Holaaaa.
Salam 12 ramadhan semua :))).
Baru siap pack order customer dan update pages-pages.
Pages-pages? Kemahen macam banyak je pages ko eh hehe.
Tahun ni kan saya dah tambah lagi satu menu dalam senarai menu berbuka pose hikhik.
Iaitu char kuew tiawww.
Kiranya pes time buat la ni tau. Ada tak rupa char kuew tiaw? Ker rupa kuew tiaw masak sup kicap kahkah. Ada udang di sebalik kuew tiaw tapi semunyik lak dia.
Tapi kan semalam iya-iya je cakap kat encik somi.
Saya: Paa, nak tau tak harini ma nak masak char kuew tiaww.
Encik somi: Ok.
Saya: Ok jer? Nape macam tak kagum jerr. Ni pes time nak buat ni tauu.
Encik somi: Oh ek? Bukan mama dah penah buat ke sebelum ni?
Saya: ???? Tu beef kuew tiaw la papaa. Mana samaaaa.
Hemm. Camtula encik somi saya.
Beliau bukan tau nama masakan saya.
Semua main makan jer.
Bagusla juga sebab tak cerewet.
Saya masak sedap ke tak sedap ke dia makan je.
Cam haritu kitaorang pi buka kat luar.
Makan siakap masak stim limau.
Punyala sedap gilerr.
Saya tak boleh teringatkan siakap stim limau ni. Teros kecor tertelan-telan air lior. Tak batal pose kan?
Encik somi: Ma, nanti buatla camni (siakap stim limau).
Saya: ????? Bukan ma dah buat banyak kali ke? (3 kali jer sebenarnya pon).
SENTAPPPP.
Nampak sangat siakap stim limau haku tak rasa cam siakap stim limau gamaknya.
Berbalik pada citer char kuew tiaw saya memandangkan tajuk pon pasal makanan ini kan.
Nape tah tetiba plak siakap nak enterpem.
Tapi disebabkan saya memasak secara pantas gara-gara terstart masak lambat semalam.
Maka saya telah terkhianat resipi secara tak sengaja kahkah.
Resipi ori by si cantik fatin suhana.
Resipi terkhianat by saya kahkah.
Sediakan paste nya dulu kalau nak senang.
- Seberapa banyak udang sederhana saiz #lagi banyak lagi sedap pastu resdong ko tanggungla sendirik hehe
- 250 ml air
- 4-5 ulas bawang putih ( tumbuk tapi jangan halus sangat)
- 6sb sos tiram
- 3sk kicap pekat #saya guna kicap mee
- 3sb kicap manis
- 1/2sk maggi secukup rasa
- 1 kiub pati ikan bilis
- 1sk garam
- 2sk gula
Cara buat paste: #saya khianatinya kat sini
- Bersihkan udang. Kepala dan ekor saya asingkan.
- Rebus kepala dengan ekor udang dengan 250 ml air tapi saya telah bubuh air dengan banyaknya kahkah. Sebenarnya saya bubuh air sampai kepala dan ekor udang tadi tenggelam.
- Bila dah mendidih dan rasa cam pati udang tu seme dah keluar, buangkan kepala dan ekor udang tu. Pepandai la nak wat cane. Nak cedok keluar ke tapis ke.
- Campurkan semua bahan untuk paste tadi dengan air rebusan udang tu.
- Reneh sehingga jadi paste yang agak pekat. Matikan api dan biarkan paste sejuk. Patutnya begitula tapi memandangkan air rebusan saya adalah banyak maka saya biarkan saja dia jadi sup kicap kahkah.
Bahan untuk kuew tiaw plak.
- 1 paket kuey tiaw
- 1 sb cili mesin/ cili boh
- kerang (ikut suka banyak mana) #saya tak boh pasal kerang di kedai abes diborong orang
- taugeh dan kucai #kucai tak letak demi menjimatkan wang dapor kahkah
- 2 biji telur #saya guna 1 biji je sebab sama alasan di atas kahkah
Cecara:
- Tumis cili mesin hingga garing. Masukkan 8sb paste tadi. Tapi memandangkan paste saya telah menjadi sup saya tak masukkan dulu la.
- Masukkan udang dan kerang kalo ada.
- Masukkan 3/4 cawan air. Saya letak sikit je sebab paste saya kan dah jadik sup kahkah.
- Bila dah mendidih, masukkan kuey tiaw, kucai, taugeh dan kacau rata.
- Pecahkan telur dan kacau cepat-cepat.
- Tutup api.
- Dah nak berbuka baru saya masukkan kuah (paste) tadi supaya bila nak makan kuahnya masih ada.
Rasanya?
Bolehla tahan sedap walaupon terkhianat sana-sini.
Boleh buat lagi pasni.
PROMO GREEN FIT PERCUMA : KLIK HERE.
Sedang cari bedak/foundation for hari raya? KLIK HERE.


















