HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Tuesday, January 22, 2013

CAK!






As-salam..

Haih.
Lama giler saya tak update.
Memang rasa macam nak tutup terus blog ni.
Tapi bila tengok-tengok jumlah follower (walaupun yang betul-betul follow ntah baper kerat), jumlah nuffnang (bukan banyak pon), BE yang masih melekat walaupun blog dah bersawang rasa macam tak jadikla nak tutup.


Cuma buat masa ni rasa macam malas nak cerita apa-apa.
Konon-konon ingat nak tulis blog untuk tatapan anak-anak nanti.
Tapi..tahla.
Tak banyak benda yang boleh dikongsi dekat sini.


Buat masa ni yang paling terkini adalah anak nombor 2 saya zikry dah sekolah tadika.
Nombor 2?
Ntah bakal ada nombor 3 atau tak.
Kalau ada..adalah tapi buat masa ni tak ada.
Jadi jangan buat spekulasi macam-macam haha.


Tahun ni rasanya macam tahun orang mengandung secara berjemaah haha.
Tahniah buat semua kawan blogger dan sepupu sepapat serta ipar duai.


Untuk saya, tak tahu nak menambah ahli keluarganya bila.
Rasa macam tak mampu.
Tak mampu bukan sebab apa.
Sebab nanti bila pregnant saya tak mampu buat apa-apa.
Mabuk.
Lembik.
Tersadai.
Badan berangin, angin sangkut tak boleh keluar ikut mana-mana lubang.
Tak boleh makan,
Tak boleh bangun.
Bila berdiri rasa macam ada kat bulan.
Puh.
Pengalaman ngeri untuk orang yang tiap hari bergerak macam lipas kudung tak reti duduk diam.
Tapi tengoklah.
Kalau Dia bagi, terima dengan gembira :).


His first day scool. Dah dekat 3 minggu tapi masih ada separation anxiety. Lucu dengar cikgu cakap dalam menangis boleh sebut yeayy nak balik sambil angkat-angkat tangan happy bila cikgu cakap ok dah boleh balikk.


*ni tak tau lagi update bila huhu




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal