HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Thursday, March 31, 2011

Nur Zuhairah Batrisyia

Selamat hari jadi sayang..

Kejap je sayang dah menjadi 6 tahun. Rasanya macam baru semalam mama mengandungkan risya. Padahal semalam mama dengan papa bawak risya pegi jusco pilih hadiah sendiri kan. Walaupun benda yang risya pilih adalah amat mengarut tapi mama dengan papa layankan ajelah sebab murah. Hehe. Kalau mahal memang mama dengan papa tak nak melayan.

Masa risya duduk sedap dalam perut mama, mama sebenarnya gigih membuat master. Tapi risya ni notti. Mama tengah exam time tulah risya nak keluar kan. Padahal awal lagi. Papa pun takda kat rumah. Kawan papa uncle Azuan dengan cik yan yang bawak mama pegi hospital sultanah aminah. Dalam kereta kita layan lagu Peter Pan. Masa tu mama suka dengar lagu Peter Pan. Tengah ngetop. Sekarang tak ngetop dah.

Sampai spital mama blur tak tahu nak buat apa kan. Surat government pun mama tak ada. Jadi kita dapat wad kelas 3 jer. Labour room dia langsung tak best. Boleh nampak orang sebelah. Boleh dengar suara aci pekik².

Bila doktor eh dia kata dia bukan doktor tapi MA jer suruh push kalau sakit mama tak paham sebab mama tak rasa sakit pun. Lepas tu mama berlagak cerita dengan orang yang mama tak rasa kontraksi. Hah..time melahirkan adik risya barulah mama tahu kontraksi tu apa. Barulah tahu kan langit tu tinggi ke rendah. Selama ni ingat tinggi. Langit dua kali barulah rendah. Takpalah takda kena mengena pun kontraksi dengan langit atau pun langit-langit.

31 Mac 2005 risya jam 4.20 petang lahirlah risya ke dunia yang fana ini. Risya ialah anak pertama mama dan papa. Cucu pertama bagi kedua belah atuk dan nenek. Juga cicit pertama.

Mama bagi risya nama. Papa tak terlibat. Berhari² mama fikir. Mama bagi risya nama Nur sebab sama dengan mama. Mama bagi Zuhairah supaya bunyik ada macam nama mama (papa jeles). Mama bagi nama Batrisyia sebab tengah trendlah masa tu. Jangan risya tak tahu nama pun ada trend. Maknanya cahaya. Maknanya bunga. Maknanya cerdik. Tapi mama dengan papa panggil kamu risya. Itu gabungan nama mama dengan nama manja papa di kalangan kawan²nya.

Semoga risya jadik anak yang solehah. Mama sayang risya sangat!



notajari:
Risya tahu tak yang mama berenti buat master lepas risya lahir sebab tak mahu berenggang dengan risya. Risya jangan ikut perangai mama yang lembik tu ya. 

Wednesday, March 30, 2011

Yuna&Adibah Noor dan Scha serta Irma Hasmie

Assalamualaikum..

Suka tak tiru artis pakai apa? Tak kiralah pakai apa² pun. Termasuklah pakai ini. Bukan bikini.

Yuna dengan Adibah Noor pakai brand sama.

Scha Al-Yahya pun tahulah dia pakai brand apa.

Alah..tengok nama² popular ni tahulah sedang memperkatakan apa kan. Kalau tak tahu jugak tak tahulah nak kata apa. Lempang muka sendiri kuat². Haha.

Oppss..ini untuk perempuan sahaja. Kalau lelaki nak pakai juga tak tahulah.


[pic google: eh nampakkan yuna dengan adibah noor kat situ]


[pic google: scha yang comel]


Minat Irma Hasmie?


[oh ruginya tak dapat tengok muka ke muka irma yang cantik - yang sebelah irma tu bukan betty tapi kawan betty]

Eh..nampak tak irma guna apa. FC Bio Sanitary Pad. 




"Segmen : Blog review oleh WawaZameri.com"

Assalamualaikum..

Opss..pagi² buka belog telah menemui perkara ini:

Ditag oleh Puan Kutu untuk segmen review blog oleh WawaZameri.com. Mari lakukannya sekarang.

Apa² hal pun haruslah mentepek banner terlebih dulu.



Cerita pulak apa yang best dekat belog cik Wawa ni. Yang tak best tak perlu dicerita (ada ke yang tak best?)

  • Belog yang comel dengan kaler pink, putih dan hitam. 
  • Tiada terlalu banyak widget comel yang mengganggu pembacaan. Betty suka pegi baca belog orang sebab nak baca entri tapi menci nak tengok widget comel. Ada jugak menda comel yang tak suka dilihat ekk..
  • Tiada unsur lucah, ganas, mengerikan atau menyinggung hati nurani orang lain di blognya.

Okeh. Kalau suka boleh join. Klik banner dengan kuat. Kena tag 1 orang. Memilih dengan suka iaitu No. Boleh No?



notajari:
Kak arianna..contest yang akak tag kita belum sempat buat. Insya-allah akan dibuat nanti.




Tuesday, March 29, 2011

Kebiasaan Yang Biasa

Assalamualaikum..

27 haribulan 3 tahun 2011 adalah hari di mana abah betty menjadi tua setahun. Selamat hari jadi abah. Tulis di sini saja. Tapi tak ucapkan pada abah.

Hari tersebut bila tengok hari dan bulan dekat surat khabar baru teringat hari jadi abah. Tak berguna punya anak. Bukanlah lupa. Tapi tak ingat. Ok. Itu sama saja.

Nak membagi alasan kenapa terlupa adalah SAHM macam betty seringkali melupakan tarikh hari ini hari apa. Bukan sengaja. Tapi tarikh tak pernah di ambil kisah. Kita bukan ada due date untuk kerja membasuh pinggan di sinki. Melainkan tarikh yang penting macam bila hari pertama puasa dan bila hari raya aldilfitri. Juga tarikh hari jadi.

Sebagai ganti ucapan hari jadi betty dan mr papa belikan abah kek. Bukan sebab abah suka makan kek. Cuma supaya abah tahu yang betty tahu dan ingat serta tak lupa hari jadinya. Tapi orang lelaki memang tak suka kek kah?

Betty tak pandai nak ucap selamat hari jadi abah dan lepas tu peluk abah. Memang tak reti. Kalau betty buat tu pastilah abah ingat betty dah membuang tabiat. Atau kena sampuk hantu jalan berumun (siapa minat kejadian paranormal sila buat siasatan di jalan tersebut - letaknya berhampiran tempat rekerasi Gunung Lambak,Kluang Johor).

Ini semua ada kaitan dengan kebiasaan sedari kecil. Kalau dari kanak² tidak biasa sedut asap rokok dah dewasa pun pasti tak biasa dengan asap rokok. Eh? Macam tu lah lebih kurang. Faham tak?

Tak. Tak. Sebenarnya nak kata kita kena membiasakan anak² sedari kecil mengucapkan selamat hari jadi pada kita selaku ibu bapa. Juga kita mengucapkan selamat hari jadi kepada mereka. Tidak terhad sekadar ucapan mulut tapi perlakuan juga seperti peluk dan cium. Juga hari jadi bukanlah sekadar mendapat hadiah semata². Boleh dapat tak apa betty nak maksudkan?

Ayat mudahnya kalau dari kecil anak² sudah biasa peluk dan cium ibu bapa mereka tak akan kekok nak peluk dan cium kita bila kita sudah tua ganyut nanti. Ini termasuklah jugak dengan hal² lain yang harus jadi kebiasaan masa kecil supaya terus jadi kebiasaan sehingga dewasa. Barulah hal yang tidak biasa itu menjadi biasa.

Jadi apa kebiasaan yang anda buat untuk membiasakan anak² ya? Dah tentu dimaksudkan kebiasaan yang baik. Bukan kebiasaan yang pelik². Seperti kebiasaan menghisap rokok di depan anak². Oh, itu adalah kebiasaan bagi sesetengah bapa. Lagi annoying kalau kebiasaan itu dilakukan di kedai makan. Memang tak ada akal fikiran. Sesetengah ya bukan semua. Nasiblah mr papa mendengar kata.


[selamat hari jadi abah - abah tak hisap rokok - sebab tu tak suka perokok]



Monday, March 28, 2011

CHILDREN LEARN WHAT THEY LIVE





Assalamualaikum..


Dua hari dah kat rumah mak. Tak tau nak buat apa lalu menyelongkar bilik bacaan abah sebagai satu aktiviti masa lapang.


Then, terjumpa satu sajak dari majalah lama yang aku rasa bagus sangat. 


CHILDREN LEARN WHAT THEY LIVE
by Dorothy Law Nolte

If children live with criticism, they learn to condemn.
If children live with hostility, they learn to fight.
If children live with fear, they learn to be apprehensive.
If children live with pity, they learn to feel sorry for themselves.
If children live with ridicule, they learn to feel shy.
If children live with jealousy, they learn to feel envy.
If children live with shame, they learn to feel guilty.
If children live with encouragement, they learn confidence.
If children live with tolerance, they learn patience.
If children live with praise, they learn appreciation.
If children live with acceptance, they learn to love.
If children live with approval, they learn to like themselves.
If children live with recognition, they learn it is good to have a goal.
If children live with sharing, they learn generosity.
If children live with honesty, they learn truthfulness.
If children live with fairness, they learn justice.
If children live with kindness and consideration, they learn respects.
If children live with security, they learn to have faith in themselves and in those about them.
If children live with friendliness, they learn the world is a nice place in which to live.

Sunday, March 27, 2011

Bila Tetamu Tak Diundang Mengetuk Pintu..

Assalamualaikum..

Tuk!Tuk!Tuk! Siapa tu? Hantu! Nak apa? Nak..

Gitulah sebahagian bait nyanyian riang gembira betty dengan kengkawan ingusan masa kecik² walaupun betty tak beringus. Kawan pun takda ingus...(the good old days).

Tuk!Tuk!Tuk!..

Siapa tu?

(Takda sahutan..)

Bukak pintu..

"Hai! Saya ular sawa. Saya datang nak makan..ngee."

Itu berita kecil yang ada dalam mingguan malaysia hari ini. Anda ada terbaca tak? Tapi ular tu takdalah sapa tuan rumah dengan mesra (babak di atas hanyalah bayangan liar penulis sahaja).

Hih..ngeri (ke geli?) betul betty membaca berita ni. Memanglah sudah geli dengan haiwan lembik sejuk macam ni. Dulu pernah masa musim hujan tak berhenti kat johor ada bayi ular yang tak comel tersesat lalu tido nyenyak kat dapur. Betty takut sangat. Mengalahkan takut nak present projek masa buat degree. Padahal bayi ular tu kecik sangat. Lebih kecik dari gelang makcik jual kuih.

Tapi bayi ini belum tahu erti geli. Lelaki tak bolehla jadi penggeli sangat kan. Barulah nampak gagah (kan papa?)


[isk!isk! sedapnya dia picit benda lembik sejuk tu]




notakaki:

Moralnya kalau dengar bunyi orang atau bukan orang ketuk² pintu jengah dulu kat tingkap. Pastikan dulu yang datang tu betul² orang. Kalau orang pun kena pastikan dulu betul² orang takut cuma syaitan bertopeng orang.

Saturday, March 26, 2011

Riang Ria Dengan Upin dan Ipin vs Remy Ishak dan Maya Karin..

Assalamualaikum..

Mula².

Mintak maaf semalam takda berjalan blog ke blog kawan². Semalam cik betty tak bukak blog langsung. Langsung bermakna sikit pun tak. Semalam cik betty sibuk kemas rumah sebab nak balik kampung. Tapi hari ni insya-allah akan berjalan blog dengan gigih. Hehe..

Semalam punya semalam. Erti kata lain malam kelmarin.

Jalan² ke pesta konvo UTM.

[dua orang budak berjalan berani entah nak ke mana - budak baju biru tu tangan tak sakit ke??]



[berhenti entah tengok apa - bukan tukang tulis yang ambik gambar - tukang tulis tak tahu sebab tengah merayap tanpa memperduli 2 budak kat pesta konvo]


[oh rupanya mereka bergembira bermain buih di samping belon upin upin - tapi belon tak dibeli]


Malam semalam. Sebelum bertolak ke kampung singgah lagi pesta konvo. Seronok sangat sampai nak pegi 8 kali. Hehe. Taklah. Ada sebab kenapa ke sana.


[jumpa upin dan ipin - seronoknyaaa - mak budak pulak seronok terlebih]


[sebab seronok sangat kita ambik gambar 2 kali - abaikan makcik selebet berbaju merah tu]

Takda Remy Ishak dengan Maya Karin kat pesta konvo.

Nak tengok Maya Karin yang cun dalam filem Cun dekat wayang. Nak sokong filem tempatan.

Konon. 

Sebenarnya lebih nak tengok Remy Ishak yang uhh tak boleh nak cakap macam manalah. Kacak sungguh!

Kalaulah dapat. Mr papa tak nak pegi pun.

Tak dapat membagi sokongan kepada filem tempatan. Hehe. 











Thursday, March 24, 2011

"Peraduan: Entri Bulanan Terbaik Anda Dari Farisz@AZ.Com"

Assalamualaikum..

Terima kasih fazz dari INSPIRASI WANITA.

Sebab telah tag cik betty untuk peraduan ini.

Peraduan mudahlah tersangat. Dan tersangat suka cik betty melihatnya.

Tak payah jawab soalan panjang atau pendek. Tak ada slogan saya suka makan buah ciku kerana bla bla bla.

Cuma pertaruhkan 1 entri bulan Mac 2011 tahu bukan 2000 yang kita rasa kebaboom tersangat best.

Supaya tuan empunya blog iaitu FARISZ@AZ.COM tak segan nak promote entri tersangat best tu di blognya.

Bukankah ini cara yang paling best mempromote entri?

Kadang² entri tersangat best terperosok duduk dalam arkib jadi berkulat takda orang tahu dan baca.

Inilah masa tersangat baik untuk promote entri tersangat best tu.

Entri tersangat best yang cik betty pertaruhkah menurut tahap kebestan pada pandangan cik betty yang best ialah:

JANGAN SESEKALI ANGGAP DIRI SENDIRI LEBIH..

TIPS: BILA BOSAN JADI SURIRUMAH

AWAS! ADA MUTAN DALAM LORI INI

DUDUK DEKAT RUMAH - KERJA GOYANG KAKI KE KAKI BERGOYANG

Kena tag 5 blogger lain.

Siapa baca entri ini cik betty tag lah.

Tarikh tutup: 30 Mac 2011. Siapa baca entri ini lepas 30 Mac 2011 anda kasihan. Tak dapat ditag.

Okeh.

Bye.

Tenggek Kuali Panas Atas Tangan Bayi..Memang Sedih!

Assalamualaikum..

Sedih.

Semalam.

Cik betty girang masak sup ikan. First time dalam sejarah hidup masak sup ikan.

Dah siap nak goreng kacang panjang masak kicap pulak. Jadi tenggekkan kuali atas dapur. Hidupkan api. Guna kuali leper berjenama tefal tahu bukan yang bulat mcam kura² hitam tersangkut kat dinding tu. Taruh minyak sikit. Dah panas campak bawang cili ikan bilis. Cik betty pun pusing dan pegi ke sinki untuk ambik apa dah lupa.

Tiba² bayi menangis kuat. Terkejut badak: KUALI PANAS DAH BERTENGGEK ATAS TANGAN DIA !

Masya-allah!

Menggigil lutut.

Terus cucur air kat tangan dia. Berlari potong pokok aloe vera kat depan rumah. Bukanlah sepokok dipotong tapi sebatang daun saja. Sapu dekat tangan dia.

Tangan dia merah. Kulit dah mula menggelupas. Cik betty menangis macam gila. Sedangkan bayi..

Tak menangis dah pun. Boleh rilek saja nak kopek kulit gelupas.

Telefon mr papa. Suruh balik cepat. Kita pegi klinik. Air mata asyik bercucuran macam paip bocor. Air mata cik betty bukan air mata bayi yang cedera.

Sampai klinik misi suruh cucurkan air lagi pada tangan dia. Bukan cucurkan air mata. Tapi air paip. Cik betty dah cucurkan air kat rumah tadi. Cuma cik betty silap tak tahu jangka masa untuk mencucurkan air. INGAT YA! Kena cucurkan air pada tangan yang terbakar selama 10 MINIT bukan 10 SAAT yang macam cik betty buat tadi. Dan bukan cucurkan air mata selama lebih 10 minit.

Misi sapu ubat pedih. Agaknya antiseptik. Baby zikri rentap² tangan. Kasihan! Misi sapu krim dan bungkus tangan dia macam mumia.


[ini tangan yang dah jadik mumia - ada air mata - bukan sebab apa - tapi sakit hati sebab tak dibagi nak membukak balutan mumia]


[asyik perhati nombor giliran masuk bilik doktor yang tidak bertukar dengan cepat]


[kesan lepuh lepas membukak balutan mumia - bayi bukak sendiri - lepuh hati mama tengok]


Dapur di rumah cik betty tak tinggi. Hanya bawah paras pinggang cik betty sahaja. Hampir sama tinggi dengan baby zikri. Masa cik betty masak sup ikan dia ralit bermain depan tv dengan kakak becok. Cik betty tak tahu bila masa dia dah sampai ke dapur dan berangan nak jadik chef.

Cik betty selama ini sangat berhati². Tak sangka. Dalam berwaspada boleh jugak terjadi macam ini. Betullah orang kata malang tak boleh dibau dengan deria bau

Benda dah jadik. Tapi bayi macam tak kena apa². Balik rumah tido - makan - dan aktif macam biasa. 

Syukur alhamdulillah. Tapi masih risau. Kalau² bukan melepuh setakat kulit tapi bahagian daging juga.

Moga lukanya cepat sembuh. Tapi luka di hati mama. Takkan sembuh. Pedih. Mama memang tak pandai jaga adik betul². Mama marah pada diri mama sendiri. Adik, maafkan mama ya!



Wednesday, March 23, 2011

Duduk Dekat Rumah - Kerja Goyang Kaki Atau Kaki Bergoyang?

Assalamualaikum..

Masa mula² cik betty berkecimpung dalam dunia menjadi surirumah sepenuh masa orang² sekeliling selalu memandang cik betty dengan pandangan serong dan melontar pelbagai kata nista yang menghiris jiwa. Agaknya diaorang sayangkan cik betty. Tak nak cik betty takda karier walaupun cik betty lebih suka makan kuih keria.

Diaorang tahu atau saja buat² tak tahu yang duduk rumah bukanlah bermakna cik betty duduk sepanjang hari. Kalau tak duduk macam mana cik betty nak goyang kaki kan. Kaki cik betty bergoyang sebab penat sangat berdiri adalah.

Sejak berjinak dengan dunia blogging nilah baru cik betty belajar duduk dekat rumah. Takkan nak mentaip sambil berdiri pulak kan. Pelik pulak dah kan. 

Okeh balik ke topik asal. Sebagai contoh ya murid² mari kita ambil KERJA PENGURUSAN KAIN BAJU AHLI KELUARGA yang berlambak. Kerja ini sahaja dah melibatkan banyak step macam kerja operator kilang. Cuba tengok eh baca:

  • Mengasing pakaian untuk dibasuh. Takkan cik betty nak taram aje basuh baju putih dengan baju kaler kan. Anak seluar cik betty takkan campur aduk basuh dengan mak baju sebab geli. Yang nak kena rendam dulu macam stokin busuk mr papa kenalah asing jugak.

  • Taruh sabun dengan tangan kerdil mengangkat botol sabun yang besar.

  • Taruh soflan biar wangi. Bila pakai rasa bahagia keluar bunga nanti. Taruh kemudian bila dekat mesin nak bilas. Taruh awal nanti bau dah ilang tak lekat.

  • Dah masuk dalam baldi. Berat dan terseringai mengangkat baldi. Menyidai dengan gigih dan tersengih kat bayi supaya dia tak mintak dukung waktu ibu sibuk nak menyidai.

  • Dah kering. Angkat waktu kepanasan masih menyengat kepala supaya kain baju tak jadik keropok. Ah..kalau hujan di tengahari kena main lari²kan penyidai pulak. Syukurlah kau ampaian beroda.

  • Asing siap². Baju besar bakul besar. Baju anak dengan yang kecik² bakul kecik.

  • Melipat dengan tertangguh². Sebab nanti bayi dia pantang. Pantang ibu dia duduk. Dia pun nak menyusu dengan gembira.

  • Masukkan dalam alamari mengikut bahagian. Takkan nak main sumbat macam buat tauhu sumbat kan. Kalau macam tu bagi almari sebesar kapal pun mesti tak cukup nak isik kain baju.

  • Gosok pulak. Part nih paling membosan. Tapi sebab mithali kita buat jugak dengan senyum nampak gigi.

Ha..kalau isteri bekerja encik suami tolong step yang mana ya? Kesian isteri pun kepenatan cari rezeki. Kenalah tolong-mentolong. Macam remeh kerja nih tapi memenatkan jugak tahu. Macam cik betty semua step buat sendiri sebab cik betty surirumah. Bahagia mr papa pasal dia tak suka buat semua step di atas.


[pic google: kesian dia penat basuh kain..tapi cik betty tak penahlah buat merepek macam gini]


Bye. Bye. Nak sidai kain.


notakaki:
Ini baru kerja mengurus kain baju. Belum masuk kerja lain. Kau ingat sempat ke aku nak duduk goyang kaki sandar kepala hisap paip (eh..mana aku hisap paip) macam mem besar kat rumah?

Saya Nak Join Bloglist Nelly The Strange

Assalamualaikum..



Cik Nelly yang comel ini ajak blogger sekalian untuk join bloglistnya. Cik betty dengan penuh semangat nak join sebab: 
-
-
-
-
-
-
-
-
SI COMEL ADALAH FOLLOWER KE-100 cik betty  ^_^.


Ada yang nak join? Sila kelik banner comel dia kuat² okeh. Cik betty ngetag anda bertiga untuk join sama okeh. Tarikh tutup 29 Mac. Sempat lagi nih.





Tuesday, March 22, 2011

Jangan Sesekali Anggap Diri Sendiri Lebih..

Assalamualaikum..

Terbaca ini dah lama tapi baru teringat hendak tulis. Panduan ini adalah untuk saya ingatkan diri sendiri sebenarnya.

Panduan imam Al-Ghazali supaya terhindar kita daripada sifat EGO, SOMBONG DAN ANGKUH:

Kalau jumpa kanak² anggap kanak² lebih mulia SEBAB kanak² belum banyak berbuat dosa macam kita.

Kalau jumpa orang tua anggap dia lebih mulia SEBAB dia dah lama beribadat berbanding kita.

Kalau jumpa orang alim anggap dia lebih mulia SEBAB dia ada lebih banyak ilmu yang telah dipelajari.

Kalau jumpa orang jahil anggap dia lebih mulia SEBAB dia berbuat dosa dalam kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahui.

Kalau melihat orang jahat jangan anggap diri kita lebih mulia SEBAB tak mustahil satu hari kelak dia diberi hidayah oleh Allah lalu bertaubat atas perbuatannya.

Kalau bertemu orang kafir jangan rasa besar diri dan anggap diri lebih mulia SEBAB mungkin satu hari nanti Allah akan memberi hidayah kepadanya dan akan memeluk Islam maka segala dosanya akan diampuni Allah.




notakaki:
Kalau sentiasa ingat ini tak ada sebab untuk kita rasa besar diri, ego, angkuh dan sombong kan?

Monday, March 21, 2011

AWAS! Ada Mutan Dalam Lori Ini..

Assalamualaikum..

Hari Sabtu. Dalam perjalanan dengan perut lapar tak sabar untuk memakan makanan kenduri kawen ofismate mr papa. Dan mengekori sebuah lori:

[jenis mutan apa yang ada dalam lori ini??]

Mutan ialah sesuatu yang telah berbeza daripada induk akibat perubahan genetik.

Bahasa Jiwa Bangsa.

Sunday, March 20, 2011

Cerita Tertangguh: Kalau Diberi Pilihan Sate Hj Samuri Dengan Sate Biasa..

Assalamualaikum..

Tak habis² dengan cerita sate..jangan marah lah.

Sebenarnya cik betty ingin mentulis ini daripada hari menulis entri satay tulang yang menyedapkan..tapi cik betty rasa bimbanglah. Ntah apa yang dibimbang kurang pasti. Memang suka bimbang tidak tentu pasal.

Tapi cik betty cuma nak mentulis daripada sudut lidah dan tekak seorang pelanggan sahaja. Manalah tahu mereka terbaca entri picisan ini bolehla mereka berusaha dengan keras mempertingkat mutu produk mereka. Memang dasar sangat perasan diaorang nak baca entri kau kan. Wakakak.

Kalau diberi pilihan antara sate biasa dengan sate kajang hj samuri tu cik betty lebih suka memakan sate biasa. Sebab: sate biasa dagingnya lebih kecil dan garing berbanding sate hj samuri tersebut yang besar dan keras. Tapi sudah memang trademark sate hj samuri besar². Jadi tak perlulah kau nak menyangkal tentang hal itu. Dan lagi sate hj samuri yang cik betty makan haritu macam sejuk sikit. Agaknya diaorang dah bakar dari semalam tak?




notakaki:
Ini lidah dan tekak cik betty punya rasa. Lain orang lain lidah dengan tekaknya. Maka cita dan rasa anda tak sama dengan cik betty. Oleh itu, diharap peminat sate hj samuri jangan marah cik betty ya.

Dulu gadisBunga..Kini..

Assalamualaikum..

Kisah 1

Hari ni hari minggu. Cik betty gunakan hari ini untuk bergotong-royong seorang diri membersih habuk dan membasuh langsir di rumah. Dengan begitu tekun dan begitu gigih dan begitu singa sebab sewaktu membersih tekun cik betty tak gemar diganggu oleh kanak² atau bapa kanak².

Selepas membersih habuk cik betty akan mengalami bengkak dan gatal hidung dan hingus meleleh kerana alahan. Itu biasa. Tapi demi kesenangan mata melihat rumah berseri cik betty sanggup menempuh penderitaan.

Tamat.

Kisah 2


Untuk melupakan kisah derita cik betty membukak blog. Hari ini cik betty berasa sungguh - sebenarnya tidak tahu apa perkataan tepat. Anda jenguklah sendiri di sini:
http://igossiprizal.blogspot.com/2011/03/blogger-rina-avail-si-ibu-comel.html.

Ini kali kedualah ada orang memperlakukan cik betty begini. Dulu abg ben tepekkan header cik betty kat blog beliau. Sekarang blog igossip pulak. Terharulah sangat cik betty. Sehingga jari menjadi kelu untuk mentaip kata.

Cik betty mula² kenal dengan blog igossip melalui gadisBunga. Seperti gadisBunga, igossip selalu memulakan entri dengan foto cantik. Suka cik betty mentengoknya. Cik betty berangan nak ambik gambar macam tu. Tapi kamera power takda. Alasan kukuh. Kalau ada pun tak reti mengguna dengan betul. Blogger igossip ini seorang pemuda. Entrinya pun banyak yang bagus dan memberi faedah untuk membacanya dengan kerap.

Terima kasih ya adik sebab penghargaan yang sangat besarlah untuk cik betty yang masih hijau kekuningan dalam dunia blogging ni. Tulisan cik betty pun selalu merapik. Ntah apa².

Cik betty tak sabar nak membagitau hal ini kepada mr papa ^_^.

Tamat.

Saturday, March 19, 2011

Cerita Bergambar Kenangan Silam

Assalamualaikum..

Kadang² asyik membaca pun boleh memeningkan kepala. Jadi hari ini tidak mau menulis dengan panjang dan hanya nak mengimbau kenangan silam dengan gambar. Walaupun belumlah terlalu silam sebenarnya sebab berlaku pada petang semalam. Wakakak.


AWAS! Terlalu banyak yang hendak dikenangkan. Dan anda mungkin tak sanggup untuk mengimbaunya bersama. Dan anda pun mungkin akan terus...mentutup blog ini. T__T. Tapi tak apa. Blog ini untuk kenangan cik betty ketika tua kelak. Itupun jika blog masih ada.

Maka akan tetap meletak gambar dengan banyak dan gigih demi kenangan masa silam. Yang tak mungkin berulang. Atau berulang pada tahun hadapan. Dengan bayi yang lain mungkin. Wakakak. Kenapakah masih menulis panjang walaupun tadi dah kata tak nak menulis panjang. Dasar. Wakakak.


[bayi yang meminati kuda dan tak faham tentang erti mengambil gambar]


[kuda yang jinak dan faham erti bergambar]


[seorang bapa dan dua orang anak]


[bayi comel ini namanya Muhammad Zharif Zikry]


[bapa membuat sesi berjabat tangan secara regangan dengan kuat - en sayed rakan sejawatan membuat sesi kiraan botol air dengan secara teliti]


[mencari cacing]


[mestilah memanaskan badan sebelum membuat kerja berat]


[masih seorang bayi yang tak memahami apa²]


[saya adalah objek tengah]


[bersemangat bergaya untuk memberi sorakan jitu kepada bapa...]


[dengan bermain pasir bersama rakan tanpa memperduli bapa]



[bapa, encik jam (baju biru) dan encik sayed (baju merah) -  3 otai CICT yang perlu berada di belakang demi kekuatan yang tiada tolok bandingnya]


[tarik..tarik..ngeri permainan ini - kelihatan seperti urat kentut terputus - en sharul (baju coklat) gagah memberikan arahan demi kejayaan pasukan - tukang mentangkap gambar adalah pertama kali menyaksikan perlawanan mengerikan ini]


[pihak lawan (Pendaftar) kelihatan kurang berisi dari segi fizikal tapi jangan disangka air yang tenang takda buaya - eh?]


[akhirnya...CICT terpaksa akur dengan air yang tenang jangan disangka takda buaya]


[wajah² kehampaan kerana mengecewakan anak dan isteri yang jitu memberikan sokongan]


[pusingan kedua - harapan mulai kembali berbunga tayar]


[mentarik dengan kepaduan yang gagah dan gigih - en sharul pun begitu gagah membagi arahan lagi]

Adakah pusingan kedua mereka telah menang dengan bergaya?


[sebab perlawanan ini adalah peringkat semi-final walaupun gagal ke final mereka tetap mendapat pingat - gangsa pun ok daripada tiada pingat -tahniah untuk bapa walaupun bermain di peringkat ini sahaja]


[bapa dan staff CICT - bayi pun ingin menjadi staff]

Tamat. Bye-bye.


notakaki:
eh? lupa pulak nak bagitau pusingan kedua mereka menang atau kalah (perasan bila daddyziyad tanya) - keputusan mereka kalah juga - tapi kalah kepada pendaftar yang memang juara bertahan dari tahun lepas - itu bukankah alasan yang kukuh untuk mereka kalah?








Friday, March 18, 2011

Satay Tulang.






Sakrang dah berada di rumah yang tercinta. Bye-bye Glory Beach Resort!


Sebelum check-out tengahari semalam, sempat pegi carik satay tulang. Ni sebab terpengaruh dengan komen encik sahromnasrudin (probitas et fides) lah ni. Dia pesan suh rasa satay tulang. Satay tulang ialah salah satu keunikan Negeri Sembilan. Maknanya siapa datang Negeri Sembilan tapi tak makan satay tulang dia rugi. Sedap tah cemanalah satay tulang tu kan. Pes time dengar nih.


Aku pon google lah tempat yang ada jual satay tulang tu. Katanya, senang je nak carik. Keluar dari tol Senawang terussss jer sampai jumpa Giant. Sebelahnya Dataran Senawang. Ha..kat situlah. 


Aku ingat satay tulang tu guna tulang lembu. Rupanya tulang ayam. Harganya ialah RM1 satu cucuk. Perghh setakat tulang pon sampai singgit eh. Kalau tak sedap memang aku cucuk tukang jual sate tu. Tapi logiklah RM1. Apa ko ingat senang nak cucuk tulang ayam kat lidi lepas tu bakor pulak. Banyak songeh ko cucuk sendiri bakor sendiri. 


Lepas tu gigih aku dengan encik papa pegi carik kedai satay tu. Tapi sampai ke sudah tak jumpa. Asyik round-round tempat sama je. Kedai satay kajang haji samuri tu adalah. Tapi aku tak nak. Berlagakkk. Lastly, encik papa ajak aku makan mee bandung muar je. Apa kejadah lak ni dekat negeri sembilan carik mee bandung muar.


Tak kira. Aku nak gak satay tulang. Tanya jela kat orang-orang yang ada kat situ. Paraaahhh. Takda sape tau. Aku konpius dah nih. Betul ke ada satay tulang nih. Lastly jumpa gak orang yang tau.


Rupanya, kedai satay tu cenonit je. Tumpang kat restoran Minang Bundo Kanduang. Belakang kedai satay kajang tu jerr. Lepas tu MALAM je bukak. Cisss!!


Tadi berlagak kan tak nak makan satay kajang. Skarang hambek ko. Hadappp gak satay kajang. Aku satay kajang ni kurengg sikit.




order sikit je, papa dia dah makan kat resort tadi


Harga satay kajang:

Sate perut = RM 0.60/secucuk
Sate ayam = RM 0.60/secucuk
Sate hati = RM 0.60/secucuk
Sate kambing = RM1.20/secucuk
Sate ikan = tulis jer dalam menu tapi takda..

Lain kali jelah makan satay tulang. Mungkin tahun 2048 nanti kahkahkah.


Wednesday, March 16, 2011

Perut Berat..Mata Berat..Berat Lagi Bahu Memikul

Assalamualaikum..

Hai, blog. Malam ini mata sangat beratlah. Sebab perut jugak sangat berat. Walaupun berat masih ada hati nak mentaip blog.

Hari kedua penuh kerehatan di Glory Beach Resort dimestikan membuat aktiviti wajib. Wajib untuk kakak becok. Kalau tidak ditunaikan dia akan membecok sepanjang hari. Entah apalah sangat seronok membuat aktiviti ini. Macam biasa. Hanya menonton anak dan bapa ketawa riang di tepian. Haha. Saya memang tidak gemar. Sebab tidak pandai berenang atau geli dengan air kolam. Sukar untuk dipastikan. Maka tak perlulah dipastikan.













Detik keriangan keluarga seperti ini harus diabadikan. Harus. Tapi sayang. Tukang mentangkap gambar tidaklah begitu mahir menangkap momen. Bukan tidaklah begitu tapi memang tidak langsung. Main tangkap sahaja macam main tangkap². Hasilnya kakak becok takda dalam gambar.



notakaki:
Dalam bergembira masih menaruh simpati terhadap mangsa bencana tsunami di Jepun. Itulah. Berat mata memandang. Berat lagi bahu memikul.



Tuesday, March 15, 2011

Glory Beach Resort & Tak Sempat Buat Segmen Ben Ashaari

Assalamualaikum..

Hai, blog. Rindu saya pada kamu. Seharian tidak belek kamu. Haha. Kamu rindu saya? Hari ini dari pagi saya sangat sibuklah. Berkemas beg dan jugak rumah. Mr papa sungguh² mengajak saya dan budak² pergi Glory Beach Resort. Bukanlah sebab cuti sekolah seminggu maka dia nak bawak kami sukaria bercuti. Taklah. Cuma sebab dia ada meeting di sini. Alang² kita harus menyeluk pekasamlah sampai dapat ikan pekasam.


Giant Port Dickson
Sampai port dickson hari sudah pun petang. Aktiviti pertama ialah mencarik kedai untuk membeli bahan untuk dibaham. Hoho. First time nampak giant perasaan rasa sungguh riang. Macam jumpa air di tengah padang pasir. Beli² dengan membajet. Haha. Saya isteri baik yang suka berjimat (terhad kepada jenisan barang apa). Oh, ya. Giant ini nampak masih menyegarkan. Mungkin baru dibuka.


Glory Beach Resort - Apartmen 2 bilik
Sudah check in. Tempat penginapan yang diberi ialah apartmen 2 bilik. Mestilah. Sebab inilah yang paling murah. Tapi tak apa. Bukan kami kena bayar pun. Dapat apartmen PERCUMA ini pun sudah best. Walaupun dari segi kebersihan saya tak boleh bagi markah penuh (saya memang cerewet sikit bab ini..padahal cuma ada sebiji tahi cicak di tepi pintu).

Lain² kelengkapan oklah. Ada 1 bilik air + dapur  + ruang tamu + ruang makan + tv takda astro + fridge + telefon + pili berjoget dan bermuzik bila dibuka untuk mengeluarkan air. Kalau ada mesin basuh saya akan rasa lebih gembira. Tapi takda. Haha. Baiklah.


[gambar google: eh..tak sangka pemandangan dari udara glory beach resort sangat indah]


[gambar google: ruang tamu/tengok tv dan ruang makan berasingan]


[gambar google: katil comel yang bakal ditidur bertiga..mr papa kenalah mengalah]

Yang sangat aneh masuk sahaja ke apartmen sewaan 3 hari 2 malam ini saya telah memberangan untuk mendekonya seolah² apartmen ini rumah betul saya. Haha. Membayang² membuat feature wall, memasang string untuk tutup dapur dan itu ini. Baiklah. Tak sanggup nak cerita imagnasi melampau tersebut. Saya jugak ada bawak periuk nasik dan sikit bahan memasak (bukanlah bahan sangat pun). Seronoklah dapat main masak² dekat dapur apartmen ini nanti. Haha. Itupun kalau saya rajin. Tengoklah esok.


Kedai Makan Berdekatan
Aktiviti kedua ialah mencarik kedai makan berdekatan. Ini sangat penting. Walaupun saya nampak seperti kecil sebenarnya makanan sangat penting buat saya. Kalau dibiarkan kelaparan saya boleh berubah menjadi makhluk mengerikan. Haha. Nasib saya baik. Ada kedai makan di sebelah resort ini. Mr papa tidak apalah. Dia disediakan makanan pagi, tengahari dan malam sebab dia meeting di sini. Tapi saya dan anak² kenalah pandai mencarik makanan di tempat lain. Makanan sedap dimakan sebab ini kedai tomyam kelantan atau siam saya tidak tahu. Yang saya tahu rasanya sama sahaja di Johor. Makanlah dengan penuh gembira.


Mencari Kolam Renang
Misi seterusnya mencarik kolam renang. Ini sebenarnya dilakukan untuk memberi kesenangan kepada saya kelak. Esok saya haruslah membawa anak² bergembira sementara mr papa bermeeting. Ini kelemahan saya. Otak saya sukar mengingat jalan. Saya haruslah dibawa terlebih dahulu ke tempat yang saya ingin pergi sebelum saya pandai pergi sendiri. Orang panggil penyakit itu ialah buta jalan walaupun saya cuma rabun jauh tidak buta. Tapi kebutaan jalan saya di tahap kronik. Oleh sebab itu saya tidak akan ke mana² tanpa mr papa di sisi.


[gambar google: airnya nampak masih segar..lewat petang tadi macam sudah bertukar warna]

Tamat sudah misi hari ini. Esok saya sambunglah. Haha. Kalau saya rajinlah. Nak join segmen abg ben blogger ikut negeri sudah tidak sempatlah. Saya cuma nak membagitahu: saya lahir di Johor - menghabiskan usia kanak² di Pahang - menjadi remaja sunti di Melaka - menghabiskan separuh usia kemudiannya di Johor - dan mungkin untuk selamanya sebab mr papa sangat cintakan negeri Johor. Dan saya. Harus akur. Baiklah.

Selamat malam blog.



Monday, March 14, 2011

Murtabak Kenit

Assalamualaikum..

Hai, blog. Saya berasakan seperti hendak menulis resipi murtabak kenit a.k.a murtabak mini kat sini hari ni boleh? Haha. Dah kenapa pulak nak berkata² dengan blog. Sajalah. Hendak tunjuk pada risya mama pun pandai buat murtabak.

Beginilah kisahnya. Hari Sabtu kelmarin yang berlalu di rumah sahaja membuatkan saya macam terlebih rajin sikit (sebenarnya saya sangat lapar). Korek sahaja apa yang ada dalam peti sejuk. Kesian awak peti sejuk. Awak kosong. Nanti lepas saya pegi pasar tani hari Ahad awak penuh yer (hari ni sudah isnin peti sejuk gembira kerana sudah dipenuhi).

Dalam peti sejuk saya cuma jumpa:

  • ayam kisar
  • kulit popiah
  • telur
Cukuplah. Itu saja yang saya perlu. Lain² bahan memang telah tunggu di luar peti sejuk: bawang merah, bawang putih, bawang besar, rempah kari dan kentang.

Mula² saya buat inti murtabak dengan gembira.

Kisar bawang merah dan putih. Tumis dalam minyak sampai wangi. Sambung tumis dengan rempah kari.

Ayam kisar pun dimasukkan. Mengacau² dia dalam kuali dengan senang hati.

Turn kentang pulak (sudah dipotong berbentuk dadu tadi tapi malas nak cakap). Kacau lagi. Perisakan dengan garam dengan gula. Masukkanlah bawang besar yang telah diracik juga sebentar tadi.

Telur..sebijik suda. Gaul²kan dalam kuali sebentar. Siap dah. Saya suka masak mudah dan makan mudah.




[budak baju biru ni memang suka sibuk]

Tapi rupanya tak mudah. Part ini paling membosan. Walaupun saya bukan membuat kulit murtabak dengan sendiri hanya guna kulit popiah tapi sungguh mencabar untuk masukkan inti dalam kulit dan lipat²nya macam lipat saputangan. Kerja ini lambat. Sudah berpeluh sakan di dapur. Alangkah bagus kalau dia boleh terlipat automatik. Haha. Tak mungkinkan. Baiklah. 

Sapu telur atas kulit popiah. Taruh inti. Sapu jugak telur sikit kat tepi kulit jadi bila sudah lipat dia melekat dengan baik. Lepas lipat goreng dalam kuali yang sudah disapu dengan minyak yang sungguh sedikit (sikit sahaja..ala² minyak macam buat lempeng sedap).

Tadaaa..walaupun nampak tak menyelerakan cukuplah untuk makan² dengan bahagia di samping mr papa, kakak sibuk dan baby zikri. Jangan minta mama buat murtabak ini lagilah. 


[punyalah penat aku melipat tapi banyak ini sahaja yang dapat]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal