HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Friday, November 11, 2011

Merawat Chicken Pox Ikut Cara Tradisional






dia marah saya ambik gambar. dia kata orang sakit pon ambik gambar ke??? grrrr


Agaknya sekarang musim chicken pox sebab abang van Risya cakap ramai budak sekitar sini yang kena jugak.


Sebenarnya dia dah kena dari minggu lepas (sebelum raya haji) tapi saya tak perasan sebab cuma sebiji ajer tumbuh kat telinga. Sebab sebijik aje maka saya ingat bintat biasa. Dia pon tak demam ke hapa. Sihat walafiat melompat-lompat macam biasa tak reti diam.


Tapi ropenye, virus chicken pox tu suka bersemayam dalam seminggu kat dalam badan baru dia keluar. Lepas raya haji barulah tumbuh bintil-bintil berair tu. Saya syak dah ini chicken pox. Dari rumah mak cepat-cepat berkemas balik Skudai nak pegi klinik panel punya pasal. Tapi sebab raya haji (raya ke-2) doktor pon takda pegi beraya ataupon pegi bedah lembu. Klinik 24 jam pon nama aje 24 jam tapi doktor tah ke mana.


Dah petang-petang barulah dapat jumpa doktor. Pegi klinik pon sebab nak pastikan betul tak itu chicken pox. Doktor kasik ubat demam, ubat sirap tahan gatal, calamine lotion dengan sirap vitamin.


Sesetengah penyakit kena juga rawat dengan cara tradisional walaupon sesetengahnya macam tak logik kan. Tapi sebagai manusia apa salahnya kita berusaha asalkan cara tu tak menyalahi hukum Islam mahupon undang-undang Malaysia.


Ni antara yang saya buat untuk rawat Risya:

1. Kasik minum air kelapa muda


Cara ni agak pemes kan. Tapi ada syarat juga. Kelapa mudanya tak boleh jatuh ke tanah. Apa reasonnya saya tak tahulah. Dah mak cakap camtu saya ikut jer. Incik papa pon gigih panjat pokok kelapa depan rumah mak. Mujur rendah je. Dapatlah ambik pakai tangga.


2. Lumur badan dengan daun semambu/daun neem

Orang india banyak tanam pokok ni. Tapi kalau nak pegi mintak kat rumah diaorang ada pantang-larangnya. Contohnya, tak boleh ambik daun ni lepas pukul 5.30. Tak tahulah kenapa. Mungkin ada kaitan dengan agama hindu diaorang. Lepas tu diaorang biasanya berat hati nak bagi pasal kalau kita guna daun tu chicken pox tak baik nanti diaorang sendiri guna pon jadi tak baik. Huhu. Tahler. Nak senang pegi aje beli kat kedai bunga india. Takda pantang larang. Dapat nasihat free lagi.



pinjam google punya


Daun semambu ni saya tumbuk lepas tu lumur kat badan Risya. Buat alas dia tido juga. Saya letak bawah cadar. Kalau nak ikutkan penjual bunga india tu patutnya kena pakai cadar baru. Huhu. Malas nak beli cadar baru tapi hari-hari cadar Risya saya basuh. Kira barulah tu..baru basuh. Hehe.


Risya macam selalulah. Paling tak gemar ubat-ubatan tradisional ni. Busuklah. Tak selesalah. Memang payah sikit nak ubat kalau budak ni jatuh sakit. Dari kecik camtu.


Ada juga petua saya jumpa daun semambu/daun neem tumbuk/kisar sekali dengan beras dan kunyit. Harini saya ingat nak buatlah. Tapi belum beli kunyit pulak dah.


3. Tak mandi/mandi dengan air sagu biji/mandi air ramasan daun neem

Ada macam-macam versi petua yang saya dengar/baca.


Ada orang kata tak boleh mandi takut chicken pox tu terbantut kat dalam. Tapi macam rimas pula tengok Risya tak mandi. Tapi masa dia demam memang saya tak mandikanlah.


Ada yang kata pula mandi dengan air rendaman sagu biji. Caranya, rendam sagu biji dalam baldi. Lepas tu buat mandi. Dah habis air refill je. Jangan mandi pakai sabun katanya. Kalau nak guna sabun juga pakai eubos sebab formulanya tak berasaskan sabun.


Kalau nak guna daun semambu/daun neem, ramas-ramas jelah daun tu dalam air. Lepas tu buat mandi.


Anda rasa cara mana patut saya buat? Tak mandi? Mandi dengan sagu biji? Atau mandi dengan daun semambu/daun neem?


4. Asingkan pakaian dan tempat tidur

Baju-baju Risya saya basuh asing. Tempat tidurnya pon saya asingkan daripada adik dia. Saya jelah yang tido dengan Risya. Kesian Zikri. Rindu nak main dan peluk-peluk dengan kakak dia. Tapi kadang-kdang dia memang pegi jugak nak bergomol dengan kakak dia. Bukan reti saya marah. Nasib ah kakak dia dah reti. Adik kejar dia lari. Takut jangkitkan adik.


5. Tak menggoreng dalam rumah

Saya sebenarnya tak berapa pasti pasal benda ni. Kata orang tua-tua, kalau menggoreng dalam rumah orang yang sakit chicken pox tu rasa bisa. Tapi demi Risya saya ikut jelah. Tapi tumis-tumis tu buat jugaklah. Dah terpaksa kan.


6. Gantung daun semambu/daun neem dalam rumah

Petua ni katanya untuk elak orang lain dalam rumah kena jangkitan chicken pox tu. Saya buat jugalah. Gantung-gantung kat celah pokok bunga kat tingkap hehe.

Ada juga petua saya jumpa suruh letak halia dalam kolah. Rumah saya mana ada kolah. Jadi saya tak buatlah.


7. Pantang makan

Untuk sementara ni saya hindarkan Risya daripada makan kicap. Makanan-makanan lain tu takdalah nak pantang. Ayam, mee goreng, telur dia belasah jer. Orang kata nanti gatal kan. Abeh tu macam kasihan pulak nak halang-halang dia makan. Dahla dia tu kurus macam somalia.


8. Jangan kena hujan

Orang kata kalau kena hujan takut parut tu jadi berlekuk. Tapi kena hujan zaman sekarang ni memanglah tak baik untuk kesihatan kan. Hujan asid banyak. Udara kan dah tercemar. Tak kira sakit chicken pox ke sihat walafiat ker tak payah ah nak pegi main hujan. Bukan macam dulu-dulu. Selamba jer kalau nak main hujan.


Tu jelah petua yang saya tahu.


nota-noti:
Hari ni mungkin lambat sikit saya jengah korang.


44 comments

November 11, 2011 at 8:37 AM

dulu cerita dari makcik sebelah rumah
kata mandi je kasi keluar semua
bijik tu

syahmi kena masa tengah syokk bercuti
di cherating..huhu~

November 11, 2011 at 8:49 AM

Semoga raisya cepat sembuh ya..
Daun semambu tu first time sy dengar.Dulu kena chicken pox masa umur 22 thn siksanya rasa..sampai sekarang ada scar kat dahi..huhu

November 11, 2011 at 8:50 AM

Seme petua Rina tu mmg betul! Petua tradisional berkaitan dgn campak semenya ikut akal logik gak. Ikut je bg reda bisa campak. Msh teringat sy yg kene campak dulu. Ms demam tu yg teruk. Pas demam, sbr jelah dgn campak yg gatal! Adeiii!

November 11, 2011 at 9:00 AM

tak boleh mandi tu petua tak masuk akal~percaya lah~keh keh~

November 11, 2011 at 9:05 AM

follow sini....

http://nazrieda-anakku.blogspot.com/

November 11, 2011 at 9:09 AM

byknya pantang larang..ekceli sy nie tak berapa mengikut mitos2 nie.hehe

sy akan ikut klu pantang larang tu releven.klu tak memang derhakalah. cthnya mak usu kt johor kata org dlm pantang tak boleh potong kuku.gila nak biar panjang smp 44hari.kena anak nti cmna.tajam tu.haha..

bab minum air kelapa tu memang wajib amalkan.huhu

klu anak demam kena mandikan..tak boleh mandikan tu cuma mitos..

apa pun terpulang kepada kepercayaan masing...:)

November 11, 2011 at 9:13 AM

banyak nya pantang tp bagus kluo masa kecik ni...kita dulu keluo dh tua masa ngandung Nabhan...sarat pulak masa tu...pakai bedak daun rambai je tkpun daun cermai...parutnya tk berapa jelas nanti...Esyhad yg sulung tu dulu yg bawa virus...Alhamdulillah parut dia tk berapa nmpak dah saya je teruk sikit....

November 11, 2011 at 9:14 AM

saya kurang sikit bab2 tradisional ni. cuma bab minum air kelapa tu je lah kot. sebab sedap. boleh minum hari2. heheh~

daun mambu tu mmg petua femes tapi saya tak penah cuba walau kene ciken pox 2 kali. malas nak gi cari. heheh~

ok risha, esmoga cepat sembuh. nanti boleh main2. :D

November 11, 2011 at 9:20 AM

Sekarang musim da...kawan sal pon kena.
Anak sal dulu kena cacar, tp sal guna daun semambu juga letak bwh alas tido dia. bila mandi sal gunakan air rebusan daun mambu tu. Sapu ngan daun yg dah ditumbuk pn buat jg. Sembang2 ngan student india dia ckp minum air mambu tu, ha...yg tu sal tak buat la...ngeriii sket.

November 11, 2011 at 10:15 AM

time chicken pox mmg banyak pantang kena jaga kan.. waktu akak& anak2 kena mmg hujan tu paling jaga takut parutnya berlekuk nnt..

November 11, 2011 at 10:54 AM

alololooo ksian adik tuu. sy doakan ceoat smbuh.. petua2 tu elok diikut, tp bab tak mndi tu.. langgar je la. merepek kot..

November 11, 2011 at 11:18 AM

cepat sihat ya Risya.. cuma kalau aku.. benda² yang ada logik akal baru aku ikut.. yang lelain tuh tak.. nak elak jangkit bukannya senang tapi kalau dah kena masa kecik senang sikit.. cam aku dah dekat 30 taun baru kena.. huhuhu..

November 11, 2011 at 11:26 AM

"byk2 petua tu yg minum air kelapa ngan daun mambu jer akak buat...tp ank2 akak kalau dah demam ni diorang tk nak minum air kelapa pun..puas paksa2 tau...tp kata org nak minum air tu bkn beli yg dlm plastik tau,kena beli ngan buah dia sekali pastu suruh diorang tegok dari buah jer...lg mujarab kata org ler...bila agak kering bedakkan ngan daun mambu ni...digiling dn cmpur bedak sejuk..tepek...akak tk buat pun..sekadar lapik ditmpt tidur jer..."

November 11, 2011 at 11:26 AM

Alaa kesianyaa..ngan Risya.. mmg susah nak jaga kalau kena chicken pox nie.. Anak akak dulu pun bila kena guna daun bambu tu ler.. Pas tuh makan ubat doktor .. kejap je baiknya.. :)

November 11, 2011 at 11:36 AM

ini pun dah banyak petuanya...

nak printlah..takut anak-anak ema terkena nanti..

tq

November 11, 2011 at 11:44 AM

seeloknya kena mandi...jgn percaya petua kalu kena CF jgn mandi...mandi seperti biasa

November 11, 2011 at 12:08 PM

alamak, cian Risya...

but the good thing is...
pasni antibodi dia kuat so insyaAllah dia kebal pastu kesan parut tu lekas hilang berbanding kena masa umur tua...


maaf, lama tak komen sini sbb semalam masuk tak jumpa blog ni!
what happen rina?
mcm2 blogspot ni kan...huhu


dan, mekasih sudi tag say tpi sya uat lmbat sket yea...
soalan awk mencabar sgt lah...
kalah spm ni! hehehehe

November 11, 2011 at 12:09 PM

sy rasa akak ramas2 daun neem dalam air tuk Risya mandi.. yer tak..? :)

secara kesimpulannya...Daun Neem ni mmg ubt tuk chiken pox ni la eh..

masa sy kena dulu...umur 17 tahun...agak merana juga la...dtg sekolah muka bertanda2...malu...rasa macam nak sambung cuti sekolah sampai tanda2 tu hilang...dek kerana SPM dtg juga la... :)

lebih baik kena masa kecik dari besar.. :)

November 11, 2011 at 1:41 PM

Awal tahun ni .. saya dgn anak2 kena .. tapi awak banyak sangat pantang lah ..

Saya minum air kelapa jugak .. tapi beli je kat kedai .. mana nak cari pokok nak panjat2 ..

TP kan demam cam pak ni kena kerap mandi .. bg badan sejuk sebab demam ni panas ...

Lepas tu minum sup ayam banyak2 supaya cepat bintik2 keluar ...bila cepat keluar cepat lah baik ..

kicap mmg x makan takut lekat bekas / hujan pun sama ..

Daun tu memula saya ambik jugak pas tu rasa sepah/ semak rumah terus buang .. haha ...

November 11, 2011 at 2:02 PM

Kalau anak2 kena, saya bagi minum air kelapa, makan ubat klinik & sapu ubat calamine yg warna putih tu.. mandi macam biasa je.

November 11, 2011 at 2:09 PM

bnyk pantang larangnya penyakit tu..kena sabar merawatnya kerana lama sikit baru sembuh..

November 11, 2011 at 2:44 PM

seeloknya mandi... baru bersih sedikit badan tu... kalau gatal, sediakan daun semambu untuk dikibas2kan...

November 11, 2011 at 3:00 PM

rina tau tak dlu akk ingat daun smambu tu daun buluh mntang2 bunyi mcm bamboo

ank bongsu akk dh siap2 ambik vaksin chicken pox. skali pd umur 1 thn, next pd umr 60 thn

November 11, 2011 at 3:19 PM

sama jek cara tradisional kita..=)

kena pun umur dah 24 tahun...
mak suruh saya lumur badan saya dengan campuran beras+kunyit+daun cermai..
sejuuukkkk je rasa...=)

pastu selamba jek mandi...melengas kot kalau xmandi...

November 11, 2011 at 3:35 PM

anak saya si adik tu pernah kena chicken pox melarat ke bullous impetigo sampai masuk wad...kalau ingat balik mmg kesian sgt kat adik masa tu...

semoga anak u cepat baik sis...

November 11, 2011 at 3:49 PM

hooo memacam pantang laranya ea.semoga risya cepat sembuh :)

November 11, 2011 at 4:01 PM

yg sy tahu jgn kena hujan dgn tidur atas daun semambu tu je..

yg menggoreng tu mcm pelik je..ada kaitan ke?? huhu...

November 11, 2011 at 4:33 PM

orang tua pun akan dinaiki chicken pox jugak kan?

November 11, 2011 at 5:11 PM

Memmg musim sgt2... Sebab kakak Ayu sefamily pun kena.. tapi dah ok... Cuma kesian kt baby dia yg umr 9bulan...now tinggal bekas je... Alhamdulillah!!!! Moga cpt sembuh ya!!!

November 11, 2011 at 5:47 PM

in my life, arisha belum pernah lagi dijangkiti chicken pox. haihhh, macam mana agaknya kondisi bila terkena chicken pox? :O so pity of risya :( may she gets well soon yeah!

November 11, 2011 at 6:06 PM

wah panjang jugak kan kak .. tapi semua memang bermaklumat .. adik Tia baru kena hari tu .. bab menggoreng tu memang betol .. tak leh menggoreng kesian dekat yang kena tu ..

November 11, 2011 at 7:36 PM

mak aih..banyak gak petua nya ya..yang chii tau..pasal air kelapa,kicap dengan kena air hujan je..

pasal mandi plak..x sure..ada yang x mandi..ada yang sekadar lap badan je..

November 11, 2011 at 10:07 PM

banyaknya petua tapi satu pun tak ikut...doc bagi pil jer ...sihat terus...:)

November 11, 2011 at 11:43 PM

Masa kena chicken pox dulu yati baru darjah 1. Tapi ingat jugalah mama buat kebanyakan petua-petua tu. siap baju kena cuci dgn air suam lagi tu.

November 12, 2011 at 12:59 AM

Moga cepat sembuh..

November 12, 2011 at 1:28 PM

daun semambu tu elok, memang betulah merawat guna daun tu. kalau miang sangat tidur atas daun tu pun bagus, itu kalau demam campak.

moga rishah cepat sembuh ye. alah ciannya nengok muka dia...

November 12, 2011 at 1:44 PM

ala, kesiannya. saya dulu kena time kecik n form3. 2 kali sy kena chicken pox..mmg parut teruk gak lah. kalau tau ada cara ni, saya ikut dah. txs for sharing.. :) sian tgk muka anak akak. dah la comel. :)

November 14, 2011 at 7:47 PM

Sori Rina, akak baru sempat singgah ni..siannya Risya. mcmn hari ni dah ok ke..?
Tapi, kena masa kecik ni, ok juga sbb tak berparut sgt bila dah remaja trangtangtang nanti...hehe.Anak dara akak yg 3 org tu, termasuk yg sulung umur 20 thn tu, belum pernah kena , bukan lah meminta, tp org kata c.pox ni, tiap org mesti kena sekali seumur hidup..itu yg dorang risau takut berparut hehe

November 15, 2011 at 2:47 PM

@ariana

masih ada lagi sikit-sikit kak..

November 18, 2011 at 9:28 AM

sha dulu chick pox langsung mak tak kasi kuar umah cos time tu kakak sha dok berpantang bersalin....org kata chick pox pantang dgn org bersalin ni...WALLAHU'ALAM...sbenarnya pantang2 ni ada yg betul ada gak yg tahyul tapi demi nak baik cepat terpaksa gak ikut kadang2 cos org2 dulu buat2 pantang ni ada sebab yg tertentu gak

June 20, 2012 at 6:21 PM

Rina..akak kena c.pox ni...walau pun dh prnh kena masa kecik...google jumpa cerita rina ni...tgh banyak keluar kat muka dn badan ni...tua2 baru kena..huhu

Anonymous
December 5, 2012 at 1:30 AM

Salam. Sy google pasal pantang larang chicken pox, terjumpalah blog akak..huhu

Sy bru kena pada umur 23. Bila tanya mak, dia pn x pasti samada sy penah kene x mase kecik dulu. Maklumlah, adik2 ada 7 org, jenuh gak nak ingat sume...hehe

Tp, sy suspect sy kena dr adik pmpuan sy mse balik umah cuti bru2 ni. Adik sy kena kayap. Jd, x mustahil sy kena chicken pox sbb bila sy google maklumat pasal chicken pox ni, chicken pox (cacar air) dan kayap disebabkan oleh virus yg sama, iaitu varicella zoster. Kalu org tu da kne kayap, virus tu leh jangkit ke org lain jd chicken pox bagi yg blum kene.

Org ckp baik kne mase budak2 sbb kesannya x teruk sgt. Tp, bila kena kat org besar mcm sy ni la yg siksa. Demam skejap baik skejap dtg balik, dgn migrain teruk dan sakit tekak mmg perit. Kebiasaan simptom2 utk org dewasa ni teruk skit.

Pasal pantang larang plak, air klapa tu femes. Mak pn ckp jgn bagi diri kne air ujan. Makanan berkicap xleh mkn sbb takut parut jadi gelap. x tahulah sejauh mana kbenarannya, tp lebih baik ikut, tu pun spnjg kne chicken pox ni je...hehe

June 28, 2013 at 5:48 PM

Hmmm, sekarang nie sy kena chicken pox, rasa gatal giler, yg sy tau minum air kelapa, guna daun semambu & jgn mkn kicap...yg lain tak pernah dengar pulak..

Anonymous
October 30, 2013 at 6:14 PM

Saya berumur 22 tahun. Saya pun sekarang terkena chicken pox. Hari ini baru hari ketiga saya kena. Sudahlah ayah dan mak jauh..saya masih belajar di sabah. Sangat sakit bila terkena CF ni time umur gini. Tak boleh mandi..tak bole garu badan..tak bole makan kicap..kena suruh makan udang dan belacan. Part ni yang paling menyeksakan sebab terpaksa menahan rasa gatal yg dahsyat nih. Malam pn tak bole tdo. Sengsaranya. Dua hari sy menangis sbb rindu ayah dan mak dan time sakit gni dorg jauh..skg ni kawan2 lah yg tolong jaga sy

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal