HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Tuesday, November 29, 2011

Agar-Agar Corak Awan Larat




Mempersembahkan...




Agar-agar bercorak awan larat. Ekceli resipi asal kena buat belang-belang (pusar-pusar) macam ubat nyamuk tu. Dah namanya tangan takde seni corak camnilah jadi. Awan laratlah sangattt. Kahhhh..


Semalam aku tegar je pegi shopping complex dengan muka bintik-bintik ni. Kena bawak jugak muka ni merata-rata sebab baju 70's untuk konsert risya aku belum beli lagi. Beriya kan aku. Padahal konsert sekolah tadika jer pon kann. Apa der hal. 


Aku jelajah dua buah shopping complex. Kat dua-dua tempat amoi pusat kecantikan kejar aku. Mulalah dia merapu muka aku ada jerawatlah hape. Malam sikit eh. Itu parut chicken pox okeh. Malas nak layan aku autalah suami aku garang. Nanti kalau lambat aku kena belasah haha. Pucat muka amoi tu kejap. Haha. Keji tak aku?


Dengan penuh rendah diri aku share resipi agar-agar awan larat tadi. 

Bahan-bahan:

- Agar-agar 1 bungkus (18 gm)
- 1 tin susu cair
- 5 biji telur
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu teh esen vanilla
- Sedikit coklat (nak pakai sirap pon no hal)
- Gula

Cara-cara:

  1. Panaskan agar-agar dengan 5 cawan air (1250 ml atau ikut sukatan air belakang bungkusan  agar-agar) hingga cair.
  2. Masukkan gula secukup rasa. Nak manis ke tak nak manis terpulang.
  3. Kisar telur dengan tepung jagung dan esen vanilla.
  4. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam agar-agar dan kacau tanpa berhenti hatta nak garu-garu sekalipon.
  5. Apabila telur nampak macam dah masak (lebih kurang 5 minit) masukkan susu cair.
  6. Kacau lagi untuk beberapa minit.
  7. Asingkan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan coklat/sirap (coklat cairkan pakai double-boiler; kalau takda berkreatiflah guna periuk biasa).
  8. Buatlah corak belang kalau korang tere. Aku memang tak tere. Aku cuma tau teknik je tapi bila apply hancuss. Caranya, mula-mula letak yang kaler asal dulu. Lepas tu tuang kat atasnya yang dah campur coklat/sirap. Lepas tu ulang lagi secara selang-seli sampai habis.
  9. Biarkan sejuk lepas tu bolehlah dimakan beramai-ramai dengan yang tersayang ^__^.


nota kaki:
Nak BW tapi nak kena sidai kain dulu. Zikry pon dah ber**. Kena basuh montot dia dulu. Jap gi aku jengahlah korang.

Saturday, November 26, 2011

"GIVEAWAY : IRINE NADIA nak kasi MIRACLE TAB for FREE!"






Eh. Sakit-sakit pon gedik nak join GA. Heh. Hadiah best tuuu!! Sape tak nak join memang ah. Eh. Tapi lagi bagus kalau korang tak join jadi ada harapan aku nak menang wakaka!


Produk Miracle Tab yang boleh ubah muka aku jadi erra fazira tak lama lagi.
Bakal dapat free dari Irine Nadia yang suweet.


Oklah adik irine yang comel sangat. Ini alasan kenapa akak nakkkkkkk sangat produk miracle tab ni. Sebelum tu akak nak bagitau akak ni adalah seorang stalker kahkahkah. Akak selalu ngendap blog kamu diam-diam aje. Alah. Kalau akak bising-bising komen kat blog adik pon bukan adik perasan kelibat akak. Akak ni dahla kecik cenonit. Dah tua. Tak cun. Tak hot. Kena chicken pox pulak tu. Haha. 

Eh. Rasanya akak dah bagitau secara tak sengaja pon kan kenapa akak nakkkk sangat produk miracle tab nih. Takpe. Biar akak rumuskan. Senang sikit adik nak paham kan.

1st - Pasal akak nak muka akak jadi erra fazira. Nanti kalau akak dah pakai tab ni sure orang ingat akak ni erra ; erra tu akak ngehngehngeh.

2nd - Pasal akak kena chicken pox. Surelah banyak parut-parut membuat huru-hara kat muka nih kan. Kalau parut akak hilang akak boleh jadik testimoni tahu!

3rd - Kan akak dah cakap tadi akak dah tua. Jadi akak nak nampak muda baliklah. Tab boleh bagi akak muda kan kan. Sobs! Kecewa tahu bila orang cakap muka akak sekarang langsung tak sama dengan yang dulu. Diaorang asyik kata eh yang dalam gambar ni sape? Awak ke? Apesal lain? Yang dalam gambar ni jelita tapi yang sekarang ni errrrr....Tensen akak tensen ko tahu!

4th - Sobs! Kulit muka akak dengan kulit muka strawberry adalah amat sinonim. Adik tak percaya? Tengok nih.


Walaupon strawberry adalah merah dan sedap dimakan dengan sos coklat slrrppp *air lior menetes dah ni* namun lihatlah lubang-lubangnya itu. Sungguh menyayat hati apabila kulit muka akak adalah seperti itu. Macam boleh sumbat kepala mancis kat dalam tu kan. Akak percaya tab dapat mengembalikan kejelitaanku yang seperti dian sastro satu ketika dulu. Muntah. Haha.

5th - Adalah kerana akak akan menpsiko suami akak untuk membeli tab XY untuk lelaki pula dari adik pasal beliau kena chicken pox lagi teruk dari akak. Hewhewhew. Muka dia dah macam bulan sekarang nih. Kalau letak sebelah bulan sure orang ingat beliau adalah bulan kikikiki. Tapi. Tapi. Sebelum menpsiko akak memerlukan bukti kukuh dulu. Maka elok benarlah hadiah GA ni dibagi kepada akak agar kejelitaan akak kelak menjadi buktinya. Muntah lagi. Haha.

6th - Sebab..errr...sebab. Sebab free lah! Sape tak nak barang free. Dah ah barang baekkkkkk punya.

Irine oooo irine. Eh. Kamu paham tak nih kenapa akak perlukan sangat produk miracle tab nih? Bagus kalau paham. Dah. Pegi pos hadiah untuk akak sekarang. Sobs.



nota-noti:
Sedang konpius depan cermin. Itu akukah atau apam polkadot kah.

Thursday, November 24, 2011

Lagi Petua & Nasihat Merawat Chicken Pox





Inilah yang dikatakan pasangan sehati sejiwa kikiki.




Assalamualaikum.


Kasihan papa. Sehari lepas aku dan adik (Zikry) ke klinik dapatkan ubat untuk chicken pox papa pula yang kena jangkit. Malah papa kena lagi teruk. Habis muka dan badan dia. Nak tengok pon geli dah. Rasa macam nak gosok dengan kertas pasir.


Setakat ini kami bertiga (aku, adik dan papa) bergantung pada ubat-ubat klinik terutamanya ubat antivirus (untuk dimakan) dan juga ubat zorax (antivirus untuk sapuan). Untuk tahan gatal doktor ada jugak beri ubat makan dan calamine lotion. Kos ubat-ubatan ni kata doktor untuk seorang je dah mencecah RM200. Kalau 3 orang sekali kena? Darab jelah. Mujurlah. Mujurlah ada klinik panel. Syukur sangat-sangat. 


Masa Risya kena haritu takda pulak doktor (klinik berbeza) bekalkan ubat antivirus untuk dia. Pelik. Tu pasal aku sibuk google macam-macam petua tradisional untuk pulihkan dia.


Kali ni aku tak amalkan petua minum air kelapa tu sangat. Adalah minum tapi setakat 3-4 teguk aje buat syarat pasal aku risau air kelapa tu akan tawarkan kesan ubat antivirus tu. Tapi aku minum air soya banyak-banyak pasal ada sorang kakak bekas nurse tu nasihatkan macam tu. Tak pasti pulak untuk apa. Agaknya untuk cantikkan kulit semula kot. 


Kakak yang sama juga nasihatkan kami berpantang makanan berminyak takut berparut. Adehla. Aku baru jer lepas makan pisang goreng semalamnya. Bab pantang makan ni best juga. Bolehla berdiet sepanjang sakit ni kan (merujuk kepada papa). Yang tambah seronok kerja memasak semakin mudah (merujuk kepada aku). Masak rebus semuanya. Haha.


Daun semambu (balance Risya punya) kami gunakan buat alas tidur je. Tak buat mandi macam masa Risya haritu. Kali ni kami mandi menggunakan air halia (rendam halia dalam baldi) pulak. Petua ni aku jumpa kat blog orang tapi terlupa pulak link blog dia. Cari-cari semula eh tak jumpa dah. Puncanya sebab tak tertahan rasa gatal. Mandi guna air daun semambu tu macam tak jalan je. Bila guna air rendaman halia ni kurang sikit gatalnya.


Masuk hari ke 4 rasa gatal kurang, bintik-bintik dah mula rasa sakit pulak. 



Mujurlah budak ini macam tak rasa derita.

(updated)

Nak hilangkan parut chicken pox cara tradisional.

Rendam beras semalaman.
Tumbuk beras (airnya dibuang) dengan kunyit hidup dan daun cermai.
Campur sedikit air.
Lumurkan pada muka dan badan macam bedak.


nota-noti:
Nak pegi kedai kejap lagi. Malunya nak keluar dengan muka apam polkadot.

Tuesday, November 22, 2011

Lari Dari Klinik.




Yayyy! Malaysia menang. Malaysia menang. Johor pon diberi cuti istimewa kahkahkah. Tak. Tak. Harini cuti keputeraan Sultan Johor. Janganlah marah hentak-hentak kaki pula apesal anda kena pegi kerja hari ini. Selamat bekerja ya sambil raikan kegembiraan bersama teman-teman.


Assalamualaikum..

Hai semua  ^__^.

Saat menaip entri ini saya sedang cuba menahan gatal dan bisa di badan. Memang rasa nak keruk-keruk. Semalam ok lagi. Harini makin menjadi-jadi miangnya.


Semalam tak sempat nak tulis apa-apa kat sini. Pagi-pagi dah terpacak kat klinik UTM. Dahler kena tawaf satu klinik sebab pintu masuk klinik dah tukar rupanya. Nampak sangat lama dah tak datang klinik sini. 


Mulanya ingat nak pegi klinik panel je sebab dekat sikit dengan rumah tapi buku klinik pulak dah tertinggal kat kereta lagi satu. Kereta lagi satu tu pulak nun jauh kat rumah mother in law. Sekarang ini kami ke sana ke sini melaram dengan kereta my FIL sementara dia masih kat wad. Keji betul sikap ini bukan? 



nombor bertuah. nama - nama aku. jari - bukan jari akulah hoi haha.



aih. berjanggutlah nak tunggu turn aku.

Incik papa mulalah tak senang duduk. Maka beliau berusaha calling klinik panel boleh ke dapat rawatan tanpa buku klinik. Mujur boleh. Jadi kami pon larilah dari klinik UTM menuju ke klinik Keluarga. Mungkin kalau akak nurse kat kaunter tu tahu sikap ini pasti dia menyesal memuji aku comel pada mulanya kahkahkah.



Klinik Keluarga. Masa ni hanya ada keluarga aku saja.



Aku punya dengan Zikry punya. Kami bersama-sama meraikan kehadiran chicken pox di tubuh kami hew hew hew.





nota-noti:
Saya tak berapa larat harini. Saya cuba jalan ke blog anda secara perlahan-lahan. Maklumlah nak kena menyimpan saki-baki tenaga untuk kerja-kerja di rumah. Begitulah nasib. Lainlah kalau ko puteri raja. Boleh guling-guling atas katil sekarang.


Friday, November 18, 2011

Seorang Bayi Yang Terbiar






Ah. Mama tak mahu layan pon tak apa. Saya layan bola lagi best!

Assalamualaikum..


Kasihan bayi ni. Terpaksa bawa diri pegi tengok bola. Setelah mamanya terpaksa abaikan keadaan sekeliling demi menyiapkan seketul header yang bajet comel tengoklah kat sini kiki.



nota-noti:
Harini nak pegi hospital menziarahi ayahanda mertua, mungkin lambat sikit jengah anda.


Wednesday, November 16, 2011

Kacang Pool Haji & Haji Salleh




Semalam, Haji Salleh bin Ahmad dimasukkan ke wad kerana beliau sakit dada. Ya. Beliau memang ada penyakit jantung. Dah pernah kena operate lama dulu. Semalam melawat beliau di rumah sakit, Hospital Sultanah Aminah. Keadaan beliau baik-baik sahaja. Mungkin beliau tersalah makan atau terlalu penat. Moga beliau akan sembuh, sihat dan segak seperti sediakala. Anda pon tolonglah doakan sama ya.

Assalamualaikum..

Haji Salleh dalam cerita di atas adalah ayah mertua saya.


Sekarang saya sajikan anda dengan gambar haji. Bukan Haji Salleh tapi kacang pool haji nama dia.



ini kedai dia. letaknya dekat larkin bomba. kedai kaler kuning bagi memperdaya psikologi kerana kaler kuning dipercayai membangkit aroma lapar dalam diri.


Orang kata kacang pool adalah sedap. Ratusiput dan DaddyDoubleZ pon cakap macam itu jugak. Maka, saya jadi teruja nak cuba juga. Adakah betul sedap?



kacang pool dimakan bersama roti bakar. tak tahulah kalau ada orang makan dengan nasik.


Bayi kata (Zikri) "dap ah mama". Tipu. Dia mana pandai cakap lagi. Saya syak aje dia kata sedap sebab dia makan banyak.


Incik papa tak berkata-kata. Beliau diam saja. Tapi saya rasa dalam hati beliau kata sedap sebab beliau makan sampai licin. Tah. Tak tau ah sebab jarang benar beliau makan tak licin. Manjang licin jer.


Saya kata mula-mula rasa macam biasa. Tapi bila dah nak habis sedap jugalah.


Risya kata tak sedap. Ah. Dia ni memang macam tu. Jangan pakai sangat cakap dia. Dia belasah otak-otak aje semalam.



nota-noti:
Untuk kemudahan rakan-rakan nak copy perkara berguna (hahah macamlah hado kan) function disable right-click dan disable-select telah saya lupuskan.



Tuesday, November 15, 2011

Tak Pandai Menari, Jangan Salahkan Lantai





....Tak pandai buat kek jangan salahkan resipi. Kikiki.


Assalamualaikum :).

Heh. Sebenarnya malas betul nak update. Tapi kalau tak update macam gatal jer tangan nak update.  


Yang sebenarnya mood macam lari sikit minggu ni. Lari sikit jer. Taklah sampai nak lari dari rumah sebab takut nak buat presentation (syyyhhh..buat apa nak bukak pekung di dada kan kahkahkah).


Alkisahnya, hari sabtu kemarin aku balik kluang lagi. Macam kerap balik pulak sejak akhir-akhir nih. Misti emak bosan tengok muka aku anak-beranak terpacul tiap-tiap minggu. Nak ngabehkan bogheh omak ah tu kahkahkah. Taklah. Nak buat cemana dah kena balik kan.


Bila balik rumah emak, aku pon jadik semangatlah nak buat kek lagi. Sebabnya kat rumah emak ada peralatan lengkap tak macam kat rumah aku. Jangan kata mixer, pengayak tepung pon nan hadoo.


Semangat lagi membuak-buak lepas kejayaan buat kek coklat haritu. kahkahkah. Itu pon nak bangga seantero dunia kan. Padahal kak limah dah tahu lama dah buat kek tu haha. Sian. Terbatuk-batuk kak limah kena sebut walhal aku tak kenal pon sesapa nama kak limah kecuali hantu kak limah kahkahkah.


Kali ni misi aku agak adventurous sket. Adventurous sangat ah kan. Yerla dengan memula nak carik bahan kat jusco taman u tu. Bukan banyak pilihan sangat pon. Beli bahan ala kadar sebab nak save budget. Haha. Boleh gitu? 


Lepas beli bahan muka incik papa dah senget-senget semacam macam nak bahankan aku sebab dah terguna budget beliau nak buat road tax kahkahkah.


Sebenarnya tu ketawa penyesalan. Disebabkan hal tu teros beliau padamkan angan-angan aku nak beli supplemen cantik. Terpadam teros mimpi nak berkulit mulus pipi kaler pink-pink macam irine nadia marshmallow T__T .


Nah. Nak bajet tere aku try ah buat carrot kek siap dengan cream cheese bagai.




Tak yah nak teruja sangat ah kahkahkah. Bukan menjadik sangat pon kek tu. Paling tak puas hati dengan cream cheesenya. Aku tengok video joy of baking tu dia boleh jer sapu-sapu creamnya. Aku nyer cairrr semacam jer. Haih. Dah kata tadi dah. Aku tak salahkan lantai berlakunya kejadian tragis seperti ini. 


Dah. Bosan giler cerita aku nih. 


Sebelum tu, aku kasik tauladan sikit lah ye dari cerita aku. Moga bila korang baca adalah hasilnya jugak:

1. Kalau dalam resipi cakap guna minyak sayur tak yah gatal nak guna minyak kelapa sawit.
2. Kalau tak suka bau kuat tak yah ah guna cinnamon powder dalam kek walaupon resipi suruh guna. (mak sama incik papa tak suka bau ni. semut pon tak suka. takda semut sudi hinggap kek aku.)
3. Lain kali kalau nak buat kek mahal tunggulah gaji masuk kikiki.


nota-noti:
Baru tahu yang buttercup adalah bukan sejenis butter.


Saturday, November 12, 2011

"Mega Giveaway CPB : Mehlah Kritik Kalau Berani"




Assalamulaikum. Hai, salam petang sabtu :).


Heran tak? Heran tak? Tak herann ponnnn kan kan. kahkahkah.


Bagi yang dah lama fren-fren dengan ai (harini nak bajet gedik) dalam dunia blog ni tahulah yang ai lah blogger tak hot (ada motif ke nak sebut?) paling pemalas nak main GA-GA. Bajet macamlah bagus sangat kan. Esok-esok ko buat GA takdak sape nak join barulah padan dengan muka sendiri kui kui kui. 


Harini ntah angin kus-kus mana sampai ntah tetiba nak join pulak GA cik puan bunga yang comel lote lagi menawan tu. Padahal takda insan malang pon yang tag ai (malanglah sebab kalau kena tag ai selalu derhaka tak buat). Hehe.


Takmo tulis panjang-panjang bajet mcam orang nak baca marilah selesaikan tugasan GA sekarang.


1. Mula-mula baca syarat penyertaan dia.

  • kena ada blog tak kisahlah kalau pak sedara punya pon tak apa. dah
  • kena folo blog dia. dah. tak yah suruh pon memang folo dah pasal blog dia best sampai tak mandi pagi ai duk baca dari tadi
  • warganegara malaysia. ya. ya. ai bukan warga indonesia walaupon muka ada sikit macam minah indon yang nama laudya cynthia bella tu. hahahaktui.
  • suka mandi pagi. errrr. mujur dia gurau kalau tak, tak dapat nak join kui kui kui.

2. Copy banner dan linkkan ke entri dia. Dah. *comeyla banner dia. suka ai. bodek lagii kuikui.*




3. Saat yang dinantikan iaitu hentam blog dia habis-habisan kahkahkah. Nah terimalah kritikan jahat dari ai. Kalau nangis suruh suami lap ingus eh. Sedia tau..


Sebenarnya ai tak tahu pon dia buat GA atau senang kata ai tak pernah tahu pon ada manusia nama cik puan bunga dalam dunia blog ni pasal niat suci ai online mula-mula tadi nak carik info pasal kaitan VCO dengan parut chicken pox tup-tup eh terkeluar blog cap katak dia pulak (ops..ops dia yang kata bukan ai kata tahu!!).

Makanya niat suci nak carik info tadi terus terlupakan malahan ai jadik lupa daratan sebentar apabila membaca blog beliau malah lebih sadis lagi ai terlupa nak tolong mak masak tengahari kuikuikui (ai kat rumah mak sekarang). Tengok. Keji kan blog dia sampai boleh buat orang sopan-santun cam ai terpesong dari landasan sebenar? Kehkehkeh.

Kesimpulannya (peh. macam penutup karangan UPSR pulak) blog dia BEST sangat! Entah apa yang best pon ai tak tahu tapi bila dah baca satu entri ai lompat lagi pegi entri lain lepas tu ai lompat lagi  sampailah ai pitam sebab terlupa belum makan tengahari lagi. Dahla mak yang masak kan. Keji betul. Makanya, ai rasa nak sumpah cik puan bunga tu jadik labi-labi sebab tulis kisah-kisah diri sendiri yang sumpah best walaupon dia bukan fasha sandha sampai ai nak sangat korek-korek kisah dia kahkahkah.

Kalau ai baca blog orang, ai tak kisahlah template blog orang tu macam mana lawa ker comel gedik pink-pink ker hatta yang tak semenggah pon ai akan baca asalkan isinya kena dengan citarasa dan mood ai ketika itu. Dan ai ngakulah yang ai jeles dengan template blog cik puan bunga yang kaler pink tu walaupon ai bukanlah penggemar kaler pink sebab ai ni matang-matang hahahaktui. Template blog beliau betul tak serabut. Takda lagu yang buat ai terkesima sebentar. Takda perhiasan-perhiasan aneh yang merencatkan nafsu ai nak baca entri ataupon mengomen.

Pendek kata, blog beliau adalah BEST maka ai masukkan dia dalam blog list ai dengan sukarela tanpa paksaan guru besar di sekolah beliau. Cik puan bunga ni cikgu tahu! Beranilah nak kutuk-kutuk dia nanti dia denda u olls main semut api bawah pokok rambutan baru tahu!

haha. dah penat ai asyik nak puji dia. puh puh. moga menanglah ferrrari kuning sejibik untuk ai berlagak depan jiran tetangga. *astagfirullahala'zim. awal-awal dah nak meriak.*

4. Cabaran seterusnya, namakan entri beliau yang paling ai suka.

Ah. Senang sangat. Pasal sebelum ai join GA dia lagi i dah like-like entri dia yang ni Blog Famous Kalau Masuk Majalah. Bukan sekali ai like. Malahan 2 kali. Siap guna id asben ai lagi tahu (sebenarnya ai tersilap guna id fb tu kahkahkah). Ni updated punya. Entri dia yang ai rasa terlagi ohsem adalah Mencintai Dua Lelaki.

5. Cabaran terakhir iaitu perkara ai paling tak gemar kalau main GA. Kena tag 2 orang. Sapelah yang ai nak mangsakan eh? Hah. Nasib koranglah eh. 


Puan Kutu
Cik Rose Cute Ibu Comel


Pesanan untuk korang: Buat GA nih best-best tahu. Kalau korang menang ai pon dapat habuan jugak tahu. Merasalah kita bersama-sama melaram dengan ferrari kuning nanti muahahaha.





nota-noti:
Tak sempat BW lah 2-3 harini. Nak pegi bajet tere kat dapor mak sattt.


Friday, November 11, 2011

Merawat Chicken Pox Ikut Cara Tradisional






dia marah saya ambik gambar. dia kata orang sakit pon ambik gambar ke??? grrrr


Agaknya sekarang musim chicken pox sebab abang van Risya cakap ramai budak sekitar sini yang kena jugak.


Sebenarnya dia dah kena dari minggu lepas (sebelum raya haji) tapi saya tak perasan sebab cuma sebiji ajer tumbuh kat telinga. Sebab sebijik aje maka saya ingat bintat biasa. Dia pon tak demam ke hapa. Sihat walafiat melompat-lompat macam biasa tak reti diam.


Tapi ropenye, virus chicken pox tu suka bersemayam dalam seminggu kat dalam badan baru dia keluar. Lepas raya haji barulah tumbuh bintil-bintil berair tu. Saya syak dah ini chicken pox. Dari rumah mak cepat-cepat berkemas balik Skudai nak pegi klinik panel punya pasal. Tapi sebab raya haji (raya ke-2) doktor pon takda pegi beraya ataupon pegi bedah lembu. Klinik 24 jam pon nama aje 24 jam tapi doktor tah ke mana.


Dah petang-petang barulah dapat jumpa doktor. Pegi klinik pon sebab nak pastikan betul tak itu chicken pox. Doktor kasik ubat demam, ubat sirap tahan gatal, calamine lotion dengan sirap vitamin.


Sesetengah penyakit kena juga rawat dengan cara tradisional walaupon sesetengahnya macam tak logik kan. Tapi sebagai manusia apa salahnya kita berusaha asalkan cara tu tak menyalahi hukum Islam mahupon undang-undang Malaysia.


Ni antara yang saya buat untuk rawat Risya:

1. Kasik minum air kelapa muda


Cara ni agak pemes kan. Tapi ada syarat juga. Kelapa mudanya tak boleh jatuh ke tanah. Apa reasonnya saya tak tahulah. Dah mak cakap camtu saya ikut jer. Incik papa pon gigih panjat pokok kelapa depan rumah mak. Mujur rendah je. Dapatlah ambik pakai tangga.


2. Lumur badan dengan daun semambu/daun neem

Orang india banyak tanam pokok ni. Tapi kalau nak pegi mintak kat rumah diaorang ada pantang-larangnya. Contohnya, tak boleh ambik daun ni lepas pukul 5.30. Tak tahulah kenapa. Mungkin ada kaitan dengan agama hindu diaorang. Lepas tu diaorang biasanya berat hati nak bagi pasal kalau kita guna daun tu chicken pox tak baik nanti diaorang sendiri guna pon jadi tak baik. Huhu. Tahler. Nak senang pegi aje beli kat kedai bunga india. Takda pantang larang. Dapat nasihat free lagi.



pinjam google punya


Daun semambu ni saya tumbuk lepas tu lumur kat badan Risya. Buat alas dia tido juga. Saya letak bawah cadar. Kalau nak ikutkan penjual bunga india tu patutnya kena pakai cadar baru. Huhu. Malas nak beli cadar baru tapi hari-hari cadar Risya saya basuh. Kira barulah tu..baru basuh. Hehe.


Risya macam selalulah. Paling tak gemar ubat-ubatan tradisional ni. Busuklah. Tak selesalah. Memang payah sikit nak ubat kalau budak ni jatuh sakit. Dari kecik camtu.


Ada juga petua saya jumpa daun semambu/daun neem tumbuk/kisar sekali dengan beras dan kunyit. Harini saya ingat nak buatlah. Tapi belum beli kunyit pulak dah.


3. Tak mandi/mandi dengan air sagu biji/mandi air ramasan daun neem

Ada macam-macam versi petua yang saya dengar/baca.


Ada orang kata tak boleh mandi takut chicken pox tu terbantut kat dalam. Tapi macam rimas pula tengok Risya tak mandi. Tapi masa dia demam memang saya tak mandikanlah.


Ada yang kata pula mandi dengan air rendaman sagu biji. Caranya, rendam sagu biji dalam baldi. Lepas tu buat mandi. Dah habis air refill je. Jangan mandi pakai sabun katanya. Kalau nak guna sabun juga pakai eubos sebab formulanya tak berasaskan sabun.


Kalau nak guna daun semambu/daun neem, ramas-ramas jelah daun tu dalam air. Lepas tu buat mandi.


Anda rasa cara mana patut saya buat? Tak mandi? Mandi dengan sagu biji? Atau mandi dengan daun semambu/daun neem?


4. Asingkan pakaian dan tempat tidur

Baju-baju Risya saya basuh asing. Tempat tidurnya pon saya asingkan daripada adik dia. Saya jelah yang tido dengan Risya. Kesian Zikri. Rindu nak main dan peluk-peluk dengan kakak dia. Tapi kadang-kdang dia memang pegi jugak nak bergomol dengan kakak dia. Bukan reti saya marah. Nasib ah kakak dia dah reti. Adik kejar dia lari. Takut jangkitkan adik.


5. Tak menggoreng dalam rumah

Saya sebenarnya tak berapa pasti pasal benda ni. Kata orang tua-tua, kalau menggoreng dalam rumah orang yang sakit chicken pox tu rasa bisa. Tapi demi Risya saya ikut jelah. Tapi tumis-tumis tu buat jugaklah. Dah terpaksa kan.


6. Gantung daun semambu/daun neem dalam rumah

Petua ni katanya untuk elak orang lain dalam rumah kena jangkitan chicken pox tu. Saya buat jugalah. Gantung-gantung kat celah pokok bunga kat tingkap hehe.

Ada juga petua saya jumpa suruh letak halia dalam kolah. Rumah saya mana ada kolah. Jadi saya tak buatlah.


7. Pantang makan

Untuk sementara ni saya hindarkan Risya daripada makan kicap. Makanan-makanan lain tu takdalah nak pantang. Ayam, mee goreng, telur dia belasah jer. Orang kata nanti gatal kan. Abeh tu macam kasihan pulak nak halang-halang dia makan. Dahla dia tu kurus macam somalia.


8. Jangan kena hujan

Orang kata kalau kena hujan takut parut tu jadi berlekuk. Tapi kena hujan zaman sekarang ni memanglah tak baik untuk kesihatan kan. Hujan asid banyak. Udara kan dah tercemar. Tak kira sakit chicken pox ke sihat walafiat ker tak payah ah nak pegi main hujan. Bukan macam dulu-dulu. Selamba jer kalau nak main hujan.


Tu jelah petua yang saya tahu.


nota-noti:
Hari ni mungkin lambat sikit saya jengah korang.


Thursday, November 10, 2011

Blog Kena Remove :(




Sobs. Semalam petang kan tengah syok baca-baca blog orang tetiba masa refresh blog sendiri keluar mesej camni:



ini google jer. tak kuasa nak printscreen sendiri punya. macam nightmare tahu. lebih nightmare dari nightmare freddykrugger tu huhu.


Sadisnya google nak main remove-remove blog macam gini. Dalam hati takut sangat tapi tak takut sangat jugak sebab blog lain pon penah hadapi masalah yang sama. So misti ada caranya nak dapat balik. 


Tapi takut jugak bila google-google ada juga orang yang dah dapat verfication code tu still tak boleh access blog. Kena buat rayuanlah. Lepas tu entri hilanglah apalah. Adoih.. 


Akaun emel kita pon google block sekali. Kononnya cam kita ni ada langgar term-term diaorang. Mana ada kan. Kita ni mak budak baik. Tak penah pon nak langgar-langgar pantang ke hapa. Langgar pantang masa berpantang beranak dulu adala sikit hiks.


Cara nak selesaikan masalah blog kena remove ialah dapatkan verfication code dari pihak google melalui SMS kat henpon. Tapi ntah malang apa saya tak terima pon verfication code tu. Sedih :(. Terus jadik murung nak buat hape pon tak lalu dah. Kalau kek coklat kukus moist ada sebelah ni pon memang tak lalu nak makan. Mujur kek tu dah habes kan hiks.


Dalam kerungsingan menunggu SMS verification code yang tak sampai-sampai, tetiba teringat ada kawan blogger dekat fb, Tia. Sebab penah terbaca entri di blognya yang dia penah kena macam tu. Tia ni dah banyak kali tolong saya. Maceh, Tia. Sayang Tia. Tia tolong saya dapatkan verification code tu dan tak sampai berapa minit blog kesayangan ni dapat diaccess semula. Terus senyum sampai telinga :).


Harap-harap janganlah berulang lagi kejadian camni. Seriau.


nota-noti:
Risya kena chicken-pox. Doakan dia cepat sembuh ya.



Wednesday, November 9, 2011

Time Raya Haji Buat Projek





Hai. Masih melantak daging korban tak habis-habis lagi kah? Hehe.


Raya haji saya balik rumah bonda kat Gunung Lambak, Kluang tu. Lepas ziarah tok mak incik papa, mengembangkan perot dengan pelbagai makanan raya dan berehat-rehat (tido-tido ayam) sebentar menenangkan fikiran yang gusar saya pon memulakan projek dengan yakin.


Projek kali ini ialah membikin KEK COKLAT KUKUS MOIST. Untuk pertama kali dalam hidup.


Hui. Kamu tahulah skill baking saya kan haha. Lepas kegagalan muffin haritu saya belumlah patah semangat nak cuba kek pulak.


Biasanya saya lebih gemar masak di dapor sendiri. Sebab kalau apa-apa hal berlaku pada masakan tersebut hanya Allah, saya dan incik papa yang tahu hehe.


Tapi kali ni saya beranikan diri memasak di dapor emak dengan berhadapan ramai orang (mak, bapa, adik, adik ipar dan maid indonesia adik). Seolah-olah bersedia untuk dibahan apabila kek tersebut mungkin gagal terjadi. Sudahla maid indon yang bernama Lis tu beriya-iya nak belajar buat kek dan sedang kumpul wang gajinya untuk beli sebiji mixer. Dia tak sabar-sabar nak tengok mixer kepunyaan emak saya tu berpusing, LOL.


Dan akhirnya. Mujurlah. Air muka saya tidak jatuh di hadapan semua orang. Kek tersebut ternyatalah sedap. Lembap, padat, gebu, lembut, tak manis sangat. Kiranya perfecto lah. Teruja saya menyuruh semua orang merasanya dan mengharapkan mereka memuji-muji saya hehe. Tengok emak pon begitu teruja dengan kek yang jadik tersebut maka puaslah hati saya. Hehe.




Macam sebiji donat gergasi.



Walaupon hiasannya agak huduh (Risya buat) tapi rasanya langsung tak huduh.



Anak buah, Akif yang dari mula kek siap dia tak sabar nak usik kek tersebut. Mak Long bangga kamu teruja dengan kek Mak Long hehe.



Risya cuma teruja nak kacau orang buat kek dan potong kek. Dia kurang gemar makan kek. Bagus. Boleh mama melantak sengsorang haha.



Adunan kek tersebut banyak sehingga boleh dapat 2 bijik kek sekaligus. Saya tak tepek resipi kali ini sebab rasanya macam semua orang dah tere buat kek coklat kukus moist ni. Aku saja yang baru nak heboh, LOL!



nota-noti:
Kalau ada yang mahu resipi baru saya tepeklah.




Thursday, November 3, 2011

Imaginasi Kanak-Kanak



Assalamualaikum..





Ini adalah story Sya. tajuk cerita  ini eyalah Angry Bird ! kalau nak tengok ceritanya tegoklah kat atas ni dan baca hehehe. bye



nota-noti:
Karangan imaginasi di atas ditulis oleh Risya sepenuhnya. Entri juga ditaip oleh Risya. Ada salah eja harap maklumlah haha.



Wednesday, November 2, 2011

Percubaan Berani Buat Muffin Sendiri





Tengok orang lain buat muffin dekat blog nampak macam senang maka saya pon jadik berkobar-kobar nak buat jugak. Walaupon saya sedarlah skill baking-membaking saya masih tahap pra-sekolah, LOL! Tu pon  masih berani nak berangan masuk masterchef haha. Tak kisah ah kan. Kita kena berani berimpian atau dengan kata lain berani berangan-angan ala mat jenin haha.


Apa-apa hal pon sebelum membuat sesuatu yang sukar macam muffin ni (ha..nak gelakkan aku ler tuu) kita wajib mentelaah dulu (gila ngkau nak buat muffin pon sampai kena mentelaah) supaya tak tersalah langkah kelak. Saya bermaster chefkan blog SINI dan SINI.


Bila tengah studi-studi resipi supaya meresap dalam kepala barulah sedar saya takda dulang untuk bakar muffin (tiffin muffin). Macam nak kecewa dah mulanya pasal malas nak pegi beli. Nanti tambah sesak dapur cenonit saya tu. Tapi rupanya ada jer jual bekas muffin khas yang yang tak payah guna tiffin muffin pon.




kasihan aku, tiffin muffin pon baru nak kenal.


Bahan-bahan semuanya pakai sukatan cawan. Ada jer resipi bagi sukatan gram tu tapi saya takda penimbang. Takkan nak pinjam timbang kedai ikan pulak kan haha.


Cawan ada banyak kat dapur. Peninglah pulak nak pakai cawan mana. Yang ada gambar mickey ke yang love-love ke yang beli kat ikea punya. Haha. Takda kaitan dengan corak cawan pon. Apalah punya sengal kan. Bila google-google jumpalah fakta (tak tahulah benar ke palsu) 1 cawan = 250ml. Oh..barulah tahu. Kasihannya aku kan, lagi sekali.



Sekarang jomlah tengok mak budak yang berani-berani takut nak buat muffin sendiri. Tanpa bantuan ibu bapa hatta jiran tetangga. Huhu. Pilihan hari ini muffin pisang berwalnut. Kemainnn...kan. Tak padan dengan tak reti.



Mula-mula satukan bahan-bahan kering dalam satu mangkuk, iaitu:



2 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan brown sugar
1/2 sudu teh garam
1 cawan roasted walnut (bakar pada suhu 100ºC selama 6-7 mt)
1 sudu teh serbuk kayu manis




Satukan bahan-bahan basah dalam mangkuk lain.



1/4 cawan butter (dicairkan dan disejukkan)/minyak masak boleh juga rasanya
2 biji telur
1 cawan susu segar (saya pakai dutchlady full cream)
1 sudu teh esen pisang
7 biji pisang berangan (diramas, tapi aku lenyek)


Telur tu macam biasalah pukul-pukul dia. Kemudian bubuh esen pisang. Tapi saya rasa esen ni menyebabkan muffin berbau agak kuat. Lain kali buat saya tak mahu guna esen lagilah.


Butter cair tadi saya masukkan. Masa ni dah takut dah sebab butter tu macam jadik berketul-ketul. Tapi redah je ah kan. Kata orang, berpantang maut sebelum ajal. Bukan saya tapi muffin tulah kan. Belum tentu lagi ajal dia nak sampai. Semuanya bergantung kat tangan saya sekarang.


Masukkan susu pulak sedikit demi sedikit sambil pukul-pukul adunan. Pisang ramas/lenyek dimasukkan.





Tuang adunan bahan basah ini ke dalam mangkuk adunan bahan kering. 
Gaul-gaulkan dalam 4-5 kali. 



Masukkan adunan ke dalam bekas muffin 3/4 penuh. Mujur ada pembantu walaupon sekejap saja bantuannya. Alasan sakit perut padahal nak tengok kartun. Janganlah sampai anak dara nanti buat alasan camtu. Memang nak kena ah tu.



Sebelum bakar macam ada harapan muffin ni tak menemui ajal di tong sampah.





Bakar pada suhu 180ºC - 200ºC (ikut kesesuaian oven) selama 25 mt. Oven jangan lupa panaskan dulu. Ni basic ni. Kalau tu pon tak tahu baik campak jerlah oven kat tong sampah. Saya bakar guna dua-dua tingkat sekali. Entah apa silapnya yang tingkat atas hangus yang tingkat bawah langsung tak masak. Tak guna punya oven!



Hasil yang dah siap bakar. Kecewalah sikit sebab muffinnya tak naik sangat T__T. Patutnya terkeluar dari bekas kan. Muffin pon boleh bantat ke? Konpius. Rasanya pon tak sesedap muffin season T__T.



Kesimpulannya, kena improve lagilah tu. Cancel ah nak berangan masuk masterchef, LOL!.



nota-noti:
Muffin ni aku buat masa nak pegi Cameron haritu. Tapi baru nak terpublish. 

Tuesday, November 1, 2011

Sejuk dan Sedap




Hai. Sambung lagi gambar-gambaran di Cameron Highlands :).



@KasiManis Farm.
Sate strawberri berkuah coklat. Sapa kata tak sedap dia alien LOL!
Dekat sini ada jual eskrim malaysia strawberri dan gooseberri, sedap sangat. 
Berbaloi dengan harganya RM1 sebatang. Eskrim markisa pon ada tapi tak beli.



Dari tingkat 7 equatorial hotel.
Sangat sejuk dan berkabus sebab hujan.
Bila tidur malam bunyi angin menderu macam bunyi hantu.



@Pasar malam Brinchang.
Hujanlah masa ini, sejuk! Korek-korek duit sebab Risya nak beli sarung tangan.
Berangan tak habes-habes dia tu.



Panorama pagi dari tingkat 7 equatorial.
Tengok hijau-hijau bagus untuk mata. Kalau kat rumah asik tengok laptop je kan huhu.



Breakfast kami. Tu sajalah strawberri yang kami makan.
Tak borong banyak pon sebab dengar kata strawberri tak boleh dibawa
turun dari Cameron nanti benyek.



Nak pegi jalan-jalan cari pasal.



Risya kalau mood baik suka bergaya. Tu dah siap pakai sarung tangan dia.
Zikry memang nak carik pasal, LOL!



:).



Kalau tak bergambar kat papan tanda tak sah.



Tengok-tengok tempat tanam strawberri.

Tu tadi semua gambar sebelum mandi, LOL! Tapi bau wangi tahu. Lepas dah siap-siap sebelum balik singgah-singgah dulu kat Butterfly Farm dan juga Kea Farm.



Mama, risya dan rama-rama.
Tempat yang risya nak pegi sangat.



Habis dah. Masa balik singgah beli buah tangan untuk mak dekat pasar Brinchang sebab nak balik rumah mak dulu kat Kluang tak terus balik Skudai tula pasal blog pon lama cuti haha.


Saya beli buah jambu berperisa epal ni. Sedap. Tapi dah dibubuh pewarna. Melampau kaler hijau dia. Beli juga epal cameron tapi epal tu buat gatal lidah bila makan (tak mahu ambik gambo epal tu sebab dah buat lidah aku gatal, LOL).





Dalam perjalanan balik tu singgah makan tengahari kat Brinchang. Makan ikan patin masak gulai tempoyak kat restoran Naimah kut namanya kalau tak silap (tak sempatlah nak hafal nama restoran sebab masa tu dah kebulur sangat). Sedap sangat sampai menjilat pinggan!



nota-noti:
Siapa ingat masa Nora Elena honeymoon dengan Seth Tan ke Cameron diaorang duk hotel mana??


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal