Assalamualaikum..
Harap anda bersabarlah dengan entri yang panjang nih hehe. Tarik nafas dalam-dalam. Hembussss...
Ayuh! Mulakan.
Alhamdulillah.
Selesai jugak akhirnya konsert cum graduation risya 4 Dis yang lepas. Lepas ni risya dah tak sekolah smart reader lagi. Legaa. Dah
tak rabak lagi poket tiap bulan. Takpalah kan. Demi anak-anak.
Sorilah. Kualiti gambar kurang memuaskan. Lighting dalam ballroom hotel nih yang kejap cerah kejap romantik tak membantu. Maklumlah ambik gambo pon guna iphone cikai je. Sedap jer
watermark baru aku landing kat kepala brader tu kan kahkahkah.
Macam yang aku cerita dulu kat
>>SINI, konsep untuk event nih ialah sweet 70's. Seronok pulak aku tengok teacher-teacher semua bergaya retro. Dengan rambut afro. Dengan seluar kembang. Dengan skirt polkadot. Diaorang siap buat persembahan pembukaan dengan berjuget-juget sakan atas pentas. Sporting habes diaorang nih.
Tu semua cikgulah tu yang tengah juget retro. Yang pakai wig purple tu teacher mas pengetua SRK Pulai Perdana. Comel dia.
Risya tengah ambik sijil. Dah rupa pelakon cina pulak rupa risya nih.
Macam biasa ada persembahan joget bebudak. Comel. Suka tengoknya. Gambar ada tapi belum dapat. Nanti bila dah ada baru letaklah.
Tu risya jadi emcee tu. Alhamdullillah. Ini yang aku nak. Budak-budak berani cakap kat depan. Supaya takda konflik macam mama dia. Nak lari dari universiti sebab takut nak present final year project kahkahkah. Nampak tak teacher yang berdiri tepi risya tu? Itulah cikgu dengan wig purple tadi.
Ada game juget penyapu untuk parents. Haha. Papa jadik drummer kononnnya.
Habis dah.
Aik?
Hahaha.
Anda ni semua sebenornya nak tengok gaya 70-an yang aku pakai kan. Kok ye pon bacalah dulu cerita aku kat atas tu weh haha.
Takdalah havoc mana aku pakai. Aku ni kan pemalu lagi bersopan. Jadi pakaian aku so-so ajelah.
Pada yang belum kenal itulah aku dengan gaya 70-an kononnya. Tapi shawl fesyen hana tajima versi tak jadik pulok kahakahkah.
Spek ala mata lalat tu aku beli RM5 je kat hinode shop haha. Tu idea incik papa lah tu. Saja nak malukan aku kan. Baju polkadot ni dah lama dah aku beli. Adalah dalam 3-4 tahun lepas. Simpan je tak penah pakai. Inilah baru pes time rasmikan.
Hah. Tu dia gaya lelaki terhebat dengan fesyen retronya. Rambut kembang afro pinjam kawan punya. Baju polkadot sedondon pulak dengan baju aku kan. RM4.90 je tau baju nih. Murahkan. Memanglah murah sebab beli dengan voucher jusco kahkahkah. Kain yang dekat leher dia tu aku punya key yang dah berzaman dalam laci.
Alololo tomei tomei. Haha. Sukahatilah nak puji anak sendiri kan. Punyalah kembang rambut sampai tak nampak aku kat belakang.
Aku dengan risya. Barulah nampak seluar yang aku pakai. Itu seluar pallazo. RM35 je aku beli. Pallazo pants antara fesyen 70's juga. Nampak tak belt yang aku pakai. Pes time nih aku pakai belt. Tu pon takda saiz kecik untuk aku. Terpaksa aku jadik bijaksana sikit cucuk dekat celah antara belt. Kalau cucuk kat lubang terakhir pon belt tu nanti melondeh ke bawah. Bukan senang jadik orang kurus keding cam aku.
Ini risya dengan baju tarian dia. Kurus sangat anak dara aku nih. Macam mama dia juga.
Risya dengan teacher Intan. Aku suka tengok muka teacher ni. Comel. Maxi polkadot dia pon comel. Teacher ni harus ingat kat Risya sampai bebila. Budak paling kuat nangis masa mula-mula masuk smart reader sampai teacher Intan takut sampai mama dia kena bertunggu-tangga dalam kelas. Sape tah mama yang sangat kasihan tu kan.
Risya dengan teacher Inah. Dia ni teacher kelas Risya masa 5 tahun. Tengok baju dia sama dengan skirt Risya. Memang tempah khas.
Incik papa dengan kawan beliau mr khalid. Masing-masing pegang trofi. Oh papa. Perut jaga-jaga sikit. Diaorang berdua ni suka buat havoc. Diaorang masuklah game juget retro sambil pegang penyapu tu. Aku awal-awal dah nyuruk. Kan dah kata aku pemalu lagi bersopan hiks.
Papa papa dukunglah kami! Kasihan papa. Tak kurus juga haha.
Nampak tak trofi yang aku pegang tu? Agak-agak korang trofi apa tu? Cer teka-teka. Hadiahnya, belanja diri sendiri dengan kuih 3 ketul singgit. Hehe. Gurau.