HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Thursday, September 29, 2011

Cara Mengatasi Ulat Bulu Yang Dah Naik Daun...



Baca sampai habis nanti aku kasik resipinya.


Sebelum tu,


Harini anak mama, Zikry genap berusia 2 tahun. Sabtu nanti kita celebrate okeh babeh!


Terima kasih Mutiara Nolan atas hadiah keychain dari Labuan tu :).


Ada beberapa komen kengkawan sebelum ni masuk ke spam rupanya, jadi aku baru publishkan. Pada orang baru maafkan aku gara-gara komen pegi tempat yang salah aku terlambat menjengah korang.


Assalamualaikum...


Mari kita kembali ke kisah ulat bulu miang tadi. 


Terbakar hati bila tiap pagi kena menghadapi mereka ni. Sudahlah kena bersihkan noda yang mereka tinggalkan tiap pagi kat porch aku lepas tu terpaksa pulak menahan perasaan bila pokok-pokok hiasanku penuh dengan gigitan cinta.




Antara yang menjadi mangsa kerakusan ulat bulu miang


Uh! Punyalah tensen. Tapi aku bersabar aje dengan karenah ulat-ulat bulu ni. Aku carik dia kat celah daun. Aku lenyek sampai hati. Eh. Sampai mati. Dengan harapan ulat bulu lain insaf nak datang menjamu selera kat rumah aku nih bila tengok nasib rakan seperjuangan mereka <--- yang sebenarnya aku malas nak buat racun.


Berdosa tak bunuh ulat bulu?


Akhirnya kesabaran aku dah sampai tahap impak maksima. Sebab ulat bulu macam tak serik. Terpaksalah rajin-rajinkan diri buat racun sendiri guna bahan-bahan dapur.


Oh. Aku memang tak gemarkan racun serangga yang guna bahan kimia tu. Sebab boleh membahayakan penduduk setempat iaitu aku anak beranak. Lagipon susah nak simpan. Ada anak-anak kecik kat rumah lagilah kena prihatin tentang penyimpanan bahan membawak maut macam ni.


Cukuplah aku membebel. Ni ramuan racun selamat tapi tidak boleh menyelamatkan ulat bulu daripada sakit perut yang mungkin boleh mengakibatkan mereka berak berdarah :


  • 1 liter air
  • 1 sudu besar minyak masak/minyak sayur
  • 1 sudu besar sabun basuh
  • 4-6 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2-3 biji cili api/lada hitam (tumbuk)


Campurkan semua bahan. Bila nak guna campurkan dengan air iaitu sebanyak 1:4 ( 1 larutan stok dengan 4 air). Tapis dulu larutan tu seeloknya. Tapi aku malas nak tapis ekeke. Siram kat daun pokok. Misti daun pokok aku menggelitat kepedasan sama.


Oh ya. Ramuan ni korang boleh guna bukan saja untuk ulat bulu tapi serangga mengunyah yang lain macam kumbang, belalang, siput dan lintah bulan.


Untuk serangga yang suka menghisap hingga teratai layu di tasik madu macam kutu daun, koya, pianggang, teritip atau kulat putih gantikan cili api tadi dengan essential oil/halia/serbuk kunyit.


Idea ramuan dari : Abdul Rahim Rashid, Pakar Hortikultur.



nota-noti:
Lebih baik guna racun macam ni. Supaya tak terjadi kes macam sorang surirumah tu terminum racun semut sebab ingat tu sirap pandan. Takat terteguk sabun basuh ok lagik kut hahaha.



49 comments

September 29, 2011 at 8:33 AM

itu kalau ulat bulu betul... macam mana pulak kalau ulat bulu JADIAN??? hoho...

September 29, 2011 at 8:36 AM

ulat bulu jadian, bagi kawin je.

September 29, 2011 at 8:45 AM

ulat bulu jadian?

dengan rela kasi gigit....

hahahaha

September 29, 2011 at 8:46 AM

hoho...umah saya takde bunga-bungaan(dasar pemalas)...x leh nak aplikasi..haha.

September 29, 2011 at 8:52 AM

kalau ulat bulu yang ngurat orang ble sembur tak?

September 29, 2011 at 8:57 AM

err. ada ea terteguk racun kak. bahaya beno. tu yg jgn letak kat dapur. tak pasal2 keracunan.

September 29, 2011 at 8:59 AM

mak aih..cik betty lenyek ulat bulu? kalo chii la kan..mmg xde la gamaknya..

hurm..bagus gak resepi ni..nnt leh la chii share2 ngan makcik..sebba bahaya gak kan kalo guna racun yg di jual di pasaran..

September 29, 2011 at 9:01 AM

@bujal X


boleh juga..bujal nak cuba dulu x? hehe

September 29, 2011 at 9:03 AM

hihi...ingat sapolah ngurat akak tadi :P...bagus la dan bernas idea ni...nanti nk tiru oke...

September 29, 2011 at 9:11 AM

Sembur kat ulat bulu berkaki dua pun mujarab rasanya tu. :)

September 29, 2011 at 9:21 AM

@kakcik

hahaha! tepat sekali kak cik..

September 29, 2011 at 9:21 AM

Mmg sakit hatikan..bila ulat bulu miang nie makan2 pucuk2 pokok.. TQ laa sharekan sama resipi nak wat racun original gini.. :)

September 29, 2011 at 9:40 AM

waaa takut ulat bulu.betul2 ke jadian ke memang takut.wah bguna tips cik betty nih.nnti dah ada rumah sendiri bleh diaplikasikan bila bercucuk tanam.tq :)

September 29, 2011 at 9:48 AM

kak,1st2 jat baca tajuk jat ingtkan lelaki2 gatal tau.haha

September 29, 2011 at 9:53 AM

kalau kat rumah banyak
sgt ulat yg warna putih
dok kat daun pokok...halus je
dan mcm kapas ...mencii betuii

September 29, 2011 at 9:55 AM

Ohh..bagusnya Cik Betty berkongsi ilmu 'racun meracun'ni. Walau Ate tak ada tanam walau satu jenis pokok pun kat umah, tapi apa2 ilmu yg baik pasti manfaat suatu ketika nanti. Terima kasih Cik Betty.

September 29, 2011 at 10:28 AM

woh pandainya dia mracun! nxt year boleh la akak prktikkn petua rina ni. la ni msih duk rumah tinggi t.kuasa nk bcucuk tnm ;P

September 29, 2011 at 10:36 AM

Ada lah sayang...Awk ada dlm list Langganan Ate di bhg bawah. Adik cantik jgnlah merajuk...Panic Ate dok cari nama awak kat list yg mana. Mujur tak sakit jantung Ate.

September 29, 2011 at 11:07 AM

Cool gila! Racun organik! Nie yg bagus nie. Lagi satu, kena cari resipi racun organik utk cicak. Umah tu, segala macam cicak. Berlambak!

September 29, 2011 at 11:10 AM

Kalau kakak tak rajin nak buat itu semua rina. Kakak simbah je dgn air sabun - geram kalau pokok kena makan ulat. Pokok rumah kakak pulak semut huh... geram betul!!

September 29, 2011 at 11:23 AM

boleh diaplikasikan ni.. ;)
setakat ni kat rumah cuma masalah semut dan cicak..
nak marah takut nanti lagi banyak dia datang.. kalau sabar pulak.. geram je tengok..

September 29, 2011 at 12:58 PM

kalau dah merosakkan pokok xpe bunuh je..ingatkan ulat bulu miang nk ngorat gadis tadi..hehe

September 29, 2011 at 1:03 PM

Err ... petua nk bg hilang semut pulak camana .. tak larat nak sembur la... sembur hilang pastu ada balik .. semut hitam.. semut merah ..geram lorr..

September 29, 2011 at 1:04 PM

wah siap ado resepi buat racun lg..haha

September 29, 2011 at 1:10 PM

oh lupo lak bg tau...actually pemakaian spec bkn la penyebab power naik yer...tp x dinafikan pemakaian contact lens better in terms conrolling power...

September 29, 2011 at 2:05 PM

bagus la resepi racun rina ni boleh bagi mak saya sbb dia rajin tanam bunga, saya tak tanam bunga tapi setakat tanam serai kunyit ngan cili ada la tapi tak plak kena serangan ulat bulu atau serangga kalau kena serangan nanti boleh guna resepi racun ni.

September 29, 2011 at 2:09 PM

hehe..ingatkan nak kasi resepi masak memasak lagi....tp ni resipi bunuh-membunuh serangga.....

September 29, 2011 at 4:02 PM

tgk blog ai cepat!!!!

September 29, 2011 at 4:31 PM

berkesan ke racun ciptaan tu

September 29, 2011 at 5:26 PM

alhamdulillah pokok2 sy kat umah tak penah lgi kena serang ulat...

mesti geli tengok kan...

awww... nanti masuk dlm kain lak...hehe

September 29, 2011 at 6:02 PM

rumah saye byk pokok bunga.. sy bela anak ayam sekor je.. keje die tolong mkn semua serangga perosak.. :)

Anonymous
September 29, 2011 at 6:26 PM

moga2 ulat2 tu parking kat tempat lain pulak. huhu

September 29, 2011 at 8:00 PM

ulat tu merosakkan daun dan akhirnya bole membunuh pokok..akakpun tensen..pokok jadi tak sihat gara2 tetamu yg tak diundang..

September 29, 2011 at 8:15 PM

hehe.. sekali ulat bulu btol dahhhh.. ingat ulat bulu len.. hehe :)

September 29, 2011 at 11:44 PM

bila tgk resepi tu, agak2 kucing pun menggelitat kalau terminum. hahahaa!!!! nice share. love it!

September 30, 2011 at 12:04 AM

askum

terima kasih share resepi.... nnt nak try kat ulat gonggok kat umah saya... !

macehhh ya!

September 30, 2011 at 12:45 AM

harap2 rina jgn telan tau sabun tu hehe...

bagus la ni rina,1st time tgk resipi bkn utk di makan ni..bley try ni..tq!~

September 30, 2011 at 9:17 AM

terkejut boboy ingatkan sapa yang naik daun tadi.

thanks lenkali boleh cik ina guna petua ko ni. habis siulat tu makan pokok daun kari ngan limau purut cik ina.

September 30, 2011 at 11:46 AM

saya sellau kena gatal2 kulit sbb taik ulat. tu ulat bulu yg berak ke kak? ahaaa, tapi saya akan cuba lah ! txs for teh tips ! :)

September 30, 2011 at 12:22 PM

bagus juga ni..bolehlah try kat mana-mana ulat bulu

September 30, 2011 at 3:04 PM

perghhh...mcm harimau jadian la plak huhuhuuhhu..

ulat bulu jadian pun ada hahahaaa

September 30, 2011 at 3:52 PM

ulay bulu mmg menjengkelkan!! :O
waaa, siap kasi resepi nak buat racun lagi eyh!! will try then..hehe.

October 1, 2011 at 10:17 AM

mabeles buat racun sendiri..keeelasss!hehe

October 2, 2011 at 11:02 PM

Mmg miang ulat bulu ni yek. Akak selalu guna penyembur sheltox aje. Yg sembur lipas tu.

October 3, 2011 at 1:37 PM

oleh krn x berkebun so umah sy x de pokok2 yg ada lipas n semut waaaargggg leh guna petua yg sm ke nk hapuskn makhluk2 ni? ;-)

October 3, 2011 at 8:39 PM

hihihi...racun yang bagus tue...bahan2 tu semua ada kat umah hihihi.....kat umah kita satu pun tak ada pokok bunga huhuhu malas nak melayan....

October 3, 2011 at 11:53 PM

resipi racun macam msak black pepper.
cuma letak sabun jek...hahahaha...
err..tengah cari resipi racun untuk halau semut nih...=)

October 4, 2011 at 9:39 AM

sori rina No lame tak singgah ya..

alhamdulillah,s ampai juga akhirnya..

hepi besdey 2 Zikry ye..dengan ucapan cewah..ucapan la pulak auntyNo ni hehe..takde la..auntyNo doakan semoga ZIkry akan menjadi anak yang soleh ya sayang..semoge dapat membanggakan kedua ibubapa suatu hari nanti...amiiiin..

mmm, ok juga petua racun serangga tu rina..tp skang No dh xde tanah nk menanam..nk beli pasu bagai ni hurrmmmm...sabo la dlu hehe...

sezenne
April 15, 2015 at 2:13 PM

Saya pun pnh buat racun homemade mcm ni...tp kelamaan daun tu jd merah/kuning dan kering..dia seakan panas mungkin sbb bwg putih tu

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal