As-salam, korang. Hai blog!
Duh. Cam dah berkurun lama jer aku tak meraban kat sini.
Aku mulakan dengan cerita kehidupan last week punya.
Aku mulakan dengan cerita kehidupan last week punya.
Last week, minggu yang meriah untuk kehidupan dan rumah aku.
Memula mak dan abah datang sebab nak nemankan aku. Seminggu diaorang kena bertapa kat sini.
Pasalnya pak busha gi langkawi takmo bawak aku. Asyik jenjalannn jer dia tu. Aku nak ikut tapi tak bolehla sebab belum cuti sekolah.
Bahagia rasa bila mak ada sebab mak masak. Mak ngemas. Aku rilekk.
Cis. Tak baik tau. Dah mak aku memang spesies rajin. Suruh duduk dendiam mana maunya dia. Kejap kang pegang penyapu. Kejap kang belek pokok aku yang nak tak nak jer hidup. Kejap kang tolong lipat baju aku yang berbakul-bakul tah dari zaman bila tak lipat.
Hari jumaat adik aku, suami dengan anak-anak dia pulak datang berkampung kat sini.
Pak busha pon dah balik.
Bertambah meriahh kehidupan dengan bertambahnya kekanak riang dalam rumah ni.
Ramai orang berkumpul time tu jugaklah baru pak busha nak terkedek-kedek repair itu-ini dalam rumah.
Pasang kipas 2-3 bijik, betulkan shower. Tula pak busha ni. Memang pe'el beliau sejak azali bab nak repair benda misti lambat.
Adik aku ngan suami dia ada kenduri kat sini sambil tu nak jalan-jalan tengok apala yang best sangat kat jb ni.
Kitaorang bawak gi Puteri Harbour je. Lepas tu makan-makan kat saujana.
Tak bestla saujana tu. Makanan dia besa jer aku rasa.
Ada lak orang main ghazal kat situ untuk hiburan orang makan. Aku lak spesies tak suka dengar bunyi-bunyian yang kuat. Tertekan aku kat situ. Kang ada plak orang seni dan budaya marah kat aku.
Aku memang dari kecik tak suka dengar bunyi kuat. Tak kirala bunyik apa pon. Asalkan bunyi tu macam mendesing kat telinga nanti aku jadik pobia. Ada tak istilah untuk pobia bunyik?
Motip nak gi saujana sebab nak view cantik jer. Boleh nampak singapore dari situ.
Padahal bukan singapore yang nampak bercahaya malam-malam tu tapi ptp (pelabuhan tanjung pelepas). Konfiden jekk pak busha aku dok gebang kat orang putrajaya kan hihi.
Diaorang tanya gak apa shopping complex yang best kat jb nih.
Entah. Yang aku tau jusco jela yang paling best haha.
Yang lain seme hidup segan suruh tutup takmo plak.
City Square? Uhh. Parking mahal situ. Bukan ada apa sangat pon.
Aku rasa korang pon bosan nak baca catatan aku yang berjela-jela ni kan.
City Square? Uhh. Parking mahal situ. Bukan ada apa sangat pon.
Aku rasa korang pon bosan nak baca catatan aku yang berjela-jela ni kan.
Baik korang tengok gambar aku ngan famili.
Kalau korang nak nengok arr.
Tak mau tengok kalau, sila tutup mata haha.
Adik, mak, risya, akif (anak adik). Tak banyak kapal berlabuh. Gi berlayar kut.
Anak buah aku. Hensem kan? Glemer sat bibik adik aku masuk dalam blog. Manala tau famili dia terbukak blog aku misti jeles diaorang tengok lis jenjalan.
Yang dewasa, mereka berdua adalah biras. Biras bukan guni beras ponni taj mahal. Body tu adala sikit rupa guni beras hikhik. Tapi pak busha dah kurus sket sejak rajin minum Green Fit ni. Cuma dia tu takda masa nak gi gym kalau tak beliau misti lagi tough dari Ady Putra uhukkk.
Yang kenit, mereka berdua adalah sepupu.
Mak dan cucu-cucunya. Semua manja dengan emak. Terpaling manja risya dengan akif.
Mak long dengan humaira. Mak long tu akulaa kalau ada yang tak tau. Comel kan? Humairaa. Bukan aku. Aku taula aku tak comel. Korang cer tengok kasut aku. Kasut baru beli tu. Cer pokus kat bulatan merah tu. Aku tak taula kaki aku cacat ke apa. Bila aku pakai kasut ni jari kelingking kaki belah kanan mesti nak tersentil keluar. Yang kaki kiri elok jer duk lam kasut. Pelik. Aku dah try sumbat-sumbat nanti dia tersentil balik.
Famili besar aku yang kecik je bilangannya. Aku takda ramai adik-beradik. Cuma aku dengan adik jer.
My sweet child.
nota-noti:
Aku pagi memang bizi. Nanti petang aku BW umah korang. Ada yang aku dah jenguk semalam.