HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             
Showing posts with label merepek saja. Show all posts
Showing posts with label merepek saja. Show all posts

Friday, July 6, 2012

adegan yang tidak ingin dilihat.






Cerita 1 : Pakai tudung tapi pakai seluar pendek


Tiap-tiap pagi saya memang temankan risya pegi sekolah.
Walaupun si papa yang drive saya dok belakang saje.
Misti korang tertanya-tanya kenapa saya nak kena hantar risya sekali.
Semuanya sebab masa mula-mula sekolah dulu risya suka nangis.
Papa dia malas nak handle jadi angkut saya sekali.
Misti korang heran juga kenapa bukan saya jer hantar.
Sebabnya saya malas nak drive hihi.
Walaupon risya dah ok dah sekolah tapi saya tetap temankan untuk menolong dia naik tangga sambil mengangkat beg sekolah dia yang berat isi batu ke hape saya tak taulah.
Tangga sekolah dia tu tinggiii sangat.
Kesian saya tengok dia nak panjat tangga sambil angkat beg berat jadi sebagai ibu mithali saya lah angkat beg dia.
Sekarang saya tau dah kenapa saya tak gemok-gemok.


Oh ya. Berbalik kepada tajuk.
Pagi tadi masa nak hantar risya baru saya perasan semua seluar pakai rumah saya basah.
Dah beberapa hari hujannn jer kat sini.
Lastly, saya capai jer seluar bermuda.
Dah tu jer yang ada.
Pastu pakai tudung.
Pastu naik kereta.
Tapi harini saya tak turun arr dari kereta huhu.
Korang jangan amalkan ehh.
Pakai tudung dengan seluar pendek sama pelik dengan pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek, kan?

-------------------------------------------------------------

Cerita 2 : Shave bulu keti** semua orang tau


Pagi tadi masa hantar risya buka radio hotfm.
Kebetulan tengah segmen panggilan hangit.
AG (deejay hotfm) call satu mamat ni nama Azhar.
Azhar ni ada sakit bisul dekat keti**.
AG telah menyamar sebagi doktor.
Kenapa Azhar ni percaya idokler saya tau.
Mungkin dia lurus dan jujur orangnya hehe.
Dokter menyamar ni cakap bisul tu berpunca dari bulu keti** yang ada kuman.
Jadi nak ubat kena shave itu bulu.
Siap dokter menyamar suruh shave dekat dengan telefon dikhuatiri Azhar menipu (tak shave).
Ada dengarlah bunyi sreh sreh kat radio.
Saya dah sakit perut nak gelak. Tahan jer sebab karang ketawa tak dengar pulak situasi tersebut.
Dah siap Azhar tanya kat dokter. ada tak dengar bunyi? Kahkahkah.
Lepas tu dokter suruh Azhar shave sebelah lagi sebab takut kuman merebak katanya.
Azhar dah mula konpius tapi dia buat jugakkk.
kahkahkahkah.
Kesian Azhar.
Sapelah kawan yang pedajal bagi nombor dia kat hotfm tu ehh.
Kalau sayalah, dah putus kawan dah.
Saya ingat Azhar mistilah ngamuk.
Tapi dia ketawa jer.



Sekianlah sahaja.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal