HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Friday, April 29, 2011

Perkahwinan Diraja William-Kate

semoga cinta mereka kekal hingga ke akhir hayat - they lived happily ever after


Kate anak sulung daripada 3 beradik adalah anak kepada pasangan Carole dan Michael. Ibunya merupakan seorang bekas pramugari dan ayahnya pernah bertugas di bahagian pengendalian pesawat British Airways, menubuhkan Party Pieces pada tahun 1987 (sebuah syarikat online yang menjalankan perniagaan barangan penganjuran majlis - www.partypieces.co.uk ).

Selepas berita pertunangan William-Kate www.partypieces.co.uk mencatat kunjungan pelawat sebanyak 18 kali ganda.

Kate bertugas sebagai Pengurus Projek dalam perniagaan keluarga tersebut yang beroperasi dari rumah mereka sendiri di Berkshire. Antara tugas Kate adalah sebagai perancang majlis, jurugambar, pereka grafik dan penyunting ruangan di laman tersebut yang diberi nama 'Party Times'. Kate telah meletakkan jawatan sekitar Krismas tahun lalu untuk menumpukan tanggungjawab baru di istana.

Kate adalah peminat setia Kejohanan Tenis Wimbledon. Beliau cekap bermain tenis hingga seringkali dapat menumpaskan William di gelanggang. Pihak istana melihat kelebihannya itu sebagai satu 'suntikan glamor' yang boleh memperhebat acara amal yang berkaitan dengan kejohanan tenis berprestij.

Kate dikenali sebagai 'Waity Kattie' kerana setia menunggu William bertahun lamanya kerana percaya putera itu adalah untuk dirinya. Percintaan mereka pernah putus gara² Kate melihat foto Putera William berpelukan dengan wanita cantik di kelab. Kate kecewa lalu memutuskan hubungan mereka. Untuk mengubat hatinya Kate sering berpesta  dengan adiknya, Pippa. Namun akhirnya William menyedari dia telah kehilangan Kate apabila melihat foto² gadis itu gembira menikmati hidup. Akhirnya cinta mereka bertaut kembali apabila William mengundang Kate ke pesta kostum di bereknya di Bovington, Dorsett.

Persamaan Kate dan mendiang ibu mentuanya Diana selain kedua²nya dianggap seperti puteri dalam kisah dongeng ala Cinderella, mereka juga merupakan ikon fesyen dan Kate bakal menjadi idola seperti Diana.

Perbezaan antara keduanya adalah Diana sememangnya mempunyai darah bangsawan, merupakan pelajar yang biasa² sahaja ketika bersekolah dan berpacaran dengan Putera Charles selama 6 bulan sahaja sebelum mengambil keputusan bernikah pada usia 20 tahun iaitu pada 29 Julai 1981. Kate pula merupakan gadis dari kalangan rakyat biasa (tiada darah bangsawan), merupakan pelajar pintar dan mempunyai Master of Art dari Universiti St Andrew serta telah 9 tahun berpacaran dengan William sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin pada hari ini pada usia 29 tahun.

Seramai 1900 tetamu telah dijemput untuk memeriahkan majlis wedding of the decade ini. Kad jemputan bertulisan air emas dikeluarkan atas nama Ratu Elizabeth II mula bertaburan di atas alas kaki di Britain dan luar negara selepas mula dihantar Rabu dan Khamis lalu, dengan cop mohor diraja.

Selain mengutamakan para jemputan dari kalangan teman universiti dan kenalan rapat (berbanding perkahwinan diraja sebelum ini yang menjurus kepada tetamu negara), Putera William turut melantik anak² pekerja istana untuk berarak bersama anak² kerabat diraja sebagai pengiring utama.

Hari ini diisytiharkan sebagai cuti umum di England bagi meraikan majlis perkahwinan yang gilang-gemilang namun pengantin lelaki, Leftenan Udara William Wales tidak diberi tempoh berbulan madu istimewa seperti ayahandanya dulu yang bercuti mengellingi dunia. Putera William hanya mendapat cuti 2 minggu sahaja sebelum kembali bertugas bersama Angkatan Tentera Diraja England.


Saksikan upacara perkahwinan mereka di >> SINI hari ini.

sumber: astro view dan internet


Thursday, April 28, 2011

Beto Kusyairy.




Assalamualaikum..


Aku adalah peminat nombor satu Beto kalau nak tau.
Antara abang (eh abang kahh mengadoo) aaron ajis dengan Beto aku pilih Beto lagi.
Haha. Blah la ko.


Ni gigih gugel biodata Beto segala.
Kata minat kannn.
Biodata aaron aku tak carik ponnn.
Haa bukti tu aku peminat Beto.
Tapi takdela sampai nak tampal gambo dia kat dinding bilik tido.
Nak kena pelangkung dengan laki ke hapeee.


Biodata Beto Kusyairy

Nama sebenar : Nur Kusyairy Zakuan Osman
Tarikh lahir : 19 Feb 1980 #muda setaun dari aku rupenyaa
Mula berlakon : 2003
Status : Sudah berkahwin dengan Tisha Shahar (2008)
Asal : Kuala Lumpur
Warna Kegemaran : Hijau (aku agak je)
Pendidikan : Diploma Pengurusan Hotel dari UITM

Aku ingat dulu pes time aku nampak si Beto ni dalam drama Durrani.
Tapi tak bestt sangat ah dia dalam drama tu.


Beto Kusyairy dalam Kashaf Imani

Haaa.
Masa drama ni mainla aku tetiba cam ter'jatuh cinta' dengan Beto.
Apesal ko suwit sangat eh Beto dalam citer tu.
Mulala feeling diri sendiri adalah Sharifah Amani (heroin citer tu) ahaks. # rasa nak lempang tak?


Beto Kusyairy dalam Juvana

Kengkonon nak tengok tapi cam biase tv tengok aku.
Lagipon Beto bukan hero.
Malas ahh layan.


Beto dalam Geng Surau

Nak tengok jugak tapi tak tertengok.
Beto jadik glemer pasal citer ni kott ekk.




Beto dan isterinya yang comel, Tisha. Derang dah bercinta dari zaman studi kot.



Wife beto punya blog kat >>SINI


(updated version)

Baru-baru ni aku tengok Beto dalam cerekarama Jujur Aku Dayus, jadi suami kepada Nora Danish. 
Pon besttt sangatt.



Wednesday, April 27, 2011

saya dan RAPI.






Cerita ni kan dah basi sangat dah.
7 tahun lepas punya cerita.
Tapi baru nak letak dalam blog.
Nakkk jugaklah letak kan.
Nak buek camno, 7 tahun dulu aku takde blog.


Masa tu majalah ni baru sangat keluar.
Ada satu ruangan tu macam menarik jer aku tengok.
Aku pon dengan poyonya mengarang-ngarang surat.
Tah cemanalah kan surat aku pon terpilih.
Seronok kemahenn waktu kak Pupe talipon aku masa tu.
Masa tu aku cikgu. Mujur arr masa aku terlompat-lompat gaya kera tu hari sabtu, budak sekolah takde.
Kalo tak, jatuh ar saham sebagai cikgu paling jelita ketika itu *muntahla korang sekarang, wakaka*.


Sehari sebelum hari kejadian, bertolaklah aku bersama tunangan tersayang menuju ke kota metropolitan.
Di sana, menumpang tidur di rumah makcik sedara. Mujurla ada makcik sedara duk area Shah Alam. Kalau tak ntah manala kami nak merempat. Masuk hotel murah karang, orang pandang slekk plakk.


Pagi pada hari kejadian, ntah kenapa muka aku macam sembab plak pagi tu.
Diaorang ada amik gambo sebelum mekap huduh giler muka aku.
Aku rasa derang sengaja ni edit gambo before make over tu, bior nampak huduh hihi.


Lepas datangla juru mekap mula menyolek-nyolek muka aku.
Tapi tukang solek dia lelaki uolls. Bukan nyah tau tapi lelaki tulen. Adnan kalau tak silap aku nama dia.
Sedang mekap-mekap tu boleh plak tunang aku kata muka aku cam hantu sebab mekap tebal cenggitu.
Cis, tak guno.


ada ke hantu rupa cenggini?


kena paksa ketawa

Masa nak ambik gambar kat studio ada orang ingat aku ni nak photoshoot untuk cover girl majalah DARA. 
Ceh ceh. Kembang semangkok jap lubang idong.


Lepas tu bermulalah benda paling menyeksakan.
Kena posing-posing.
Aku manalah pandai.
Keras macam kayu balak.
Malu lagi.


Yang bestnya aku dapat jumpa Waheeda kat bilik mekap. 
Tapi sebab malu aku tak tegur dia. 
Bongok tak?


Tuesday, April 26, 2011

Betul Ke Selama Ni Kita Makan Cacing, Siput Babi dan Katak?

Assalamualaikum..

Semalam masa aku BW ke >>SINI aku rasa seperti mahu muntah. Kalau benar apa yang ditulisnya, ini adalah satu penganiayaan kepada kita semua sebagai umat Islam. Aku rasa marah.

Sardin Cap Ayam, Katak & Siput Babi



Mula² kita cakap pasal sardin cap ayam ini dulu. Mereka kata bukan aku kata (aku takda bukti kukuh nak tuduh) kuah sos dalam sardin ni dicampur lendir katak. Ada yang kata lendir siput babi. Adakah ini sebabnya semenjak dewasa aku tak pernah lagi nampak 2 jenis binatang ni? Sebab dah habis kena tangkap untuk diproses jadi kuah sardin?

Betul ke? Betul ke? Tolong cakap kat aku. Walaupun aku bukan penggemar sardin dalam tin tapi sesekali aku beli jugak. Untuk buat inti sandwich masa aku rajin masak ataupon buat lauk masa aku malas masak. 

Aku masih ingat waktu kecik² dulu aku suka ganggu siput babi tengah berjalan lembab. Dan masa kecik jugak aku sangat takut katak. Sebab risau katak kencing kat mata aku nanti jadi buta. Itu yang mak cakap pada aku.

Lupakan nostalgia aku pada katak dan siput babi. Berbalik cerita sardin cap ayam.

Yang aku heran kenapa sardin cap ayam yang dituduh? Adakah sebab ia sardin yang pemes? Sardin cap lain tak guna lendir katak atau siput babi? Atau adakah ini onar pengusaha syarikat sardin lain yang nak menjatuhkan kredibiliti sardin cap ayam?


Milo vs Cacing



Cerita milo pulak. Masih tekak aku terasa-rasa sedapnya rasa air milo yang dibawak oleh van milo ke sekolah. Sedap sampai aku cicip sikit² takut cepat habis. Ada kawan aku yang tak reti malu pergi ambik 2 kali. Ingat semula betapa rugi aku tak buat macam tu jugak. Tulah aku ni skema sangat masa sekolah.

Tapi sekarang mereka kata bukan aku kata (jelas sekali aku takda bukti nak tuduh) milo dicampur dengan daging cacing. Aku tak geli pegang cacing tapi minum/makan cacing?? Oh. Geli. Tolonglah. 

Yang aku heran lagi sekali kenapa milo yang memang pemes menjadi sasaran tuduhan. Boleh kata semua orang pernah minum ni. Ada orang dengki kat milo ke? Tolong siasat segera. Kat dapur aku ada satu pek besar milo yang baru dibeli minggu lepas.


Sos Prego Berbabi Isu Basi



Ini satu lagi. Sikit masa dulu kecoh orang kata ada campuran daging babi cincang dalamnya. Aku pernah tengok ada logo HALAL kat sos ni. Tapi sebab mahal dan kurang yakin aku pon dah tak guna sos prego lagi. Aku guna sos cap kimball je kalau rasa nak masak spagethi. Sedap jugak dan murah sikit.

Boleh tak aku merayu? Tolonglah. Pihak yang berwajib macam JAKIM ke siasatlah kebenaran semua dakwaan ini. Lepas tu sebarkan. Jangan tutup-tutup. 

Terutamanya sardin dan milo. Sos prego aku tak kesah sangat. Kasihanilah aku dan orang Islam lain. Aku yakin pihak JAKIM dan pihak berkuasa lain pon tak nak tanggung dosa.








Giveaway Ujang9897

Assalamualaikum..


Nak join? Klik gambar. Tarikh tutup aku kurang pasti. Harap aku tak terlambat.

Aku nak join sebab hadiah ada banyak. Manalah tahu aku ada luck. Nasib aku dalam berGA nih biasanya agak kurang menguntungkan.

Nak bodek si Ujang nih lebih² pon tak ada gunanya. Pasal GA dia guna random.org.

Yang aku tahu dia sedang sebok nak melangsungkan perkahwinan. Tapi aku memang tak datanglah majlis dia pasal tak dijemput. Kalau jemput pon aku tak boleh pegi punya.

Apa pon. Aku harap aku dapat menang mana² hadiah. Berdoa saja.

Oh. Kena tag 2 orang. Aku tak berani nak tag orang pasal bukan semua orang suka kena tag. Aku tag sesapa saja yang ingin ditag. Boleh gitu ujang?

Sekian.

Monday, April 25, 2011

Yang Kuat Akan Hidup Tapi Yang Lemah..Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan

Assalamualaikum..

Kalian masih ingat episod >>burung yang lalu? Pada kalian yang sudah terlupa dan melupai atau tak pernah tahu bacalah dulu episod lalu agar kisah lanjutan ini lebih dirasakan.

Seperti manusia yang perlu hidup dengan kuat di dunia ini begitu jugalah dengan burung.


yang lemah sudah tak mampu membuka mulut lagi

sudah kehabisan kudrat demi memperjuang secebis rezeki

dan akhirnya gugur (sedih sangat)

yang kuat menconquer sarang seorang diri - kelihatan mulai berbulu

tiada apa nak direbutkan lagi - rezeki khusus untuknya

inilah rupa selepas habis dalam hari - comel kan?

sudah mulai belajar menenggek di pinggir sarang

malam juga enggan tidur - ingin bertenggek berterusan tanpa bosan

sudah mulai bosan tenggek berterusan - lihat wajahnya seperti mengalami monday blues

oh sekarang benar-benar bad mood

hooray! akhirnya perjuangan terbang berjaya - walaupun terpaksa mendarat di bumi akibat keletihan kepak melampau

mengucapkan kata-kata akhir - selamat tinggal dan terima kasih kerana sudi memberi tumpang berteduh - namun tidak dimengerti oleh mak dan abah aku

tinggal sarang saja - tiada lagi keletah si burung comel - mak dan abah rasa sepi tiba-tiba

Oh. Aku yang menulis menjadi sebak tiba-tiba. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.















Saturday, April 23, 2011

Kalau Dulu..

Kalau dulu..
Aku memang tak pernah peduli dengan laptop atau apa² yang sewaktu dengannya..
Tapi kini..
Aku dengan laptop macam isi dengan kuku.
Balik kampung atau pegi vacation laptop dengan broadband mesti kena ikut sekali. Kalau tak aku sayu hati.

Kalau dulu..
Aku tak sabar² tunggu keluaran terbaru impiana
Tapi kini..
Aku tak sabar² tunggu hupdate terbaru dari blog pujaan.
Jimat sikit duit aku dari asyik beli majalah. Nasiblah broadband aku free. Hihi.

Kalau dulu..
Aku suka conteng kertas meluah rasa hati..
Tapi kini..
Aku suka conteng² kat blog sendiri.
Kira macam jimatkan kertas dan selamatkan bumi. Sumbangan kecil kiranya tu.


Kalau dulu..
Aku asyik berangan deko-deko rumah..
Tapi kini..
Aku asyik berangan nak buat entri apa.
Suami aku pon senang hati. Kalau tak aku asyik merengek nak pegi jalan dekat ikea.

Kalau dulu..
Drama bersiri adalah hiburan aku sepanjang hari..
Tapi kini..
Hiburan aku adalah cerita-ceriti dari blog-blog.
Anak aku senang hati pasal takda orang nak berebut tv dengan dia lagi.

Itulah..
Kalau dulu..
Sebab aku belum ada blog..
Tapi kini semua dah berubah..
Sejak aku ada blog.


notajari:
Sampai satu masa mungkin aku akan bosan juga blogging ni tapi tak tahu lagi bila.


Friday, April 22, 2011

Pening Dengan Kod-E

Assalamualaikum..

Hari Jumaat kita cerita benda bermanfaat sikitlah. Seru sampai untuk menulis tentang ini apabila membaca entri dari teman blogger di >> SINI.

Kebetulan haritu betty ada jenjalan dekat booth pameran HALAL dan ambik satu pamplet pasal kod-E ni. Mungkin ada antara kalian dah sedia maklum tapi betty tulis je. Dah tentu ini blog CIK BETTY SUKA TULIS-TULIS jadi nak nulis jelah kerja dia. Memang biasa dia tu.

Marilah berkenalan dengan kod-E terlebih dahulu. Kalau masa belajar dulu tak sukalah dengan huruf E ni kan. Tapi betty tak pernah dapat kod ni. Nak riak lah tu. Astagfirullahala'zim.

Berbalik kepada cerita asal.

Kod E ialah kod nombor untuk bahan aditif makanan yang telah diuji penggunaannya untuk digunakan di Kesatuan Eropah (EU). Sebab apa nama dia E? Sempena huruf pertama Eropah - sebab tu kod ni bernama E. Bahan makanan yang dijual di pasaran banyak mengandungi bahan yang berkod E ini kerana bahan ini digunakan secara meluas sebagai perasa, pewarna, pengawet, bahan pengental etc. Paling popular coklat dan aiskrim. Yum. Yum. Dua² benda ni adalah kegemaran betty. Sebok je nak bagitau.

Kod-E boleh dibuat daripada tumbuhan atau haiwan bergantung kepada jenisnya. Mungkin dibuat daripada tumbuhan sahaja atau mungkin haiwan sahaja.

Masalah timbul apabila kod-E dibuat daripada haiwan. Kod-E adalah HALAL jika sumber haiwan bukan daripada khinzir, anjing atau haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak. Keraguan terhadap kod-E ini meningkat dengan tersebarnya khabar angin bahawa sesetengah kod-E dibuat daripada sumber tidak halal.

Kod-E471 adalah satu contoh kod paling popular. E471 adalah sejenis emulsifier yang merupakan asid lemak mono dan digliserida. Asid lemak sintetik ini dibuat daripada gliserol dan asid lemak semulajadi daripada sumber tumbuhan atau haiwan. Sekiranya produk tersebut mengandungi E-471 dan tertera logo HALAL dari JAIN & JAKIM bererti E471 itu diperbuat daripada sumber tumbuhan atau haiwan (disembelih) yang halal.

Jadi maknanya bukan semua E-471 itu haram. Harulah. Kalau gitu semua benda kena tanam atau buat sendirik kat rumah. Nak coklat ferero roche buat sendirik. Nak eskrim cornetto buat sendirik. Untuk orang pemalas cam haku ni memang kempunan sampai matilah jawabnya. Siapa pandai buat fererro roche sendirik dengan cornetto sendirik bilang sama aku dia punya resipi. Memang aku tak buat punyalah. Dasar rajin!

Oh. Ya. Sebagai ekstra bagi memperpanjang entri ni. Bukan semua produk halal menggunakan logo JAKIM. Bagi produk yang dikilang di luar negara akan menggunakan logo halal dari Badan Islam Antarabangsa. Pastikan badan tersebut diiktiraf. Boleh cek kat >>SINI.

Sebahagian logo halal yang diiktiraf:









Sumber rujukan: Pamplet yang aku ambik tu

Gambar: Credit to google















Tuesday, April 19, 2011

Nasi Timbel

Assalamualaikum..

Pernah makan nasi timbel? Tak tahulah apa maksud timbel. Nasi ini berasal dari Sunda. Agaknya. Pasal betty makannya di restoran Sunda. Tapi bukan betul² di Indonesia. Cuma dekat² dengan rumah betty aje. Kalau korang yang duduk area Skudai pegilah singgah. Dekat Taman Universiti.

D'zaro boleh kasi tahu saya apa maksunya timbel?

Kus. Kus. Teman maya saya d'zaro ini sering mampir ke blog ini. Wah. Wah. Terharuuu banget. Eh. Tetiba pulak bergenre bahasa lain.

Kalian semua pergilah jenguk blognya. Entri²nya bagus sekali. Tapi awas! Jangan nyoba carik kisah kawen kris dayanti atau kisah rossa di sana. Memang nggak ada. Yang ada tulisan dari hati tentang kehidupan dan dunia sejagat.

Kembali ke cerita nasi tembel. Eh. Timbel. Nasi nih macam kembar seiras dengan nasi ayam penyet. Selain berciri sama seperti nasi, ayam, ulam, tauhu dan tempe goreng serta pecal lele nasi timbel ada ciri tambahan iaitu cucur jagung. Dimakan dengan kuah asem bukan kuah sup. Kuah asem ini pon ada jagung di dalamnya.


Yang dalam bungkusan ialah lemang eh tak nasik


Rupa nasik lepas dibuka


Betty order air strawberry..sedap sangat! Sebab sedap minum dulu baru foto.

Kesimpulannya, antara nasik timbel dan nasi ayam penyet betty lebih suka nasi ayam penyet pasal betty tak suka JAGUNG!

Bye-bye. 


notajari:
Ketika entri ini ditulis kesihatan aku tak berapa mengizinkan. Mungkin aku tersalah makan. Harap² begitulah..










Monday, April 18, 2011

Warna Cat Ruang Tamu







Komen ini datangnya dari isteri @ ibu yang cute dari entri >>INI.


Nak kata pakar dalam bidang pilih-memilih kaler cat ruang tamu ni taklah. Saya pilih kaler cat belasah jer. Asalkan sedap mata sendiri tengok, perasaan macam berkobar bila tengok kaler rumah sendiri kira dah cunlah tu. Pedulik hape Eric Leong nak kata cat tu salah kaler ke hape hahahah. Beliau bukan datang rumah saya pon kikiki <---- ayat  kecewa.


Saya share sikit tips yang mungkin anda boleh ikuti.


Warna perabot dan hiasan sedia ada

Tengoklah perabot kita kaler gelap atau cerah. Pilih warna dinding yang boleh menyerlahkan kecantikan perabot kita. Kalau takda perabot lagi beranganlah dulu kita nak beli perabot yang macam mana. Yang gelap² ke, yang putih ke, yang kayu jati ke dan lain² ke lagi.

Hiasan kena ambik kira. Macam bingkai gambar kaler apa. Bunga kaler apa. Pasu kaler apa.


Pencahayaan

Ini pun kena ambil kira. Macam rumah betty agak gelap sebab betty banyak guna kaler coklat gelap dan hitam untuk perabot. Sebab tu betty pilih kaler oren yang agak garang. Tapi bukan semua dinding betty cat dengan oren ni. Wuih. Tak sangguplah. Satu dinding je. Macam feature wall lah kiranya. Sebab kalau orang berdiri kat pintu masuk rumah betty dinding oren ni nampak dulu.

Kalau rumah banyak kena cahaya semulajadi dari luar jangan pilih kaler yang hangat macam ni. Pilih kaler dari kumpulan sejuk macam hijau, kelabu etc. Kena ingat ni: kaler yang cantek kat rumah orang lain belum tentu cantek kat rumah kita. Sama macam pakai baju gaklah.


Warna langsir

Of course lah kan ruang tamu ada langsir. Kena matchingkan kaler dinding dengan langsir.


Tema/Konsep kediaman

Tentukan konsep dulu baru pilih kaler dinding. Sama ada moden, english, ranggi, nusantara, minimalis, zen, retro, kontemporari, klasik dan etc. Tiap konsep ada range kaler yang tersendiri. 


Tips tambahan:

Gunakan dua jenis tona cat. Yang lebih gelap untuk feature wall. Yang cerah sikit untuk dinding lain. Pilihla dari kumpulan warna yang kita sukai sama ada hangat atau sejuk. Nak combinekan warna boleh berpandukan roda warna. Main² kaler ni seronok sangat.


Gunakan majalah deko seperti majalah impiana atau Anjung Seri sebagai rujukan. Belek gambar-gambar yang ada dalam majalah tersebut dan cuba tengok cara suai padan warna yang ada.


Seterusnya kita boleh jugak perhatikan sekeliling dan perhatikan kombinasi warna yang Allah ciptakan. Macam bunga merah dan daun hijau, macam langit biru dengan jingga matahari. Cantek kan. 


Atau, boleh juga rujuk roda warna. Matchingkan kaler sama ada bersebelahan, bertentangan atau dalam kumpulan warna yang sama. Ikut sedap mata hati anda lah. Ada orang suka kaler senada. Ada orang suka kaler kontra macam merah dengan hitam.







nota-noti:
Hai, eric. Cakkk!!



Saturday, April 16, 2011

Maharaja Lawak Astro 2011 : Wai, XN3, R2

Assalamualaikum..



Kah kah kah. Bosan tak? Tiap minggu nak cerita pasal Maharaja Lawak. Kan dah kata dulu betty penonton tegar rancangan ni. AF9 sikit pon tak nak cerita. Maknanya tak menonton secara tegar.

Mulai semalam astro prima dah tak siarkan lagi rancangan ni kesian mak tak dapat tengok dah. Jahat astro ni. Tapi nak buat camana kan. Ini strategi marketing diaorang. Nak tarik orang supaya beli pakej mustika tu. Rasanya dalam RM15-16 gitulah.

Siapa yang tersingkir minggu lepas diaorang baru umumkan malam tadi: Wai dengan XN3. Macam kasihan. Tapi diaorang memang patut disingkirkan sebab tak lawak.

Tema malam tadi: Muzikal Komedi


Yang gila kelakar malam tadi: Jozan, Nabil, Sepah, Man, Alex. Rugi betol kalau tak tengok. Memang terbaek sangat!

Jambu pon boleh tahan juga.

Balas tak berapa nak boleh tahan. 18sx tetap.

Yang tak berapa nak gila kelakar: R2, Jiehan

Amir: Sesuka hati dia je!

R2 pon dah tersingkir malam tadi.

Penambah perisa:


Persembahan pembukaan oleh Usop Wilcha yang menyanyi dengan berbaju pink. Usop ni memang penyanyi dulu kan dengan menggunakan nama Shy8. Usop Wilcha memang bagi tuah pada dia.

Persembahan penutup oleh para juri yang berkain pelekat. Kah kah kah.

Mamat Khalid pandai main organ rupanya. Eh. Organ ke nama alat tu?

AC tak habis² kena usik pasal gelang oleh peserta dari minggu lepas. 

Friday, April 15, 2011

Wanita vs Konflik

Assalamualaikum..

Betty agak rajin jugak bertanya khabar dengan akaun nuffnang sendiri. Bukan nak tengok berapa duit dapat pon. Jeling² sikit tu adalah. Congak² purata sebulan betty dapat adalah 25 sen. Kah kah kah. Memalukan. Biarlah. Betty tak kesah pon. Betty ngeblog pon sebab suka tulis-tulis je.

Betty sebenarnya bukak nuffnang sebab suka tengok keyword apa yang buat orang terjumpa belog betty yang buruk ni.

Ada satu keyword yang menarik perhatian betty: Nak kerja ke nak duduk rumah?


Sebab betty pernah ada pengalaman berhadapan konflik ini maka betty pun terasa nak kongsi.

Jelaslah kan yang taip keyword tu seorang wanita dari segi zahir dan batin. Dan pastinya dah berumahtangga. Cuma tak pasti dah ada anak ke belum. Kalau belum ada suami atau dah ada suami tapi belum ada anak tak perlu nak berkonflik bagai. Pergi sajalah kerja demi memenuhi masa lapang dan juga demi keuntungan poket.

Masa belajar kat UTM dulu tak pernah terlintas di benak yang akhirnya betty akan menjadi seorang surirumah. Memang taklah. Mana ada orang masuk universiti sebab berimpian menjdikan surirumah sebagai pekerjaan.

Masih jelas di ingatan, betty belajar tekun² ececeh demi memperoleh pointer anugerah dekan. Merasalah jugak 2-3kali. Betty yakin nanti lepas grad betty boleh dapat kerja yang bagus².

Betty memang dapat kerja yang bagus. Tapi betty tinggalkan kerja tu sebab betty rasa tak serasi. Dan lepas tu betty pun berkahwin dengan teman sepengajian betty iaitu mr papa. Dan kemudian mengandung dan kemudian dapatlah seorang bayi comel iaitu kakak becok.

Sejak detik itulah betty mula berhadapan dengan konflik nak kerja ke nak duduk rumah. Pasal betty tak sanggup nak bagi orang jaga anak betty. Memanglah pada masa tu timbul isu kewangan sebab suami betty pon baru saja mula kerja pasal kita sebayakan. Lainlah suami dah lama kerja dan ada kewangan yang mantop. Bolehla suka hati nak main pilih² kerja ke duduk rumah.

Tapi sangat betuah suami betty seorang yang memahami. Beliau tak paksa betty keluar kerja cari duit. Dan Allah bagi kita jalan. Suami betty dapat peluang membuat kerja part time. Kewangan kami pada masa tu adalah sedikit stabil dan betty mula tak fikir lagi pasal nak kerja ke atau nak duduk rumah.

Duduk rumah sajalah kerja betty semenjak hari itu hinggalah hari ini. Tapi isu lain pulak timbul. Iaitu orang sekeliling betty. Situasi rasa kurang selesa dengan pandangan orang sama macam kalau kita dah lama kawen tapi takda anak atau umur kita dah taraf dapat anak 2-3 orang tapi kita tak kawen² lagi.

Situasi begini biasa dihadapi oleh seorang yang ada pelajaran tapi macam mensia²kan ijazah tu. Ini adalah tekanan yang bakal anda hadapi sekiranya anda memilih untuk duduk di rumah saja. Kalau anda nak pilih duduk di rumah maka mental anda kena kuat juga. Cara betty menguatkan mental dari tekanan orang sekeliling adalah dengan mentatap wajah anak. Juga sokongan moral dari suami. Haruslah kan.

Tapi di era kemodenan IT ini wanita dah ada cara mengatasi konflik nak kerja ATAU nak duduk rumah. Iaitu dengan mensematkan dalam hati nak kerja DAN nak duduk rumah. Macam²lah kerja zaman moden boleh buat dari rumah. At least kalau orang keliling asyik nak bahan kita, kita boleh kata saya adalah surirumah yang bekerja dari rumah. Huh, puas hati?

Wajah-wajah Kesayangan Hamba : Tatapan Untuk Kekuatan

bertemakan merah putih hijau


bertemakan wajah serupa



Berita sedih:
Bagi yang baca kisah burung sebelum ini. Anak burung dah mati seekor akibat kebuluran. Bukan sebab mak burung tak bertanggungjawab. Tapi adek beradek yang seekor lagi buruk makan lalu bangkai anak burung dimakan oleh mak burung tanda kaseh tak terhingga.

Berita gembira:
Sajak abah betty tersiar lagi di akhbar. Oh. Ke mana tumpahnya kuah? Mungkin ke lantai..sebab memang tak ke nasik.






Thursday, April 14, 2011

Yesterday News!

Assalamualaikum..

Betty baru saja tahulah kan semalam ialah wordless wednesday. Hari yang mana pentulis blog seantero tak perlu nak tulis dalam blog. Tak kiralah ayat pendek atau ayat panjang atau ayat yang sangat panjang macam entri semalam. Ironi sungguh.

Oleh itu hari rabu adalah khusus entri bergambar semata. Ceritanya pandai² readers nak karang cerita apa.

Owh..kalian semua sudah tahulah wujudnya hari spesel macam tu? Betty sorang² yang yesterday news. Kah kah kah.

Oh ye. Pada kalian yang kecewa semalam kerana cerita gadis bermotor tidak tamat. Memang biasa kadang-kala cerita kadang² akan sengaja digantung tak bertali. Lagipon semalam bukankah ialah wordless wednesday jadi part nasib gadis motor betty wordless kan. Hehe. Sori.

Yang benar betty pon tidak tahu apa kesudahan nasib dia. Kalian reka²lah suka hati. Tapi betty yakin sungguh ending kisah gadis motor tak klimaks sangat seperti yang kalian harapkan. Filem yang best pon kadang² ending macam tak berapa nak ending kan?




Cuma nasib bayi yang naik rangka basikal ini saja yang diketahui untuk semalam. Semalam dia kena injection imunisasi yang terakhir. Sebagai bayi lelaki yang hero kena kuali panas pon takda memberi kesan serik setakat injection ah apalah sangat. Tak nanges pon. Demam pun tak. 







Tuesday, April 12, 2011

Mmm..Donut Sangat!!

Assalamualaikum..

Taklah. Betty bukan nak cerita pasal telemovie donat yang Sheila Rusly kelaka tu.

Sebenarnya memang nak cerita pasal kuih donat. Yalah. Kuih donat yang bulat macam roda. Hidup ni kan macam roda. Macam tula betty dengan donat. Selama 30 tahun ++ betty tidak berapa sukakan donat termasuk dunkin donat. Cantik² tapi tekak tak tertarik. Begitulah jugak macam perempuan cantik. Bukan semua orang akan tertarik.

Petang yang lalu mr papa balik bawak jajan untuk betty. Sukalah sangat. Ingatkan apa rupanya donat!

Tapi orang kata rezeki tak baik ditolak. Musuh jangan dicari. Samalah macam blogging. Jangan carik musuh. Hah..tengok². Bagus tak cerita donat ini ada tauladan.

Betty pun makanlah donat² tersebut tanpa sempat snap gambar untuk buat hiasan entry ni. Keh keh keh.

Barulah betty sedar rupanya masih ada donat yang sangat sedap. Kan dah kata nasib donat pun macam roda. Sekarang dia dah ada peminat baru. Tapi bukan sembarang donat. Cuma donat dari BIG APPLE.



[Memanglah sedang jakun dengan donat big apple ini - kalian yang sudah biasa jangan ejek  T__T - kasihan betty - baru nak tahu nikmatnya donat]





notajari:
Jusco Bukit Indah saja yang ada jual donat jenis ini. Kenapa Juso Taman U takda..mencik ah.

Monday, April 11, 2011

Ariana's Story 1st GA

Assalamualaikum..

Yuk..yuk. Join GA kak Ariana yang manis.


Semenjak dua menjak ni nasib aku tak berapa nak baiklah bila join GA. Macamlah sebelum ini aku sangat bertuah. Ini luahan hati sebenar yang pilu pasal tak menang Yuyu comel punya GA dan jugak beberapa GA lain secara berturut².

Moga² kali ini aku lebih bertuah. Begitulah doa seorang insan yang inginkan kemenangan. Mahu mencabar kemenangan aku sila klik gambar keluarga bahagia ini ya..



Pok amai-amai belalang kupu²,
Join ramai-ramai 1st GA kak Ariana ku..
Huhuhu..

Susu lemak manis 
Santan kelapa muda..
Korang jangan nanges 
Kalau hadiah hiasan english tu aku yang punya.
Hahaha..















Sunday, April 10, 2011

Burung

Assalamualaikum..

Lokasi burung bersarang : Pokok buluh jepun di rumah ibu

Saksikan gambar saja today..

[masih berbentuk telur - bukan telur palsu tapi benar telur]

[malam hari si ibu memeluk erat telurnya]

[bayi burung telah lahir ke dunia yang fana - masih belum mengerti kepayahan]

[hanya tahu menganga menunggu ibu menyuapi]

Selanjutnya mungkin ada kalau my abah memfoto kisah burung ini lagi..







Saturday, April 9, 2011

Maharaja Lawak Astro 2011 : Komentar Peribadi Penonton Tegar

Assalamualaikum..

Huh! Gembira. Dalam seminggu sekali ini sajalah peluang menonton TV dengan bahagia bersama² satu keluarga. Kalau tidak TV pun bosan asyik mentayang siaran kartun berulangkali dengan penonton yang cuma seorang saja setiap kali. Kalau boleh bersuara dah lama TV keluar suara bentak-bentak.

Beberapa tahun sebelumnya lama sudah betty berangan-angan astro akan buat rancangan macam ini. Nak tengok sapa yang betul hebat buat lawak di kalangan raja-raja lawak. Akhirnya terlaksana jugak. Astro nih macam tau² saja keinginan penonton tegar. Walaupun kadang² benci astro tapi kadang² tak benci.



Kelompok peserta peberet utama betty inilah dia:

Jozan
Siapa mampu nafikan gabungan lawak diaorang. Diaorang memang ada kimia bersama. Kalau melawak secara tak berkumpulan kurang umphh sangat. Minggu pertama tak berapa nak menjadik. Malam tadi dah jadik. Johan memang pakar tiru gaya Yusuf Haslam. Terbahak² betty gelak bersama mr papa. Harap diaorang terus menjadik² nanti.

Nabil
Lawak berdiri - berlakon dengan pasangan halimunan memang kepakaran Nabil. Dia ni bagi pendapat hati betty kategori pelawak yang bijak. Susunan cerita kemas dan difahami. Dari dulu pun begitu. Boleh pulak main sambung² lawak yang tak sempat nak habis dari minggu lepas. Pertuturan lawak dalam bahasa negeri sembilan jadik kelebihan. Hadooii. Pecah usus den. Eh. Biarlah dengan kes² moral dia tu. Takda kaitan pun dengan lawak.

Sepah
Nama asal kumpulan diaorang ni bukan Sepah kut seingat betty. Mungkin sampah ke sumpah atau hampeh. Tak ingatlah. Tapi kalau tak salah ingatan Fauziah Nawi mintak ditukar nama yang lebih kedengaran elok. Lawak diaorang boleh buat betty ketawa terutama Jep.

Kelompok peberet kelas kedua:

Man
Tak berapa nak konsisten. Kejap lawak kejap tak berapa nak lawak kejap langsung tak lawak. Baiknya dia ni asyik tersengih sepanjang masa.

Balas
Boleh tahan. Diaorang ni pakar mengguna istilah haiwan, kuih dan jugak perkataan biasa jadik kuning. Memang macam menyampah. Dah trademark diaorang kut. Tapi dikira bolehlah nak ketawakan jugak lawak diaorang. Kalau tidak takkanlah letak bawah kategori ini.

R2
Boleh tahan jugak. Yang adik tukang bagi bahan yang abang tukang lawak bahan. Kira baguslah kimia pasangan ini.

Jambu
Kombinasi Yus dengan Tauke. Bersesuaian dengan nama kumpulan diaorang setiap minggu pakai baju warna jambu. Minggu pertama hot pink. Malam tadi pink cair. Minggu depan entah. Boleh tahan jugak. Masih bolehlah nak gelak.

Ini pulak kategori tak berapa nak peberet atau memang tak peberet mengikut turutan. Kiranya bawah sekali tu agak kasihan dengan lawaknya. Bagi peluanglah. Ini baru minggu ke-2. Manalah tahu secara tetiba mereka mendapat anugerah bernilai. Orang kata tuah ayam jadik KFC tuah manusia makan KFC.

Jiehan
Alex
XN3
Amir
Why








notajari:
Ketawa itu penawar duka.





Friday, April 8, 2011

Pengsan! Yuyu Zulaikha Folo Saya.






Blogger popular polo saya?
Pengsan 23 minit.







Wednesday, April 6, 2011

Seronoknya..Macam Ada Bintang Dah Jatuh Dari Langit..

Kan dah bilang. Bukan setakat dapat pelangi tapi bintang pun dah berguguran dari langit.

Lepas kejadian tak apa dah suka balik semalam eh macam tak disangka Pendekar Berkuda sudi datang, mengucapkan kata² berbau dorongan dan kemudian memfolo blog ini. Oh. Memang benar rasa macam bintang yang gugur dari langit. Apakan tidak selama ini cik betty memang pembaca secara senyap blog beliau. Kadang² saja tertaip komen. Eh kalau blog yang kalian suka baca secara tiba² datang memberi sokongan bukankah kalian akan suka buka main?



Dan buat semua yang telah sudi folo kalian semua adalah kejora dan bintang. Nampak macam cik betty pentulis blog gila follower bukankah? Eh jujur ni seronok apa mentulis blog kalau diri sendiri saja yang folo. Tapi apa pun lain pentulis blog lain harapannya kan. 

Tuesday, April 5, 2011

Unfollow? Takda hal lahhh..






Bila kita baru berblog, target misti nak kumpul follower juta-juta kan. Macam jlo julaikha, macam hamis jalikha, macam dak patin, macam nora elena eh maria elena macam cik epal.


Tiap kali bukak blog jangan nak tipu misti nak tengok follower ada tambah ke tak. Bukan orang lain, aku letteww. Follower baru secoit la katakan. Semalam tengok ada 275 ketol. Arini aikkk dah terkurang 2 ketoi plakkk. Ciss sape kejadah yang unpolo nih haa?? 


Wuwu sedihnya hati. Lalu menangis terisak-isak belakang pintu sambil mengesat ingus yang bercucuran. Sambil memikir-mikir why whyyy this happened to me.


Alah, polo-unpolo ni bukan masalah besar pon. Tak perlu pikir-pikir sampai nak pecah pala otak. Baik pikir esok nak masak apa atau pikir cemana nak siapkan soalan matematik kerja rumah cikgu Ali. Tapi kalau korang degil gak nak pikir nape korang kena unpolo cer tengok alasan paling logik di bawah.



Alasan munasabah blog di unfollow:

  • Orang klik butang folo tu bukan suka-suka eh tapi sebab nak suruh korang bukak mata besar-besar SILA POLO SAYA BALIK. Tapi korang lupa nak polo sebab korang popular tak main arr polo-polo nih. Ooo takmo polo ya. Aku unpolo kau. Padan mukoo. 
  • Dulu blog ko best tapi sekarang ewwww. Muntah tau tak asyik baca citer pasal boyfren ko. Jeles tau tak boypren ko hensem ngalahkan aaron. Ada lamborghini lak tu. Aku jeles, aku unpolo. Pueh hatiii.
  • Dah folo dah komen tapi korang pemalas nak menjengah blog derang balik. Panehh hati. Dia pon unpolo. Ya, tak ikhlas dalam mempolo dan mengomen. Sape suruh ko BW ye dakk??
  • Entri korang menyakitkan hati dia secara tak semena-mena. 
  • Korang penah tulis komen sentap kat blog orang.
  • Dengki sebab follower dia ramai. Dasar busuk hati betol kalau ada orang camni.
  • Dulu folo sebab nak suruh orang folo balik tapi lepas tu aku tak baca blog ko. Kejadahhh kan. Baik unpolo.

Serius, folo ke nak unfolo ke bukan masalahnya lah. Biarlah. Orang suka blog ko dia folo. Dia tak suka dia tak folo. Kalau tak suka tapi dia degil nak folo gak tapi lepas baru terpikir nak unfolo itu hak dia. Korang tak yah arr susah hati sangat macam susah hati bila kucing ko nak beranak. 


Takda hal lah semua ni. 

Monday, April 4, 2011

Amalan Supaya Anak Mendengar Kata




Assalamualaikum..

Sabda Rasulullah s.a.w : "Di antara tanda hampir berlakunya kiamat anak² menjadi berani melawan (menderhaka) kepada orang tua." - Riwayat At-Tabrani.


Insya-allah dengan sedikit usaha dan amalan dapatlah kita menjadi ibu bapa yang mempunyai ketenangan jiwa raga kerana mempunyai anak yang patuh dan mahu dengar kata.

  • Cium ubun² di kepala anak setiap hari sambil membaca selawat dan berdoa anak menjadi baik.
  • Baca Ya Latif setiap malam ketika anak tidur dan tiup dari kepala hingga ke kaki sambil berdoa anak menjadi lembut hatinya.
  • Apabila teringat anak segera berdoa untuknya kerana sesungguhnya mereka sedang memerlukan doa ibu bapa.
  • Amalkan surah Toha ayat 1-5 dan tiup pada air untuk diminum oleh anak setiap hari.
  • Sentiasa berkata yang baik² kepada anak walaupun dalam keadaan marah (paling hampeh pun cakaplah bertuah punya anak - moga² bertuah nasib anak).
  • Berdoa dan bercakap yang baik² ketika memasak hatta yang dimasak itu mee maggi sekalipun agar makanan itu menjadi penyebab anak lembut hati.
  • Lebih baik suruh anak makan masakan kita sendiri berbanding dari kedai sebab kita tak tahu sikap dan kebersihan tukang masak kat kedai (kalau dia jenis orang yang meninggalkan solat hambekk kau).
  • Dirikan solat hajat setengah jam sebelum masuk waktu subuh. Setelah itu letak tapak tangan kanan ke bahagian jantung anak dan bacalah Ya Fattah 71 kali dan kemudian berdoa agar Allah buka pintu hati anak. Insya-allah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal