Kalau bukan sebab papa ada keje dekat Terengganu, mungkin sampai bebila pon aku tak merasa menjejak kaki kat Terengganu.
Ehhh. Aku penahla gi Pulau Kapas dulu.
Tapi dah berkurun lama dah.
Kami bertolak hari Ahad (3 jun 2012) <--- wajib catat ni untuk kenangan masa tua kelak. Harus dicatat sebagai tarikh hari ini dalam sejarah.
Cadangnya nak tolak 6.30 pagi tapi lajak sampai 8.30.
Standard arr. Janji melayu.
Breakfast dulu kat restoran zai, jumpa opismate papa dekat sana sebab kami nak pegi secara konvoi. Opismate papa, sharul bawak isteri dan anak dia jugek.
Opismate papa yang lain pon pegi gak tapi derang tak bertolak ngan kitaorang jadi derang takdalah dalam ini cerita hokeyy.
Kitaorang pilih jalan dalam menyusur pantai mersing - rompin - pekan - kuantan.
Best ikut jalan ni sebab boleh tengok pemandangan.
Asal nampak laut je cam jakun seketika dan sibuk tunjuk pada bebudak tu nampak tak laut lautt.
Best ikut jalan ni sebab boleh tengok pemandangan.
Asal nampak laut je cam jakun seketika dan sibuk tunjuk pada bebudak tu nampak tak laut lautt.
peta gugel ni entah sape punya mintak halal yaa
Aku nampak banyak benda menarik tapi tak sempat pulop nak capture.
Kang asyik berenti kang minggu depan pulak baru sampai terengganu.
Masa sampai kuantan singgah jap makan tengahari.
Keciwa hatiku kerna restoran yang kami singgah tu takdak ikan patin masak lemak tempoyak.
Tapi takpelah. Takda rezeki la tu namanya T__T.
Lepas dah makan-makan kitaorang gerakla semula.
Boleh plak tak jauh dari situ aku nampak restoran dengan besar-besar papan tanda ikan patin lemak tempoyak. Meleleh jela air lior tengok papan tanda.
Tak lama lepas tu sampaila kitaorang kat terengganu.
Tapiii nak menuju ke Gong Badak tu boleh tahan kembang dan kebas punggung dibuatnya.
Akhirnya, dah dekat maghrib barula sampai ke destinasi yang dituju iaitu Villa Sri Mayang.
Kitaorang duk sini sebab UTM suruh duduk sini. Lagipon dekat dengan UMT, tempat papa nak meeting besoknya.
Kedatangan kami disambut mesra oleh kawanan lembu.
Pagi lepas breakfast laksam kat depan villa.
Villa ni okla murah. Sesuai untuk golongan yang nak pegi bercuti dengan bajet ciput.
Bilik yang kitaorang dapat harga RM95 satu malam.
Biliknya kecik sikit macam sendat je bila dah isi 4 orang manusia kat dalam.
Bilik aku ada aircond, ada tv, ada bilik air sendiri, ada nyamuk sekor.
Pakej sekali dengan water heater rosak dengan bilik sapu sendiri (kehkeh konon tak suka kotor-kotor cehceh macam pembersih sangat je kau kan).
Tapi yang best ada Wi-fi weeewee.
Sarapan tak disediakan jadi sila terjah ke warung-warung berdekatan untuk mentekedarah.
Kalau nasib tak baik dapat bilik yang bilik air kat luar.
Aku tengok kat brosur dia ada bilik yang besar tapi mahal la sikit.
Nak tempah kalau, pegila cek website derang : www.villasrimayang.com.my
Nanti-nanti aku nak sambung lagi citer gi terengganu ni tau. Untuk kenangan masa tua gak lahhh hihi. Ni baru terengganu ni kalau pi cuti obersea tah sampai taun depan dok update citer tu je kan ngehngeh.
33 comments
sy pun dh bertahun x g t'ganu...bawak balik kopok lekor x??
ikan patin tu rasanya femes kat temerloh.....
Boleh nampak lak nyamuk sekor tu! :)
wahhhh JJCM gitew ya
best nye g terengganu.. dpt jalan juge kan kak.
nasib baik sekor jer ada nyamuk..ema pun jakun gak kalau lalu tepi laut..terus buka tingkap sampai habis..dan kasi wat keluar kepala..
best tau pergi KT. saya pernah pergi sekali. kalau tak kerana ada interview dan exam kat sana, tak tahulah bila nak jejak. ramah tamah org KT.
kite pon baru sekali sampai ganu. hehehe.
eh kite tak makan ikan patin. kalau balik kampung selalu je pakcik bawak sebab dia duduk pahang. tapi pandang sebelah mata je lah. keh keh
p/s : tak dapat email pon. huhuhu
teganu ni makan dia la sedap. tapi ikut org jugak la. cuma bagi saya, ye, makan dia sedap. heheh.
*apasal saya baca brosur nampak cam dinosaur eh? mataku kero dah ka?
akak betty :) singgah sini. mane kopok leko?
akak oh akak.
password dah tukar eh?
takley masuk pon. huhuhu
ada wifi ^.^ ... tu yg semangat sbb dpt on9... hehehe
wahh syioknya jalan2 cuti kat terengganu.... pasti banyak tepat yang menarik tu kan.. mahal juga ye satu malam rm95.. hehehe
seekor je nyamuk kat situ..best :)
ramai ke gannu..tak jumpa yus ke
Awak, jgn lupe singgah warung Pok Nong yg hebat tu!
=D
pergh.. hensem gile "penyambut teamu" kt villa tu.. hehe.. terengganu memang cantikkkkkkkk :)
ohohohoho... jalan jalan time...
wahhh bestnya cuti2 malaysia ;)
Hehe.. suka ayat yang last tu.. :) Oversea dekat je Rina.. sebelah tambak Johor je.. :)
Tak sabar nak baca full story percutian nih.. Cepat2 ye update.. Naik sek akak dah busy.. susah sikit nak BW..
wahhhhhhhhhh
syok habis bcuti kesana..
ayu kalau ada rezeki mmg akan kesana.. cuma tarikh belum tsedia..
hehe..saya bukan takat oversea..terengganu dan negeri2 belah utara tu semua belum jejak...
tk sabar nk tunggu entry berikut.. apa yg best? makanan yg Best? apa yg pelik? apa yg wajib lawat?
hahaha.. ayat yang last tu..
betullah.. mau 3 4 entry tak habis nak cover bercuti ke luar negara..
ada jugak yg menyambut ok ler tu hahhaa
zaira aku pun selalu sibuk tunjuk laut, sapu bilik hotel hakhak.tak reti pulak nak tgglkan sepah2 kan..diana
wah cuti2 malaysia ke? bestya
rine pun dah lama tak g trengganu..rasanya ada dah 3tahun..huhu
mcm menarik gak villa tuh yer..harga pun agak berpatutan...
untungnya dapat jalan2 p terengganu. mengidam jugak nak p sana, tapi tak tahulah bila. :D
Travel by car memang seronok esp. jalan tepi laut..pemandangan cantik..
rugi rasanya kalau tak makan ikan patin masak tempoyak..
meleleh air liur!!...
Kalau Singgah Kuantan...mesti pekena Ikan patin masak tempoyak..rugi cik betty tak merasa hihihi...tak per beli sendiri ikan patin pastu masak...
walau dah bertahun saya jadi wife orang tganu tapi masih tak puas2 nak jelajah tganu sebab banyak tempat dan makanan yang best2
hurm..boleh tahan gak harga villa tu ye..chii pernh sampai bbrp..tu pun atas urusan kerja..
utk bercuti..belum sampai lg
terengganu..teringat kopok lekor.ala teringin hehe. villa dia nampak nice....mesti selesa kan!