HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             
Showing posts with label raya 2012. Show all posts
Showing posts with label raya 2012. Show all posts

Friday, September 7, 2012

open haus tapi bukanlah open haus sangatt






As-salam.

Aku raya kali ni hepi giler sebab berat dah naik 2 kilo hahah.
Tak taula timbang tu betul ke tak tapi harap betul laa.
Tapi kan aku rasa sekilo tu berat pipi kanan sekilo lagi berat pipi kiri.
Serius.
Yang naik pipi je badan menten haluss macam orang lidi (ni encik papa cakaplaa).
Keje rutin aku sekarang ialah habiskan kuih raya ngan kerepek dalam balang wakaka.
Sape datang raya rumah aku sekarang silala hadap balang kosong yee hehe.


Masa cuti merdeka haritu, kebetulan geng-geng avail encik papa nak datang beraya.
Encik papa ni geng dia banyak jenis.
Geng avail. Geng UTM. Geng JB. Gengster je takda.
Sebab geng avail nak datang malam, siangnya kitaorang buat untuk geng UTM dengan jenjiran.
Di samping terselit seorang dua kawan aku.
Aku ni macam menyedihkan sikit.
Kengkawan ramai (sebab aku kan dari kecik banyak pindah sekolah) tapi semua dah jauh-jauh.
Ada yang dekat kat jb ni tapi aku yang malas nak kontek diaorang.
Ntah apa masalah aku pon aku tak tau haha.
Tapi tak kisahla sebab biasanya isteri-isteri opismet papa atau geng avail papa ada yang dah jadik kawan baik aku.


Menu utama laksa johor. Tahun ni aku malas nak masak. Order je. Aku lebih banyak fokus pada kemas rumah.Tingkat atas bawah semua aku kerjakan. Bukan tetamu datang naik tingkat atas pon. Tingkat bawah aku kemas sikit-sikit je sebab sebelum raya haritu dah spring cleaning. Paling utama bilik airla sebab mesti ada tetamu yang nak guna toilet nanti. Dalam kul 1 barula aku siap bersihkan rumah. Mandi, solat zohor, siap-siap lebih kurang. Orang datang nak jamu selera kenala muka aku buat orang berselera. Kang sambut tetamu muka sememeh dari berselera terus muntah orang kat situ. Encik papa takpe. Dia dah biasa tengok muka aku sememeh kehkehkeh.


Menu kedua kambing sweet sour dengan roti yang telah menggamit ramai tetamu. Cehceh. Ni ayah mertua aku yang masak. Nanti aku nak pegi berguru dengan beliau. Jiran aku sorang punyala berkenan dengan kambing ni siap order untuk open haus rumah dia pulak. Tapi sebab banyak sangat terpaksa tolak. Ayah mertua aku bukannya sihat sangat. Kecewa giler jiran aku tu.


Ini antara kawan aku yang sempat dijemput. Kawan blogger ni. Nur blog Cetusan Rasa. Aku adala terfikir nak jemput kawan blogger lain (yang dekat-dekat macam GB dan kak zakie) tapi sebab 2-3 hari sebelum tu aku bz sangat tak sempat nak online fb. Macam Nur ni aku memang ada simpan no henpon dia. Senang. Nur sampai jer terus ajak gambar dulu takut lambat-lambat muka aku sememeh dah. Tapi sememeh juga nampaknya tu huhu.


Sempat borak sikit-sikit je dengan Nur. Masa sampai Nur duduk kat dapor sebab dia segan. Mujurla ada sorang kawan aku yang lain, Ros (isteri opismet encik papa) tu satu sekolah dengan Nur. Sampai aje Ros barula Nur nak pegi makan-makan. Nur datang siap bawak hadiah macam-macam. Terima kasih Nur :)).


Dah malam dah. Barula perasan gambar aktiviti siang tak ambik sangat. Mana ntah pegi photographer ni tak menjalankan tugas. Ni semua geng-geng avail. Rumah aku ni dah rumah kedua untuk diaorang. Sebelumnya diaorang dah berkumpul kat rumah geng avail lain. Masa ni dah kena top-up makanan dengan mee goreng sebab laksa dah habis huhu. Ada sikit-sikit je lagi. Sorila pada yang tak sempat rasa.


Alang-alang dah berkumpul kitaorang buat suprise kek besday untuk fieya, anak dia dengan adik dia. Tarikh besday diaorang dekat-dekat. Kek coklat indulgence secret recipe ni sedap giler kott.


Acara penutup main bunga api dengan mercun petpet. Bapak-bapak orang yang terlebih eksaitednya haa.


Harap-harap yang datang haritu puas hati.
Kalau ada yang terkurang layan tu maaf sesangat.
Konsep open haus ni yang tak berapa best sebab tuan rumah tak dapat nak borak panjang dengan setiap tetamu.
Ada tu aku jumpa cuma salam masa datang dengan salam masa balik je huhu.


Tuesday, September 4, 2012

mari kita jadi kendarat ~ heyyy






Baru nak hupdate cerita raya kedua harharhar #ini gelak sedeh


Kalau ada yang mungkin pening, aku ni beraya kat mana. Kampung aku ke kampung encik papa ke.
Meh nak habaq maiii.
Macamla orang nak pening sangat mikirkan ko beraya kat mana kan hahaha.


Yang benarnya, tiap tahun raya memang aku balik rumah parents aku kat kluang.
Rumah parents encik papa dekat jb jee.
Raya pertama tu biasanya kitaorang gi beraya kat kampung ayah dia kat parit lahak - parit belemam (abah aku kampung asal dia kat sini gak). Aku nak bagitau satu rahasia ni. Masa kecik dulu aku malu kalau orang tanya abah asal mana sebab nama kampung tu macam eksotik sikit. Aku ingat aku sorang je. Rupanya encik papa pon sama harharhar. 
Kiranya aku gerak dari kluang (rumah parents aku), famili encik papa gerak dari jb la.
Kat sana ziarah adik-beradik ayah encik papa sama ziarah nenek aku sekali (belah abah).


Pastu petang raya aku balik rumah parents aku balik, famili encik papa balik jb.
Raya kedua, kitaorang kumpul kat rumah tok mak encik papa pulak.
Rumah tok mak encik papa ni pulak memang dekat dengan rumah parents aku.
Nak jogging pon boleh tapi tak yah ah nak sewel sangat jogging masa nak pegi beraya.
Mak aku memang asal orang kluang, samala macam MIL aku.


Kira aku ni cam bertuah kan.

Tak perlu bercakaran pasal nak balik kampung sape tiap tahun.
Kita bercakaran pasal lain je, eh?


Cuma yang tak bestnya, pemikiran macam tak berkembang.
Balik-balik kampung itu jugak yang aku tengok.
Dari kecik sampaila sekarang.
Tah-tah masa kecik dulu aku dengan encik papa penah berselisih bahu kot.


Penat la membebel. Tengok gambar yuk.


Hero-hero dalam hati ku.


Tema raya kedua. Oren-peach. MIL yang tetapkan kale ni. Seme orang kaler oren mak sorang kaler peach hihi.


Kendarat sedang berehattt hihi.


Orang lain syok makan eskrim kat luar dia bantai tido setelah kepenatan bermain ipod ~ haih bebudak sekarang gadget 24 jam.


Piere Andre jr. Anak buah encik papa ~darwisy.



Dah.
Malas nak letak gambar bebanyak.
Bye.





Tuesday, August 28, 2012

satu hari di hari rayaa ~ sesi si kecil bergambar






As-salam korang :))).


Dah raya ke berapa ni eh? 10 eh?
Tapi aku baru nak update pasal satu hari di hari raya yihaaa !!



Pes of all mistila juadah raya yang jadik kewajipan setiap hari raya. Kalau takde juadah raya yang emak masak pastila aku kempunan sampai raya tawun depan. Tapi mak dah pesan siap-siap bahawasanya satu hari nanti pabila mak dah tua sangat dan tak larat nak buat ketupat, sambal kacang, rendang, lodeh, sambal goreng (ni aku kutip parunya saja tempe aku buang pasal aku jawa murtadd muehehe) maka akula yang kena ganti emak memasak juadah ini semua. Uhukkk !! Tersedak ketupat mendengarnyaa.



Tapi ada orang tak taula dari planet mana nak makan meggi di pagi raya huwahuwa. Ketupat dan segala mak nenek makanan raya tak nakk. Apa kes la kan anak dara aku yang sorang tu. Punyala sedap ketupat dengan sambal kacang maggi jugak yang ko idamkan yee. Pakkal jela kat rumah nyai (kata ganti diri mak kepada cucu beliau) kalau tak memang dah kena fire ngan aku di pagi hari raya.



Orang lelaki gi sembahyang raya kami pompuan (aku ngan mak aku je pon) buat sesi makan-makan.
Orang laki dah makan tadi dah.
Adik aku tawun ni balik umah mertua dia kat kuantan.


Nahh marilah melihat foto-foto model cilik di hari raya pertama sebelum kami gerak ke batu pahat untuk beraya dengan famili belah encik papa pulak.




Tahun ni zikry lengkap berbaju melayu siap samping dengan songkok. Kelihatan kacak pula dia kannn..



Aku rasa risya sangat comels dengan baju kurung cotton bunga kecik-kecik ni. Malang sekali dia tak suka baju ini. Katanya ini bukan baju raya, ini kain batik mama T__T.






Itu model perempuan sudah bosan menunggu mamanya yang dari tadi tak siap-siap.



Tema tahun ini adalah kelabu. Ramai orang pada mulanya heran nape aku pilih tudung kaler turqoise tu bukannya kaler kelabu. Sebabnya kat baju aku tu ada bunga kaler turqoise. Aku kalo boleh memang nak elak pakai tudung kaler kelabu sebab muka aku dah sedia kelabu. Tapi apa motipnya aku nak tulis pasal ini semua kat sini yee???



Aku nak buat keje dulu.
Nanti petang baru bertandang blog korang ye.
Sediakan air ribena tau.
Air oren takda curlassss.
Kecian air oren yang tak bersalah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal