HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             
Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

owhhh my char kuew tiaw.





Holaaaa.
Salam 12 ramadhan semua :))).
Baru siap pack order customer dan update pages-pages.
Pages-pages? Kemahen macam banyak je pages ko eh hehe.


Tahun ni kan saya dah tambah lagi satu menu dalam senarai menu berbuka pose hikhik.
Iaitu char kuew tiawww.


Kiranya pes time buat la ni tau. Ada tak rupa char kuew tiaw? Ker rupa kuew tiaw masak sup kicap kahkah. Ada udang di sebalik kuew tiaw tapi semunyik lak dia.


Tapi kan semalam iya-iya je cakap kat encik somi.

Saya: Paa, nak tau tak harini ma nak masak char kuew tiaww.


Encik somi: Ok.


Saya: Ok jer? Nape macam tak kagum jerr. Ni pes time nak buat ni tauu.


Encik somi: Oh ek? Bukan mama dah penah buat ke sebelum ni?


Saya: ???? Tu beef  kuew tiaw la papaa. Mana samaaaa.


Hemm. Camtula encik somi saya.
Beliau bukan tau nama masakan saya.
Semua main makan jer.
Bagusla juga sebab tak cerewet.
Saya masak sedap ke tak sedap ke dia makan je.


Cam haritu kitaorang pi buka kat luar.
Makan siakap masak stim limau.
Punyala sedap gilerr.

Saya tak boleh teringatkan siakap stim limau ni. Teros kecor tertelan-telan air lior. Tak batal pose kan?


Encik somi: Ma, nanti buatla camni (siakap stim limau).


Saya: ????? Bukan ma dah buat banyak kali ke? (3 kali jer sebenarnya pon).


SENTAPPPP.
Nampak sangat siakap stim limau haku tak rasa cam siakap stim limau gamaknya.


Berbalik pada citer char kuew tiaw saya memandangkan tajuk pon pasal makanan ini kan.
Nape tah tetiba plak siakap nak enterpem.


Tapi disebabkan saya memasak secara pantas gara-gara terstart masak lambat semalam.
Maka saya telah terkhianat resipi secara tak sengaja kahkah.


Resipi ori by si cantik fatin suhana.
Resipi terkhianat by saya kahkah.


Sediakan paste nya dulu kalau nak senang.

  • Seberapa banyak udang sederhana saiz #lagi banyak lagi sedap pastu resdong ko tanggungla sendirik hehe
  • 250 ml air 
  • 4-5 ulas bawang putih ( tumbuk tapi jangan halus sangat)
  • 6sb sos tiram
  • 3sk kicap pekat #saya guna kicap mee
  • 3sb kicap manis
  • 1/2sk maggi secukup rasa
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 1sk garam
  • 2sk gula

Cara buat paste: #saya khianatinya kat sini
  • Bersihkan udang. Kepala dan ekor saya asingkan.
  • Rebus kepala dengan ekor udang dengan 250 ml air tapi saya telah bubuh air dengan banyaknya kahkah. Sebenarnya saya bubuh air sampai kepala dan ekor udang tadi tenggelam.
  • Bila dah mendidih dan rasa cam pati udang tu seme dah keluar, buangkan kepala dan ekor udang tu. Pepandai la nak wat cane. Nak cedok keluar ke tapis ke.
  • Campurkan semua bahan untuk paste tadi dengan air rebusan udang tu. 
  • Reneh sehingga jadi paste yang agak pekat. Matikan api dan biarkan paste sejuk. Patutnya begitula tapi memandangkan air rebusan saya adalah banyak maka saya biarkan saja dia jadi sup kicap kahkah.


Bahan untuk kuew tiaw plak.


  • 1 paket kuey tiaw 
  • 1 sb cili mesin/ cili boh
  • kerang (ikut suka banyak mana) #saya tak boh pasal kerang di kedai abes diborong orang
  • taugeh dan kucai #kucai tak letak demi menjimatkan wang dapor kahkah
  • 2 biji telur #saya guna 1 biji je sebab sama alasan di atas kahkah

Cecara:

  • Tumis cili mesin hingga garing. Masukkan 8sb paste tadi. Tapi memandangkan paste saya telah menjadi sup saya tak masukkan dulu la. 
  • Masukkan udang dan kerang kalo ada. 
  • Masukkan 3/4 cawan air. Saya letak sikit je sebab paste saya kan dah jadik sup kahkah. 
  • Bila dah mendidih, masukkan kuey tiaw, kucai, taugeh dan kacau rata. 
  • Pecahkan telur dan kacau cepat-cepat.  
  • Tutup api. 
  • Dah nak berbuka baru saya masukkan kuah (paste) tadi supaya bila nak makan kuahnya masih ada.

Rasanya?
Bolehla tahan sedap walaupon terkhianat sana-sini.
Boleh buat lagi pasni.




PROMO GREEN FIT PERCUMA : KLIK HERE.
Sedang cari bedak/foundation for hari raya? KLIK HERE.


Friday, July 27, 2012

sesi menayang menu berbuka owhhh my butter prawn.






Hai hai.
Harini saje je lambatkan posting padahal pagi dah siap dah taip entri.
Sebab kul 11 adalah macam tak sesuai nak tayang-tayang gambo makanan.
Kesian kat korang kalau terlior.
Dah ah tu waktu puncak kelaparan kan.
#Eh ada ker orang nak terlior tengok gambo makanan ko ahaks.


Hari-hari memasak adalah memeningkan nak pikir menu.
Dah ah tak tere masak pelbagai jenis juadah western india cina benggali seme.
Balik-balik itu jela yang aku masak pon.
Soto, nasik lemak, mi kari, mi bandung asyik tak jadik tiap taun, mi goreng basah, mi goreng kering, mihun goreng ada kaler, mihun goreng takda kaler, mihun sup tulang, kuew tiow beef, spagetthi, makaroni goreng, nasi ayam, nasik tomato, lontong.
Cer kira cukup tak 30 jenis menu.
Tak cukup ah pasal kengkadang kita mintak somi belanja makan luar.
Tak cukup jugak kita ulang tayang menunya ahaks.


Semalam tak tau nak masak apa kita keluarkan seme bembahan yang masih ada dalam esbok.
Lepas tu buat cabaran masterchef kat diri sendiri.
Sila sediakan hidangan menggunakan bahan-bahan disediakan lalala.
Ayam tinggal seketul. Sotong ada sekor je. Bunga kobis tinggal saki baki.
Jadi kita leburkan mereka menjadik tom yammmm.


Bembahan adalah cukup nak wat tom yam daun limau purut je takde. Tapi tak yah ah risauu sebab kita tak makan pon daun ituu ahaks.


Ting!!! Dah siap dah tom yam kitaa. Walaupon tak sesedap macam kat restoran dekat umah kita tapi adala rupa tom yam. Rasa pon macam rasa tom yam bukan rasa sayur masak bening ehh.


Butter prawn berkuah tapi kuah dah ilanggg. Bukan aku hirup ehh jangan nak tuduhh. 

Yeayy inilah hero dalam cerita ini sebenarnya agaga.
#Agaga tu apa sebenarnya? Bunyi ketawa eh? Macam comel je tulis agaga kan. Agagaaa ahaks.
Ye. Ye. Aku tau butter prawn tu takde rupa bersarang-sarang macam orang selalu buat tu.
Sebabnya aku suka butter prawn yang berkuah punya.
Kat JB ni butter prawn yang stail cenggitu (berkuah) aku pernah jumpa kat Damai seafood je.
Haritu pi Senibong order butter prawn dibaginya yang bersarang tu emmmm.
Tak gemar sangat yang kering dan bersarang tu.


Nak masak semalam barula sibuk nak gugel selongkar laci seme.
Carik resipi.
Tapi keciwa yang berkuah nyer susah tul nak jumpa.
Jadi aku memandai-mandai sendiri gabung seme resipi yang hadoo ahaks.
Hasilnya??
Not bad ahh. Sedap je kat tekak aku.
Adalah rasa butter prawn nyerr.
Lembapnya pon masih ada walau kuahnya dah ilang meresap masa aku masukkan telur.
Agaknya nak buat yang berkuah tak yah taruk telur kottt.


#Resipi len kali la aku letak. Besok ke..tulat ke..minggu depan ke..taon depan ke..


Last but not least,

Pari bakar bukan aku yang bakarrr. Aku cuma kasik terbakar itu daun pisang jee ahaks. Ni beli kat param je. Lauk tambahan lah kengkononnya. 


Habis diet somi aku camni. 
Aku tak diet ke? Takkk. 
Diet karang orang tak kenal aku plak. 
Ingat jerangkung dalam lemari.



PROMO GREEN FIT PERCUMA : KLIK HERE.



Monday, March 26, 2012

breakfast idea : french toast ala malaysia (roti telur).





Morning :).

Harini saya pose. Jadi, saya buat french toast sahaja untuk bekal risya pegi sekolah dan breakfast encik papa. Senang dan tidak membazir tenaga.
Kenapa saya tambah 'ala malaysia'?
Pasal aku tak toast dia tapi kasik goreng sama dia HUEHUEHUE. Ala senang citer nama dia masa kat kampung roti telur.


macam poyo kan roti telur ni nak duduk dalam pinggan kaler putih, ambik gambar dekat-dekat pulak tu macamlah pakai dslr HUEHUEHUE


Risya kalau hari bawak bekal roti telur kena bawak lebih. 
Sebabnya, masa first time bawak ni pegi sekolah kengkawan dia kasik perabis masa dia tinggalkan tupperware atas meja kantin sebab nak pegi basuh tangan. 
Untuk mengelakkan kejadian sama berulang, bawak jela lebih. Cian pulak kat kengkawan dia kan. 
Mungkin diaorang tak pernah rasa roti telur tersedap di dunia ni. 
Ikut suka akulah nak puji masakan sendiri kan HAHA.


Hei, uolls yang nak bajet badan kurus macam Victoria Beckham janganlah sesekali skip breakfast tau.


Macam tak lengkap poyo-poyo tunjuk gambar masakan sendiri tanpa mengajarkan sekali resipinya.
Walaupon semua orang pastilah tahu cemana nak buatnya.
Takpe.
Aku tulis ini resipi buat anak-anak gadis pingitan/anak teruna (apa ko ingat pompuan je ke masak?) yang baru nak kenal jalan ke dapor ya HEHE.


Bahan + Cara (tak perlu pensil dan kertas):

Pukul 3-4 biji telur dengan secubit garam + sedikit gula + sedikit susu segar (saya guna full cream dutch lady)
Celup roti yang telah dipotong tiga segi/empat segi sama/empat segi tepat.
Goreng dalam minyak panas.
Toskan dia.
Dah siap dah. 

Senang kan? Tak bazir tenaga kan? Sambil pejam mata pon boleh buat kalau tere. Kalau tak tere mungkin akan tergoreng tangan sendiri HUEHUEHUE.


Friday, January 20, 2012

siakap masak stim : cincang, campak dan baham.






Lepas kejadian kenduri ikan haritu asyik terbayang jer kesedapan ikan masak stim. 
Jadi semalam tetiba tingggg dapat idea nak buat sendirik ikan siakap masak stim.


Gugel-gugel resipi dulu.
Oh senang sangat.
Bolehla masak sambil layan blog kuikuikui. 


Resipi saya ambik kat >>SINI.


Saya tulis semula kat sini.
Takmo salin pon takpa. Hapal je ek.
Esok-esok boleh buat.
Yang dah tere atau takmo buat boleh terus pegi taip komen hihi.


Step 1 : Sediakan bahan dan cincang-cincang mana yang patut.

  • Ikan siakap (cuci dengan tepung gandum/asam jawa)
  • Bawang putih cincang 
  • Cili padi cincang (saya ganti dengan cili besar merah tu sebab risya dengan zikry nak makan juga takut pedas)
  • Halia racik halus-halus
  • Bawang besar racik halus-halus
  • Serai racik halus-halus
  • Daun limau purut
  • Sos ikan (saya takda jadi guna garam jerr)
  • Air limau nipis
  • Sedikit gula
  • 1 sudu teh minyak masak (saya belasah guna minyak jagung sebab nak abiskan stok huhu)
  • Air (untuk yang suka berkuah macam saya)
  • Tomato dan daun sup (saya tambah sendiri untuk tambah seri wajah ikan huhu) 

Step 2 : campak semua dalam periuk

  • Gaul ikan dengan sos ikan/garam.
  • Tabur semua yang telah diracik dan dicincang ke atas ikan.
  • Tabur gula.
  • Siram dengan air limau nipis dan minyak masak (untuk lembutkan ikan).
  • Kukus selama 20 minit.
  • Masukkan daun limau purut.
  • Kukus lagi 10 minit.

Step 3 : sedia untuk membaham.




Makan masa tengah panas.
Nyam-nyam. Dapnyeerr (pinjam ayat cik ina hehe).




nota-noti:
Yay! Yay! Next week cuti sekolah.



Tuesday, November 29, 2011

Agar-Agar Corak Awan Larat




Mempersembahkan...




Agar-agar bercorak awan larat. Ekceli resipi asal kena buat belang-belang (pusar-pusar) macam ubat nyamuk tu. Dah namanya tangan takde seni corak camnilah jadi. Awan laratlah sangattt. Kahhhh..


Semalam aku tegar je pegi shopping complex dengan muka bintik-bintik ni. Kena bawak jugak muka ni merata-rata sebab baju 70's untuk konsert risya aku belum beli lagi. Beriya kan aku. Padahal konsert sekolah tadika jer pon kann. Apa der hal. 


Aku jelajah dua buah shopping complex. Kat dua-dua tempat amoi pusat kecantikan kejar aku. Mulalah dia merapu muka aku ada jerawatlah hape. Malam sikit eh. Itu parut chicken pox okeh. Malas nak layan aku autalah suami aku garang. Nanti kalau lambat aku kena belasah haha. Pucat muka amoi tu kejap. Haha. Keji tak aku?


Dengan penuh rendah diri aku share resipi agar-agar awan larat tadi. 

Bahan-bahan:

- Agar-agar 1 bungkus (18 gm)
- 1 tin susu cair
- 5 biji telur
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu teh esen vanilla
- Sedikit coklat (nak pakai sirap pon no hal)
- Gula

Cara-cara:

  1. Panaskan agar-agar dengan 5 cawan air (1250 ml atau ikut sukatan air belakang bungkusan  agar-agar) hingga cair.
  2. Masukkan gula secukup rasa. Nak manis ke tak nak manis terpulang.
  3. Kisar telur dengan tepung jagung dan esen vanilla.
  4. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam agar-agar dan kacau tanpa berhenti hatta nak garu-garu sekalipon.
  5. Apabila telur nampak macam dah masak (lebih kurang 5 minit) masukkan susu cair.
  6. Kacau lagi untuk beberapa minit.
  7. Asingkan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan coklat/sirap (coklat cairkan pakai double-boiler; kalau takda berkreatiflah guna periuk biasa).
  8. Buatlah corak belang kalau korang tere. Aku memang tak tere. Aku cuma tau teknik je tapi bila apply hancuss. Caranya, mula-mula letak yang kaler asal dulu. Lepas tu tuang kat atasnya yang dah campur coklat/sirap. Lepas tu ulang lagi secara selang-seli sampai habis.
  9. Biarkan sejuk lepas tu bolehlah dimakan beramai-ramai dengan yang tersayang ^__^.


nota kaki:
Nak BW tapi nak kena sidai kain dulu. Zikry pon dah ber**. Kena basuh montot dia dulu. Jap gi aku jengahlah korang.

Wednesday, November 9, 2011

Time Raya Haji Buat Projek





Hai. Masih melantak daging korban tak habis-habis lagi kah? Hehe.


Raya haji saya balik rumah bonda kat Gunung Lambak, Kluang tu. Lepas ziarah tok mak incik papa, mengembangkan perot dengan pelbagai makanan raya dan berehat-rehat (tido-tido ayam) sebentar menenangkan fikiran yang gusar saya pon memulakan projek dengan yakin.


Projek kali ini ialah membikin KEK COKLAT KUKUS MOIST. Untuk pertama kali dalam hidup.


Hui. Kamu tahulah skill baking saya kan haha. Lepas kegagalan muffin haritu saya belumlah patah semangat nak cuba kek pulak.


Biasanya saya lebih gemar masak di dapor sendiri. Sebab kalau apa-apa hal berlaku pada masakan tersebut hanya Allah, saya dan incik papa yang tahu hehe.


Tapi kali ni saya beranikan diri memasak di dapor emak dengan berhadapan ramai orang (mak, bapa, adik, adik ipar dan maid indonesia adik). Seolah-olah bersedia untuk dibahan apabila kek tersebut mungkin gagal terjadi. Sudahla maid indon yang bernama Lis tu beriya-iya nak belajar buat kek dan sedang kumpul wang gajinya untuk beli sebiji mixer. Dia tak sabar-sabar nak tengok mixer kepunyaan emak saya tu berpusing, LOL.


Dan akhirnya. Mujurlah. Air muka saya tidak jatuh di hadapan semua orang. Kek tersebut ternyatalah sedap. Lembap, padat, gebu, lembut, tak manis sangat. Kiranya perfecto lah. Teruja saya menyuruh semua orang merasanya dan mengharapkan mereka memuji-muji saya hehe. Tengok emak pon begitu teruja dengan kek yang jadik tersebut maka puaslah hati saya. Hehe.




Macam sebiji donat gergasi.



Walaupon hiasannya agak huduh (Risya buat) tapi rasanya langsung tak huduh.



Anak buah, Akif yang dari mula kek siap dia tak sabar nak usik kek tersebut. Mak Long bangga kamu teruja dengan kek Mak Long hehe.



Risya cuma teruja nak kacau orang buat kek dan potong kek. Dia kurang gemar makan kek. Bagus. Boleh mama melantak sengsorang haha.



Adunan kek tersebut banyak sehingga boleh dapat 2 bijik kek sekaligus. Saya tak tepek resipi kali ini sebab rasanya macam semua orang dah tere buat kek coklat kukus moist ni. Aku saja yang baru nak heboh, LOL!



nota-noti:
Kalau ada yang mahu resipi baru saya tepeklah.




Wednesday, November 2, 2011

Percubaan Berani Buat Muffin Sendiri





Tengok orang lain buat muffin dekat blog nampak macam senang maka saya pon jadik berkobar-kobar nak buat jugak. Walaupon saya sedarlah skill baking-membaking saya masih tahap pra-sekolah, LOL! Tu pon  masih berani nak berangan masuk masterchef haha. Tak kisah ah kan. Kita kena berani berimpian atau dengan kata lain berani berangan-angan ala mat jenin haha.


Apa-apa hal pon sebelum membuat sesuatu yang sukar macam muffin ni (ha..nak gelakkan aku ler tuu) kita wajib mentelaah dulu (gila ngkau nak buat muffin pon sampai kena mentelaah) supaya tak tersalah langkah kelak. Saya bermaster chefkan blog SINI dan SINI.


Bila tengah studi-studi resipi supaya meresap dalam kepala barulah sedar saya takda dulang untuk bakar muffin (tiffin muffin). Macam nak kecewa dah mulanya pasal malas nak pegi beli. Nanti tambah sesak dapur cenonit saya tu. Tapi rupanya ada jer jual bekas muffin khas yang yang tak payah guna tiffin muffin pon.




kasihan aku, tiffin muffin pon baru nak kenal.


Bahan-bahan semuanya pakai sukatan cawan. Ada jer resipi bagi sukatan gram tu tapi saya takda penimbang. Takkan nak pinjam timbang kedai ikan pulak kan haha.


Cawan ada banyak kat dapur. Peninglah pulak nak pakai cawan mana. Yang ada gambar mickey ke yang love-love ke yang beli kat ikea punya. Haha. Takda kaitan dengan corak cawan pon. Apalah punya sengal kan. Bila google-google jumpalah fakta (tak tahulah benar ke palsu) 1 cawan = 250ml. Oh..barulah tahu. Kasihannya aku kan, lagi sekali.



Sekarang jomlah tengok mak budak yang berani-berani takut nak buat muffin sendiri. Tanpa bantuan ibu bapa hatta jiran tetangga. Huhu. Pilihan hari ini muffin pisang berwalnut. Kemainnn...kan. Tak padan dengan tak reti.



Mula-mula satukan bahan-bahan kering dalam satu mangkuk, iaitu:



2 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan brown sugar
1/2 sudu teh garam
1 cawan roasted walnut (bakar pada suhu 100ºC selama 6-7 mt)
1 sudu teh serbuk kayu manis




Satukan bahan-bahan basah dalam mangkuk lain.



1/4 cawan butter (dicairkan dan disejukkan)/minyak masak boleh juga rasanya
2 biji telur
1 cawan susu segar (saya pakai dutchlady full cream)
1 sudu teh esen pisang
7 biji pisang berangan (diramas, tapi aku lenyek)


Telur tu macam biasalah pukul-pukul dia. Kemudian bubuh esen pisang. Tapi saya rasa esen ni menyebabkan muffin berbau agak kuat. Lain kali buat saya tak mahu guna esen lagilah.


Butter cair tadi saya masukkan. Masa ni dah takut dah sebab butter tu macam jadik berketul-ketul. Tapi redah je ah kan. Kata orang, berpantang maut sebelum ajal. Bukan saya tapi muffin tulah kan. Belum tentu lagi ajal dia nak sampai. Semuanya bergantung kat tangan saya sekarang.


Masukkan susu pulak sedikit demi sedikit sambil pukul-pukul adunan. Pisang ramas/lenyek dimasukkan.





Tuang adunan bahan basah ini ke dalam mangkuk adunan bahan kering. 
Gaul-gaulkan dalam 4-5 kali. 



Masukkan adunan ke dalam bekas muffin 3/4 penuh. Mujur ada pembantu walaupon sekejap saja bantuannya. Alasan sakit perut padahal nak tengok kartun. Janganlah sampai anak dara nanti buat alasan camtu. Memang nak kena ah tu.



Sebelum bakar macam ada harapan muffin ni tak menemui ajal di tong sampah.





Bakar pada suhu 180ºC - 200ºC (ikut kesesuaian oven) selama 25 mt. Oven jangan lupa panaskan dulu. Ni basic ni. Kalau tu pon tak tahu baik campak jerlah oven kat tong sampah. Saya bakar guna dua-dua tingkat sekali. Entah apa silapnya yang tingkat atas hangus yang tingkat bawah langsung tak masak. Tak guna punya oven!



Hasil yang dah siap bakar. Kecewalah sikit sebab muffinnya tak naik sangat T__T. Patutnya terkeluar dari bekas kan. Muffin pon boleh bantat ke? Konpius. Rasanya pon tak sesedap muffin season T__T.



Kesimpulannya, kena improve lagilah tu. Cancel ah nak berangan masuk masterchef, LOL!.



nota-noti:
Muffin ni aku buat masa nak pegi Cameron haritu. Tapi baru nak terpublish. 

Friday, October 14, 2011

Ada Apa Dengan Mee Hoon?



assalamualaikum..

Anda semua pernah menonton filem Ada Apa Dengan Cinta tak? Alah yang Dian Sastro dengan Nicholas Saputra berlakon tu. Saya ingat lagi masa tu saya bekerja sebagai tutor di UTM. Ada bilik sendiri (jauh pula dari lecturer senior yang lain) maka bebaslah nak buat hape pon hatta menari cha-cha tiada siapa nak pedulik. Hakikatnya, saya tak pernah pon menari cha-cha semasa itu. 


Saya sangatlah gila dengan cerita ini hingga ulang CD dia sampai 729 kali kat PC. Sampai hapal dialog si Cinta tu sebijik-bijik. Siap lekat poster Nicholas dengan Dian kat bilik rumah sewa. Siap beli kaset (masa tu kaset) lagu-lagu filem ini lepas tu ulang dengar dalam kereta pergi balik kerja. Tu takpa lagi. Siap perasan muka sendiri ada iras-iras Dian Sastro wakakak. Boleh blah!




Apa??? Takda rupa Dian Sastro? Memanglah. Saya tahu lama dah. Wakaka. Itu saya dengan rakan sekerja bukan incik papa. Masa ini belum jadi isteri orang lagi. Oh ya. Gambar ini sudah minta izin incik papa untuk tampal di sini dengan syarat nyatakan jejaka itu bukan dia. Heh! Mentang-mentanglah. Cuba kalau yang berdiri sebelah saya ialah Nicholas Saputra. Mesti nak ngaku itu dia.


Tulah dia. Orang suruh carik tajuk research proposal saya bantai buat benda lain. Last-last research tah ke mana saya pon tercampak ke lembah ini. Angan-angan nak jadik lecturer bergelar Dr phd pon terpadamlah. Wakaka. Takpa-takpa. Barang yang lepas jangan dikenang. Kalau dikenang tak bawak kau ke mana-mana pon. Realitinya, sekarang saya pon lecturer jugak. Kerja meng'lecture' anak-anak.


Ok. Dah-dah. Sebenarnya saya nak cerita pasal benda lain. Harini saya rasa macam banyak benda nak tulis. Harap anda semua bersabar. 


Oh. Ya. Tajuk hari ini ada berkaitan dengan mee hoon maka kita teruskan dengan cerita mee hoon pula. Ada Apa Dengan Mee Hoon?


Takda apalah!


Nak sharing resipi mee hoon kuah sempoi ni jeh ha yang benarnya. wakaka.


Selama ini (sepanjang berkahwin) bila jumpa mee hoon di dapor saya akan jadikan ia menu mee hoon goreng. Nak pelbagaikan rasa kadang-kadang goreng ia jadik kaler merah, kadang-kadang kaler coklat (boh kicap) dan kadang-kadang kaler putih. Bila jemu buat menu mee hoon sup pula. Bila jemu lagi kita carilah resipi lain pula.


Maka terhasillah menu mee hoon kuah sempoi ini. Alhamdulillah. Risya suka sangat. Ibu manalah yang tak senang hati bila anak yang cerewet makan tambah bermangkuk-mangkuk. Bukan tambah mangkuklah! Siap ulang makan lagi hingga keesokan harinya. Tak perlu berusaha beriya-iya di dapor tapi dapat membuat makanan disukai anak-anak. Itulah kegembiraan seorang emak-macam-haku. Kehkehkeh.


Sebelum tampal resipi haruslah mintak tumpang lalu (sambil terbongkok-bongkok dan menutup muka) kat otai masakan seperti cik ina, ayu, No dan suri hidup mama serta lain-lain :). Ni belum sharing buat kek lagi nih. Lagi nak kena bongkok-bongkok silap-silap meniarap terus sembunyik bawah meja sebab malu dengan dani, nieza, izan, ratusiput serta cik ina lagi sekali. Hahaha. Takpa-takpa. Lambat tahun lagi kek aku nak jadik. Salahkan incik papa sebab tak nak belikan aku mixer. wakaka. asyik ketawa dari tadik rasa nak lempang pulak.


Walaupon sepatutnya resipi macam ini tak layak tampal tapi haruslah ditampal juga manalah tahu ada anak dara atau teruna perantauan yang belum kenal mana satu sudip mana satu senduk mana satu halia mana satu lengkuas mana satu kayu manis mana satu kayu api wakaka boleh dapat inspirasi kan.


Ok. Dah-dah. Bosan baca kau membebel dari tadi. Tah bila nak habis.


Sediakan, 

Bawang merah, bawah putih, cili merah dan halia. Kisar.

Daging. Hiris, rebus lalu ambil air rebusannya.

Udang (kalau ada). Kopek kulitnya dan rebus kulit tersebut dan ambil airnya.

Sotong.

Sawi dan tomato

Sos tomato, sos cili dan sos tiram.


Let's do it!

Tumis bahan kisar.

Campak sotong. Tumis kejap. Masukkan air rebusan daging + daging dan juga udang + air rebusan kulit udang (kalau ada).

Biarkan mendidih. Campak tomato, sawi dan pelbagai jenis sos.

Boh garam.

Curah dalam mee hoon yang telah dicelur terlebih dahulu.


Ha. Sempoi je kan. Bagus buat praktis masak-masak. Buat main pondok-pondok dalam reban ayam pon best juga. Sebab confirm kau akan rasa macam terror dalam dunia mengalahkan anak jiran sebelah. Wakaka.


Bagi otai masakan seperti yang disebut di atas anda janganlah gelak-gelak ya. Saya sedang malu :P. 


Resipi credit to: En. Jamhari dan Kak Ruslin. Maafkan hamba sekiranya resipi anda dieksploitasi sesedap rasa (diaorang tak bacalah blog kau labu!)


nota-noti:
Sori. Hari ini saya terasa ingin merapu lalalala.


Wednesday, August 17, 2011

Ketuk-Ketuk Ramadhan: Nasi Tomato Ringkas & Ayam Masak Merah






Wah wah orang dah mula sibuk buat persiapan raya nampaknya.
Aku nyer je tak settle apa-apa lagi.


Semalam buka masak nasik tomato je.
Biasa aku buat lauk kari ayam tapi kali ni buat ayam masak merah.
Sajer nak try.


Aku nyer pesen nasik tomato lain sikit.
Pesen cincai dan senang.
Sesuai untuk orang tak tere cam aku ahaks.


Nasik tomato aku nampak cam kaler putih pasalnya buah tomato yang aku guna tak cukup ranum. Ayam masak merah cam terkagum dengan diri sendiri tetiba haha.


Aku bagila resipi ye walaupon sebenarnya malu giler kott nak share.
Macamla ada orang berkenan dengan resipi ko kan.
Haha. Lantakla labu.
Blog aku kan sukeati arr nak share apa pon.
Share resipi nasik tomato je pon haha.


RESIPI NASI TOMATO RINGKAS dan MENYIHATKAN gitewwww

Bembahan : Beras, tomato, minyak jagung, bawang merah, bawang putih, kayu manis, bunga lawang, kismis, badam

Cecara :

  • Basuh beras dan toskan.
  • Tomato dalam 3-4 biji bergantung berapa pot beras yang diguna. Kalau boleh pilih yang merah dan masak ranum. Belah-belah semua tomato tu selagi boleh. Jangan cincang sudah.
  • Kat dalam rice cooker, panaskan minyak jagung. Tumis bawang yang dah dihiris bersama kayu manis dan bunga lawang.
  • Dah garing sikit, masukkan tomato dan lenyek-lenyek je.
  • Tutup penutup rice cooker. Biarkan tomato masak kat dalam rice cooker tu sekejap.
  • Masukkan air, beras kismis beserta badam kalau suka. Garam sikit.

Siappp. Dah boleh rilek baca sok kabar.


RESIPI AYAM MASAK MERAH HENTAM SAJALAH LABU


Bembahan:

  • Ayam 1/2 ekor
  • Cili kering 17 tangkai (siap kira u olls) - rebus - buang biji - kisar
  • Bawang merah, bawang putih dan halia - kisar
  • Sos tomato, sos cili, kicap
  • Asam jawa
  • Gula dan garam


Cecara:

Basuh ayam dan toskan. Lumur kunyit dan garam kat ayam.
Goreng ayam.
Kat periuk/kuali lain, tumis bahan kisar.
Masukkan air asam jawa, gula dan garam sikit (ayam tadi dah bergaram agak-agak la ya)
Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap sikit.
Masukkan ayam goreng tadi.

Dah siappp. Sambung baca sok kabar semulaa.


Pastu kalau suka leh tambah acar timun nenas tu.
Barula nampak cam beli kat kedai kan.
Leh berlagak dengan mak mertua ahaks.


Waktu aku tengah sibuk goreng ayam boleh plak si zikry nak campak tomato dalam kuali.
Dia ingat ni nak main bola jaring ke hape.
Kang tak pasal ada orang muka sopak raya nanti.


#Aku tengah konpius sekejap. Sejak bila blog aku jadi blog masak-masak eh?

Tuesday, August 16, 2011

Ketuk-Ketuk Ramadhan : Beef Kue Teow



Assalamualaikum..

Mood blogging sudah menjunam dengan begitu hebat sekali.

Tapi masih punya hati mahu menempek cerita baru.



Menu berbuka semalam. 

Beef Kue Teow a.k.a Kue Teow Daging Lembu.

Walaupon masak separuh hati mujur jadik juga.

Lagi separuh hati?

Ntah.

Mungkin asyik teringat persiapan raya yang belum selesai.

Nak resipi kah?

Nah.


Bahan-bahan:

Sebungkus kue teow (basuh bersih, bilas dengan air panas sikit dan toskan)

Daging (rebus)

3 ulas bawang putih (aku ketuk aje)

Halia muda (hiris nipis - tak nak letak pon takpe pasal aku pon lupa letak semalam sedap juga)

Bawang besar (racik - samalah kalau nak buat-buat lupa letak pon takpa)

Sayuran (aku pakai sawi jepun dan carrot - terpulang nak sayur apa - nak letak daun bawang je pon boleh)

Kicap masin, kicap mee, kicap manis, sos tiram

Tepung jagung (bancuh dengan air)

Telur



Cara-cara:

Panaskan sedikit minyak. Goreng kue tiow bersama pelbagai jenis kicap. Nak kasik kue teow ada kaler.

Kat periuk lain, tumis bawang putih dengan halia (kalau letak) dan juga bawang besar (kalau letak).

Dah naik bau, masukkan daging dan air rebusannya.

Dah mendidih, masukkan segala jenis kicap yang ada di dapur beserta sos tiram.

Tak payah garam pasal kicap pon dah masin.

Kurangkan garam dalam masakan. Lebihkan masin dalam kehidupan. Apa kau merepek ni haaa??

Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

Campak telur. Kalau jadik telur goyang memang meleleh ah. 

Malangnya yang aku buat semalam telurnya terlebih masak - kempunan nak tengok telur goyang T___T.

Kuah dah siap.

Sayuran tadi kalau guna carrot kena rebus sekejap. Sawi celur kejap je. Kalau daun bawang tabur ajer.

Nak makan taruh kue tiow dalam pinggan - siram dengan kuah - letak sayuran.

Sekian.


Harini nak masak apa pulak haa??? 





Friday, August 12, 2011

Sajian Istana Di Zaman Silam



Assalamualaikum...

Mempersembahkan....(dah tak rasa bersalah)..puasa dah banyak hari kan.




Itulah sajian istananya. Mee hoon sup tulang. Pasal apa? Pasal aku guna rempah sup adabi (serbuk punya). Kat peket tu ada tulis Sajian Istana Di Zaman Silam. Kehkehkeh.


Mee hoon sup tulang (lembu ya bukan kambing atau kerbau atau ayam atau ayam belanda sekalipon) adalah menu wajib ada kat rumah aku masa bulan puasa. 


Kalau beli tulang aku salu pilih part tulang rusuk. Tulang lain aku tak tahu lah sedap ke tidak. Korang penah rasa tulang punggung lembu? Aku tak penah.


Masak sup semua orang reti. Ada yang masak cara sup siam (kalau makan kat kedai kelantan adalah sup siam ni). Tapi nih cara aku masak sup. Resipi turun-temurun dari bondaku. Terbaekkk pada tekak aku sendiri. Hahaha. Takda orang puji aku sendiri pujilah. Takda hal punya.


RESIPI MEE HOON SUP TULANG DARI ISTANA PULAI PERDANA

Bahan-bahan:

  • 1 kg tulang rusuk. Basuh dan toskan. Air tos tu buat pegi siram pokok nanti pokok ko gemok. Percayalah.
  • 4 biji bawang merah kecil dan 2 biji bawang putih. Kisar. Nak tumbuk pakai lesung ke pakai buku lima ke suka hati korang. Janji benda tu lumat. Tak yah lumat sangat pon takda hal. On je. Aku otai bila masak.
  • Halia. Ada orang kisar sekali dengan bawang. Tapi aku lebih suka ketuk je sampai penyek.
  • Kayu manis dengan bunga lawang.
  • Rempah sup ADABI (serbuk). Bancuh dengan air paip ke air masak sukahati. Jangan air kopi sudah.
  • Kentang. Kupas kulit. Belah 4.


Cara Memasak:

  • Rebus tulang dengan halia penyek tadi hingga tulang empuk.
  • Kat kuali lain, tumis bawang bersama kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau. Bau wangi. Sedap.
  • Masukkan bancuhan rempah sup tadi. Tumis sampai pecah minyak.
  • Masukkan dalam rebusan tulang tadi.
  • Masukkan kentang.
  • Dah mendidih dan kentang dah empuk taruklah serbuk perasa macam garam ke. Gula tak payah. Ajinomoto memang aku tak guna takut kepala botak. Kalau nak letak boleh tapi sikit aje.
  • Siap dah. Masa hidang tabur daun sup, bawang goreng dan taugeh. Rugi sapa tak makan taugeh. Khasiatnya tinggi. Panjangkan umur (kekal sihat) dan tingkatkan kesuburan.
  • Nak tambah sedap makan dengan sambal kicap.

Nak buat sambal kicap pesen aku senang aje. Cili api dengan gula - kisar (kalau rajin tumbuk lah). Lepas tu taruh kicap pekat. Siap dah.


Mudah betul kan. Aku memang suka masak mudah macam gini. 



nota-noti:
Pada yang masih tanya camna rasa air kathira, korang tengoklah bahan-bahan yang aku tunjuk semalam lepas tu agak-agak sendirilah. Lemaknya macam air bandung tapi sirap versi rasa pandan campur air mawar. Tapi pandannya lite-lite jer rasa. Pokoknya sedap...bagi akulah.


Thursday, August 4, 2011

Ketuk-Ketuk Ramadhan: Mee Kari



Assalamualaikum..

Maka setelah berfikir sebanyak seratuslapanplohnam kali maka saya mengepostkan satu entri berbentuk makanan buat rangsangan mata mengantuk bukan merangsang selera hingga tak sabar nak berbuka. Dengan penuh rasa bersalah,


mee kari masak sendiri untuk berbuka semalam (bangga pasal masak kari tak tere)


Sekarang cuba bayangkan anda berada dalam rancangan ketuk-ketuk ramadhan bersama sheila rusly (kut??).  Jadi tak perlu rasa nak ketuk saya kan sebab pagi-pagi tepek gambar makanan.


Kalau untuk bersahur saya memang suka lauk ringkas-ringkas (malas-malas paling tepat) macam telur goreng atau nasik gorenglah yang terpaling ringkas. 


Namun untuk berbuka kenalah yang spesial sikit demi meraikan kemenangan selepas menjayakan satu hari berpuasa. Sebab tu lepas satu bulan puasa kita ada hari raya - iaitu hari menghadap juadah yang terpaling spesial bermula dari rumah ibu bapa ke rumah-rumah berikutnya. Macam saya tak boleh nak bayangkan hari raya tanpa ketupat dan sambal kacang. Boleh meleleh air hidung di pagi lebaran.


Bukan ke terlalu awal untuk bercakap soal juadah hari raya? Hehe.


Ni resipi mee kari orang tak berapa nak pro, tampalan untuk suka-suka. Bagi yang TAK memasak atau TERE masak entri ini berakhir di sini. Hahaha.


Bahan-bahan utama:

  • Mee kuning/spaghetti. Basuh dan celur dengan air panas. Toskan.
  • Bawang merah + bawang putih + halia. Kisar.
  • Kayu manis + bunga lawang.
  • Cili kering yang dikisar.
  • Rempah kari baba's (daging dan seafood bergantung hidupan apa yang nak digunakan). Campur dua-dua. Bancuh dengan air.
  • Santan. Aku belasah pakai yang kotak je pasal malas.


Aksesori penyedap (sukahati nak letak ke tak):

  • Ayam, fishball, fishcake dan kerang.
  • Tauhu. Goreng dan toskan.
  • Tomato. Hiris-hiris. 
  • Tauge.
  • Daun kari. 
  • Telur rebus.

Cara-cara:

  1. Tumis bahan kisar dengan kayu manis dan bunga lawang. Kalau ada daun kari tumis sekali.
  2. Masukkan rempah kari dan tumis sampai naik minyak. Kacau ya. Kalau tak nanti kau naik minyak lak tengok rempah tumis kau hangus.
  3. Masukkan ayam. Agak-agak dah empuk sikit masukkan air sikit.
  4. Dah didih sikit masukkan hidupan laut, fishball dan fishcake beserta tomato.
  5. Agak-agak dalam 5 minit masukkan santan pulak. Garam dan serbuk perasa lain kalau nak.
  6. Dah siap.

Bila nak makan, taruh tauge dan tauhu berserta hiasan lain untuk nampak lagi menawan.


nota-noti:
Rasanya harini nak beli pari bakar kat param lah.

Friday, May 27, 2011

Jikalau Sedih Ingat Yang Manis-Manis

Assalamualaikum..

Pagi ini aku macam rasa sedih sikit. Tak tahulah pasal apa. Biarlah. Nanti oklah tu.


Ini makanan manis kesukaan aku. Telah berusaha beberapa kali mencuba menghasilkan puding roti bertaraf sempurna. Tapi hasilnya masih mendukacitakan. Tapi okeh juga pasal masih enak jugak dimakan walaupon tak berapa enak dipandang lebih-lebih lagi dalam gambar. Itu salah puding roti tu sendirilah kan. Siapa suruh dia tak fotegenik. Haha.

Aku sedarlah dalam bab-bab kueh-mueh nih tak berapa nak terror. T__T. Sebab tu tak pernah nak buat kueh raya sendiri pon. Uh. Malu. Malu. Sebenarnya aku malas. Haha. 

Puding roti kali ini aku ambil resipi dari >>SINI. 

Biar aku namakan dia Puding Roti Lizan. Sebab ini lizan punya. Aku suka resipi dia. Senang. Takda bahan pelik. Sukat bahan pon senang pakai sudu dengan tin. Hehe.


RESIPI PUDING ROTI LIZAN

Ini bahagian paling best. Salin resipi.

Bahan-bahan puding:

  • 8 keping roti gardenia. Roti gardenia tau. Roti lain takmo. Gardenia bak sini seposen.
  • 1/2 tin susu cair. Susu sejat tu susu cair kan?
  • 1/2 tin air putih. Tak kisahlah air masak ke air paip bertapis janji bukan air sirap. (tambah kalau perlu masa rendam roti).
  • 1 biji telur ayam. Telur itik takmo.
  • 2 sudu besar gula.
  • 1 sudu besar tepung kastad. Demi mengikut kehendak resipi aku beli tepung kastad walaupon lepas tu tak tahu nak buat apa dengan tepung neh. Jangan suruh aku buat kueh kastad pasal aku malas tak pandai buat kueh.
  • 1 susu teh esen vanilla. Sudu kecik tahu bukan taruk teh boh.
  • 1 kotak kismis.

Bahan-bahan sos manis:

  • 1/2 tin susu cair. Baki yang tadi neh.
  • 2 sudu besar gula.
  • 3 sudu teh tepung kastad. 
  • Beberapa titik esen vanilla.

Cara-cara Membuat:

Ini bahagian yang kadangkala tak terbuat.

Buat puding rotinya dulu.

Carik-carik roti. Aku sebenarnya tak paham nak carik macam mana. Koyakkan kut? Aku dah kata dah aku tak pandai korang neh. Jadi untuk kali nih aku potong lawa-lawa bentuk segitiga. Kali lain aku buat aku koyak sesuka hati (aku dah buat 2 kali resipi neh).

Rendam roti dengan susu cair (separuh jer dari 1/2 tin tadi) dan juga air putih tadi secukup rasa bagi roti kembang.

Tabur kismis. Lalala. Seronok part neh.

Susu cair yang separuh lagi tadi blend dengan telur, gula dan esen vanilla. Patutnya kena kacau takpon pukul kot. Aku malas. Jadi aku blend sesedap rasa.

Tuang bahan kisar ke atas roti. Roti tadi aku dah siap-siap rendam dalam loyang. Cepat sikit kerja aku.

Bakar pada suhu 160 darjah C selama 25 minit. Suka aku tengok taim dia kena bakar. Mengembang semacam. Tapi dah sejuk kempis. Hemm..

Buat sos/kuah dia pulak.

Senang. Panaskan je semua bahan. Kacau-kacau jangan lupa. Aku terlupa nak kacau jadi terhangus sikit. Haha. Tapi kuah dia sedap. Aku hirup-hirup jer sebab pudingnya dah habes.














Saturday, May 21, 2011

Nikmat Paling Nikmat Di Pagi Sabtu

Assalamualaikum..

Pagi Sabtu semangat berkobar-kobar lain macam.



Ini adalah hidangan yang hanya dimasak pada hari istimewa saja. Iaitu hari tetiba menjadi rajin. 

Aku nak kata sambal tumis tu sedap tahu. Bukan setakat sedap tapi SANGAT SEDAP. Muntah sekarang. Kahkahkah. Tapi ini hakikat yang tak boleh dinafikan sesuka hatilah. Bukan setakat diri sendiri yang memuji. Ex-hausmate aku puji. Suami orang puji. Erkk. Suami kawan akulah. Suami sendiri? Tak cakap apa-apa. Tapi kalau aku cakap nak buat nasik lemak dia mesti bersorak-sorak. Hahaha.

Aku bukan pandai masak sangat. Tapi kalau buat sambal tumis neh aku memang terror setengah mati. Haha. Setengah mati tahu nak buat sambal tumis. Bersin sepanjang mengerjakan cili sudah suku mati. Membersihkan bijik cili suku mati lagi.

Cara orang buat sambal tumis mungkin lain-lainlah. Neh cara yang diperturun oleh mak aku:

Mula-mula rebus cili kering yang dah dipotong. Taruk sikit minyak masak supaya senang membuang bijinya kelak. Senanglah kerja neh. Ini namanya bersenang-senang dahulu bersusah-susah kemudian.

Cili dah lembut mari membersih bijinya secara bermati-matian. Aku cukup menyampah part susah neh. 

Blend cili bersama beberapa biji bawang merah. Kemudian tumis blender. Hep. Tumis bahan dalam blender.

Sambil mentumis, KICAP dilupa jangan. GULA juga dilupa jangan.

Dah garing tu taruklah udang ka sotong ka ikan bilis ka telor ka kakaka. Kemudian ASAM JAWA dan garam juga dilupa jangan.

Siap.

Ceh. Tak yah ajarlah. Yang baca neh masak lagi terror daripada engkau.

Ok. Malu sudah.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal