HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Friday, August 3, 2012

errr..errrr





Babak dalam sebuah rumah:

Sebuah keluarga sedang bersahur. Ada emak, ada bapa dan seorang anak berusia 7 tahun.
Sambil makan sahur mereka menonton channel 131. Movie Aku Masih Dara.
Motif membuka channel itu tak dapat dipastikan kerana biasanya mereka menonton ulangan masterchef selebriti malaysia.

----------------------------------

Babak dalam tv:

Si ibu sedang gabra tatkala melihat "benda-benda aneh" yang tak sepatutnya ada dalam laci anak gadisnya.

-------------------------------------

Babak dalam rumah:

Anak : "Maa..mak dia jumpa apa tu?"
Mama : Entahhh..plaster kot.

---------------------------------------------

Babak dalam tv:

Si ibu tadi lantas memanggil suaminya "bang..bang..mari sini cepattt...tengok apa saya jumpa ni..kenapa anak awak simpan kond*m niii ".
Mereka suami isteri pon mula bergaduh menyalah satu sama lain.

-------------------------------------------

Babak dalam rumah:

Mama : (sudah gabra kerana perkataan "itu" telah disebut dengan jelas)
Anak : "Maa..kond*m tu apaaa?"
Mama : errr..errr..plaster lah.

--------------------------------------------

Beberapa minit kemudian.

Babak dalam tv.

Gadis : "Saya nak buat confession kat awak. Saya masih dara walaupon saya liar".
Teruna : ..............bla bla (yang aku ingat pasal keaiban saja).

---------------------------------------------

Babak dalam rumah:

Anak : "Maa..dara tu apa?"
Mama : "errr..errr..dara tu macam kamu lahh..muda lagi..macam mama ni bukan dara sebab dah tua". hahah (gelak dalam hati).

Papa : (baru nak menyampuk) tula bukak lagi citer camtu.

-----------------------------------------------

PROMO GREEN FIT PERCUMA : KLIK HERE.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal