HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Wednesday, June 27, 2012

SSM






Hemm senangnya hati saya dah setel urusan kat SSM semalam.
Lamaaaa dah nak pegi tapi sebab sifat manusia biasa yang suka bertangguh baru semalam la jadi peginyaa.
Tu pon lepas saya ugut encik papa kalau saya kena penjara nanti sebab lambat register perniagaan saya nak tinggalkan papa tanpa pesan barula dia tatott lalu membawa saya pegi ke opis SSM.


Saya pon baru beberapa bulan lepas tau ropenya walaupon kita macam meniaga sampingan secara suka-suka ikut online tu tetap kena register juga.
Degil takmo register nanti kena denda ribu-riban mati nak korek duit ikut celah mana kalau degil jugek nanti dia penjarakan awak aiyook tak tauu.
Takot saya mendengarnya lantas mendesak papa ke SSM segera.
Saya manala tau kan nak register semua ni. Nasib rajin baca blog orang barula saya tau. Sape kata baca blog tiada manfaat kannsss.


Nak register bukan susah sangat pon. Yang penting bawak salinan ic siap-siap.
Pegi kaunter mintak cik kaunter borang daftar pernigaan nanti dia bagila.
Lepas tu isi pakai huruf besar semua lepas tu hantar balik kat cik kaunter.
Lepas dia cek dia bagi la nombor giliran.
Sadissnya tengok nombor giliran saya jauhhh sangat lagi.
Nasib kat situ ada tv tengah tayang tv3. Sempatla layan drama Mara Clara sampai habis sementara giliran saya sampai.
Saya daftar pakai nama sendiri je sebab murah hihi. Walaupon cam tak best jer nama meniaga pakai nama sendiri takda nama glemer-glemer tapi tak kisahla janji yuran tahunan tu murah hihi.
Penjimatan itu harus ya kengkawan hihi.
Saya pon dah siap-siapkan duit RM30 nak bayar tapi kerani kaunter tu cakap sekarang ada pakej bayar RM60 terus untuk 5 tahun.
Ouh gembira saya dengar terus bayar RM60. Mujur mintak papa duit lebih tadi hihi.
Lepas tu kena tunggu pulak sijilnya siap.
Berjanggut jugela nunggu sampai si kecit saya (zikry) menotti.
Gigit saya pukul saya seb baik ada cina tu kesiankan saya lalu bagi coklat untuk meredakan kemenottiannya.
Tapi coklat habes dia menotti lagi wuwuwu.


Sekianla catatan harian semalam saya. Saya nak masak kejap. Lewat sudah dari tadi asik baca blog orang jer hihi. Nanti petang saya jenjalan blog anda semua yang rajin menyinggah sini yek =).


Monday, June 25, 2012

mana boleh kawen






Haritu balik sekolah agama risya nanges-nanges.
Aku tanya nape.
Dia kata kena buli dalam bas.
Aku tanya cane leh kena buli kan mama dah soh abang driver tu copkan tempat untuk sya kat depan.
Dulu-dulu memang aku dah mintak dengan driver biar sya dok depan sebab anakku yang sorang ni lembik sikit.
Kena kacau sikit nangis.
Nampak macam protective sangat kan aku.


Aku pon malas nak tanya lagi biorkan je si sya melayan perasaan.
Siap tunjuk siku dia luka sikit.
Jatuh kat sekolah sebab ada budak lelaki main kejar-kejar terlanggar dia.
Alahai. Anak omak ni.
Kena kuat sikit nak oii.
Doniya ni memang penuh cabaran.


Dah layan boboiboi kat tv si sya pon dah ok.
Dia startla cerita kejadian dalam bas.


Tadi kan ma, sya kena duduk belakanggg sekali.
Sebab kawan sya tak bagi dok depan. 
Kawan sya tak nak kawan sya sebab kata sya tipu.
Sya mana ada tipu.
(* tah mende perkara yang digadohkan maleh nak amek tau).


Pastu kat belakang ada banyak budak lelaki.
Ada budak laki tu buli syaa.
Dia cubit tangan sya.
Dia dok atas riba sya.
Dia dok rapat-rapat ngan sya.
Sya gelila mama.
Kan kecik lagi.
Kan sekolah lagi.
Mana boleh kawenn.
Tunggula besar nanti kan maa.


*hanya mampu tersengeh




my bocah @Taman Merdeka, nong chik



Friday, June 22, 2012

sutoku bukan sudoku






Hai korang.
Dah masuk bulan syaaban dah ek.
Aku ingat bulan ni aku nak pose sunat banyak-banyak.
Semalam aku pose.
Bukak pose lepas teguk sarsi aku terus sambar mende alah sutoku.
Aku tak sure lah nama dia sutoko ke sotoku ke tapi yang penting bukan sudoku.
Kira cam appertizerla kuhnunnya haha.
Tah papela appertizer makan junk food.
Abis takda kurma sutoku pon jalanla.
Yang penting dia adalah sedap.
Ah semua junk food memang sedap.
Ada ke junk food yang tak sedap?


choclairs nye botol sotoku dapat nama kansss lumrah doniyaa

Pes time makan junk food ni last month kut.
Masa tu si papa beli kat sabah.
Yang dalam botol ni dia pow kawan dia punya haritu.
Kaki pow ropenya somi aku ni.


Apa pon makan junk food adalah tak bagus.
Terutamanya untuk kanak-kanak.
Maka haruslah kita makan ini dengan sembunyi dekat dapor ya.
Anak kita bagi sikit je sudahhh.
Kikiki.


nota-noti:
Petang nanti aku jalan rumah korang yaa. Rindu nak ngendap korang watpe. Semalam-semalam adalah beberapa yang sempat aku ngendap. Ada yang sempat aku komen ada yang tak sempat. K bai.




Monday, June 18, 2012

nationwide yang malang.






Malang hihi memang malangla pekerja nationwide yang keje sabtu haritu especially yang keje angkat phone kan.
Tak pasal je kena bahana hangen topan ribut petir.


Aku biasanya kalau customer order barang sikit je kuantiti dia aku pakai pos laju.
Barang memang cepat sampai.
Customer pon hepi. Aku lagila hepi. Sebab bila derang hepi nanti misti la derang nak beli lagi ngan aku.
Tapi kalau banyak (berat) aku pakai nation wide sebab murah sikit kos penghantaran dia.
Kesian dengan customer kalau kena cas kos pos mahal sangat.


Nationwide ni ok.
Salu 1-2 hari mesti customer aku dapat dah barang derang.
Aku pernah hantar sampai kunak (sabah) pon sampai cepat.




Cuma haritu dengan nationwide penang terada masalah sikit.
Aku pos barang hari rabu dari johor.
Sepatutnya barang tu hari khamis atau paling lewat jumaatlah sampai.
Tapi jumaat tak sampai jugak.
Customer aku dah risau.
Aku lagila risau.
Gila ko tak risau.
Orang dah bayar ofkosla aku kena make sure barang tu dia dapat.
Tapi aku lupa plak, dalam term&condition padahal aku dah letak syarat barang sampai 3 hari bekerja.


Bila aku carik-carik info, katanya khamis lagi barang tu dah sampai kat kawasan rumah customer aku.
Customer aku tu duk rumah flet, tingkat 2.
Memang dah tulis dalam alamat ada tingkat 2.
Tapi yang bestnya, tukang hantar barang tu tak naik tingkat 2.
Pegi hantar kat tingkat bawah yang merupakan opis.
Memangla customer aku takda kat situ.
Tengah tercongok nunggu barang dia kat rumah.
Lepas tu tukang hantar tu takda pulak inisiatif nak call ke hape.
No telepon tulis untuk apa agaknya tah.
Alasan tak call, sebab dah jumpa rumah customer yang tak ada.
Suka hati ko je kan.


Aku bersabo jela tunggu hari sabtu nak call nation wide.
Yang bagusnya nation wide ni hari sabtu pon derang still buat penghantaran.
Pos laju tak.
Call nation wide johor, asyik suruh aku tunggu diaorang call back.
Tak call back pon, bila aku call lagi dia cakap ofis nation wide penang asyik engage.
Haih. Malas nak tunggu aku call sendiri nation wide penang.
Dah rezeki aku sekali dail terus dapat.
Orang sana cakap barang tu dah keluar hari jumaat. Mungkin sampai harini (sabtu) dalam kul 1 gitu.
Haih.


Kul 1 tepat customer aku cakap barang tu still tak sampai.
Aku bagi chance 10 minit baru nak call nationwide lagi.
Memang kemarahan aku dah tarap impak maksima dah ni.
Aku call nationwide penang dah takda orang angkat. Dah balik la. Sabtu kan half day.
Call nation wide johor alhamdulillah ada mamat yang malang angkat.
Hah. Memang malangla nasib ko kan.
Aku ni dahla tengah membara pasal barang tak sampai dia plak boleh cakap dia dah nak balik dan tak tau apa-apa.
Ha memang nak carik nahas.
Aku boleh terima dia tak tau apa-apa sebab apala yang dia tau selain angkat phone kan.
Tapi yang buat aku meletop terus bila dia cakap dia dah nak balik.
Aku pedulik hape ko nak balik jumpa awek ke mak suruh beli sardin ke hape.
Kalau ko rasa ko dah tamat waktu keje apesal ko angkat talipon tu ekk.
Sekadar nak bagitau aku yang ko nak balik?
Ada aku kesah ke ko nak balik ke jadik apam balik ke?
Aku cuma kesahkan customer aku je.


Mujur barang tu sampai jugak hari sabtu.
Lega aku.
Bila customer aku tanya nape lambat, pekerja tu cakap hari jumaat dia jalan bayan lepas je hari sabtu baru masuk penang.
Aduhaiii.


Takpala nation wide, next time call la penerima barang. Jangan buat andaian sendiri yang anda dah jumpa alamat yang betul.
Kan dah tak pasal-pasal aku jadik hulk.
Musnah kejelitaan tauuu.


Nak masak jap. Petang karang baru tengok korang buat apa ngehngeh. 

Friday, June 15, 2012

Akhlak Rasulullah Terhadap Isteri






Sebagai suami, Baginda begitu menghargai isterinya Siti Khadijah yang dikatakan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri Baginda.

Menurut Baginda, Dia (Siti Khadijah) beriman kepadaku di masa orang lain berada dalam kekafiran. Dia membenarkanku di waktu orang lain mendustakan aku. Dia menolongku dengan hartanya, ketika orang lain tidak sudi memberikannya. Dan Allah mengurniakan anak daripadanya, tidak dari isteri-isteri yang lain.

Pengorbanan Siti Khadijah ini membuatkan Baginda terus mengingatinya walaupun isterinya itu telah lama meninggal dunia.


Ketika dengan isteri-isteri yang lain pula, Baginda menunjukkan sifat-sifat seperti bertimbang rasa, hormat dan sabar dengan kerenah mereka. Baginda tidak keberatan untuk membantu isteri-isterinya melakukan kerja rumah.

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga'.

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.


Nabi Muhammad jugalah yang membikin khuatir hati Aisyah ketika menjelang subuh Aisyah tidak mendapati suaminya disampingnya. Aisyah keluar membuka pintu rumah. Terkejut ia bukan kepalang, melihat suaminya tidur di depan pintu. Aisyah berkata, “Mengapa engkau tidur di sini?” Nabi Muhammmad menjawab, “Aku pulang sudah larut malam, aku khawatir mengganggu tidurmu sehingga aku tidak mengetuk pintu. Itulah sebabnya aku tidur di depan pintu.”


Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap begitu juga, jadi aku pukul lah dia.’ ‘Aku tidak menanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

Pernah baginda bersabda, ’sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan rendah hati baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menurunkan kedudukannya sebagai pemimpin umat.


Begitu juga, untuk menjaga hati isteri Baginda, Rasulullah pernah menolak jemputan makan daripada seorang jiran hanya kerana isteri Baginda tidak dijemput sama. Seperti yang diriwayatkan oleh Anas, hanya pada jemputan ketiga, bila jirannya itu turut menjemput isterinya, barulah Rasulullah bersetuju untuk hadir.


Baginda membawa isteri-isterinya ke luar daerah untuk berdakwah kerana mengetahui isteri-isterinya itu ingin berada di sampingnya.

Dalam perjalanan itu pula, Baginda memastikan tempat duduk isterinya di atas unta dalam keadaan selesa. Malah, Anas mengatakan bahawa Baginda akan duduk bagi membolehkan isterinya berpijak di atas lututnya untuk naik ke atas unta.

Bilakah kali terakhir anda membuka pintu kereta untuk isteri anda? Pernah dengar jenaka ini? Hanya ada dua kemungkinan apabila seorang suami membukakan pintu kereta untuk isterinya. Sama ada kereta itu kereta baru atau isteri itu isteri baru. 


Baginda juga sabar melayani kerenah isteri-isteri Baginda. Tidak pernah sekalipun Baginda mengasari mereka. Baginda memberi peluang kepada isteri-isterinya untuk berdebat dengan Baginda dan jika isteri Baginda berkasar ketika sedang marah, Baginda menghadapinya dengan penuh pengertian dan kemaafan, bukannya dengan menyuruh mereka diam.

Berbuat baik dengan isteri bukan hanya bermaksud tidak menyakiti mereka atau mendera mereka, tetapi juga untuk menghadapi segala kesulitan, bersabar dan mengikuti contoh Rasulullah.


Malah, kalau dilihat wasiat Baginda yang terakhir, satu daripadanya menekankan betapa pentingnya lelaki berhati-hati dalam perlakuan mereka terhadap isteri. Baginda bersabda yang bermaksud:

"Takutlah pada Allah dalam hal wanita. Mereka berada dalam peliharaanmu. Kamu telah mengambil mereka sebagai amanah dari Allah dan mereka itu dihalalkan untuk kamu dengan nama Allah."

Wasiat terakhir ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. menekankan kepada peranan suami yang perlu bersabar ketika berhadapan dengan kerenah isteri demi kesejahteraan keluarga.

Gambaran seorang suami yang bengis, garang dan egois (kerana kedudukan mereka sebagai suami) bukan datangnya dari agama. Rasulullah s.a.w tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya tetapi cara Baginda membuatkan para isteri hormat kepadanya. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah melekat dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa kesombongan.

Jadi, kesejahteraan rumah tangga itu bukan hanya terletak kepada kesabaran dan pengorbanan isteri semata-mata seperti yang ditanamkan dalam minda kaum hawa sejak sekian lama.


kopipes dari pelbagai sumber.

Ingat-mengingati amalan mulia :).



Wednesday, June 13, 2012

apa yang saya suka kat Terengganu.






Dah kata dahhhh.
Konpemla akan update sampai berentry-entry kalau pegi bercuti padahal bukan pegi bercuti sangat pon.
Jangan korang muntah ijau dahla ya kiki.
Apa nak buek. Semua ni kenangan manis untuk aku.
Kalau tak tulis kat sini aku nak tulis kat ner lagi. 
Kalau peram semua dalam kepala konpem berkaratt memandangkan umur pon tahap dah nak karat kan.
Gambar-gambar sume apatah lagi memang tak penah ada hard copynya.
Aku tak expect pon orang baca, yang pasti akan ada sorang yang baca iaitu aku sendiri kikiki.
Bolehla pasni tukar trademark blog cik betty suka syok sendiri kikiki.


Lepas gi warung pok nong kitaorang (sekali dengan famili sharul), pegi melawat masjid kristal.
Aku pikir masjid ni semenya kristal oh rupanya hujung kubah je kristal yang lain tempered glass yang dibentuk supaya nampak ala-ala kristal gitu.


Kalau aku tak tersalah baca info kat papan kenyataan dalam masjid, masjid ini asalnya dirancang nak dibuat dengan emas. Perghh. Kalau emas konpem masjid ni akan berlubang sedikit demi sedikit tapi memandangkan kat negara lain dah ada masjid yang dibuat dari emas contohnya kat depok dan brunei yang lain korang google la sendiri sebab aku pon google maka diaorang putuskan buat dengan kristal supaya unik.


The next day, kami nak balik JB dah. 
Sebelum tu singgah breakfast dulu kat warung dekat-dekat villa sri mayang. 
Of couse tak nak lepaskan peluang makan nasi dagang walaupon kat JB ada mestilah kalau tak, tak sah la dah pi ganu. 

Sedap tapi karinya manis sikit. Memang orang ganu suka manis-manis eh? Ker dia nak letak garam tapi terletak gula.



Dah kenyang, kami pegi river cruise. Naik cruise best pasal aku salu feeling percutian atas kapal kikiki. Nak cruise sebenarnya dekat sebelah masjid kristal je (Taman Tamadun Islam). Tapi semalamnya tu tak sempat naik pasal tutup kul 6 petang lainla kat Melaka malam pon boleh naik. Naik cruise RM15 sorang. Budak kecik RM10 tapi 4-6 tahun RM5. Ada taman monumen jugak kat situ tapi kami tak pegi sebab dah lambat nak balik JB.


Sepanjang mengcruise banyak pemandangan menarik. Salah satunya masjid kristal ni la. Lain-lain boleh tengok kampung nelayan, resort cantik, pulau-pulau salah satunya bernama pulau hajah siah sebab keluarga beliau saja yang duduk situ cam kagum jer aku bila mendengarnya, ada tempat orang buat kapal juta-juta bestnya kalau aku kaya boleh tempah kapal satu.


Lepas tu kitaorang pon gerakla balik JB, singgah jap kampung losong beli kerepok lekor.
Memula nak beli kerepok lekor kat seberang takir papa kata kat situ sedap lagi tapi dah habis. 
Aku tak kisah sangat pasal kerepok sebab bukan penggemar yang tegar lainla kalau nak carik sotong dan udang gemok konpem akan melompat kegirangan.


Apa yang aku perasan, rata-rata signboard kat ganu ni mesti ada tulisan jawi. Sangat menarik dan patut negeri lain buat juga.


On the way balik singgah lunch dekat pantai apatah tengok jap jer aku dah lupa. Rasanya kelulut kot. Suka tengok pantai yang membiru terbentang luas dan penuh misteri.


Ha cakap pasal misteri teringat lak cerita kak ros peristiwa misteri yang dialaminya masa kitaorang balik JB tu.
Masa kitaorang lalu jalan jemaluang ker mana ntah tapi yang pasti lepas mersing lah memang dah malam dah.
Kak ros kata dia tertido pastu dia terjaga nampak ada tangan besar nak cekik dia.
Aku naik keta lain, folo belakang keta dia. 
Alhamdulillah takda ada apa-apa yang misteri berlaku.
Yang misterinya aku tertido sebab ngantuk sangat kesian papa mamai sengsorang drive hihi.



Monday, June 11, 2012

sotong gemok di warong pok nong, Kuala Terengganu






Masa papa cakap beliau nak bawa kami sekali pegi Terengganu dalam kepala memang dah set dah warong pok nong haruslah kena pegi.
Mana tahan tengok sotong gemok lagi montok bergelimpangan dalam pinggan siap kena gunting sendiri bila nak makan kat blog daddyZZ dulu-dulu.
Sejak tertengok gambar tersebut telah menanam azam yang jitu harus pegi ke sana memandangkan diri ini adalah penggemar seafood tegar tak padan ada resdung.
Tapi redah sajala sebab sejak amalkan propolis resdung macam dah kurang.


Hari kedua, bila papa dah pegi meeting kat UMT aku pula terus berhibernasi dalam bilik nak menggoogle di manakah lokasi sebenar warong pok nong yang begitu glemer ngalahkan retis itu.
Kak ros (wife sharul) ajak keluar pon terpaksa ditolak demi menyelesaikan misi.
Warung pok nong menjadi malatops agaknya sebab penah masuk JJCM kot.
Wah wah kemahen gembira bila dapat info dari blog-blog lain yang warung ini memang letaknya dekat bebenau dengan villa sri mayang yang aku duduk ini (area Mengabang Telipot).
Nak maklumat lebih jitu aku carik koordinat GPS sekali. Tapi cam tak kena sangat koordinat tersebut dengan GPS kitaorang. Tah pesen lama punya kot kitaorang punya. Korang yang nak terai sila terai nombor-nombor ini manalah tahu mengena kan.
Jangan pi terai untuk sport toto sudahla. Eh itu 4 angka je kot.

N 05.42802; E 103.072854
Keranamu kami berjaya menjejak pok nong dengan mudah dan tere sekali. 

Dalam hati risau bukan kepalang juga kalau-kalau papa abis meeting lambat.
Nanti habesla sotong-sotong gemok.
Agaknya dah memang rezeki papa habes meeting kul 2 lebih.
Papa tapaukan makanan lunch siap tak nak makan sebab takut nanti perut tak muat nak isi sotong gemok.


Kul 3.30 kami pon dah terpacak depan warung pok nong. 
Pok nong baru je start nak goreng-goreng.
Adala juga pelanggan lain yang dah tunggu.
*emmm benti jap nulis pi ratah derian kat daporr huu.


Erkkk. Burrppp alhamdulilah. Selamat dah 4 ketul derian masuk lam perut.
Kat mana eh tadi?
Oh kat warong pok nong.


Kat sini takda pelayang (konon nak munyik slang ganu citit) nak hambekkan ko sotong gemok. Silala rebut sendiri nanti ya ala macam sukaneka rebut gula-gula tu. Oh ya kenapa pula sotong yang macam asyik disebut ya sebenarnya ada udang rangup dan ikan juga. Semuanya digoreng celup tepong. Kalau kat jb biasa nampak orang jual pisang goreng je kat warong. Keciwa masa angkat tudung saji ijau tu sotong lum ada.


Jenuh tau nak nunggukan sotong ni. Pok nong letak jer terus habes. Papa yang nampak macam badang hebat lagi berkuasa tu pon tak sempat nak hambek pada mulanya. Ini yang dah second round baru dapat. Tu pon badan sotong jer 2 ketol. Wuwu. Tak cukup ni. Perut yang tamak mula berkata-kata. Jadi tunggu lagi kemahen lama untuk menambah bilangan sotong dalam pinggan.


Akhirnya dapatla 3 ketol badan sotong bersama 4 biji kepala. Harganya RM19. Aku rasa-rasa kepala tu satu singgit kot. Badan RM5 seketol. Udang pon kitaorang amik gak tapi lamaaaaa sangat nak tunggu. Pok nong asyik goreng ikan. Ikan kitaorang tak amekla malasss. Tapi kan sebenarnya sotong tu makan seketol je dah cukup tau sebab perut senak sangat. Agaknya sotong tu mengembang tak dalam perut kikiki? Muak pon iya jugaa. Lastly udang kitaorang bungkus jer sebab dah tak larat nak makan lagipon udang tu buat mulut aku gatal. Udang murah sikit 7 ekor RM4 kot kalau tak silap.


.
Dah puas menyotong pegi jenjalan kat pantai pula. Ada pantai depan warong pok nong. Ni gambar dengan kak ros wife sharul dan hero hemsemnya ariff. Aku yang baju belang-belang tu konon nak nampak gemokla beli baju corak gitu.

Mekasih papa sebab bawak mama gi Terengganu. Lenkali bawakla lagi ya ;P. *lenkali tu tah bila la agaknya yeeee



Friday, June 8, 2012

From JB to Gong Badak, Villa Sri Mayang






Kalau bukan sebab papa ada keje dekat Terengganu, mungkin sampai bebila pon aku tak merasa menjejak kaki kat Terengganu.
Ehhh. Aku penahla gi Pulau Kapas dulu.
Tapi dah berkurun lama dah.


Kami bertolak hari Ahad (3 jun 2012) <--- wajib catat ni untuk kenangan masa tua kelak. Harus dicatat sebagai tarikh hari ini dalam sejarah
Cadangnya nak tolak 6.30 pagi tapi lajak sampai 8.30.
Standard arr. Janji melayu.
Breakfast dulu kat restoran zai, jumpa opismate papa dekat sana sebab kami nak pegi secara konvoi. Opismate papa, sharul bawak isteri dan anak dia jugek.
Opismate papa yang lain pon pegi gak tapi derang tak bertolak ngan kitaorang jadi derang takdalah dalam ini cerita hokeyy.


Kitaorang pilih jalan dalam menyusur pantai mersing - rompin - pekan - kuantan.
Best ikut jalan ni sebab boleh tengok pemandangan.
Asal nampak laut je cam jakun seketika dan sibuk tunjuk pada bebudak tu nampak tak laut lautt.


peta gugel ni entah sape punya mintak halal yaa


Aku nampak banyak benda menarik tapi tak sempat pulop nak capture.
Kang asyik berenti kang minggu depan pulak baru sampai terengganu.


Masa sampai kuantan singgah jap makan tengahari.
Keciwa hatiku kerna restoran yang kami singgah tu takdak ikan patin masak lemak tempoyak.
Tapi takpelah. Takda rezeki la tu namanya T__T.
Lepas dah makan-makan kitaorang gerakla semula.
Boleh plak tak jauh dari situ aku nampak restoran dengan besar-besar papan tanda ikan patin lemak tempoyak. Meleleh jela air lior tengok papan tanda.


Tak lama lepas tu sampaila kitaorang kat terengganu.
Tapiii nak menuju ke Gong Badak tu boleh tahan kembang dan kebas punggung dibuatnya.
Akhirnya, dah dekat maghrib barula sampai ke destinasi yang dituju iaitu Villa Sri Mayang.
Kitaorang duk sini sebab UTM suruh duduk sini. Lagipon dekat dengan UMT, tempat papa nak meeting besoknya.


Kedatangan kami disambut mesra oleh kawanan lembu.


Pagi lepas breakfast laksam kat depan villa.

Villa ni okla murah. Sesuai untuk golongan yang nak pegi bercuti dengan bajet ciput.
Bilik yang kitaorang dapat harga RM95 satu malam.
Biliknya kecik sikit macam sendat je bila dah isi 4 orang manusia kat dalam.
Bilik aku ada aircond, ada tv, ada bilik air sendiri, ada nyamuk sekor.
Pakej sekali dengan water heater rosak dengan bilik sapu sendiri (kehkeh konon tak suka kotor-kotor cehceh macam pembersih sangat je kau kan).
Tapi yang best ada Wi-fi weeewee.
Sarapan tak disediakan jadi sila terjah ke warung-warung berdekatan untuk mentekedarah.
Kalau nasib tak baik dapat bilik yang bilik air kat luar. 
Aku tengok kat brosur dia ada bilik yang besar tapi mahal la sikit.


Nak tempah kalau, pegila cek website derang : www.villasrimayang.com.my


Nanti-nanti aku nak sambung lagi citer gi terengganu ni tau. Untuk kenangan masa tua gak lahhh hihi. Ni baru terengganu ni kalau pi cuti obersea tah sampai taun depan dok update citer tu je kan ngehngeh.


Monday, June 4, 2012

malu sendiri.






Pernah tak korang korek balik entri lama korang yang zaman purba baru-baru nak belajar berblog punya?
Lepas tu korang berada dalam situasi eh merepek apakah yang aku taipkan dulu ni?
Aku la tu, bukan orang lain pon.

*malu sendiri*

Friday, June 1, 2012

lesen.






Aku ada lesen memandu.
Lamaa dah amik.
Rasanya zaman study kat u dulu.
Malas nak hambek yang benarnya.
Tapi mak paksa. 
Mak kata nanti susah kalau takda lesen.
Aku kata ala apa nak susah nanti upahla driver.
Emak pon bagi jelingan maut.
Maka, aku amekla lesen dengan berat hati.
Nyampah aku kalau cikgu driving cina nama an tiam tu datang pon pon kat rumah.
Aku baru nak layan hindustan.


Dah ada lesen aku simpan je wat pekasam.
Yala. Study lagi mana mampu nak pakai keta.
Dah keje baru aku pegang stereng semula sebab dah mampu beli kancil terpakai.
Tu pon auto je boleh pasalnya aku dah tak reti bawak manual.
Dah kawin aku malas nak pegang stereng lagi sebab dah ada driver hihi.
Dan aku tak pernah ingat nak renew lesen.


Haritu mak abah datang diaorang sibuk suh aku renew lesen.
Bila cek rupanya dah mati dari 2008.
Selalunya memang abah pon yang pegi renewkan (aku bayo laa tapiikk manyakk cantikk mukaa)
Abah pon pegi tolong renewkan.
Tapi tak boleh.
Sebab dah lama.
Aku kena amik driving test semula.
MATIKKKKKK (padan muko kauuu!!).


Muka berbelas tahun yang lampau. Mak aku kata muka cam lampu. Sampai ati mak T__T.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal