HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Friday, June 15, 2012

Akhlak Rasulullah Terhadap Isteri






Sebagai suami, Baginda begitu menghargai isterinya Siti Khadijah yang dikatakan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri Baginda.

Menurut Baginda, Dia (Siti Khadijah) beriman kepadaku di masa orang lain berada dalam kekafiran. Dia membenarkanku di waktu orang lain mendustakan aku. Dia menolongku dengan hartanya, ketika orang lain tidak sudi memberikannya. Dan Allah mengurniakan anak daripadanya, tidak dari isteri-isteri yang lain.

Pengorbanan Siti Khadijah ini membuatkan Baginda terus mengingatinya walaupun isterinya itu telah lama meninggal dunia.


Ketika dengan isteri-isteri yang lain pula, Baginda menunjukkan sifat-sifat seperti bertimbang rasa, hormat dan sabar dengan kerenah mereka. Baginda tidak keberatan untuk membantu isteri-isterinya melakukan kerja rumah.

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga'.

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.


Nabi Muhammad jugalah yang membikin khuatir hati Aisyah ketika menjelang subuh Aisyah tidak mendapati suaminya disampingnya. Aisyah keluar membuka pintu rumah. Terkejut ia bukan kepalang, melihat suaminya tidur di depan pintu. Aisyah berkata, “Mengapa engkau tidur di sini?” Nabi Muhammmad menjawab, “Aku pulang sudah larut malam, aku khawatir mengganggu tidurmu sehingga aku tidak mengetuk pintu. Itulah sebabnya aku tidur di depan pintu.”


Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap begitu juga, jadi aku pukul lah dia.’ ‘Aku tidak menanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

Pernah baginda bersabda, ’sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan rendah hati baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menurunkan kedudukannya sebagai pemimpin umat.


Begitu juga, untuk menjaga hati isteri Baginda, Rasulullah pernah menolak jemputan makan daripada seorang jiran hanya kerana isteri Baginda tidak dijemput sama. Seperti yang diriwayatkan oleh Anas, hanya pada jemputan ketiga, bila jirannya itu turut menjemput isterinya, barulah Rasulullah bersetuju untuk hadir.


Baginda membawa isteri-isterinya ke luar daerah untuk berdakwah kerana mengetahui isteri-isterinya itu ingin berada di sampingnya.

Dalam perjalanan itu pula, Baginda memastikan tempat duduk isterinya di atas unta dalam keadaan selesa. Malah, Anas mengatakan bahawa Baginda akan duduk bagi membolehkan isterinya berpijak di atas lututnya untuk naik ke atas unta.

Bilakah kali terakhir anda membuka pintu kereta untuk isteri anda? Pernah dengar jenaka ini? Hanya ada dua kemungkinan apabila seorang suami membukakan pintu kereta untuk isterinya. Sama ada kereta itu kereta baru atau isteri itu isteri baru. 


Baginda juga sabar melayani kerenah isteri-isteri Baginda. Tidak pernah sekalipun Baginda mengasari mereka. Baginda memberi peluang kepada isteri-isterinya untuk berdebat dengan Baginda dan jika isteri Baginda berkasar ketika sedang marah, Baginda menghadapinya dengan penuh pengertian dan kemaafan, bukannya dengan menyuruh mereka diam.

Berbuat baik dengan isteri bukan hanya bermaksud tidak menyakiti mereka atau mendera mereka, tetapi juga untuk menghadapi segala kesulitan, bersabar dan mengikuti contoh Rasulullah.


Malah, kalau dilihat wasiat Baginda yang terakhir, satu daripadanya menekankan betapa pentingnya lelaki berhati-hati dalam perlakuan mereka terhadap isteri. Baginda bersabda yang bermaksud:

"Takutlah pada Allah dalam hal wanita. Mereka berada dalam peliharaanmu. Kamu telah mengambil mereka sebagai amanah dari Allah dan mereka itu dihalalkan untuk kamu dengan nama Allah."

Wasiat terakhir ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. menekankan kepada peranan suami yang perlu bersabar ketika berhadapan dengan kerenah isteri demi kesejahteraan keluarga.

Gambaran seorang suami yang bengis, garang dan egois (kerana kedudukan mereka sebagai suami) bukan datangnya dari agama. Rasulullah s.a.w tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya tetapi cara Baginda membuatkan para isteri hormat kepadanya. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah melekat dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa kesombongan.

Jadi, kesejahteraan rumah tangga itu bukan hanya terletak kepada kesabaran dan pengorbanan isteri semata-mata seperti yang ditanamkan dalam minda kaum hawa sejak sekian lama.


kopipes dari pelbagai sumber.

Ingat-mengingati amalan mulia :).



31 comments

June 15, 2012 at 11:26 AM

sweet....

tp itulah.. susah kalo msing2 nak ikut cara hidup rasul..

tp kalo bab kawin 4..bru kata ikut sunnah rasul...

June 15, 2012 at 11:47 AM

fuhh..ada ke lelaki cenggini erk..subhanallah..

June 15, 2012 at 12:15 PM

akak betty sangat info.

saya yang nak menjalani hidup rumah tangga akan take note. waha!

June 15, 2012 at 12:16 PM

contoh trebaik dunia akhirat kan.
tak payah imagine artis-artis yang berlakon romatik tu ye kak. alamak, nanti kena saman. takottt

June 15, 2012 at 1:20 PM

kopi and paste benda baik..akan dapat pahalanya..

June 15, 2012 at 2:24 PM

memang Nabi Muhammad contoh suami yg terbaik...:)
ohh indahnyaaa kalau semua lelaki bersifat mcm di atas...

June 15, 2012 at 2:48 PM

Kalau semua suami ikut tingkah laku Nabi Muhammad S.a.w pasti amam bahagia rumahtangga tapi isteri pun kena la bertingkah laku sebagaimana tingkah laku isteri2 rasulullah.
tazkirah yang baik di hari Jumaat yang mulia ini ya.

June 15, 2012 at 2:51 PM

Sunnah sebegini tak ramai lelaki nak ikut...tang sunah poligami aja ramai yg suka ikut :P

June 15, 2012 at 2:57 PM

Benarlah.. Rasulullahlah, contoh tauladan yg paling baik untuk kita ikuti.. terima ksih rina atas perkongsian yg baik ini..

June 15, 2012 at 2:59 PM

klu semua suami mcm ni amanlah rumahtangga..takde cerai berai kan rina..

contohilah rasulullah..

June 15, 2012 at 4:11 PM

saya baru nak update tentang ni kak.. hehee.. next entry la.. sebab akak dah buat dl..:)

June 15, 2012 at 4:29 PM

Kalau umat Muhammad balik dinihari isteri tak buka pintu boleh pecah daun pintu kena tendang agaknya...

Masya-Allah jadi renungan buat kita umat Muhhamad ini Rina. Terlalu berhemahnya baginda tak ada tolok bandingnya.

June 15, 2012 at 5:43 PM

lelaki zaman sekarang....sekecik2 amik air minum sendiri pun byk yg payah nak buat.

June 15, 2012 at 5:43 PM

Perkongsian yang baik untuk diteladani.. :)

June 15, 2012 at 7:03 PM

tersentuh plak dengan entry ni..huhuhu

http://qasehraihan.blogspot.com/2012/06/seksanya-mesej-guna-henpon-touch-skrin.html

June 15, 2012 at 11:13 PM

teringin sgt2 nak lihat wajah rasulullah kan...setiap kali baca kisah baginda mesti hati tersentuh.betapa hebatnya dia...

June 16, 2012 at 12:15 AM

SubhanAllah, Indah kan sifat Rasulullah ;')

June 16, 2012 at 11:47 AM

salam..

alagkah indahnya jika suami kita begitu dan kita pula mewarisi sikap isteri rasulullah dalam hidup kita.

June 16, 2012 at 1:34 PM

perkongsian yg menarik.....terima kasih dik...

June 16, 2012 at 5:59 PM

Tang yg tidur depan pintu tu.. Kalau lelaki sekarang mahu dia tak mengabok pecahkan pintu tak dapat masuk..

June 16, 2012 at 8:58 PM

nabi muhammad adalah idola untuk kita sebagai umat akhir zaman ni

June 17, 2012 at 9:19 AM

alahai

kalau lah semua kaum adam pekerti mcm nabi, indahnya hidup

June 17, 2012 at 10:20 AM

siapa boleh lawan peribadi baginda?


(Gambar profile tu memang gambar kamu, eh?)

June 18, 2012 at 2:17 PM

@-gedek!

ya uncle..apesal x percya kerrrr hihi

June 18, 2012 at 2:18 PM

@Tina Othman

ini sunnah nabi yg mungkin lelaki jaman searang sudah lupa..xpala kita ingatkan balikk =)

June 19, 2012 at 7:31 PM

baginda adalah sebaik-baik teladan. :))

June 19, 2012 at 10:09 PM

ilmu untuk saya. terima kasih kak ! :) tersentuh jugak baca.

June 20, 2012 at 12:20 AM

seronok chii baca akhlak rasulullah terhadap isteri2nya..tp x mudah utk mendapat lelaki yg punya akhlak spt ni kan..kalau ada pun..mungkin 1 dalam 1000 :)

June 22, 2012 at 3:36 PM

Ehem-ehem... (sambil kemas-kemas rambut...)



@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

June 22, 2012 at 6:40 PM

@-gedek!


keh keh dah rapi dah rambut tuuu tp uncle toksahla terpedaya sgt dgn gambar profile tu..realitinya uncle pitam nanti tgk sy HAHA


haa kan dah nyesal rapikan rambot td HAHA

June 26, 2012 at 5:13 PM

Sekarang susah nak carik seorang lelaki menpunyai ciri Rasul...Thanks for share..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal