HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Friday, March 30, 2012

sambal tembelang.







Harini hari hangen satu badan untuk aku agaknya.
Pagi-pagi dah bebelkan encik tersayang pasal curik-curik merokok masa waktu malam.
Walaupon merokok kat luar rumah tapi ikut celah mana tah bau rokok tu meresap masuk.
Habis ruang tamu aku bau busuk.
Malas nak membebel malam, aku simpanlah stok bebel waktu pagi, boleh gitu?


Lepas tu geram dengan risya sebab tak siapkan homework BM sebab asyik main game.
Bila aku bagi cadangan suruh dia siapkan sebelum masuk kelas, boleh pulak dia balas balik tak yah risaukan dia. Taulah dia bila nak siapkan homework tu.
Ewahh. Kemain lagi. Baru 7 tahun. Belum 17 tahun lagi.


Tengahari tadi aku plan nak masak sambal telur je.
Dah pecahkan sebiji masuk dalam sambal, nak tambah lagik sebijik.
Tapi tah cemana terlepas masuk dalam sinki.
Rugi dah sebijik.
Aku ambiklah lagi sebijik.
Ketuk-ketuk kejap terus lepaskan masuk dalam kuali sambal.
Sekalinya hambek ko telur dah busuk rupanya.
Air kelabu dari dalam telur tu laju jer meluncur ke dalam sambal aku yang tengah naik bau sedap tu.
Bau sedap sambal aku terus jadik bau tembelang.
Hangen jer aku.
Dahla telur jenis mahal punya.
Ada omega-3 bagai.
Hemm.
Lapo.


Nak pegi makan nasik ayam penyet dengan ABC kat taman U.
Bye.


Gigih ambik gambo nak tunjuk bukti telur buruk (telur yang berbuih tu).
Bukan tunjuk bukti kuali kat rumah buruk.


tips memenangi hati isteri.






Dulu kan masa belum dapat, kemain kan korang (para suami) guna macam-macam skill power nak tackle awek tu kan.
Sekarang bila awek tu dah jadik isteri korang, jangan ingat tak yah tackle dah.


Jadik, harini cik tipah nak bagitau kat para suami di luar sana cara-cara untuk memenangi hati isteri.
Cara nak ambik hati suami, cik tipah lum kaji lagi HUEHUEHUE.
Keji sungguh sikap cik tipah ini kan.
Ini sudah tidak adil.
Takpe, next time cik tipah kaji.
Yang penting hati isteri dulu pasal pompuan ni lebih perasa dan sensitip.


Cik tipah jumpa tips best ni kat >>SINI.
Bila baca tips-tips tersebut cik tipah tetiba berasa emo secara tak tentu pasal.
Tahpapelah cik tipah ni kan.
Baca tips pon boleh emo.
Bukan apa.
Cik tipah rasa terharu.
Sebab tips-tips tu macam sangat betul.
Pada cik tipahlah.


Banyak giloss tipsnya.
Cik tipah pilih yang cik tipah PALING suka jelah, boleh?
Yang lain korang gi baca sendirik jelah weh.


  • Bila balik rumah tu, cariklah isteri dulu, peluklah dia baru buat benda lain.
  • Beri perhatian kepada isteri tanpa isteri perlu meminta setengah jam dari anda setiap hari.
  • Jika pada satu malam isteri berasa letih untuk memasak tawarkan diri untuk memasak pulak. HIKHIK. Macam teringat sesuatu pulak.
  • Akui perasaannya bila dia merasa marah.
  • Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih atau penat.
  • Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan iphone, ipad, tab, surat khabar atau apa sahaja  mak nenek yang ada kat tangan anda dan berikan perhatian sepenuhnya.
  • Sekiranya isteri yang selalu basuh pinggan, sesekali bantulah dia untuk basuh pinggan pula.
  • Bila isteri letih atau marah, tanya isteri apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan yang anda boleh lakukan.
  • Berikan dia lima pelukan setiap hari, sebaik-baiknya setiap kali dia selesai solat.
  • Bantu dia mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidor.
  • Letakkan baju kotor dan stokin busuk anda di bakul yang telah dia khaskan.
  • Jangan biarkan kasut anda bergelimpangan di depan pintu sebaliknya susun di rak yang telah disediakan. 
    • Selalulah periksa tong sampah. Kalau dah penuh tolong buang bukan lagi perosok-perosokkan sampah kat dalam tu sampai terburai isik perut tong tu. Lepas tu tolong isi plastik baru kat dalamnya. Percayalah kalau anda buat ni isteri anda akan secara tetiba berasa terharu <-- tu kalau jenis emo macam cik tipahlah. 
      • Bila isteri berasa marah kepada seseorang, eloklah menyebelahi isteri anda. Kalau anda tak bersetuju dengan caranya, selesaikan kemudian. 
      • Jadikan tabiat merangkul dan mengasihinya bukan hanya untuk 'bersama' semata-mata. 
      • Selalulah tawarkan diri untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.
      • Sabarlah jika dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan alihkan pandangan terhadap benda lain seperti henpon.
      • Ambil tahu makanan dan minuman yang dia gemar, agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia gemar.
      • Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan dia kat mana nak makan. Korang bukan tak tau pompuan ni kan jenis susah nak memilih. Jangan kata tempat makan, nak pakai baju kaler apa pon boleh pening kepala.
      • Luangkan masa anda untuk bersamanya ke tempat yang dia suka pergi.
      • Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak menyaksikan yang ibu mereka lebih diutamakan sebagai contoh kepada mereka.
      • Solat bersama dan berdoa bersama.
      • Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah, dan nyatakan anda ada masa untuk melakukannya contohnya tolong membaiki almari pecah. HUH! Percayalah. Isteri anda secara tetiba akan berasa andalah hero terhebat masa kini. 
      • Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda selesai mandi.
      • Sidaikan tuala anda lepas mandi.
      • Tawarkan diri untuk membawa barang yang berat atau tawarkan diri untuk ambik barang di tempat tinggi. Kalau anda buat begini isteri anda otomatik akan berkata dalam hati, macho gilerrr laki makkk. Sukerrr. Tapi in case anda suami yang lebih rendah dari isteri tak apa :).
      • Pujilah masakannya dan pujilah dirinya sekali-sekala. 
        • Tunjukkan minat dengan apa yang dia buat hari ini. Contohnya, blog apa yang dia baca HEHE.
        • Berikan dia ciuman, pelukan, ucapan selamat tinggal bila anda hendak keluar.
        • Rancang untuk makan angin bersamanya.
        • Berbincang dengan cara menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dikehendakinya dan anda juga dapat apa yang anda kehendaki.
        • Bila berjauhan, katakan anda rindu kepadanya.
        • Belikan makanan yang dia gemari. 
          • Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara yang besar-besar tetapi sebenarnya yang boleh memenangi hati wanita ialah apabila lelaki melakukan hal-hal yang kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat. Betul-betul sangat! 

          See? Tak susah pon nak ngorat isteri sendiri dan....



          (klik untuk tumbesaran) 
          ..........tak perlu susah payah bang!



          Thursday, March 29, 2012

          dana katil untuk anak yatim.




          Kelmarin saya dapat panggilan telefon dari rumah anak-anak yatim.
          Mereka memohon saya untuk sumbangkan dana berupa katil untuk asrama anak-anak yatim tersebut.
          Nak keluarkan dana sebanyak itu seorang diri memang di luar kemampuan saya.
          Sekadar dapat beri sumbangan yang semampunya.


          Maka, saya panjangkan surat permohonan dana tersebut di blog picisan saya ini.
          Manalah tahu dengan sedikit sumbangan dari kita semua dapat merealisasikan impian mereka untuk beri sedikit keselesaan anak-anak ini.



          klik untuk tumbesaran


          Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank (No. Akaun : 551342105286) atas nama Persatuan Insani Darul Takzim, Johor Bahru Johor. Atau boleh hubungi pegawai pembangunan dana Pn. Rohana 019-7651832/07-2417436.


          Kalau tak nak bagi duit, nak sumbangkan katil terus pon boleh.


          Pada yang tinggal di sekitar johor bahru kalau nak datang melawat asrama mereka letaknya bersebelahan dengan kolej hospitaliti YPJ.


          Blog mereka boleh klik >>SINI.




          Wednesday, March 28, 2012

          malu giler!




          Pagi ni bukak blog rasa pelik semacam.
          Bila masa pulak aku post entri pasal "harus sentiasa membuat pilihan"?
          Cis. Ini mesti terset autopost.
          Padahal entri tu memang tak nak di post.
          Saja tulis lepas tu simpan dalam draf.
          Memang camtu biasanya.
          Luahkan perasaan, lepas tu save as draft.
          Malu giler!


          Lepas maghrib semalam saya keluar satu famili pegi tebrau nak anta barang customer.
          Di pertengahan jalan, macam lapar la pulak.
          Budak-budak ni saya dah kasik makan sebelum keluar tapi cepat betul makanan diaorang hadam.


          Nak singgah makan mana-mana macam tak efisyen lah pulak pasal nak cepat.
          Akhirnya, masuk drive-thru mcd.
          Wah, kemain suker tengok harga burger ada murah sikit dari jam 6 ptg smpi 9 mlm.
          Jadik kemainlah order 2 set burger chicken mc deluxe beserta 3 pie epal.
          Air coke tuka dengan sprite.


          Semangat perut pon dah berkobar-kobar ni nak melantak burger bersama pie epal tu nanti.
          Sampai dekat kaunter bayar encik papa seluk poket.
          Wallet lupa bawak. Cis!


          Encik papa mintak saya bayar.
          Aku ni harap jer beg tangan besar, purse percuma (beli susu dapat percuma purse) tapi penuh sampah sarap je dalam tu.
          Adalah duit tapi takat syiling nak masuk tabung ayam nanti.
          Apa lagi.
          Blah jelah.
          Perghhh.
          Malu giler!


          nota-noti:
          Korang yang terbaca entri "harus sentiasa membuat pilihan" tu abaikan jelah. Buat-buat lupa sudah!


          Tuesday, March 27, 2012

          nasib baik teringat.






          Phewwww. Nasib baik teringat harini besday abah! 
          Itu pon nasib baik terbukak pesbuk dan ada tulis Rahamat Jailani It's his birthday (abahku ada pesbuk tapi tak aktif pasal lupa password HUEHUEHUE).
          Kalau tak memang saya tak ingat langsung.
          Berdebor dah tadik.
          Takut abah kecik hati.
          Dahla anak 2 jer.
          Yang sulung (yang tengah taip entri nilah) dahler tak berapa rapat dengan beliau.


          Kecik-kecik dulu beliau agak garang.
          Standardlah bapak zaman dulu kan.
          Sekali beliau jeling kecut perut terus semunyik belakang rumah.


          Garang-garang beliau pon tapi beliau sebenarnya penyayang.
          Cuma tak reti nak tunjuk.
          Tapi adik manja dengan abah.
          Ah, adik tu dengan emak pon manja.
          Maklumler anak bongsu kan.
          Kecik-kecik dulu salu rasa nak jotos jer dia sebab manja sangat HUEHUEHUE (jahat tak aku).


          Masa kecik dulu, selalu rasa abah tak sayang.
          Sebab abah garang.
          Rupanya bila dah besar emak cerita abah selalu bangga dengan saya.
          Pasal saya budak agak cemerlang kat sekolah dulu.
          Tapi abah tak pernah tunjuk.
          Saya masih ingat hari saya ambik result PMR, abah gembira sangat macam ada emas jatuh kat riba dia padahal emas tu banyak kat tangan emak jer HUEHUEHUE.
          Abah, terus isik borang MRSM untuk saya dan terus pegi hantar petang tu jugak.
          Teruja sungguh abah.


          Tapi sampai satu masa, abah kecewa dengan saya.
          Sebabnya saya tak jadik apa-apa (tak ada kerja yang best).
          Tapi abah tak penah tunjuk.


          Jauh di sudut hati saya rasa sedih sebab kecewakan abah (air mata ni gatal pulak nak meleleh sekarang).
          Tapi saya rasa bahagia dengan kehidupan sekarang.
          Melihat anak membesar depan mata setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat, setiap nanosaat.


          Maafkan saya abah.
          Saya sayang abah.
          Walaupon tak penah ucap, tak penah tunjuk.



          *sedang lap air mata dengan hujung baju yang busuk pasal lum mandi.



          abah di waktu kecilnya - cilok dari pesbuk beliau

          Monday, March 26, 2012

          breakfast idea : french toast ala malaysia (roti telur).





          Morning :).

          Harini saya pose. Jadi, saya buat french toast sahaja untuk bekal risya pegi sekolah dan breakfast encik papa. Senang dan tidak membazir tenaga.
          Kenapa saya tambah 'ala malaysia'?
          Pasal aku tak toast dia tapi kasik goreng sama dia HUEHUEHUE. Ala senang citer nama dia masa kat kampung roti telur.


          macam poyo kan roti telur ni nak duduk dalam pinggan kaler putih, ambik gambar dekat-dekat pulak tu macamlah pakai dslr HUEHUEHUE


          Risya kalau hari bawak bekal roti telur kena bawak lebih. 
          Sebabnya, masa first time bawak ni pegi sekolah kengkawan dia kasik perabis masa dia tinggalkan tupperware atas meja kantin sebab nak pegi basuh tangan. 
          Untuk mengelakkan kejadian sama berulang, bawak jela lebih. Cian pulak kat kengkawan dia kan. 
          Mungkin diaorang tak pernah rasa roti telur tersedap di dunia ni. 
          Ikut suka akulah nak puji masakan sendiri kan HAHA.


          Hei, uolls yang nak bajet badan kurus macam Victoria Beckham janganlah sesekali skip breakfast tau.


          Macam tak lengkap poyo-poyo tunjuk gambar masakan sendiri tanpa mengajarkan sekali resipinya.
          Walaupon semua orang pastilah tahu cemana nak buatnya.
          Takpe.
          Aku tulis ini resipi buat anak-anak gadis pingitan/anak teruna (apa ko ingat pompuan je ke masak?) yang baru nak kenal jalan ke dapor ya HEHE.


          Bahan + Cara (tak perlu pensil dan kertas):

          Pukul 3-4 biji telur dengan secubit garam + sedikit gula + sedikit susu segar (saya guna full cream dutch lady)
          Celup roti yang telah dipotong tiga segi/empat segi sama/empat segi tepat.
          Goreng dalam minyak panas.
          Toskan dia.
          Dah siap dah. 

          Senang kan? Tak bazir tenaga kan? Sambil pejam mata pon boleh buat kalau tere. Kalau tak tere mungkin akan tergoreng tangan sendiri HUEHUEHUE.


          Saturday, March 24, 2012

          edit template blog.






          Hai. Dah berapa hari tak menconteng apa-apa kat sini. Takda idea nak mengarut apa.
          Harini naik sengal dah badan. Dari pagi cuba berlagak tere nak edit template.
          Bukan edit apa pon. Just tukar kaler sana-sini.
          Itu pon naik juling bijik mata.


          Padahal dah upah budak comel ni untuk edit template blog ni.
          Tapi dah bangsa tak penyabo kan.
          Gatal jugak tangan edit sendiri.
          Takpelah. Part susah (susah bagi saya) biar dia buat EHEHE.


          Zikry pon dah tergolek. Kesian dia tertido sendiri.
          Risya takda keje lain selain dari menghadap game.
          Encik papa sibuk dengan urusan.


          Kalau korang nak menempah template yang comel seperti saya errr maksudnya seperti template saya tak perlulah carik hingga ke lubang cacing tapi emelkan segera kepada syazwanajamal@hotmail.com. Blog dia sila klik di >>SINI
          Dalam 3-4 orang yang dihubungi hanya adik ni sorang sahaja yang mahu melayani permintaan saya.
          Yang lain sonyapp.


          Atau kalau anda berminat dengan template yang seperti >>INI juga boleh hubungi hoya hadis. Tapi tak tahu still available untuk tempahan atau tidak.


          Bai.






          nota-noti:

          Dah biasa tengok blog sendiri kaler hitam rasa lain macam pulak bila dia dah jadik putih.

                                         

          Wednesday, March 21, 2012

          Keseronokan Di Lotus Beach Resort.






          Cak :).


          Semalam tak sempat nak membebel kat sini sebab sibuk dengan urusan peribadi. Terima kasih buat yang merindui diri ini ECECE.


          Sebelum anda meneruskan pembacaan, perlu diingatkan bahawa tulisan hari ini hanyalah pot-pet kenangan  manis penulis bersama keluarga tersayang. Penulis tak akan bertanggungjawab atas segala risiko gangguan perasaan selepas anda membaca entri ini HUEHUEHUE.



          Faktor utama yang buat kami sanggup perabis duit datang lagi ke sini ialah sebab risya suka sangat swimming poolnya yang ada water slide (nama diberi ialah lazy river). Faktor lain ialah sebab mamanya juga suka HEHE. Masuk free (dah kira sekali dengan harga bilik). Hanya dibuka dari jam 9.00 a.m - 12.00 p.m dan 3.00 p.m - 6.00 p.m.


          Kalau anda jenis yang sukakan permainan air yang ekstrim sini bukan tempatnya. Water slide yang disediakan kat sini jenis yang sesuai untuk keluarga bahagia di mana papa (eh papa je? HEHE) boleh bermain bersama anak-anak yang masih kecik. 


          Biasanya kalau kat hotel/resort just ada swimming pool bodo jer kan. Kalau jenis yang macam gini memang saya hanya mampu pandang je sebab tak pandai berenang. Setakat terjun kolam lepas tu berdiri dan berjalan-jalan meranduk air kat tempat cetek (nak gi tempat dalam takut lemas) nak watpe kan.



          Benda alah ni namanya falling coconut. Ini pon boleh jadi fun jugak. Tunggu air penuh dalam buah kelapa tu. Kita pon ramai-ramai pakat tunggu kat bawah dia. Bila dah penuh buah tu pon lambakkan air atas kita. Sape yang pakai spek dinasihatkan bukak sebab akan tercampak.



          Dekat situ ada juga playground dalam air untuk budak-budak sahaja. Juga ada slide kecil yang dinamakan kampung slide untuk BUDAK-BUDAK sahaja ya tuan-puan.



          Dah petang-petang kitaorang nak jalan kat pantai. Singgah jap kat tempat indoor game dan termain pool ni. Saja jela nak try. Bila lagi ye dak? Ingatkan senang nak tonjol. Rupanya berpeluh jugak ketiak nak kasik bola gerak dengan laju. Of koslah encik papa yang menang game nih.



          Ada budak merajuk sebab tak dapat main pool. Aduhai tak sedar diri betol badan masih ketot sama tinggi dengan meja pool ada hati nak main. Siapa lagi kalau bukan risya. Alah nak pujuk dia bukan susah. Kasik main tiup bubble terus senyum sampai nampak gusi. 


          Kitaorang main bubble ni kat tepi pantai. Tak main laut sebab lecehlah baju berpasir nanti saya gak yang kena cuci. 


          Kat tepi laut ni pagi-pagi ada aerobik. Kesian kengkadang nengok budak hotel yang kena conduct aerobik tu. Pasang lagu bergoyang sorang-sorang sambil pandang orang tengah hadap breakfast dengan harapan adalah orang nak join aerobik. Tapi malangnya semua orang pakat penuhkan perut dengan niat kenyang sampai petang siap tapau kuih dalam tisu mana ada masa nak aerobik segala (semua orang itu merujuk kepada famili aku sahaja HUEHUEHUE). Adalah juga yang ikut aerobik nanti tapi takat 2-3 orang jerla.


          Malam-malam kat sini ada funfair main pasir kot. Tah tak join sebab asal malam je memang aktiviti tido adalah lebih sedap. Bantal dahla empuk. Bilik sejuk pulak tu. Kali ni saya dah boleh tido dalam bilik berair-cond sebab sejak ambik i-kids dengan propolis ni dah kurang kena gejala resdung.


          Nak tiup bubble jugak konon tapi dimakannya benda alah tu. Sabo ajele budak ni.


          Dah. Sekian sahaja cerita percutian saya. Terima kasih kalau sudi baca/tengok :).


          Monday, March 19, 2012

          Lotus Beach Resort : harga bilik murah dengan Lotus Hot Deal






          Hai, long time no see :). HEHE. Long sangatlah kan.


          Cuti sekolah baru ni, weols pergi holiday. Saja jalan-jalan untuk kasik anak-anak gembira (dan kasik mama juga gembira HEHE).


          Percutian kali ini lebih berbaloi berbanding yang haritu pasal kali ni weols dapat harga bilik yang jauh lebih murah tapi biliknya lagik super best. Haritu weols just walk-in tak booking dulu (ke booking by phone tak ingatlah - ekceli tak tau pasal encik papa yang uruskan semua huhu). So, price yang dikenakan memang normal price which is membuatkan muka encik papa jadik ketat semacam HUEHUEHUE.


          Jadi kalau korang nak datang sini dan dapatkan bilik dengan harga murah, klik kat >>SINI. Pada menu promotions klik Book Now dan cari lotus hot deal. Promotion ni akan available hingga 17 November 2012. Kat situ ada banyak promotion lain jugak. Memang sangat-sangat murah okehh (berbanding regular price). Walaupon dalam T&C ada sebut yang promotion ni tak applicable masa cuti sekolah tapi kitaorang dapat je harga promo tu. HEHE. Tak taulah kaunter buat silap ke hape. Dah orang bagi murah hambek jelah kan.



          Here we come again!


          Dari kiri : si muka kembang semangkuk (pentulis blog), Is (SIL nombor 3), Wani (SIL bongsu). Dukung: Hensem boy.  Belakang: Risya (tak kelihatan sebab dia notti). Bergambar di balkoni ruang tamu.


          Sudahlah harga bilik murah, dapat pula yang berhadapan dengan water park. Best sangat. Bilik pon lagik bersih daripada bilik yang haritu kitaorang dapat.


          Ops. Lupa lak nak bukak lampu sebelum tangkap gambar. Ini master bedroom. Kali ni kami sewa 2-bedroom-suite sebab SIL ikut sekali. Tapi harga jauh lebih murah berbanding 1-bedroom-suite yang kami sewa haritu. Rugi betul tak tau pasal hot deal ni haritu.


          Bilik air master yang luas. Boleh mandi satu famili serentak. HEHE. Ada bath tub juga.


          Bilik kedua untuk my SIL. Ada bilik air juga tapi takda bath tub.


          Ruang tamu sekali dengan dining. Eh. Saya baru perasan ada disediakan fridge rupanya. Apesal haritu saya tak nampak haa????


          Kitchen atau lebih pada pantry jelah kot. Siapa yang rajin nak masak kalau dah pegi holiday (merujuk kepada diri saya huhu).


          Dah. Bai :). Esok sambung.


          Thursday, March 15, 2012

          our song.






          Dah lama nak dedicate lagu kesukaan saya ni dekat encik asben.
          Tapi asyik tertangguh je nak post sebab nak dulukan entri lain.
          Sekalinya, beliau terlebih dahulu dedicate untuk saya semalam dekat fb.


          So. This is our song. Jangan curik HAHA.







          nota-noti:
          Ini entri autopublish je :). Saya on the way ke Desaru, again.

          Wednesday, March 14, 2012

          this week.






          Tak tau nak tulis apa harini. Tapi, nak tulis juga pasal blog ini namanya cik betty suka tulis-tulis. Dapat tulis-tulis kat sini macam satu terapi mental dan jugak fizikal.


          Here, my lil escape lah lebih kurang.


          Cerita random sahaja.


          Sabtu, pegi perarakan maulidur rasul untuk masjid taman punya. Belum habis event kami sudah balik sebab tengahari nak pegi ceramah Azman Bidin.



          me dan risya sedondon.
          baju seragam sempena perkahwinan adik ipar a.k.a baju raya tahun lepas punya.
          as usual, selipar jamban tetap di kaki.
          takda maknanya nak berarak pakai kasut tinggi.


          Ahad, pegi pasar tani. Beli ikan. Beli sayur. Beli buah.
          Grab baju corak checkers selai. Sempattt.
          Tak kesahla. Asalkan baju tu nampak lawa kat mata tak kiralah beli kat pasar tani ke shopping mall ke janji harga tak menipiskan poket secara berlebihan. 
          Sambil beli-belah sambil layan order customer. Sebelah tangan pegang bakul ikan sebelah tangan pegang henpon.
          Then, tetiba ada mesej mamat desperate sesat masuk pula. Apa kejadah ko nak berkenalan dengan orang tua cam ahkak ni ya dek. Baik habiskan sekolah dulu. Tak pon gi carik duit banyak-banyak beli keta audi sebijik bagi kat ahkak. Kahkahkah.


          Isnin, hujan lebat. Malas basuh kain. Sempat update blog tapi tak sempat BW. Hantar order customer. Nanti ya korang, saya datang jenguk.


          Selasa. Oh. Hari yang sangat penat. Rumah berkecah. Kira stok baru sampai. Layan karenah anak-anak. Masak, basuh, kemas-kemas-kemas. Bab kerja rumah memang never-ending-story.
          Malam. Lepakkk sambil layan Vanila Coklat dan BFF. Bagos. Dua-dua dah tamat episod tapi dua-dua ending bangang. Nak-nak BFF.


          Harini, dapat e-mel ni pulak.


          to undisclosed recipients
          How are you, I am sorry for invading your privacy,i browsed through your profile and i felt like contacting you cos my dad is from Malaysia and that makes it my home country lol.. i think i like u for a new friend/relationship. My name is Ahisha, i am presently in the UK but will be coming to Malaysia very soon..Write back so we can get to know more about ourselves my email id is (**************@hotmail.com) have a nice day...Can i get to know more about you? Pls Keep in touch...Awaiting your reply. Salam


          Saya tak reply. Sori. Bukan tak nak berfriendship atau berkenalan. Cuma susah nak percaya orang. 


          Monday, March 12, 2012

          saya dengan azman bidin.







          yang merah itu saga eh saya.


          EHEM. Dengan siapakah saya bergambar ini?
          Jejaka kacak tersebut ialah Azman Bidin. Skandal terbaru saya. Kihkihkih. Bukanlah. Berani tulis macam ini, nak kena sepuk dengan encik asben kah?


          Beliau sebenarnya ialah seorang yang saya segani. Dihormati oleh encik asben saya juga. Encik asben saya ni susah nak respek orang lain melainkan orang itu betul-betul ada ciri boleh direspekkan.


          Ini pertama kali saya jumpa Azman Bidin. Walaupon dah dekat setahun lebih saya berkecimpung dalam bisnes Avail saya tak pernah jumpa beliau ini. Selalu tengok dekat majalah atau dengar cerita dari mulut asben saja.


          Akhirnya, sabtu lepas beliau ada kesempatan turun JB dan buat talk, saya diajak oleh encik asben untuk pergi dengar. Manalah tahu ada benda yang saya boleh belajar.


          Talk beliau ternyata kelakar, menusuk kalbu dan langsung tak membuat saya tidor hingga menitis air lior.


          Azman Bidin, beliau pada asalnya adalah seorang akauntan bertauliah. Pernah jadi auditor. Pernah kerja dekat syarikat korporat yang hebat-hebat. Jauh sangat pengalaman beliau nak dibandingkan dengan saya.  Pernah rasa jatuh dan bangun dalam perniagaan. Dan sekarang beliau boleh dikatakan antara usahawan yang berjaya.


          Prinsip beliau 'yang pelik itu peluang'.
          Dianggap pelik oleh orang lain sebab beliau jual tuala wanita. Kalau ikut logik, sapa nak jual pad.
          Eiii, pad. Ko jual pad. Dahla lelaki. Jual pad. Ceh.


          Tapi beliau ada pandangan yang lain. Disebabkan background sebagai akauntan, beliau nampak bisnes jual tuala wanita adalah satu bisnes yang sangat menguntungkan sebenarnya sebab selagi perempuan tak pupus dekat muka bumi ni selagi tulah bisnes ni boleh hidup.


          Yang paling saya kagumi, cuba bayangkan, masa itu 8 tahun lepas, takda siapa kenal jenama tuala wanita FC Bio. Beliau ialah antara orang yang mula-mula perkenalkan tuala wanita berherba FC Bio kepada masyarakat. Dengan packaging yang tak menarik, tanpa pengiklanan dekat media elektronik, beliau gigih menjual. Jadi tak perlu nak jeles okkkk dengan pendapatan bulanan beliau sekarang sebab itu semua hasil kegigihan dan susah-payah beliau dulu.


          Jalan beliau dah sediakan, tugas kami sekarang cuma rebut peluang. Macam kami sekarang dah senang, jenama ini dah ramai orang yang kenal. Tak perlu susah-payah pegi carik pembeli, tapi pembeli yang datang cari. Tak perlu lagi nak kendong beg sambil melolong,"pad ! pad ! sape nak beli pad, saya ada jual pad !


          Friday, March 9, 2012

          what's so special about yesterday?






          Tajuk english lah pulakk. Abaikan kesalahan tatabahasa kalau ada hikhik.


          Semalam adalah hari wanita. Apa yang speselnya semalam dalam kehidupan saya sebagai seorang wanita?


          Semalam, rutin harian saya berjalan macam biasa. Cuma waktu pagi ditambah dengan aktiviti perkebunan di porch sekangkang kera.


          Yang buat hari saya jadik spesel, 
          semalam saya adalah wanita yang mendapat resdung setelah memakan sambal belacan yang diblender sendiri, dibuat cicah dengan bendi celur (tapi terebus sebab terkhayal baca blog orang).


          Tak sangka pula belacan kukup begitu kuat hingga menyebabkan hidung saya mengalami kegatalan yang amat, mungkin ulat resdung dalam hidung sedang move like jagger ketika itu.
          Air hidong juga amat lebat mengalir seperti hujan membasahi bumi KL semalam.


          Lepas mensembur-sembur propolis dalam lobang hidung, mata dan lobang telinga, menenangkan diri dengan berbaring seketika dan sambung baca blog kawan-kawan, penyakit resdung pon berjaya dilupakan buat seketika.
          Tak sangka pula baca blog orang pon boleh dijadikan penawar resdung.


          Ada lagi yang spesel.
          Semalam saya dipaksa menyanyi. Hingga letih. Oleh Zikry.
          "Mama, nyinyik a-a-bat." "Mama. nyinyik a-a-bat."
          Apa tu lagu a-a-bat?
          Inilah dianya.
          .
          .
          .
          .
          .
          .
          .
          .
          .
          .
          .
          .
          .
          .
          .




          Pagi tu, dia dengar lagu ni kat radio.
          Agaknya sebab sedap, dia paksa saya nyanyik pulak.
          Saya manalah tau liriknya. Jadi saya ulang-ulang rangkap (lirik tak betul pon):


          sahabat untuk selamanya
          bersama untuk selamanya
          kau dan aku sahabat
          untuk selamanya
          bersamaaaaaa lepas tu uwaaaaa 
          sebab dia paksa dekat 10 kali (agaknyalah sebab mulut saya dah letih sangat belum campur dengan membebel ke kakak dia yang lambat betul bersiap nak pegi sekolah agama).


          Petang, dia paksa lagi.
          Jadi saya carik kat youtube dan nyanyi sama-sama dengan dia dengan lirik yang betul. Puaslah hati dia dapat buli saya nyanyik sama-sama. 
          Bersunguh-sungguh dengan gerakan tangan (jari tunjuk ke atas) dan anggukkan kepala sambil menyanyi a-an-aku-a-a-bat lamanyaaaaa cetiaaa. Yang tak tahan dia paksa saya gerakkan tangan sama macam dia huhu.




          adik, u you've made my day :)
          (lagi sekali abaikan kesalahan english saya tee hee)


          Petang itu, bila papa diaorang balik tengok saya sedang kelihatan seronok menyanyi bersama anak-anak di depan laptop (padahal saya sudah sangat keletihan). Lantas beliau memberi arahan:


          "MAMA, CEPAT KIRA STOKKKK!! (saya adalah kerani substokis kini)


          Begitulah hari wanita saya berlalu.
          Happy belated women's day untuk diri saya sendiri serta buat wanita yang membaca blog picisan saya ini.



          nota-noti:
          Entri teramat panjang sebab qada' semalam tak update. Puasa bila nak qada'? HEHE.




          Wednesday, March 7, 2012

          nasi buluh.








          Itulah nasi buluh. Pernah makan tak? Tak pasti lak nasi ni memang dimasak terus dalam buluh atau masak dulu kat periuk baru isi dalam buluh. 


          Lauk-pauknya terdiri daripada ayam rendang (saya kurang suka rasa rempahnya), acar timun sama carrot (acar kan namanya?), ada sambal (sedap) dengan kerupuk.


          Saya makan ni di Restoran Malay Village cawangan Nusa Bestari punya. 


          Malam haritu lepas tengok Adnan Sempit mata memang dah rabak. Kepala asyik ingat bantal empuk kat rumah. Tapi perut pulak asyik ingat makanan sedap. Budak kecik berdua tu memang dah belayar lama dah. Tapi encik papa nak juga ajak makan kat sini jadi ikut sajalah.


          Lepas sampai tak buang masa belek menu lama-lama macam selalu terus saja order nasi buluh ni sebab encik papa dah asyik sebut pasal nasi buluh. Kawan dia kata sedap. Saya yang biasanya cerewet bab nak pilih menu ikut aje sebab memang kepala dah tak mampu berfikir pasal makanan sedap


          Bila hidangan sampai, sempat pulak rasa nak menyesal bila nampak lauk ayam rendang. Tak selera kot nak makan ayam rempah-rempah tengah malam buta. 


          Nak tak nak baham sajalah. Tapi bila garfu cucuk peha ayam tu, meleleh pulak darahnya. Ayam tak masak. Terus patah selera. Tapi saya pahamlah part peha memang selalu jadi camtu kalau tak kena cara masaknya.


          Encik papa takut saya hangen dan buat onar jadi suruh tukar dengan ayam dia tapi saya tak nak sebab ayam dia part badan. Tak suka. 


          Sayang kalau tak makan, jadi mintak dengan pekerja restoran tu masakkan semula ayam saya. 


          Yang bagusnya diaorang terus tukar hidangan saya dengan yang baru. Rasa macam bersalah pulak. Tapi takpelah kan.


          Nak ikutkan banyak lagi hidangan lain kat restoran ni. Masa baca menu sekali imbas tu macam keliru jugak nak makan apa. Harga pon berpatutan. Golongan marhaen macam kita masih mampu :).


          Tentang Restoran Malay Village boleh tengok >>SINI dan juga >>SINI



          nota-noti:
          Mata tengah rabak gara-gara tahan mata tengok BFF semalam. Nyesal lak merajuk dengan tv3 last week. Dah terlepas satu episod huhu. Aha, sekarang tengah minat munif isa pulak.


          Tuesday, March 6, 2012

          hero pujaan.






          Aduh. Harini lambat nak post repekan saya. Terpaksa dulukan kewajipan yang penting. Baru-baru ni saya dah ada tugas baru kat rumah. Jadik kerani :).


          Harini saya nak merepek pasal hero pujaanlah.


          Saya kalau nak tengok filem (kat tv) selain tengok sinopsis best ke tak, tengok dulu heronya. Heroin tak apa siapa pon sebab nanti pon masa layan cerita muka heroin tu saya replace dengan muka saya sendiri wakaka. Giler berangannnn.


          Sabtu lepas, encik papa ajak dating. Tengok wayanglah. Dari bujang sampai sekarang tu jelah aktiviti kitaorang kalau dating. Tengok wayang dengan buat wayang. Eh. HEHE.


          Dah kawen ni gi dating kenalah hangkut anak-anak sekali kan. Dah beli tab ni senang sikit. Tab sumbat dalam beg tangan. Kalau anak-anak bising sumbat mulut diaorang dengan tab. HEHE. Gilerr kejam. Tak lah. Kasik diaorang main game lah kan. Baru boleh layan wayang dengan aman-damai.


          Haritu, tak tau nak tengok cerita apa. Cerita omputeh semua macam tak best jer. Cerita Hindustan ada. Tapi hero semua saya tak kenal. Kalau ada filem Shahid Kapoor saya dah pilih dah. Aummm bak kata GB. Saya memang peminat Shahid Kapoor.


          Apa? Shah Rukh Khan? Tak minatlah. Beliau bukan hensem pon. Tapi filem Shah Rukh Khan rata-rata besttt. Dulu filem Khabi Ghushi Kabhi Gam tu saya siap tengok kat wayang lagi.


          Lastly, kitaorang tengok Adnan Sempit 2 jerr. Saya bukan peminat Shaheizy Sam walaupon beliau agak comel. Mulanya saya bajet cerita tu misti tak best. Sebab dulu tengok Adnan Sempit yang first tu saya tido depan tv. Hantu Bonceng pon saya tido. Agaknya sebab tengok kat tv. Tu yang jadik tak best.


          Adnan yang kedua nih bolehla layan buat stok gelak-gelak. Kalau nak ikutkan jalan ceritanya macam longgar sikit. Ceh. Macam handal jer nak kritik-kritik. Tapi macam tulah yang saya rasa.


          Nak ikutkan ceritanya Adnan kena transform diri dia dari mat rempit jadi ahli korporat. Girlfriend dia pulak kena belajar uruskan rumah tangga. Tapi tak banyak sangat usaha yang diaorang buat. Adnan just belajar english (tadika punya), belajar main golf (tapi sengal HAHAHA), tukar penampilan lepas tu kena buat presentation (tapi dia main tipu HAHAHA).


          Memang sengal si Adnan nih.

          .
          .
          .
          .
          .
          .
          .
          .
          .
          .
          .
          .



          sekadar gambar cuci mata :P.

          Monday, March 5, 2012

          tak cukup perhiasan.







          TF yang huduh. Maklumler pes time kannn.


          Malam semalam saya gi Jusco Taman U. Taman U yang kat Skudai punyalah. Nak carik barang sikit banyak.

          Ramai betul orang kat Jusco semalam. Mujur tak susah dapat parking. 


          Lepas beli barang sikit kat watson, baru perasan kat depan tu ada restoran tutti frutti baru bukak. Asalnya dulu situ restoran old town. Kebetulan semalam memang grand opening tutti frutti tu. Jadiknya ada less. Oh, inilah penyebab orang berduyun-duyun datang Jusco kot.


          Encik papa tah tetiba angin baik dia menjelma, ajak rasa tutti frutti tu. Macam tak expect lak dia nak ajak pasal TF tu kan mahal. Masuk dalam tu blur pulak. Tak tau nak order camane. Lepas tu baru tau semua kena self service.


          Mula-mula kena pilih eskrim. Blur lagi sebab semua pon kelihatan sedap belaka. Lastly, amik yang raspberry campur kiwi dengan strawberry kut. Saya taruk eskrim penuh-penuh sebab nak kena share 4 orang. Kitaorang memang biasa sharing-sharing nih. Sharing is saving bak kata kak arianna. HEHE. Tapi macam pelik jer tengok orang depan kitaorang tu taruk eskrim sikit jer.


          Lepas dah taruk eskrim baru tau yang harga dikira ikut berat. Terus menggelabah sebab mangkuk eskrim dah berat semacam je. Alamak kalau kena sampai 50 hengget ke nanti menyesal lah pulak. Barang lain banyak lagi nak kena shopping.


          Lepas tu terus seriau nak letak topping banyak-banyak. Takut berat mangkuk bertambah. Tu yang tak berapa nak menggiurkan rupa eskrim TF saya tu.


          Takpelah. Next time kita cuba lagi ya.



          Thursday, March 1, 2012

          kisah dalam jamban.






          Haritu risya balik sekolah dengan stokin basah. Kes tak reti kencing dalam jamban sekolah lagila tu. Dia siap nangis lagi dalam jamban sebab tak reti macam mana nak handle seluar besar (seluar PJ) dengan seluar kecik. Takda tempat gantung semua habis jatuh. Kesiann. Kalau pakai kain dia dah pass dah. Saya pon cuma tertawa kecil mendengar ceritanya sambil menunjukkan simpati.


          Lantas kenangan zaman dolu-kala terimbas kembali. Kisah dalam jamban sekolah saya dulu. Yang cukup popular dengan cerita hantu macam-macam. Cisss. Ngeri betul nak masuk jamban sekolah masa tu. Ada pulak kelawar gayut-gayut tido kat tingkap jamban. Lagila takuttt. Takut kelawar gigit vontot masa tengah ek ek.


          Tapi bukan cerita hantu yang saya nak upkan dekat sini. Tapi kisah purse saya yang terjatuh dalam lubang jamban masa saya dok salin baju PJ. Sekolah zaman dulu leceh kalau ada PJ, kena salin baju bagai. Zaman risya sekarang dah senang. Boleh pakai baju PJ jer kalau hari ada PJ.


          Korang agak-agak kalau purse dah jatuh dalam lubang jamban korang nak pungut ke? Kalau jamban rumah sendiri okeh lagi kan ni jamban sekolah. Bahan khazanah macam-macam manusia dah lalu. Tapi sebab saya baru darjah 3 (kalau tak silap) masa tu, saya rasa sedih sangat kalau tak dapat selamatkan purse merah yang ada cop kedai emas tu (emak pegi beli emas dapat purse nih salunya masa dulu-dulu). Jadi nak tak nak kena pungut gak. Lepas tu hah hambek ko tangan bau 'SEMERBAK' sesangat. Menyesal pon dah tiada berguna huhu.


          Lagi sekali masa saya form 1, kali ni kunci beskal lak yang jatuh dalam lubang jamban. Oleh sebab jamban sekolah ni punya lubang jenis dalam punya memang kunci beskal tu terus lesap dari pandangan. Masa ni saya pon dah bijaksana sikit. Tak kuasa nak menjolok tangan dalam lubang jamban tersebut HUHU.


          Macam busuk lak citer harini.


          Sori ya korang ;p.



          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
           
          Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal