HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Thursday, September 29, 2011

Cara Mengatasi Ulat Bulu Yang Dah Naik Daun...



Baca sampai habis nanti aku kasik resipinya.


Sebelum tu,


Harini anak mama, Zikry genap berusia 2 tahun. Sabtu nanti kita celebrate okeh babeh!


Terima kasih Mutiara Nolan atas hadiah keychain dari Labuan tu :).


Ada beberapa komen kengkawan sebelum ni masuk ke spam rupanya, jadi aku baru publishkan. Pada orang baru maafkan aku gara-gara komen pegi tempat yang salah aku terlambat menjengah korang.


Assalamualaikum...


Mari kita kembali ke kisah ulat bulu miang tadi. 


Terbakar hati bila tiap pagi kena menghadapi mereka ni. Sudahlah kena bersihkan noda yang mereka tinggalkan tiap pagi kat porch aku lepas tu terpaksa pulak menahan perasaan bila pokok-pokok hiasanku penuh dengan gigitan cinta.




Antara yang menjadi mangsa kerakusan ulat bulu miang


Uh! Punyalah tensen. Tapi aku bersabar aje dengan karenah ulat-ulat bulu ni. Aku carik dia kat celah daun. Aku lenyek sampai hati. Eh. Sampai mati. Dengan harapan ulat bulu lain insaf nak datang menjamu selera kat rumah aku nih bila tengok nasib rakan seperjuangan mereka <--- yang sebenarnya aku malas nak buat racun.


Berdosa tak bunuh ulat bulu?


Akhirnya kesabaran aku dah sampai tahap impak maksima. Sebab ulat bulu macam tak serik. Terpaksalah rajin-rajinkan diri buat racun sendiri guna bahan-bahan dapur.


Oh. Aku memang tak gemarkan racun serangga yang guna bahan kimia tu. Sebab boleh membahayakan penduduk setempat iaitu aku anak beranak. Lagipon susah nak simpan. Ada anak-anak kecik kat rumah lagilah kena prihatin tentang penyimpanan bahan membawak maut macam ni.


Cukuplah aku membebel. Ni ramuan racun selamat tapi tidak boleh menyelamatkan ulat bulu daripada sakit perut yang mungkin boleh mengakibatkan mereka berak berdarah :


  • 1 liter air
  • 1 sudu besar minyak masak/minyak sayur
  • 1 sudu besar sabun basuh
  • 4-6 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2-3 biji cili api/lada hitam (tumbuk)


Campurkan semua bahan. Bila nak guna campurkan dengan air iaitu sebanyak 1:4 ( 1 larutan stok dengan 4 air). Tapis dulu larutan tu seeloknya. Tapi aku malas nak tapis ekeke. Siram kat daun pokok. Misti daun pokok aku menggelitat kepedasan sama.


Oh ya. Ramuan ni korang boleh guna bukan saja untuk ulat bulu tapi serangga mengunyah yang lain macam kumbang, belalang, siput dan lintah bulan.


Untuk serangga yang suka menghisap hingga teratai layu di tasik madu macam kutu daun, koya, pianggang, teritip atau kulat putih gantikan cili api tadi dengan essential oil/halia/serbuk kunyit.


Idea ramuan dari : Abdul Rahim Rashid, Pakar Hortikultur.



nota-noti:
Lebih baik guna racun macam ni. Supaya tak terjadi kes macam sorang surirumah tu terminum racun semut sebab ingat tu sirap pandan. Takat terteguk sabun basuh ok lagik kut hahaha.



Tuesday, September 27, 2011

Ustazah Pilihan Di Astro Oasis : Kawan Aku Tercalon!



Assalamualaikum..




Apa komen korang tentang rancangan realiti Ustazah Pilihan yang bakal bersiaran di Astro Oasis 1 Oktober (kalau tak silap akulah) nanti? Belum pun ke udara tapi dah banyak cakap-cakap yang timbul. Secara peribadi, aku lebih suka melihat dari sudut positif. Iyalah kalau selama ni rancangan berbentuk hiburan yang mengkhayalkan dan bersifat duniawi dah banyak sangat. Jadi apa salahnya kalau kita menarik remaja dan juga remaja senja ke arah kebaikan melalui rancangan macam ni. Sekurang-kurangnya kita ada ikon yang berkualiti untuk dipaparkan ke khalayak. 


Hari Sabtu lepas balik dari program Sport Cum Family Day tu aku lepak-lepak depan tv tengok siaran ulangan ujibakat Ustazah Pilihan. Terkejut aku bila tengok suami kawan aku sedang ditemuramah kerana kawan aku Masfira masuk ujibakat dekat Johor. Sebelum tu ada sedutan Mas sedang diujibakat tapi aku tak perasan tu dia. Bila muka suami dia muncul baru aku perasan. Terus aku SMS Mas. Tapi yang reply suami dia. Katanya Mas dah pun terpilih jadi calon dan dah berangkat ke Kuala Lumpur.


Part yang tak berapa nak best, Mas terpaksa tinggalkan suami dan anak-anaknya selama 3 bulan. Handphone pon tak boleh bawak. Mas juga terpaksa berhenti kerja sebagai pensyarah masrah (macam Maahad) sebab tak boleh cuti tanpa gaji. Tapi, suami Mas redha dan bagi sokongan padu pada Mas. Jadi oklah kan. Lagipon bila rancangan ni berakhir, para ustazah ni akan terikat kontak dengan Astro. Aku terbayang anak-anaknya yang masih kecik tu. Sekarang ni mereka diletakkan di bawah jagaan ibu Mas di kampung. Nak berjaya kenalah ada pengorbanan kan. Bukan semua benda yang kita nak kita boleh dapat.


Aku sebenarnya bukan kawan rapat Mas. Kami berkenalan secara kebetulan saja sebab dia salah seorang pelanggan dan juga agen jualan bawah grup aku. Apa-apa pon aku gembira sangat sebab Mas terpilih dan doakan dia berjaya jadi juara. Aku baru ingat nak undi-undi tapi rupanya takda sistem undian. Penilaian sepenuhnya oleh juri. Yalah. Kang kalau main undi-undi orang tengok rupa je lebih kan. Mas ni pon cantik manis orangnya. Kalau dah mekap kang (masuk tv of courselah kena bermekap) mesti tambah cantik. 



nota-noti:
Harini aku lambat sikit jengah korang. Ada hal.


Monday, September 26, 2011

Sport Cum Family Day@Padang Sri Gelam



Assalamualaikum..

Ini kisah hari sabtu yang indah. Mari kita baca karangan bergambar. AMARAN : BANYAK SANGAT GAMBAR. Mungkin mengakibatkan kepenatan melampau.


Ayuh! Mulakan sekarang.



Pagi-pagi buta (pukul 9.00 pagi dah haha) dah terpacak kat Padang Sri Gelam - berdekatan Dataran Bandaraya JB untuk acara sukan anjuran smart reader kids merangkap family day juga. Risya dalam team hijau.



Tahun ini saya macho sebab dah boleh jalan. Saya janji dengan mama tak makan rumput lagi macam tahun lepas. Kan dah harum mama mama dengan muntah saya. Salah mama juga. Ralit sangat tengok kakak bersukan tanpa pedulikan apa saya buat.



Ayuh! Mari kita ke padang (baca cam nyanyik sikit baru tak bosan).



Adik dengan idolanya.



Siap-sedia untuk acara pertama.



Toink! Toink! Kakak risya atas bola merah. Dah buat sehabis baik tapi team diaorang kalah. Takpalah sayang. Janji main. Adat bertanding.



Mama rasa risya hebat dalam game nih. Steady jer dia jalan. Sikit pon bean bag atas kepala tu tak jatuh. Tak pegang pon.



Game passing-passing bola kecik. Risya dah mula bosan sebab panas terik. Mama pon rasa nak pitam dah kat situ. Tapi gigih sebab nak ambik gambar nak taruk dalam blog ni. Semangat.



Game terakhir untuk kanak-kanak. Perah air masuk dalam botol.



Tibalah saat yang dinantikan. Game untuk parents. Haha. Overnya aku. Lama giler dowh aku tak berseronok kat atas padang. Sejak aku bergelar mak budak. "Kita mesti menang tau", kata teacer Sumanthi. Kami wakil untuk team hijau (ikut team anak memasing). Korang tahu kan aku yang mana.



Yihaaa! Aku pon melompat dengan jayanya. Atau dengan gayanya. Setinggi dan selaju mungkin. Apa guna badan kecik dan ringan kalau tak guna saat-saat genting camni. Wakaka. Gentinglah sangat kan. Aku yang baju merah tu tau. Berkat lompatan hebat aku tu menang tau team hijau. Parents lain dalam team hijau memang semuanya hebat belaka. Oh. Ya. Ini first time aku main acara lari (tapi aku lompat kangaroo) dalam guni.



Game kedua untuk parents. Kena baling dadu besar. Lepas tu langkah ikut nombor yang dapat lepas baling dadu. Yang tak syoknya kalau dapat nombor ganjil kena langkah ke belakang. Untuk game ni aku kasik incik papa peluang main. Tadi lari dalam guni dia tak sanggup. Kata sprinter sekolah. Tak terbuktilah. Wakaka.



Paper Tank. Game ni paling tak boleh blah. Ramai-ramai kena duduk dalam gelungan paper tu. Aku sebenarnya segan. Iyolah. Kalau semua perempuan takpalah juga. Main game ni paper tak boleh koyak. Nasiblah semua badan rincing. Aku tengok ada team tu abeh sendat. Haha. Tapi game ni kitaorang dikira kalah walaupon menang. Ahak. Sebabnya ada sorang budak terselit dalam team kitaorang. Parents dia tak nak main. Nampak tak budaknya yang kat tengah tu?



Makan time. Nyum! Nyum! Daging rendangnya terbaekk!



Adik nyum! nyum! eskrim durian.


Team hijau dapat hadiah saguhati aje. Sebab semua game pon tak dapat nombor 1.



Yang penting mama dapat hadiah menang lompat kangaroo dalam guni tadi. Nampak terserlah betol hidung pentul aku. Chaiyok! Chaiyok! Dapat gelas panjang corak english. Dah buat deko-deko pon.


Tamat.


nota-noti:
Aku sebenarnya paling menyampah kena main sukaneka. Ni first time aku melibatkan diri. Seronok juga rupanya.


Sunday, September 25, 2011

Sayaaaang Abah



Assalamualaikum..

Salam hujung minggu.

Malam tadi ada ulangan telemovie Sayaaaang Abah. Sebelum ni aku tak sempat tengok. Rasanya ditayangkan masa hari bapa. Of course lah kan. Tengok tajuk pon tahu.


Sedih sungguh cerita ni. Berjurai-jurai air mataku *dengan air hidung sekali.


Aku rasa ini antara lakonan Zul Ariffin (teman tapi mesra Abby Abadi) yang terbaik.


Elfira Loy, Didie dan Sharifah Shahora memanglah best kalau berlakon. Cuma aku rasa manisnya Didie bertudung dalam drama berbanding gaya sebenar dia yang fesyennya agak gila-gila tu. Moga satu hari nanti Didie berubah. Amin.


Ini sinopsis sapa yang ketinggalan keretapi macam aku. Hehe. 


Cerita bermula apabila Acu (lakonan Zul Ariffin) menemui seorang bayi perempuan masa dia kutip-kutip botol dan kotak. Acu ni insan istimewa - bisu, pekak dan tempang. Tapi dia bertekad nak membesarkan bayi yang diberi nama Intan (lakonan Elfira Loy) dengan dibantu oleh Kak Pora (lakonan Didie Alias). Aku tak pastilah Kak Pora tu kakak dia ke bukan sebab aku tak tengok dari awal. Acu ada seorang lagi kakak iaitu Faridah (lakonan Sharifah Shahora) yang jahat. Suka hina Acu.


Akhirnya Intan pon membesar. Bila dah habis SPM sementara tunggu result dia pon nak cari kerja untuk tolong abah angkat dia iaitu Acu walaupon Acu tak berapa nak izinkan. Disebabkan Intan ni minat menyanyi dan berbakat pula maka dia dapat jadi penyanyi kat kelab ke bistro tah aku tak tahu. Acu tak suka Intan jadi penyanyi tapi dia rela asalkan Intan gembira. Hasrat Acu ialah nak tengok Intan belajar tinggi-tinggi. Malah dia dah simpan banyak duit untuk Intan sambung belajar.


Apabila nama Intan mula nak popular, kakak Faridah yang jahat tu tadi mulalah nak berbaik-baik dengan Intan. Jadi manager lah kononnya. Padahal dia nak mengaut untung bila Intan dapat jadi artis nanti.  Bermulalah episod kesedihan dalam hidup Acu apabila Faridah memisahkan dia dengan Intan. Mula-mula suruh Intan pindah ke rumahnya. Lepas tu tak bagi Intan bertemu dengan abahnya. Intan walaupon rindu dengan abahnya tapi demi mengejar cita-citanya dia menurut saja apa yang Faridah cakap.


Part yang lebih sedih apabila kita tahu yang Acu sebenarnya menghidap kanser tulang stage 4. Nampak macam cerita ni saja aje nak kasik orang nangis kan tapi itulah drama. Mesti kena kasik main dengan emosi penonton. Di akhir cerita Faridah jadi kasihan dengan Acu dan beri keizinan Intan untuk bertemu dengan abahnya yang nazak di hospital. Memang sedih sangat bila Intan meraung-raung kat hospital tu. Tengok ni sambil tulis pon aku masih boleh nak menangis lagi *sedang kesat air mata.




Mamat ni pon ada dalam sayaaaang abah. Aku perasan sejak kebelakangan ni banyak betul drama lakonan dia kat tv. Boleh kata tiap kali aku tertengok drama (tertengok okeh pasal aku bukan suka tengok drama) mesti ada muka dia.



Friday, September 23, 2011

Booth Avail@Pesta Konvo UTM



Assalamualaikum..

Pesta Konvo UTM sedang berlangsung dengan jayanya bermula semalam. 


Uh. Dah tahu dah ada jual apa kat sana. Silap-silap muka penggerainya pon aku kenal wakaka. 1997 - 2011 adalah waktu yang cukup panjang dan mungkin juga aku akan mereput kat sini (UTM) buat selamanya. Haha. 


Dengar kata ada heliza malam tadi tapi nasib baik tak menyebelahi kerana incik papa terlalu bizi untuk bawak aku ke sana.


Cuma kali ini (pesta konvo yang sebelum ini juga ada), rakan-rakan pengedar Avail Team Inspired dari pelbagai kawasan - Muar, Melaka, Pasir Gudang, UTM bergabung tenaga dan duit sewa membuka booth jualan di pesta ini. Moga-moga kerjasama dan usaha mereka membuahkan hasil. Aminnn. 




nota-noti:
Aku takda kat booth maka tak perlu cari aku *bajet cam orang nak carik kau haha.




Wednesday, September 21, 2011

#Wordless Wednesday : Berat Sebelah



Assalamualaikum..

Wordless..wordless juga. Salam jangan lupa bagi. Jawab jangan tak jawab tau. 


Tak jadik ah nak #WW. Tak syok kalau tak membebel sepatah dua kata.


Gambar ni aku snap masa nak beraya ke Pasir Gudang beberapa minggu lepas. Dah lama terperap dah gambar ni.


Aku rasa lucu tengok lori nih. Senget semacam. Seriau pon ada. Agak-agak korang kenapa ekk?





nota-noti:
Dr. Ben..blog anda ada malware lagilah

Tuesday, September 20, 2011

Nak Feeling Eric Leong, Boleh?



Assalamualaikum..


Sebenarnya aku tengah kebuntuan idea ni. Tak tahu nak gebang pasal apa kat sini. Nak cerita pasal kehidupan aku, bukannya menarik sangat pun. Hari-hari sama aje. Tapi tak nak lah blog aku ni jadik macam tugu peringatan pulak.


Dalam banyak-banyak jenis seni yang ada kat dunia ni aku macam terminat ke arah seni hias dalaman. Memang diakuilah aku takda bakat dalam bidang ni tapi bila ada rumah sendiri automatik kita akan jadik minat. Siapa tak suka kan nak cantikkan rumah sendiri. Bukan nak menunjuk-nunjuk tapi untuk kepuasan sendiri aje.


Aku sebenarnya heran apesal lah tangan dan jiwa aku tak berseni keras semacam je padahal emak aku pandai melukis, pandai gubah hantaran dan pandai menjahit. Abah aku pulak berbakat dalam bidang tulis-menulis cerpen dan sajak. Dulu masa sekolah aku paling menyampah dengan subjek seni lukis sebab selalu bikin cacat aku punya report card. Aku rasa mak abah hirup abeslah kuah sampai tak tumpah sikit pon kat aku.


Seni lakon pon aku macam minat juga. kah kah kah. Aku selalu berangan dapat berlakon dengan hero-hero pujaan aku macam Rosyam Nor, Aaron Aziz dan Remy Ishak. Tapi bila cakap dengan incik papa aku nak jadik pelakon dia gelak sampai guling-guling kat lantai. Terus aku matikan niat aku buat selama-lamanya. kah kah kah. Abaikan jelah. Itu cuma angan-angan mat jenin aku je.


Sebenarnya aku cuma nak tepek hasil kerja berangan deko-deko untuk raya tahun ni. Sikit punya panjang mukadimah kat atas kan. Sebabnya aku takut korang gelakkan aku pasal ada hati nak feeling jadik Eric Leong. Wakaka.


Jadi, terimalah hasil kerja tak seberapa ni. Takda niat apa pon. Saja-saja nak tayang.




Untuk raya kali ni, aku upgrade sikit dinding kaler oren ni dengan foto-foto anak guna frame hitam dan putih. Dinding ni biarlah kekal dengan kaler oren untuk beberapa tahun lagi sampai aku dapat seruan nak tukar. Waktu tu aku akan menyeru-nyeru incik papa untuk buat keje-keje mengecat. Aku tahu dah misti dia tengah berdoa supaya aku tak dapat seruan tu. Wakaka.


Aku sebenarnya suka tengok efek kaler hitam putih atas kaler oren tu je. Frame hitam putih ni aku borong kat ikea tempat feveret aku tu. Kalau korang tere boleh buat sendiri sebab aku tengok frame ni simple je. Tapi disebabkan aku dah bagitau tadi tangan aku takda seni lebih baik aku beli jer dari memandai nak buat sendiri. Karang frame ke mana aku ke mana.


Asalnya kat dinding ni ada gambar konvo UTM aku tapi dah aku gantung dia kat bilik. Saja aku sembunyikan dia kat dalam sebab tak tahan bila tetamu datang tengok gambar tu mesti nak banding muka aku sekarang dengan 10 tahun lepas. Bikin rendah aku punya self-esteem jer.





Lain-lain upgrade, karpet jelah aku ganti baru sebab karpet lama dah penuh dengan noda-noda akibat perbuatan askar kecik aku. Macam tak selera dah aku nengok karpet lama tu. Karpet yang corak flora tu masa mula-mula nampak aku dah jatuh cinta dah. Tahler. Suka sangat aku dengan coraknya. Bila nampak je memang tak pikir dua kali dah. Terus ambik jer. Tapi sempat buat muka kesian dengan pelayan kat Jakel tu. Dapatlah kurang harga. Kat Jakel ni nasib-nasib. Lain pelayan lain harga.





Dekat atas meja makan aku tambah hiasan bunga dalam pasu. Bunga air hitam mari. Pasu lak ikea mari. Last-last atas meja makan mereka bertemu kan. Abaikan jelah cara gubahan bunga tu ya. Dah aku cakap tadi  tangan aku keras.


Pintu nak masuk dapur ni aku pasang string curtain. Konon nak cover sikit ah waktu ada tetamu aku pulak nak buat aksi lagak ngeri kat dapur. Maklumlah dapur aku ni boleh nampak terus dari ruang tamu. Tapi bila dah pasang macam tak berkenan pulak aku dengan kalernya. Memang macam tak praktikal sangat string curtain ni terutamanya bila kita ada anak kecik. Berapa kali aku jadik langsuir di sebalik langsir ni. Haha. Tengoklah. Kalau ada rezeki nak pasang sliding door je kat sini. Dengar tu ya incik papa. Goal setting untuk incik papa tu ya. Hehe.




Lampu kat ruang makan pon aku ganti baru. Lampu ni siap dengan kipas sekali. Kira macam 2 in 1 lah. Lampu lama takda kipas. Berpeluh ketiak tetamu aku kalau makan tak berkipas nanti. Sebenarnya lampu vs kipas ni dah old pesen dah. Tapi lantaklah. Janji murah aku bedal je.



Tu jelah. Raya tahun depan nak deko bahagian lain pulak.

Thursday, September 15, 2011

DAKWAAN KILANG MUNCHY'S DISERBU JAKIM & BISKUT DICAMPUR ARAK



Assalamualaikum..

Semalam kan pepagi buta incik papa dapat SMS dari kawan dia berbunyi lebih kurang camni:


'TERKINI : JAKIM TLH BUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHYS, BT. PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK. BOSSNYA DGN RASA BANGGA DAN RASA TAK BERSALAH, MENGATAKN ARAK TERSEBUT UTK DICAMPUR KE DALAM BISKUT .. TLG SEBARKN MAKLUMAT INI KPD SEISLAM&KEPENTINGAN UMAT ISLAM. DR PEG. JAKIM-HJ. JALIL B. RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)'.


Ternyata, SMS tersebut adalah palsu.


JAKIM pon dah keluarkan kenyataan seperti di bawah:

1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung sms yang menyatakan "JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak".


2. Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya.


3. Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013.


4. Justeru JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di www.halal.gov.my untuk pengesahan.


Boleh cek kat >>SINI.


nota-noti:
Lega!




Wednesday, September 14, 2011

Hidup Meriah Lalu Pengsan




Assalamualaikum..



turn grup UTM beraya kat rumah

Hai...:)

Harini saya free sikit. Malam kang baru nak pegi beraya lagik.

Lama tak hupdate tak tahu nak mula dari mana yerr..

Korang suka pegi open haus bila hari raya? 

Saya suka. Sebab boleh makan-makan. Sape yang tak suka makan kan. Udahla free. Sambil tu boleh nengok deko-deko rumah orang. Hehe.


Dari hari Jumaat - Isnin hidup saya meriah dengan orang dan makanan.


Jumaat

Pegi open haus ofismate incik papa kat Ulu Choh. Lawanyaaaa rumah dia. Tu je lah keje saya bila pegi beraya rumah orang. Keje buat siasatan deko rumah orang. Haha. Balik open haus kocoh-kacah hantar risya pegi art school. Lepas tu saya dengan incik papa pegi carik kipas+lampu baru untuk dining room. Risya balik dari art school laju-laju packing barang zupppp balik kluang (rumah mak).



Sabtu

Matahari baru nak terbit zuppp balik Skudai semula. Sampai rumah cina datang nak pasang kipas. Kemas rumah. Pegi Jusco shopping barang pasal malam turn rumah saya marhaban. Kami beli eskrim je wat hidang kat orang marhaban. Balik Jusco goreng mee pulak pasal petang kawan sekolah saya nak datang beraya. Lepas tu kami keluar lagi pegi jamuan raya Avail kat UDA. Pastu balik kocoh-kacah pasal kawan nak beraya. Sian diaorang tunggu saya lama.


Ahad

Burung lum kesat tahi mata saya dah bertungkus-lumus kat dapur buat soto ngan rendang pasal petang grup bisnes kami dari Pasir Gudang nak beraya ngan sebelah malamnya kengkawan incik papa dari JB pon nak beraya. Diaorang datang ramai-ramai jadi haruslah sedia banyak juadah kan. Ayah mertua saya tolong  masakkan kambing masak masam-manis. Dah alang-alang banyak makanan kami ajaklah jiran-jiran terdekat join sekalik. Meriah dah. Macam open haus pulak.


Isnin

Turn grup kengkawan UTM incik papa lak beraya. Saya masak nasik serai jer harini. Boleh makan dengan kambing lebih semalamnya tu. Kuah soto saya buat yang baru.


Selasa

Saya pengsan. Hoho.


nota-noti:
Dengar cerita kilang biskut munchy's kat batu pahat kena serbu JAKIM pasal diaorang letak arak dalam biskut. 





Monday, September 12, 2011

Terpaksa Mengundur Diri...



.....buat sementara aje!


Update secara laju-laju nih!


Ape-ape hal pon bagi salam dulu kan.


Assalamualaikum..


Gabra tak korang? Keh keh keh. Macamlah ada orang nak heran kan ko hupdate ke tak rina avail a.k.a cik betty oii. Silalah nyah dari blog ko sendiri sekarang jugak!


Korang, 

Dari jumaat lepas sampai lah malam semalam aku bizi sangat dengan aktiviti perayaan hingga takda masa nak jengah blog korang. Malam ni ada lagik woi. Adalah beberapa blog yang sempat aku jengah. Tapi ada yang memang tak sempat. Kesian kat korang yang dah berpenat lelah hingga melecet jari lebam bijik mata mengomen kat blog sewel aku ni kan (serius wei kalau aku buat BW secara marathon camnilah rasanya).


Aku nak hupdate cerita-cerita yang aku rasa syok sendirikk pon terpaksa hold. Untuk menulis mesej pengunduran diri aku nih. Tsk tsk <---- ini bunyik sedut ingus kan kan???


Sebabnya aku rasa cam berdosa lak update blog sendirik lepas tu buat tak paham tak pegi jengah blog korang.


Maka,

Selamat tinggal korang. Sampai keadaan dah kembali tenang dan kehidupan aku dah kembali normal seperti sedia kala iaitu membiarkan rumah dalam keadaan huru-hara dan diri sendiri pon huru-hara iaitu rupa aku dengan mak lampir macam lebih kurang (kalau pontianak kampung batu cun jugak kan) barulah aku akan kembali mencatat lagi cerita merepek macam selalu.


Terima kasih pada yang sudi dan seronok baca. Sila datang lagi :).



nota-noti:
Puan Kutu, saya macam tak sempat nak join GA awak :(.


Friday, September 9, 2011

Kenapa Saya Semakin Jarang Update Blog?



Assalamualaikum..



raya kedua kat rumah tok mak incik papa - hambek kau satu famili pakai kaler sedondon


Biasanya saya update blog 5 kali seminggu. Tapi buat masa ini berkurangan 3 kali seminggu aje.


Sebabnya:

  • Ini bulan syawal. Saya harus pegi beraya dan marhaban. Hampir setiap malam hingga bila balik terlentang tak sedar diri lagi nak tulis blog. Ada orang kata orang Johor beraya sebulan. Kat Johor sajakah? Atau saya sajakah?


  • Dan orang datang beraya rumah saya. Maka haruslah pastikan rumah kemas senantiasa supaya tetamu tak tersalah tafsir saya surirumah pemalas atau mak lampir yang kerjanya ngadap blog saban waktu. Pagi petang rumah kena sapu dan kemas. Maklumlah, dua askar kecik dan satu askar besar siap sedia menyepahkan rumah ini. 


  • Dan juga bila orang datang beraya selain kuih-muih kena juga masak-masak sikit. Sajalah nak tunjuk sikit bakat memasak yang tak berapa nak ada tu. Alah setakat mee goreng apalah susah sangat kan.


  • Juga, masa tidak update saya boleh guna pegi jengah blog anda semua. Saya paham perasaan anda yang ternanti-nanti kehadiran saya mengomen kat blog anda (haha..jangan menyampah). Sebab saya macam tu jugak. Tertunggu-tunggu komen anda macam pungguk rindukan bulan. Eceh. Baca komen anda macam satu hiburan buat saya.


  • Dan lagi saya ada tanggungjawab kat blog yang satu lagi tu. Kasihan kat sana. Update sudahlah jarang-jarang. Alhamdulillah, ada juga pelanggan membeli-belah kat sana. Anda bila lagi? Ekeke. Kiranya impian saya nak bekerja dari rumah 10% dah jadik kenyataan. Kenapa 10% aje? Sebab 90% lagi masa saya adalah pada tanggungjawab surirumah tangga. See, nak kerja dari rumah bukan semudah makan ABC atau baca ABC.

Terima kasih dan sila datang lagi :).



Wednesday, September 7, 2011

Walaupun Bertitle Mak Budak Aku Dapat Jugak Duit Raya Tahu!



Assalamualaikum..



Kadang-kadang risya suka posing


Dekat kampung, hari-hari beraya. Dah balik JB pon masih hari-hari beraya. Sakan betul.


Semalam pegi marhaban dekat kejiranan MIL, Taman Nong Chik. Lenguh kaki jalan. Ada 13 buah rumah semuanya. Rata-rata rumah orang kaya-kaya, rumah dato'-datin. Ada rumah DO, rumah mufti, rumah Dato' Noh Gadut, rumah Speaker DUN. 


Sambil marhaban sambil cuci mata tengok deko-deko rumah orang yang sampai bila pon takkan mampu nak tiru.


Memula malas nak pegi tapi sebab takut rumah MIL takda orang pegi jugaklah. Lagipon perut lapar. Pegi marhaban dapat makan-makan. Kat rumah Speaker (rumah last) aku siap tapau makanan bawak balik. Boleh buat sahur. 


Yang bestnya, ada beberapa buah rumah aku dapat duit raya sebab mereka ingat aku masih student. Wakaka. Best. Best. 


Korang yang dah jadik mak atau bapak budak hado dapat duit raya jugak tak?


nota-noti:
Harini aku kena pegi hantar barang kat customer. Aku jalan 'rumah' korang lewat sikit naa...



Monday, September 5, 2011

Tangisan Pagi Syawal



Assalamualaikum...

Oh. Hai. Apa khabar semua? Masih dalam mood hari raya? Saya semestinya. Dari raya 1 sampai semalam masih pegi beraya-raya sini sana. Hingga terpaksa melupakan blog ini buat sementara. Atau sebenarnya buat-buat terlupa. Haha.


Selamat hari raya dan mohon kemaafan andai saya ada menggores hati sesapa dengan tulisan yang tidak seberapa ni.


Rutin hari raya 1 dan 2 saya adalah sama setiap tahun. 


Kluang - Parit Lahak - Parit Belemam - Linau - Kluang.


Cuma tahun ini pagi raya saya dan encik terhebat (ET) ke rumah sakit dulu melawat tok mak ET. 


Dan saya akan beraya selama sebulan. Bukan over. Tapi ini masanya nak jumpa-jumpa sedara mara dan jugak jenguk-jenguk rumah kengkawan.


Tragedi Pagi Syawal.


Nih omak den yang snap foto. Blur pasal tak reti pegang iphone. Tiap tahun risya misti carik pasal bila nak amek gambar famili berbaju raya kaler sedondon camni. Dia memang drama queen.



Tengok tangan aku tu dah siap buat peace dah.




Sampai senget-senget aku nak suruh dia bergambar sekali.



Akhirnya inilah gambar paling baik boleh disnap. Tengok tu risya tetap tak nak tunjuk muka. Hai anak. Nanti dah besar tengok balik ya. Ni bukti kejadian ni. Harus disimpan.



nota-noti:
Nanti aku 'beraya' slow-slow kat blog korang ya. Jangan lupa hidang 'juadah' sedap-sedap tahu. Aku nak mengemas dulu nih takut orang tetiba datang beraya terkejut tengok ada mak lampir tengah blogging. Haha.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal