Assalamualaikum..
Hello. Hello. Blog.
2 hari aku tutup blog sendiri. Sesaja. Nak rasa hidup tanpa dihantui blog sendiri dan jugak blog-blog korang semua hohoho.
Pagi Sabtu kelmarin aku bizi loh sebab menghadiri acara sekolah tadika.
Petang pulak aku bersendirian di rumah bersama anak-anak kecil yang membuat kekecahan dalam rumah. Suami aku pegi PICC ambik anugerah. Aku bosan tak tahu apa nak buat. Nak buat keje-keje surirumah aku malas. Penat mendukung bayi sepanjang acara di sekolah tadika membuatkan aku nak melepek saja depan tv.
Tapi takda rancangan tv yang seronok ditengok melainkan ulangan Maharaja Lawak yang bila aku bukak je jadi tv tengok aku. Bila bukak je tv tengok aku lagi. Tak kira malam atau siang. AF pon samalah. Aku bukak je terus tv tengok aku tido lagi dan lagi. Buang karan!
Jadi menghindar daripada kejadian buang karan berulang aku orderlah movie Kongsi ni kat astro first. Ada yang review kata movie ni best ada yang kata tak best. Bagi aku pulak:
Kalau nak tengok cerita, jangan tengok cerita ini. Sebab cerita dia takda jalan cerita. Senang cerita kalau tengok jangan fikir apa-apa hanya tengok dan ketawalah kalau suka sebab itulah tujuan cerita ini dibuat cerita. ada paham?
Kalau tujuannnya nak tengok Shaheizy Sam semata-mata, tercapailah sebab inilah tujuan cerita tanpa hala tuju ni.
Sinopsis
Temulawak? Temulak? Tumulak?..lakonan Shaheizy Sam seorang samseng dari Thailand diberi tugas oleh Kempedu untuk mengucar-ngacirkan kumpulan kongsi gelap kat Malaysia. Kumpulan ini terdiri daripada 3 kumpulan kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Si Temulawak ni bunuh lah ahli-ahli kongsi gelap ni. Apa sebab dia kena buat onar macam ni takdalah aku mengerti. Saja nak wujudkan rusuhan kaum kut? Dah kata dah jangan fikir apa-apa kalau nak tengok. Disebabkan tu dia diburu oleh pihak kongsi gelap dan jugak seorang polis yang kebetulan kawan lama dia masa kat kampung tapi dah bermusuh. Selebihnya tengok saja aksi komedi pelakon-pelakonnya dan aksi lagak ngeri yang tak ngeri tapi menggelikan hati. Pesanan penaja: Tengok Aje Jangan Fikir Apa-Apa anda pasti terhibur. Cubalah. Hahaha.