HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             
Showing posts with label pot pet pot pet. Show all posts
Showing posts with label pot pet pot pet. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

cuti 3 hari






Hari sabtu fully open haus dengan jemputan kawin je. 
Tu pon tak larat nak pegi semua. 
Baru 2 rumah dah senak.
Sebab kat rumah mula-mula dah makan banyak-banyak.
Nak buat cemana. Dah masa tu kelaparan tengah memuncak.
Tak ingat nak simpan perut.


Lepas 2 rumah balik rehat dulu kat rumah mak mentua.
Konon nak kasik perut lapar balik.
Takda maknanya.
Kat rumah ke-3 terus bersopan makan buah-buahan je.


Lagi baki 2 rumah tak jadik pegi sebab penat dah. Penat makan. 
Tapi best juga banyak open haus ni. Boleh cuti masak hehe.


Hari ahad, bizi siapkan lipat tuala untuk door gift kawen adik encik papa.


Gulung-gulung ajer pehtu ikat reben. Ngantukk woo siapkan mende alah ni.


Hari senin nyaris je terlupa haritu cuti.
Aku ni terlupa takpe lagi sebab aku duk rumah jer.
Yang bestnya encik papa pon hampir nak terlupa.
Tak pasal je karang dapat anugerah pekerja cemerlang pulak tetiba.
Cuti umum pon bantai nak keje kan.


Hari isnin ingat nak bersuka-ria tengok wayang ke apa.
Takda maknanya.
Keje aku dari hari ahad tak habis rupanya.
Terpaksa la habiskan cuti dengan membuat kerja.
:((.

#Kerja sampai bila pon tak habis. Eh? Aku kerja ke? Kerja weii. Surirumah pon kerja tauuuu.


Monday, August 13, 2012

nasib dia tanya mak mana.






As-salam :)).


Wah sopan-santun gitteww selalu main redah jer tak bagi salam eheh.
Nak update sikit je sebelum raya ni sebab nak ucapkan salam aidilfitri buat semua kengkawan di alam maya dan jugak pembaca senyap blog ni kalau ado la haha.
Dan jugak nak minta ampun dan maaf sekiranya tulisan aku atau komen aku dekat blog korang ada yang menyentap hati.


Beberapa hari ni aku bizi.
Mood raya dah nak sampai kan.
Harusla aku sebagi mak-mak mula sebok nak ngemas-ngemas rumah.
Rumah pon dah togel ni. Langsir gi dobi sarung sofa gi ganti weee *kelip-kelip mata kat encik somi*
Langsir 5 tahun tak penah ganti tak penah cuci dah pon melakar sejarah hantar pegi dobi tahun ni.
Lampu kipas seme dah mengkilauu.


Hari sabtu somi ada keje jadik kita tak keluar shopping raya cam selalu.
Masa yang ada habiskan menggilap kipas dengan lampu.
Lepas tu lepakk layan movie thailand.
Penat kot panjat-panjat tangga.


Tengah-tengah lepak tetiba somi kata kawan dia (perempuan) nak datang beli stok.
Dia mintak tolong aku bagikan.  Pesan kawan dia siap-siap suruh amik kat aku jer barangnya nanti.
Aku ok jerla.
Sebab perempuan yang nak datang takdela aku beriya nak carik tudung segala.


Tak lama pastu kawan somi pon datang.
Kak rinaaaa oo kak rinaaa.
Dia jerit-jerit nama aku kat muka pintu.
Aku pon pegila amik barang dia.
Sampai kat dia, pastu dia tengok aku macam blur.
Pastu dia tanya "mak mana mak?"


Aku plak yang blur sekarang.
Kejadah apa dia nak carik mak aku plak.
Mak aku kat kampong la kan.
Tak sempat aku jawab gitu baru dia perasan "eh. ni kak rina ke?"
Yela kak rina aku kata.
"Umur akak baper?"
Ohh. Pastu barula aku paham.
Dia ingat aku ni anak pada kak rina dengan encik subha (somi aku) ropeenyee.
kahkahkah.


Agaknya dia tengok aku sememeh belum mandi peluh-peluh dengan traksuit tinggi sebelah dengan rambut  buras-buras ikat ekor kuda macam budak baru pas main polis sentri kot.
Mujur takda hingus meleleh haha.


Mujur jugak dia tanya mak mana.
Kalau dia tanya "makcik..kak rina mana?"
Haaaa. memang sawan teros aku kat situ.
Dan-dan tu jugak ajak encik somi gi suntik botox.


Baii. nak sambung ngemas ni lalala.
Nanti petang sikit pas masak buka aku jenjalan blog korang ye.


"Salam aidilfitri buat semuaaa :)))).



Tuesday, August 7, 2012

shopping raya.





Weekend haritu jenjalan shopping barang raya.
Memang sekarang ni asal hujung minggu je misti keluar carik barang raya.
Beli sikit-sikit.
Nak beli sekelepuk tak larat jalan.
Lagipon beli sikit-sikit tak nampak cam duit habis banyak sangat hahah.
Baju raya (baju jalan) anak-anak dah settle.
Kasut raya anak-anak pon dah settle.


Nak carik kasut raya satu hal.
Berapa kali pusing satu angsana sebab nak carik kasut risya je.
Budak dah besar dah pandai nak pilih sendiri.
Masalahnya kitaorang tak berkenan dengan kasut yang dia pilih.
Tumit tinggi, berkilat, kaler putih, ada manik blink-blink segala.
Olok-olok cinderella kot hehe.
Sangat tak praktikal.
Aku ajak carik next week dia tak nak pasal adiknya dah dapat kasut baru jadi dia pon tak nak tunggu. Nak jugak kasut baru tak kira dah.
Tak dapat kasut nak mogok laporr tak nak berbuka.
Terpaksa melayan je kehendak anak dara sorang ni.
Kang tak layan dia buat perangai lagi tensi dibuatnya.


Lastly pilih punya pilih psiko punya psiko, termakan jugakla dia dengan pilihan ibu bapa.


Kasut ala-ala ballerina. Comel kan? Leh pakai dengan jeans atau baju kurung. Yang kaler coklat tu kasut zikry. Nampak cam sama besar dengan kasut kakaknya. Nampak sah saiz kaki menurun sape.


Ni baru nak pilih kasut dah pening.
Nanti nak pilih bakal suami?
Ok. Jauh lagi. Tak nak bayangkan sekarang.


Lepas tu pusing lagi satu angsana carik tudung nak matchingkan dengan baju raya aku.
Pasal nak carik tudung ni pon dah jadik satu hal.
Dah sampai angsana barula teringat baju rayanya lupa nak bawak sekali (nak matchingkan kaler).
Terpaksa patah balik rumah ambik baju pastu gi angsana balik.
Buang masa betul.
Seb baik somi aku bebel sikit je hahah.
Pose kot dia tak larat nak bebel panjang.


Aku kononnya ingat nak carik shawl glemer.
Raya kan kononnya nakla nampak meriah macam kereta berhias hahah.
Tapi kesudahannya susah giler nak carik shawl kosong tapi ada manik yang cantik.
Ada shawl kosong tapi bidang kecik.
Nak tutup depan belakang terbukak. Tutup belakang depan terbukak.
Tudung awning dengan syria memang aku takkan beli.
Bukan tak suka. Orang lain pakai aku tengok comel giler.
Tapi bila aku pakai buruk giler.
Masalahnya pakai tudung jenis lain macamlah muka jadik cantik giler hahah.


Patut arr orang suka beli tudung online.
Tapi aku dah serik nak beli tudung online.
Sebab ada sekali beli dulu kaler sampai tak matching dengan baju.
Dalam gambar nampak cam matching.


Belek-belek jugak la tudung bawal aidijuma kat angsana.
Nampak macam  tudung bawal je yang sesuai pakai dengan baju kurung.
Aku dah lama menganak tirikan tudung bawal sebab giler pakai shawl pashmina.
Aku suka pashmina sebab besar.
Pastu pakai lilit-lilit bajet anak dara sunti hahah.
Lastly aku sambar jugakla tudung bawal tapi bukan aidijuma punya pasal aku nak yang ada manik.


Pastu balik rumah terus carik video tutorial pakai bawal cara tasha manshahar.
Hahah. Tak habis-habis nak membajet diri anak dara sunti.
Padahal dah kertu.


Dah kertu tapi biler nampak artis terus jadik tak ketentuan hala. Tak puas hati sebab tak dapat gambar dekat-dekat.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Haaa. Akhirnyaa dapat gambar dekat-dekat. Seb baik somi aku jenis melayan bini dia yang jakun sangat biler jumpa retis. Balik rumah tatap gambar ni sampai 18 kali. Sembunyik-sembunyik tengok sebab nanti encik papa dok kutuk-kutuk asyik tengok gambar. Faradhiya sangat lawa dekat luar. Dalam tv nampak berisi kat luar slim giler sampai aku yang nampak macam gerobok kat situ. Kulit dia mulussss giler rasa nak toreh-toreh jerr. Dahla putih melepak terus aku kat sebelah dia nampak macam dayang senandung. Flash tak kena muka aku kot hahah. Yang penting aku jeles dagu dia tajam.

(lokasi kejadian : Kluang Mall)





PROMO GREEN FIT PERCUMA : KLIK HERE.



Monday, July 30, 2012

skincare.





Haiii..

Ngantuklah harini huwarghh.
Aku tengah gugel-gugel pasal nutox yang hydrarefiner tu (botol kaler biru).
Macam best jer.
Ada sesape penah try?


Macam aku skang sebab dah 3 series so produk-produk yang jadik pilihan wajib ada anti-penuaan hehe.
Ekceli kan umur 25 kita punya kulit dah start nak berkedut dah.
So kalau start produk anti-penuaan ni awal lagi baik.
Bukan cam aku dah nampak ada kedut baru terhegeh-hegeh nak pakai.
Kalau tak dulu asyik fokus nak putihkan kulit muka jee.
Konon kulit putih cantik sangatlah.


Aku ingat dulu masa aku kat mrsm, ex-roomate aku bukan main comel lagi.
Dahla putih melepak pipi dia lak cam chubby-chubby gitu.
Aku yang masa tu umo baru 16 tahun pikiran pon tak berapa nak matang.
Berangan nakkk jugak comel camtu.
Lantas balik cuti, curik (ambik tak cakap kiki) krim avon mak tenyeh kat muka biar putih.
Rupanya krim mak dah lama expired.
Ciss. Terus muka licin naik jerawat batu.
Hambekk ko nak putih melepak sangat terus abah cakap muka aku cam harimau sebab bercapuk-capuk dek kesan jerawat.


Hidupla aku lepas tu dengan muka berjerawatnya.
Sedih gakla. Takde sape nak pandang.
Kalau jalan dengan roomate aku yang comel tu korang boleh bayangkan tak perasaan remaja seperti aku.
Orang seme dok usha dia. Aku???? Kucing pon tak sudi pandang huhu.


Masa kat universiti dah tahun 2 camtu barula reti nak pakai-pakai skincare ni.
Masa tu ada akak jiran depan rumah sewa kitaorang tu jual sirna sari.
Ada housemate kitaorang pakai jadi cantik kulit dia.
Memang jadik pakai sirna sari masa tu.
Dan dah ada jugakla orang yang perasan kehadiran aku.
Kalau tak malapp jela hehe.


Lepas tu aku salula tukar-tukar skincare.
Tapi rerata seme yang produk tempatan punya.
Nak bahan semulajadila kononnya.
Padahal hidrokuinon.


Masa tu aku rasa pakai produk dari rak pasaraya ke watson ke guardian macam tak jalan je kat kulit aku.
Paling ekstrim masa praktikal.
Aku try noveux (betul ke tah ejaan ni) visages yang dr becky m leorgado punya tu.
Ekceli, tujuan asal nak cari nouvelles visages yang sosilawati (arwah) punya tu tapi aku tersilap masuk kedai.
Dah ejaan macam serupakan.
Budak yang jaga butik noveux tu pulak kulit dia cantik kemahen.
Melepak-lepak licin macam nak cubit je rasa.
Sampai boyfriend (ex) aku pon asyik usha dia kan.
Panasss hati terus beli.
2 minggu muka aku sopak.
Menggelupas teruk giler.
Tapi pastu weeehuuu hasil dia.
Snow white jadiknyaa.
Sampai mak aku tegor apesal kulit aku putih sangat.
Tapi 6 bulan je bahagia pastu kecoh pasal produk tu beracun la hape.
Terus masuk tong sampah.


Lepas-lepas tu banyak lagi la produk lain yang aku guna cam felisa lah putri rembulan lah.
Dari jenama terkenal sampai jenama tak terkenal aku guna.
SK11 pon penah masa aku keje dulu.
Dah habis tak beli lagi dah.
Kopakkk.


So sekarang kembalilah kepada produk pasaraya/watson/guardian yang dipandang sebelah mata dulu huhu.
Buat masa ni aku pakai bio-essence yang ada bird nest tu (kaler kuning) campur-campur dengan safi rania gold.
Tamak.
Sarang burung nak tenyeh.
Emas 24K pon nak tenyeh.
Tak cantik jugak tak taulaa.


PROMO GREEN FIT PERCUMA : KLIK HERE.
Nak LIPSTIK PERCUMA? KLIK HERE.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal