HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             
Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

cara rawat ketumbit kelakar tapi mujarab.






Aku sedang menaip bersungguh dengan mata yang potek.
Tau tak mata potek?
Potek pasal aku tutup dia ala-ala pirate of carribean.
Sebabnya mata aku kena ketumbit .
Atau tembel samala tu.
Bukan sebab aku suka mengendap ehh jangan nak pitnah.
Aku ada habit suka gosok mata tu la pasalnya.
Jari kotor pegang tah hape pastu gosok mata.
Memang saje cari penyakit.


Dulu-dulu masa sekolah kalau nak baikkan ketumbit ni aku guna petua cabut bulu mata.
Macam kelakar tapi benar.
Menjadik kalau ko cabut kat tempat yang betul.
Kalau nasib tak baik botakla mata ko.


Tapi sekarang ni aku dah jumpa penyelesaian yang lebih baik.
Tak perlu korbankan bulu mata yang dah sedia sikit dan pendek.
Nampak macam kelakar jugak cara ni tapi percayalah mujarab pasal ini dah kali ketiga aku buat.


Beriya ni aku ambik gambo step-by-step demi nak nunjukkan.


sediakan bembahan berupa : Pantiliner FC Bio, air, cekak rambut, gunting kecil

Kalo lelaki mintakla wife pantiliner sekeping. 
Yang suci punya eh bukan yang dah dia pakai tau ekeke.
Jenama FC Bio je tau jenama lain rasanya tak jalan pasal yang FC Bio ni ada herba macam antiseptik untuk basmi kuman.


Ambik sekeping pantiliner, gunting kepada 3 bahagian. Guna 1 bahagian je yang lain simpan balik.


Basahkan bahagian atas pantiliner dengan air (air paip pon boleh). Jangan sampai lencun pulak.


Tampalkan pantiliner tadi kat cekak rambut. Pastikan yang bergam dilekat kat cekak. Bahagian atas yang dah dibasahkan tadi nanti nak tampal kat mata.


Pakai cekak (nila penyebab mata potek) dan pastikan pantiliner tadi kena kat bahagian mata yang kena ketumbit. Akan rasa berangin sikit. Pakai selama 1 jam atau selama mana yang tahan atau sampai korang rasa kesan berangin tu hilang. Abaikan pipi yang ada pori-pori besar tu ya. Pipi sape entah tu. Tak nak ngaku.


Pakai sekali ni je pon ketumbit tu dah menyusut.
Rasa sakit akan berkurangan.
Kalau ketumbit tu baru nak tumbuh lagi cepat baiknya.
Lepas dah bukak bolehla buat keje-keje lain.
Pastu kalau masih rasa sakit boleh ulang lagi. Guna balance pantiliner yang dah gunting tadi.
Yang bersih punya jangan guna balik yang korang dah pakai tadi.



Atau kalau korang nak guna cara lain pon boleh. Klik >>SINI



PROMO GREEN FIT PERCUMA : KLIK HERE.


Wednesday, October 12, 2011

Petua Melicin & Menghaluskan Kulit



Assalamualaikum.

Ada orang dah memang dianugerahkan kulit halus bak bayi. Sampai dewasa pon masih berkulit bayi. Jelesnya saya (alah perempuan memang suka jeles). Nanti kalau kita beli produk sama macam diaorang tak jadik pon kulit kita macam diaorang kan kan. 


Tengok nih. Dah berbotol-botol (padahal sebotol pon tak habis lagi wakaka) produk safi rania dok tenyeh kat muka eh eh tak jadik cam rozita che wan pon kan kan. Hahaha. Lempang karang.




kadang-kadang tertenyeh Avail Brite tooth gel ke muka



Jadi demi nak berusaha mendapatkan kulit halus macam bayi tapi bajet takda nak cucuk vitamin C mari kita guna bahan-bahan dapur. Murah. Boleh dapat kat kedai runcit. Confirm tak kena tipu dengan amoi beauty centre punya. Apa yang penting kenalah rajin. Kalau malas apa pon tak boleh.


Bahan-bahannya:

Beras pulut - basuh dan disangan (tau sangan kan?) lalu dikisar
Asam jawa adabi takda biji - cap apa pon bolehla labu
Limau nipis - perah airnya aje


Campurkan kesemua bahan dan dibiarkan kembang seketika. Lepas itu sapukan ke wajah anda. Biarkan selama 10 minit. Sementara tu bolehla pegi tido atau kalau rajin macam aku (bluwek!) buatlah kerja-kerja membersihkan rumah. Lepas tu terlupa dah ada tepek benda kat muka. Lalu 10 minit terbabas 240 minit 72 saat. Haha.


Tapi jangan khuatir. Bahan semulajadi tak memudaratkan kulit anda. Bahkan menambah keberkesanannya. Semasa nak cuci gosok secara perlahan serbuk kat muka tadi. Jangan genyeh kuat-kuat nanti tersiat kulit anda tanggung sendiri ya.


Lebihan masker ini boleh guna juga buat scrubbing badan berdaki. Tang keti boleh sental kuat-kuat. Kasik keluar semua kesan kehitaman haha. Kat tumit pecah pon boleh (kaki surirumah selalu pecah tumit).


Hasilnya, anda rasa kulit lebih halus, lembut dan cerah <--pada perasaan aku lah.


Saya tak tahulah ramuan ni sesuai untuk semua jenis kulit ke tak. Sebab masa mula-mula letak ada rasa sikit pedih. Kalau jenis kulit jerawat bernanah tu mau melompat kalau kena asam limau tadi tu kan. Saya rasa kalau masalah kulit kusam atau berjeragat boleh cuba ini.



nota-noti:
Cerita Jewel in the Palace based on a true story. Tak rugi tengok. Cerita sejarah, motivasi dan kekuatan. Bukan kisah cinta murahan atau picisan.



Thursday, September 29, 2011

Cara Mengatasi Ulat Bulu Yang Dah Naik Daun...



Baca sampai habis nanti aku kasik resipinya.


Sebelum tu,


Harini anak mama, Zikry genap berusia 2 tahun. Sabtu nanti kita celebrate okeh babeh!


Terima kasih Mutiara Nolan atas hadiah keychain dari Labuan tu :).


Ada beberapa komen kengkawan sebelum ni masuk ke spam rupanya, jadi aku baru publishkan. Pada orang baru maafkan aku gara-gara komen pegi tempat yang salah aku terlambat menjengah korang.


Assalamualaikum...


Mari kita kembali ke kisah ulat bulu miang tadi. 


Terbakar hati bila tiap pagi kena menghadapi mereka ni. Sudahlah kena bersihkan noda yang mereka tinggalkan tiap pagi kat porch aku lepas tu terpaksa pulak menahan perasaan bila pokok-pokok hiasanku penuh dengan gigitan cinta.




Antara yang menjadi mangsa kerakusan ulat bulu miang


Uh! Punyalah tensen. Tapi aku bersabar aje dengan karenah ulat-ulat bulu ni. Aku carik dia kat celah daun. Aku lenyek sampai hati. Eh. Sampai mati. Dengan harapan ulat bulu lain insaf nak datang menjamu selera kat rumah aku nih bila tengok nasib rakan seperjuangan mereka <--- yang sebenarnya aku malas nak buat racun.


Berdosa tak bunuh ulat bulu?


Akhirnya kesabaran aku dah sampai tahap impak maksima. Sebab ulat bulu macam tak serik. Terpaksalah rajin-rajinkan diri buat racun sendiri guna bahan-bahan dapur.


Oh. Aku memang tak gemarkan racun serangga yang guna bahan kimia tu. Sebab boleh membahayakan penduduk setempat iaitu aku anak beranak. Lagipon susah nak simpan. Ada anak-anak kecik kat rumah lagilah kena prihatin tentang penyimpanan bahan membawak maut macam ni.


Cukuplah aku membebel. Ni ramuan racun selamat tapi tidak boleh menyelamatkan ulat bulu daripada sakit perut yang mungkin boleh mengakibatkan mereka berak berdarah :


  • 1 liter air
  • 1 sudu besar minyak masak/minyak sayur
  • 1 sudu besar sabun basuh
  • 4-6 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2-3 biji cili api/lada hitam (tumbuk)


Campurkan semua bahan. Bila nak guna campurkan dengan air iaitu sebanyak 1:4 ( 1 larutan stok dengan 4 air). Tapis dulu larutan tu seeloknya. Tapi aku malas nak tapis ekeke. Siram kat daun pokok. Misti daun pokok aku menggelitat kepedasan sama.


Oh ya. Ramuan ni korang boleh guna bukan saja untuk ulat bulu tapi serangga mengunyah yang lain macam kumbang, belalang, siput dan lintah bulan.


Untuk serangga yang suka menghisap hingga teratai layu di tasik madu macam kutu daun, koya, pianggang, teritip atau kulat putih gantikan cili api tadi dengan essential oil/halia/serbuk kunyit.


Idea ramuan dari : Abdul Rahim Rashid, Pakar Hortikultur.



nota-noti:
Lebih baik guna racun macam ni. Supaya tak terjadi kes macam sorang surirumah tu terminum racun semut sebab ingat tu sirap pandan. Takat terteguk sabun basuh ok lagik kut hahaha.



Monday, June 13, 2011

Petua Pecahkan Biji Angin





Assalamualaikum..

Korang penah kena biji angin tak? Tempat peberet dia nak tumbuh selalunya leherlah. Kalau kena ni memang tak selesa. Leher sakit kepala pon sakit. Namanya biji angin sebab dekat tempat yang sakit tu boleh rasa dengan jari ada benda berbiji-biji kat dalam. Tulah biji angin bukan angin pasang ya!


Sekarang ni leher saya punyalah sakit gara-gara biji angin jahat nih. Saya dah pegi berurut sebab tak tahan sangat. Hambek kau! Sampai jadik naga akak tu dok urut leher saya.


Kasihan pulak tengok kakak itu. Dah macam nak pengsan pon ada.


Dia kasik sikit petua nak pecahkan biji angin tu.

Caranya, ambik sedikit lada hitam + ketumbar + jintan manis.
Bubuh dalam buntil. Bila nak guna panaskan buntil dengan seterika. Lepas tu tuam. 

Tapi saya belum buat lagi pasal malas. Hehe.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal