Assalamualaikum..
Pengalaman buruk ini dilalui sendiri oleh teman aku yang baru-baru ini makan di sebuah restoran tepi jalan yang tak berapa nak pemes iaitu "Din Kota" yang terletak di bandar Kluang.
Pada satu malam yang tak berapa nak hening, teman aku ini dengan beberapa orang kawannya singgah makan di restoran ini. Selesai makan, teman aku ni pon nak balik dululah jadi dia nak pegi bayar harga minuman dia yang cuma RM2 (teman aku tu tak makan).
Secara tiba-tiba tokey kedai tu naik hangen meroyan dan cakap total makanan semua RM26 (termasuk harga makanan kengkawan teman aku itu sekali dan kebetulan ada kengkawan dia yang dah balik dulu). Dan menuduh teman aku dan kengkawan dia tak nak bayar. Sebenarnya kengkawan yang dah balik tu dah pon membayar cuma towkey kedai tu lupa nak tick kat kertas dia.
Sebab malas nak bergaduh, teman aku pon bertanya berapa lagi yang belum bayar jadi dia akan bayarkan. Dengan kasar, towkey kedai tu cakap "ko kira sendirik ah, aku mana tahu" <--- apakah????
Lepas tu agaknya dah sedar dia yang salah kira, dia telah "menghalau" teman aku dan kengkawan dia dari restoran cabuk tepi jalan dia (bukan 5 star pon bang oiii nak berlagak!!). Dengan menghambur kata-kata kesat "korang blahla dari kedai aku, aku tak hadap pon korang makan kat kedai aku" <--- wadafol???
Ok. Aku mungkin nampak bias sebab hanya dengar cerita dari pihak temanku itu. Tapi aku memang percaya dengan temanku itu sebab dia bukan orangnya yang suka membuat cerita. Lagipon apa untungnya teman aku nak buruk-burukkan nama restoran tepi jalan yang dah sedia buruk itu?
Adakah sebab temanku itu memakai pakaian yang berlambang sebuah syarikat MLM maka dia terpaksa terima layanan buruk sedemikian?
Padahal teman aku dan kengkawannya makan dan minum di restoran tersebut bukannya atas tujuan closing prospek pon (fenomena biasa orang MLM bawak prospek gi restoran). Diaorang takda cerita pasal income ribu-riban pon kat situ. Diaorang datang memang atas tujuan nak makan dan minum.
Kalau aku kata "orang melayu kalau meniaga memang macam tulah". Nanti macam kutuk bangsa aku sendiri pulak kan? <-- macam kutuk diri sendiri pon ya sebab aku pon meniaga jugak walaupon secara online aje.
Maka, kisah ini jadikan tauladan buat semua dan diri aku sendiri jugak yang nak masuk dalam lapangan bisnes. Customer is always right tak kira apa. Kalau tak boleh tahan sabar dengan karenah customer cariklah pekerjaan lain seperti mencuci pinggan mangkuk. Tak puas hati kau seranah jelah pinggan mangkuk tu.
nota-noti:
Alang-alang komenlah sekali entri "Saya Bertudung dan Saya Sangat Pretty" tu ya :)
Maka, kisah ini jadikan tauladan buat semua dan diri aku sendiri jugak yang nak masuk dalam lapangan bisnes. Customer is always right tak kira apa. Kalau tak boleh tahan sabar dengan karenah customer cariklah pekerjaan lain seperti mencuci pinggan mangkuk. Tak puas hati kau seranah jelah pinggan mangkuk tu.
nota-noti:
Alang-alang komenlah sekali entri "Saya Bertudung dan Saya Sangat Pretty" tu ya :)