Hai :)).
Mmm.. mencik kan blogspot sekarang ni pakai dashboard baru.
Pening kepala haku nak tekan mana.
Semalam macam adalah hari ketenangan.
Zikry tido petang dengan sangat lama.
Sementelah lunch pulak tak payah masak-masak sangat, masak stimbot je maka dapor kurang sikit berkecahnya.
Maka adala sikit masa untuk kemas-kemas dan rapikan rumah.
Best tengok rumah dah kemas.
Kalau rumah serabut biasanya haku pon serabut sama.
Lepas dah kemas, rasa cam nak snap gambo pulak memandangkan zikry tido.
Saje-saje. Takde keje carik keje kekdahnya.
Lipstik baru walaupun jarang pakai lipstik salu tenyeh lip ice je tapi tah rasa nak beli je. Selalu pilih earth colour sejak dulu lagi. Yang belah kiri tu bila pakai nampak so natural macam tak pakai lipstik. Yang kaler pekat sikit tu buat efek bibir jadik nipis. Tapi tak leh kalahkan bibir tasha shilla. Nipis sangat bibir dia. Misti lipstik dia lambat habis kan.
Beli pewangi aromaterapi baru berperisa ros kat hinode shop. Sedap macam rasa nak minum. Sengaja beli sebab...
... nak beli frame putih kecintaan ini dengan harga murah. Normal price rm39.90. Tapi kalau beli barang lain harga RM10 ke atas boleh grab this frame dengan harga RM12 jee. Heee. Terpesona i walaupon tau itu taktik bagi barang laku je. Terus ambek pewangi 4 botol sebab nak beli frame ni 2 buah. Sebuah lagi nak wat present adik ipar kawen kelak. Hope dia suka sepertimana saya sangat sukakan frame ini. Sudah la putih suci, ada gambar famili omputeh lagi. Nanti bila sempat tukar gambar sendiri. Tak sempat kalau bior jela sampai raya tahun depan ngeh ngeh.
Ini la punca nak beli frame putih suci tadi. Nak tutup noda la konon. Kemahen sedap diaorang men'cantikk'kan wallpaper aku. Kang nak dihalang-halang terencat pulak daya kretip diaorang. Maka biorla. Mama redoooo. Conteng lagi ye anak-anak. Bior sampai penuh satu dinding lagi cepatla bapak korang belikan mama wallpaper baru wakaka.
Uhh. Tetiba jatuh chenta dengan kaler kuning tahun ni. Ekceli i hate yellow. Terutama gigi yang yellow ngeh ngeh. Suka sangat handbag baru ni. Beli masa raya haritu buat ganti beg lama yang dah koyak.
Ruang tamu diberi nafas baru kononnya. Sarung tukar baru masa raya haritu sebab sarung lama abih dah koyak dengan kena conteng dengan markernya lagi. Malu kalau orang datang raya. Risya cakap mama sejak pakai sarung baru ni dah jadik garang. Nak makan kat situ tak boleh nak lompat tak boleh. Ehhh..mistilaa. Kang kalau rosak lagi mama hambek duit raya ko boleyyy?? Kalau rege sarung sofa tu beli singgit dapat 2 takpe jugak. Ini meleleh air mata bapak korang.
Pehtu tukar sofa ni hadap lain. Pehtu amik karpet tingkat atas letak kat sini. Okla kan. Tak semestinya semua nak tukar baru. Guna barang lama tukar-tukar sikit jadikla macam baru <-- ayat pujuk hati sendiri. Sangat suka corak karpet tu.
Dah lama bercita-cita nak pakai sepatu wedges. Dapat beli masa nak raya haritu. Kasut raya la kononnya. Bukan konon lagi tapi memang kasut raya. Kuning juger. Diala punca tetiba saya suka kuning. Tapi raya pertama pakai saya sudah jatuh. Sebabnya tak boleh imbang badan dengan kasut ini semasa mendokong anak.
Table runner baru untuk meja lama. Suka sikit je table runner ni sebab hujungnya dijahit senget sebelah rupanya. Ciss. Reject ke ape ni? Rasa nak mintak balik duit kat jusco.
Paling sayang tempat letak kunci ni. Dah diberi wajah baru. Raya haritu suruh encik papa cat kayu dia kaler putih. Encik papa paling bosan bila saya mula merencana projek-projek untuk rumah terutamanya mengecat sebab pasti beliau akan dilibatkan ngeh ngeh.
Haritu dia duduk dalam pasu. Saya ingat dia ranting kering jadi saya buang. Tetiba dia tumbuh lalu saya ambil semula dan tanam baik-baik dalam tanah. Harap dia tak mati sepertimana pokok bunga yang pernah saya tanam sebelum ini <-- dasar tangan tak sejuk.
*Dah. Harini saya nak gi bukak jahitan kat dagu. Lepas tu nak carik barang. Bizi sikit today sampai ahad. Next week baru dapat ngomen blog korang. Harini saya baca jela dulu.