HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Tuesday, May 3, 2011

Kamu Romantik?

Ei..ei.. macam dah lama saja tak bukak belog ni. Cuti hari buruh blog pon kena cuti dari ditulis apa². Blog kawan² juga cuti dari dijenguk juga. Hari ini saya mahu jenguk semua. Sudah rindu mau baca cerita kalian.

Sempena cuti hari buruh dan ada ekstra cuti sehari lagi banyak betul undangan perkahwinan sana-sini. Saya tak pergi semua. Suami busy. Kami cuma hadiri perkahwinan sepupu sebelah suami saja. Kalau itu pon tak pergi memang sengaja nak cari nahas. 

Hari anniversary saya takda apa² sambutan juga. Selain hadiah lagu didedikasi buat suami, itu sajalah takda apa² lagi. Nak feeling-feeling Maya dan Remy pon tidak jadi sebab suami busy dengan kerja² dia. Tak apa. Saya isteri yang memahami. Dia bekerja demi siapa.

Saya pernah jugak membayang-bayang mahu buat candle-lit dinner di rumah tapi tinggal bayang-bayang aje selalunya. Hahah. Lagipon saya bukanlah jenis orang yang romantik. Suami pon sama.

Tapi bila saya cuba jawab soalan² kat bawah ni, oh ternyata saya tergolong dalam jenis yang romantik juga. Hahaha. Kelakarnya.

  1. Percaya pada cinta pandang pertama?
  2. Percaya di luar sana ada seseorang yang sememangnya untuk kamu?
  3. Percaya pada cinta yang kekal abadi?
  4. Suka baca novel romantik?
  5. Masih simpan semua surat² cinta?
  6. Suka berfantasi tentang pasangan sempurna?
  7. Bawa gambar pasangan ke mana² saja?
  8. Masih ingat bila dan di mana kali pertama kamu berdating?
  9. Menyambut anniversary dengan candle-lit dinner?
Sekiranya menjawab YA kepada sekurang²nya 6 soalan bermakna anda orang yang sangat romantik!

Sumber: Buku 'Discover Youself' - Lilian Too


pic google punya





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal