Haiii..
Ngantuklah harini huwarghh.
Aku tengah gugel-gugel pasal nutox yang hydrarefiner tu (botol kaler biru).
Macam best jer.
Ada sesape penah try?
Macam aku skang sebab dah 3 series so produk-produk yang jadik pilihan wajib ada anti-penuaan hehe.
Ekceli kan umur 25 kita punya kulit dah start nak berkedut dah.
So kalau start produk anti-penuaan ni awal lagi baik.
Bukan cam aku dah nampak ada kedut baru terhegeh-hegeh nak pakai.
Kalau tak dulu asyik fokus nak putihkan kulit muka jee.
Konon kulit putih cantik sangatlah.
Aku ingat dulu masa aku kat mrsm, ex-roomate aku bukan main comel lagi.
Dahla putih melepak pipi dia lak cam chubby-chubby gitu.
Aku yang masa tu umo baru 16 tahun pikiran pon tak berapa nak matang.
Berangan nakkk jugak comel camtu.
Lantas balik cuti, curik (ambik tak cakap kiki) krim avon mak tenyeh kat muka biar putih.
Rupanya krim mak dah lama expired.
Ciss. Terus muka licin naik jerawat batu.
Hambekk ko nak putih melepak sangat terus abah cakap muka aku cam harimau sebab bercapuk-capuk dek kesan jerawat.
Hidupla aku lepas tu dengan muka berjerawatnya.
Sedih gakla. Takde sape nak pandang.
Kalau jalan dengan roomate aku yang comel tu korang boleh bayangkan tak perasaan remaja seperti aku.
Orang seme dok usha dia. Aku???? Kucing pon tak sudi pandang huhu.
Masa kat universiti dah tahun 2 camtu barula reti nak pakai-pakai skincare ni.
Masa tu ada akak jiran depan rumah sewa kitaorang tu jual sirna sari.
Ada housemate kitaorang pakai jadi cantik kulit dia.
Memang jadik pakai sirna sari masa tu.
Dan dah ada jugakla orang yang perasan kehadiran aku.
Kalau tak malapp jela hehe.
Lepas tu aku salula tukar-tukar skincare.
Tapi rerata seme yang produk tempatan punya.
Nak bahan semulajadila kononnya.
Padahal hidrokuinon.
Masa tu aku rasa pakai produk dari rak pasaraya ke watson ke guardian macam tak jalan je kat kulit aku.
Paling ekstrim masa praktikal.
Aku try noveux (betul ke tah ejaan ni) visages yang dr becky m leorgado punya tu.
Ekceli, tujuan asal nak cari nouvelles visages yang sosilawati (arwah) punya tu tapi aku tersilap masuk kedai.
Dah ejaan macam serupakan.
Budak yang jaga butik noveux tu pulak kulit dia cantik kemahen.
Melepak-lepak licin macam nak cubit je rasa.
Sampai boyfriend (ex) aku pon asyik usha dia kan.
Panasss hati terus beli.
2 minggu muka aku sopak.
Menggelupas teruk giler.
Tapi pastu weeehuuu hasil dia.
Snow white jadiknyaa.
Sampai mak aku tegor apesal kulit aku putih sangat.
Tapi 6 bulan je bahagia pastu kecoh pasal produk tu beracun la hape.
Terus masuk tong sampah.
Lepas-lepas tu banyak lagi la produk lain yang aku guna cam felisa lah putri rembulan lah.
Dari jenama terkenal sampai jenama tak terkenal aku guna.
SK11 pon penah masa aku keje dulu.
Dah habis tak beli lagi dah.
Kopakkk.
So sekarang kembalilah kepada produk pasaraya/watson/guardian yang dipandang sebelah mata dulu huhu.
Buat masa ni aku pakai bio-essence yang ada bird nest tu (kaler kuning) campur-campur dengan safi rania gold.
Tamak.
Sarang burung nak tenyeh.
Emas 24K pon nak tenyeh.
Tak cantik jugak tak taulaa.
PROMO GREEN FIT PERCUMA : KLIK HERE.
Nak LIPSTIK PERCUMA? KLIK HERE.