HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             
Showing posts with label nak cantik. Show all posts
Showing posts with label nak cantik. Show all posts

Monday, July 30, 2012

skincare.





Haiii..

Ngantuklah harini huwarghh.
Aku tengah gugel-gugel pasal nutox yang hydrarefiner tu (botol kaler biru).
Macam best jer.
Ada sesape penah try?


Macam aku skang sebab dah 3 series so produk-produk yang jadik pilihan wajib ada anti-penuaan hehe.
Ekceli kan umur 25 kita punya kulit dah start nak berkedut dah.
So kalau start produk anti-penuaan ni awal lagi baik.
Bukan cam aku dah nampak ada kedut baru terhegeh-hegeh nak pakai.
Kalau tak dulu asyik fokus nak putihkan kulit muka jee.
Konon kulit putih cantik sangatlah.


Aku ingat dulu masa aku kat mrsm, ex-roomate aku bukan main comel lagi.
Dahla putih melepak pipi dia lak cam chubby-chubby gitu.
Aku yang masa tu umo baru 16 tahun pikiran pon tak berapa nak matang.
Berangan nakkk jugak comel camtu.
Lantas balik cuti, curik (ambik tak cakap kiki) krim avon mak tenyeh kat muka biar putih.
Rupanya krim mak dah lama expired.
Ciss. Terus muka licin naik jerawat batu.
Hambekk ko nak putih melepak sangat terus abah cakap muka aku cam harimau sebab bercapuk-capuk dek kesan jerawat.


Hidupla aku lepas tu dengan muka berjerawatnya.
Sedih gakla. Takde sape nak pandang.
Kalau jalan dengan roomate aku yang comel tu korang boleh bayangkan tak perasaan remaja seperti aku.
Orang seme dok usha dia. Aku???? Kucing pon tak sudi pandang huhu.


Masa kat universiti dah tahun 2 camtu barula reti nak pakai-pakai skincare ni.
Masa tu ada akak jiran depan rumah sewa kitaorang tu jual sirna sari.
Ada housemate kitaorang pakai jadi cantik kulit dia.
Memang jadik pakai sirna sari masa tu.
Dan dah ada jugakla orang yang perasan kehadiran aku.
Kalau tak malapp jela hehe.


Lepas tu aku salula tukar-tukar skincare.
Tapi rerata seme yang produk tempatan punya.
Nak bahan semulajadila kononnya.
Padahal hidrokuinon.


Masa tu aku rasa pakai produk dari rak pasaraya ke watson ke guardian macam tak jalan je kat kulit aku.
Paling ekstrim masa praktikal.
Aku try noveux (betul ke tah ejaan ni) visages yang dr becky m leorgado punya tu.
Ekceli, tujuan asal nak cari nouvelles visages yang sosilawati (arwah) punya tu tapi aku tersilap masuk kedai.
Dah ejaan macam serupakan.
Budak yang jaga butik noveux tu pulak kulit dia cantik kemahen.
Melepak-lepak licin macam nak cubit je rasa.
Sampai boyfriend (ex) aku pon asyik usha dia kan.
Panasss hati terus beli.
2 minggu muka aku sopak.
Menggelupas teruk giler.
Tapi pastu weeehuuu hasil dia.
Snow white jadiknyaa.
Sampai mak aku tegor apesal kulit aku putih sangat.
Tapi 6 bulan je bahagia pastu kecoh pasal produk tu beracun la hape.
Terus masuk tong sampah.


Lepas-lepas tu banyak lagi la produk lain yang aku guna cam felisa lah putri rembulan lah.
Dari jenama terkenal sampai jenama tak terkenal aku guna.
SK11 pon penah masa aku keje dulu.
Dah habis tak beli lagi dah.
Kopakkk.


So sekarang kembalilah kepada produk pasaraya/watson/guardian yang dipandang sebelah mata dulu huhu.
Buat masa ni aku pakai bio-essence yang ada bird nest tu (kaler kuning) campur-campur dengan safi rania gold.
Tamak.
Sarang burung nak tenyeh.
Emas 24K pon nak tenyeh.
Tak cantik jugak tak taulaa.


PROMO GREEN FIT PERCUMA : KLIK HERE.
Nak LIPSTIK PERCUMA? KLIK HERE.


Monday, May 21, 2012

suntikan vitamin C, need or no need? (updated)






Ada satu spa dekat area rumah aku ni buat promosi suntikan vitamin c FREE.
Pantang aku dengar benda-benda free ni.
Masa buat appointment macam tak teringat pulak yang benda free tersebut adalah nak kena CUCUK.


Dah lepas-lepas tu barula cam terfikir balik.
Aku ni penakut jarum.
Ngeri pulak bila pikir nak kena cucuk.
Dahhh berbelah bagila pulak.
Biasala aku.
Pendirian tak tetap.


Aku try la jugak gugel-gugel pasal kesan suntikan vitamin C ni.
Ada yang cakap ok.
Ada yang kata nanti ada kesan sampingan bila dah tua nanti macam kena kanserla gitu.
Ada yang kata baik makan supplemen vitamin c daripada ambik suntikan.
Tapi ada yang kata kalau ambik suntikan kesan lagi cepat.
Ada juga yang kata kalau ambik sekali takda nampak kesan pon.
Feninnn.


Gugel-gugel terjumpa plak keratan berita metro kot kalau tak silap yang kata suntikan ni dilarang.
Klinik tak boleh buat apatah lagi spa.
Sebab dikhuatiri vitamin c tu bukan ori punya tapi tiruan.
Macam pelik pulak sebab ramai je kot klinik yang buat.
Tapi berita tu dah lama, 2005 kalau tak silap.
Sekarang dah 2012 mungkin dah boleh dah.


Aku pulak lupa nak tanya kat spa tu nanti sape yang buat kerja-kerja mencucuk ni ekk?
Pekerja spa? Doktor?
Feninnn.


Nak buat tak nak eh?
Tak buat cam rugi sebab free.
Nak buat tapi tattottt.
Feninnn.


Korang pulak macam mana?
Ada experience ambil suntikan vitamin c tak?
Pada pendapat korang, aku patut pegi atau tak patut pegi ambik suntikan tu?


nota-noti:
Aku BW lewat-lewat sikit. Parents aku datang. Kang mak cucuk mata aku dengan garfu lak asyik hadap blog hehe.
***********************************************

update (12/7/2012)


Semalam aku pegi spa tu.
Sebab ada rundingan kecantikan free punya.
Kehkeh. Pantang kan dengar benda free.
Laju jerr.


Suasana dalam spa tu memang besttt.
Tapi aku terlupa pulak nak snap gambo.
Sebab asyikkk menikmati cookies dengan cis kek yang dihidangkan oleh pemilik spa itu.
Emm cedappp.
Aku dahla memang tengah lapo.
Hidang pulak kukies.
Syorrgaa.


Masa dok menikmati kukies, aku nengokla ada orang buat suntikan.
Tapi yang dia buat tu suntikan gluta.
Rupanya pemilik spa tu seorang doktor.
So tak risaula kalau nak suntik-suntik kat sini.


Pasal nak suntik-suntik ni terpulang pada individula.
Kalau nak result cepat dan tak kesah sakit demi cantik bolehla buat.
Macam aku, buat masa ni lum terpikir lagi.
Cukupla aku makan supplemen je.
Nanti-nanti la aku share supplemen apa aku makan eh.


Thursday, April 19, 2012

mekap.






Dulu-dulu kan kalau pasal pakai mekap aku bolehla dikategorikan sebagai manusia tabah.
Sebelum mekap pakai pelembab dulu bior foundation senang melekat.
Dah tepek foundation sampai liang roma mintak ampun sebab sesak napas, tenyeh pulak concealer.
Yolah. Muka tak berapa nak licin kan.
Lepas tu barula tenyeh benda lain pulak.
Lepas tu kalau nak solat, cuci lepas tu tenyeh balik.
Hadoih. Penat tau tak.


Sekarang ni, bila usia pon dah makin lanjut (oh emonya nak tulis ni).
Anak pon dah berderet-deret (hihi macamler anak aku ramai noo kan).
Kadar ketabahan pon dah berkurangan.
Ketabahan terpaksa dialihkan kepada anak-anak pula.
Maka, aku pon dah tak tabah lagi nak menghadap peralatan mekap.
Apatah lagi menghadap cermin dalam kadar lama.
Kerana tak sanggup melihat kadar kedutan yang makin bertambah (oh emo lagi).


Jadi, sekarang ni paling habis pon aku tenyeh krim siang - tepek bedak sikit - lipbalm kaler pink.
Dah cun habisla tu kononnya.


Tapi. Tapi.
Huhu. Sedih pula bila menengok kesan-kesan cela di muka jelas kelihatan.
Tak mulus dan tak gebus.


Tapi finally, aku jumpa jugak penyelesai masalah aku!
Dengan mekap all-in-one ni aku tak payah lagi nak berusaha keras demi mendapatkan kulit wajah yang gebus dan mulus tadi.
Diala pelembab, diala foundation, diala concealer, diala bedak compact, diala krim SPF, diala krim anti-penuaan (oh sukaaa), diala krim pencerah.
Tenyeh sikit.
Tak sampai 1 minit dah siap.


Akhir kata,
Terima kasih Perfect Beaute Creme.




Kalau korang nak jugak mekap ni bolehla klik >>SINI okeh.



Friday, January 13, 2012

tips awet muda dan wajah berseri (updated).






Terima kasih korang untuk semua ucapan dan doa kat entri >>semalam.
Mekasih juga yang sudi wat entri wish besday untuk saya - my old friend Mama of 3 Mirza dan Nur-Nba.
Mekasih jugak Farah AF2 eh Aishah & the gang yang sudi menyanyikan lagu besday kat what's app.


Alhamdullillah syukur sangat masih dipanjangkan usia hingga ke detik ini.
Usia bertambah kedut pon bertambahhh okehh.
Emo sudahh.
Google segera cara nak awet muda ngehngeh.
Yang ni senang leh arr nak buatt.

  • minum air masak secukupnya 
  • selalu makan ulam 
  • mengamalkan gaya hidup sihat  
  • rajin senyum
  • amalkan rutin penjagaan wajah (mencuci, menyegar dan melembab)
  • makan ikut sunnah Rasullullah 
  • sentiasa berwudhu' (masa wudhu' baca doa sekali untuk setiap anggota tubuh)
  • rajin bersolat malam selain solat 5 waktu
  • lepas solat baca surah yusuf ayat 4



Petua awet muda sharifah aini pon ada gak.

Air daun pegaga dikisar dengan gula batu.
Errr.
Tak pon
Kisar daun saderi, epal hijau dengan telur ayam kampung.
Ni pon errr jugakk.
Telur ayam tu sure kena pakai yang mentah kan.


Sekarang ni aku just amalkan minum supplemen LIV-Zell ni je.
Okla sebab aku perasan gak sebelum ni kat bahagian ekor mata aku ada cam garis-garis halus.
Pas ambik ni aku tengok garis halus tu dah tak nampak sangat.
Rambut pon dah kurang gugur, ada anak-anak rambut lagi tumbuh kat dahi.
Takdala nampak luas sangat dah dahi nih ngehngeh.



For more info tentang LIV-ZELL >>SINI.


Tuesday, March 1, 2011

Hati-Hati Pilih Produk Pelangsingan.






Langsing bermakna cantik.
Putih bermakna cantik.
Gitula iklan-iklan selalu basuh pemikiran kita.


Sedih aku yang tak putih ni.
Tak putih melepak tak cantik ke?
Sib baik langsing hewhew.
Terlebih langsing pon yee.
Tak cantik pon langsing cam aku ni.
Dah macam nak terbang pon ada ahaks.


Haritu aku ada borak-borak dengan sorang lecturer ni.
Dia kata kalau nak beli produk-produk langsing ni kenala tengok label.
Aku kalo beli barang memang salu baca label.
Tapi kengkadang bukan paham pon nama bahan yang ditulis.
Nampak cam nama bahan kimia terus ngeri tiba-tiba ahaks.


Dia cakap kat aku ada sesetengah produk pelangsing ni letak aspatarme.
Korang tau ke apa aspatarme?
Aku pon tak tau.
Tapi ekceli bahan ni bahaya pada badan untuk long term, kata lecturer tula.
Boleh rosakkan buah pinggang kot.
Alih-alih makan koma.
Hambekkk.
Yang sadisnya jenama glemer-glemer ada gak yang guna ni.
Fungsinya sebagai pemanis kot.
Entah aku pon tak tau sangat.
Kawan aku penah citer gak somi dia koma lepas amik satu minuman pelangsing.


Yang penting aku memang tak ambik produk pelangsing.
Paling habis pon aku minum Green Fit je, fiber asli.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal