anda hadapi sekiranya anda memilih untuk duduk di rumah saja. Kalau anda nak pilih duduk di rumah maka mental anda kena kuat juga. Cara betty menguatkan mental dari tekanan orang sekeliling adalah dengan mentatap wajah anak. Juga sokongan moral dari suami. Haruslah kan.
Tapi di era kemodenan IT ini wanita dah ada cara mengatasi konflik nak kerja ATAU nak duduk rumah. Iaitu dengan mensematkan dalam hati nak kerja DAN nak duduk rumah. Macam²lah kerja zaman moden boleh buat dari rumah. At least kalau orang keliling asyik nak bahan kita, kita boleh kata saya adalah surirumah yang bekerja dari rumah. Huh, puas hati?
Berita sedih:
Bagi yang baca kisah burung sebelum ini. Anak burung dah mati seekor akibat kebuluran. Bukan sebab mak burung tak bertanggungjawab. Tapi adek beradek yang seekor lagi buruk makan lalu bangkai anak burung dimakan oleh mak burung tanda kaseh tak terhingga.
Berita gembira:
Sajak abah betty tersiar lagi di akhbar. Oh. Ke mana tumpahnya kuah? Mungkin ke lantai..sebab memang tak ke nasik.

Wajah-wajah Kesayangan Hamba : Tatapan Untuk Kekuatan
bertemakan merah putih hijau
bertemakan wajah serupa
Berita sedih:
Bagi yang baca kisah burung sebelum ini. Anak burung dah mati seekor akibat kebuluran. Bukan sebab mak burung tak bertanggungjawab. Tapi adek beradek yang seekor lagi buruk makan lalu bangkai anak burung dimakan oleh mak burung tanda kaseh tak terhingga.
Berita gembira:
Sajak abah betty tersiar lagi di akhbar. Oh. Ke mana tumpahnya kuah? Mungkin ke lantai..sebab memang tak ke nasik.
31 comments
comelnya anak2 u RIna...cium untuk saya ye... hehehe
emmm.. sejak ada blog ni n kongsi2 dgn mama2 yg juga senasib .. kurang sikit rasa rendah hati.. tp macam ada motivasi la..
Betul Rina.. ramai yg kata kat sya wat penat je ambik degree kat USM.. tp dok rumah.. loan ptptn bleh bayar ke...
Jwpan yg dh x larat nak jawab.. tp kadang2 hati sedih sangat kalau family sendiri pun kadang2 banding2 jugak diorang keluar U keje2.. keje.. sy plak p berenti keje..emm malas la nak pikir..
Lantak la org nak kata.. yg penting i love anak2 n suami.. lagipun suami yg suruh ..
hehe.comelnya anak kak betty.tahniah sajak en papa masuk paper :)
azrine: mekasih..sudah dicium..
fazz: sy pon penah merajuk besar dgn emak sbb sindiran yg sgt mengguris hati..tp lps kejadian tu mak dah x sindir lg..
sizuka: bkn sajak mr papa tp my abah..mr papa sy x pandai tulis apa²..hehe..
duduk rumah lagi best ^^
Allah itu adalah sebaik2 perancang
mommy pun sama....ade la sen2 jer~hee.betty mommy tag betty..senang jer.
http://mommylavender.blogspot.com/2011/04/contest-teka-umur-si-comel.html
tak salah pun klu ade degree duk rumah uruskan rumahtangga..yg penting kebahagian sekeluarga kan..
tahniah la sajak abah cik betty masuk paper lagi..
pedulikan orang sekeliling rina..yang penting kita hidup bahagia..bersyukur kita ada suami yang penyayang dan anak2 yang comel kan rina..
alooo kesiannya..takde rezeki anak2 burung tu kan...takpe la, leh jd kenangan ada gambo2 tu hehe..
memang betty nih seorang yang tekun dan pandai... huhu.. sei nih numpang belajar ngan dia.. masa tuh mmg terpk nak keja bagus.. kalau skang diberi pilihan mmg nak jer dok umah.. takpayah menjadi kuli kerajaan.. :(..
comel bebudak duorang tuh... geram tengok..
kesian anak burung itu... :(
Perempuan berkerja pada Tira tak jadi masalah kalau niat dia betul nak membantu keluarga dan suami. Tapi jangan sampai membelakangi tanggungjawab seorang isteri :)
Tak per la cik Betty.. jadi suri rumah berijazah pun ok gak. hehe .leh bimbing anak sendiri.. anak lebih terjage... tak yah sedih janji hepi
abah betty memang superb la..alor apelah burung tu,macam haruan mkn anak..Ala betty pengorbanan tu nk besarkan ank dgn didikan sendiri.tak kesahlah setinggi mana pun belajar,yg penting ilmu dh dituntut..sy pun klusuami kukuh ekonominya nk jugak jaga ank sendiri..tp apakan daya.hehe..
Betty duk rumah pun boleh buat kerja sambilan dalam bisness onlin kala berminat. apa-apa pun ikut hati betty sendiri,yang mana betty berminat.
Tak pe jadi full time house wife pun Rina..Yang penting ada ilmu didada..
Comel anak Rina..bila nak tambah..dh besar tu..hehe..
nelly: hehe..mmg pun
rizal: ye..akak redha cuma org lain jer x redha
mommy: x pela kan mommy kan..mommy nnt kalo free sy buat eh
prince: sesetgh org rs salah..tp biarlah akak x kesah pon..
No: mmg buat x peduli pown..tp kdg² susah juga sbb yg x boleh terima adalah keluarga terdekat kita
effi: hehe..teringat ms belajar dedolu effi penah kata nk jd surirumah..
miss tira: perempuan nk keje mmg x salah tira..yg org salu rs salah ialah bila perempuan x keje mcm akak nih..
myna: mmg happy kdg² je x happy :)
puan kutu: haiwan mmg makan bangkai anak dia yg mati..itu tanda dia sayang..bukan dia makan ms anak dia hidup hehe
cik ina: sy mmh bisne sonline pown..tu kat atas belog sy pon ada tulis hehe
kak arianna: nnt lah kak hehe..
Yeah!!! Suka entri ni. Sekarang kat rumah pun kita boleh kerja sebenarnya dengan adanya dunia IT tanpa sepadan.. anak pun akan terurus. Tinggal hanya ada kemahuan atau tidak.
comey nya kakak becok niee..
takda salahnya yang memperolehi ijazah tu menjadi suri rumah.. sekiranya, suami pun tak kisah.. demi untuk menjaga anak.. takpelah.. orang lua memang tak boleh masuk campur..biarkanlah orang2 luar tu.
wo makan bangkai ker..slh tafsir pulak.kihkih..
fiza: betoi sesangat..
farah: kakak becok ckp maceh..hehe..tp yg kisah adalah org yg x luar..caner?
puan kutu: hehe..tula baca cpt sgt..kena pakai spek la tuu..kan dah tulis psl fakta mata tu kan..tandanya puan kutu makin tua kikiki..gurauuu
hai zaira,aku mmg sntiasa plan nak bisnes dr rumah tp tak reti meniaga hehe..
i wish i cud be a full time mum like u