HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Wednesday, October 17, 2012

sekarang sudah suka Johor






Mode : Busy T_T

Mujur sudah dapat suntikan terapi hujung minggu lepas.


Sampai juer akhirnya. Dekat sahaja dengan rumah tapi nak menyampaikan diri ke sini macamkan legoland ini jauh kat utara.


Sedang ambil gambar zikry untuk pass. Proses yang sukar. Kamera tu comel macam alat mainan. Adik penjaga kaunter tu pon comel juga. Ampuuuunnn, hehe (ok, papa lagi 1000x ganda lagi comel ;P).


Hati juga rasa gembira sekarang apabila melihat cermin.
Sebab tiada lagi refleksi hantu kak limah dalam situ.
Dah buat rambut pesen baru.
Terapi juga tu berehat dekat salon.
Walaupon tak berehat sangat sebab ada orang asik sms, bila nak siap huhu..


Korang yang ada kat johor hujung minggu ni, selain pegi Legoland jom-jomla datang >>SINI.




Wednesday, October 10, 2012

bini-biniku gengster terpaksa rela






As-salam..hai koranggg =)).
Aci tak sekarang ni 1 minggu 1 entri pastu nanti 1 bulan 1 entri pastu kang 1 tahun 1 entri sampai lelama kang tutup terus blog T__T.


Update pasal last weekend punya citer.
Memandangkan lama tak update tulis panjang-panjang terus.
Agak-agak malas nak baca boleh sambung besok ahahaha.


Alkisahnya, kami kumpulan bini-biniku gengster (saya, Lin dan Sal) telah dipaksa dalam kerelaan oleh somi masing-masing untuk join satu program ni.
Program yang diberi nama Avail Rally ni bagus sebenaunya untuk muhasabah diri.
Tapi memandangkan haku rasa haku dah cukup bermuhasabah agak malas sebenarnya nak join.
Dahla kena bayar sendiri hewhewhew. Tu yang lagi malas tu :p.


Gambar-gambar bawah ni kalau ada yang haku ngadap kamera tu maknanya haku tauler ada orang nak ambik gambo haku mana yang haku tak hadap kamera tu maknanya haku tak tau. Kalau haku tau boleh wat muka comel sikit.


Cer carik mana saya hewhewhew. Program ni buat kat hotel Selesa, JB 2 hari 1 malam. 


First day kitaorang banyak main game. Syiok juga dah bangka begini bermain game. Yang kat sebelah saya tu Sal (another bini-biniku gengster). Nampak cam saya tengah tulis benda kat tapak tangan. Game apa yek ni?? Oh ye, kena hapal nama dan asal 5 peserta lain dalam masa bape saat tah. Tapi tak leh yang sebelah menyebelah, kena menyeberang kat grup belah sana.Otak jem tak sempat cukupkan 5. Sebabnya masa tu tengah kalut curik-curik reply sms customer ahaha. Henpon dilarang masa program berjalan tapi haku pedulik hape. Kata gengster. 


Pastu kitaorang dibahagikan ikut grup. Grup kitaorang green fit namanya. Saya memang dah agak dapat masuk kumpulan ni, ngeee memang harap pon dapat masuk grup ni pasal saya suka minum green fit dan jual green fit. Yang rambut ada terang sikit tu ketua kumpulan kitaorang, jangan kacau dia.


Turn kumpulan green fit mempersembahkan hasil kerja kumpulan. Yang pegang kad manila tu Lin (another biniku gengster). Saya ialah yang paling sekeping kalah kad manila. Tapi ada kelebihan jugak badan sekeping ni. Ada orang ingat saya budak sekolah tersesat masuk program ni hewhewhew. Dahla muka bulat, lagila nampak macam budak tak cukup umur tapi tengok dekat-dekat eh macam tua pulak budak ni, ada kedut sobs!


Lhorr, sapela yang parkinson tangkap gambo ni. Cer ngaku sikit. Masa ni main game follow my action. Tah pape tah. Ke lautt terus actionnya, sampaila orang yang last yang kena teka jawapannya. Kata beliau spiderman minum air wakaka. Padahal jawapan sebenar kingkong makan durian sambil berjoget. Motipnya kat sini, sesuatu perkara tu kalau dah disampai-sampai biasanya akan jadik tak betul. Maknanya kalau kita nak menyampaikan sesuatu biarla kita betul-betul mahir dan tau. Bagi orang yang menerima maklumat pulak janganla terus percaya apa yang disampaikan. Kena kaji selidik dulu.


Alah ciannya zikry sampai tertido atas kosi tunggu mama. Belum boleh check in masa ni. 


Program sampai malam, tapi takde gamba sebab takde sape hambik letteww. Ni dah second day. Aktiviti hari kedua ni banyak yang haku tak gemar. Kena jual produk bukak kasut sebelah lah. Tapi memandangkan guwa gengster maka guwa malas nak jual. Lagipon dah ada customer beli pon kat sms kira dah jual la tu ahahaha. Tapi motipnya bagus juga. Nak ajar kita supaya jangan terlalu pikir apa orang cakap. Yang benaunya aku malas nak jalan kaki ayam. Dahla kaki sebelah lagi pakai kasut wedges yang tapak tinggi tu. Terpaksa jalan tinjit-tinjit. Rasa nak kencing pon terpaksa tahan sebab tak rela masuk toilet hotel pakai kaki ayam. 

Ni haku tengah ralit tulis ikrar. Ikrar nak berubah, berazam jadik lebih baik demi yang tersayang. Haku saje jer malas nak mendalami ikrar ni pasalnya haku tak suka orang paksa-paksa. Bagi aku, keazaman yang dipaksa dari luar susah nak kekal. Biar keazaman tu datang dari dalam. Dan haku lebih suka cari sendiri kekuatan dalaman aku tanpa paksaan sesape. Lepas tu kena baca pulak ikrar ni. Kena baca kuat-kuat depan orang, pastu orang keliling ramai-ramai dok provoke kita baca ikrar tu sampai nangis. Agaknya kalau nangis tu maknanya kita menghayati. Diaorang tak tau haku dah penat nangis beberapa tahun sudah. Haku dah tak nak nangis lagi. The past is history. Aku dah tinggalkan zaman kesuraman. Zaman aku dihina sebab tak kerja dan nak jadi fulltime hauswife. Aku dah lama carik kekuatan sendiri. Itu yang orang tak tau dan tak paham kenapa aku paling benci acara tu. Akibatnya orang yang provoke kena jerit ngan haku. Mangsanya yang berdiri paling dekat ngan haku la. Sori encik aidil. Misti dia kaget kenapa haku tetiba memekik kat muka dia. Kata bini-biniku gengster kan.


Anak-anak kepada bini-biniku gengster bercanda kat kolam sementara tunggu mama-mama habis program. Somi-somi gagah perkasa jadik pengasuhla 2 hari tersebut. 2 hari tak cium bau uk-uk zikry hewhewhew.


Upacara penutup, kumpulan green fit jadik juara. Nampak tak saya mana? Kuyus sangat rupanya aku pakai jubah kembang tu. Dapat hadiah sabun basuh. Bagus sangat sebab sabun kat umah pon dah bis.


Ha, citer pon dah abess.
Kalau korang lum baca abes sila sambung besok kalau sudi hewhewhew.
Can cin cauu.
Pagi saya bz petang baru BW okeh :)).




Wednesday, October 3, 2012

weddings.






As-salam..

Wuwu. Nak ikutkan kadar masa memang tak sempat nak hupdate blog ni.
Sentiasa ada keje rumah yang menanti nak kena buat.
Stress juga kengkadang. Boleh sampai menangis (tu haku je haha).
Ada orang penah cakap,

"Alah duduk rumah tak keje apala yang stressnya."

Hemmm..stress tu bukan untuk orang yang bekerja je.
Surirumah pon ada stressnya yang tersendiri.
Menghadapi cabaran juga setiap hari.
Memang perlukan kudrat 100% dan mencabar mental jugak apa.
Nak kata keje surirumah tak berfikir, hari-hari perah otak fikir nak masak apa.
Pengurusan masa memang kena perfect.
Macam malam tadi saya tertido tak gosok baju suami dengan anak.
Pagi kelam kabut jadinya sebab pagi patutnya buat keje lain.
Walaupon bangun tiap hari kul 5 tapi macam tak cukup masa je rasanya.


Okla, update laju-laju pasal hujung minggu saya haritu (zikry dah uk-uk nak kena mandikan dia).
Wedding Is, my SIL.


Me dan Is kat masjid, sebelum upacara nikah. Sebelum ada yang tanya apesal kaler tudung saya tak maching ngan baju hikhik macamla orang nak tanya, kaler tudung camtu sebab bunga dia kaler camtu (sila melihat bunga-bunga di bajuku ittewww). Eh tak yah ah pokus kat saya, saya pemaluu (tampau kangg) sila pokus pada pengantin.


Pasangan yang baru diijabkabulkan. Ku pinang kau dengan bismillah. Tetibaa..


Hantaran kedua-dua belah pihak. Tema peach dari belah pompuan, tema hijau dari belah lelaki. Hijaunya serupa dengan hijau hantaran saya masa kawen dulu ~ sweet memories :)).


Makan-makan after nikah. Ada kambing bergolek-golek. Sodaapppp.


Dewan sanding @ Jubli Intan, JB. Memang tip top dewan ni. Selesa. Ada air-cond, bilik rehat besar dan ber air-cond. Surau pon ada walaupun kecik. Kat surau haritu lepas solat tengah siap-siap betulkan tudung tetiba masuk budak katering nak solat. Diaorang bukak je stokin pahhh pitam terus saya kat dalam tu. Laju-laju kuar dari surau pi betulkan tudung kat toilet. Toilet lagi wangi hahaha.


Is in her wedding gown. Terpesona dengan turban yang Is gayakan ni. Mulala rasa nak gugel cara-cara lilit turban ngeh ngeh <-- hemmm macamla sesuweii sangat muka bulat haku nak pakai turban kan dahla pakai spek silap-silap terus jadik cam makcik baru naik mandi lilit towel kat kepala. Baju ni is pakai untuk outdoor photoshoot. Tak sabar nak tengok hasilnya. Nanti mulala rasa nak kawen semula haha. Maklumla kita ni orang lama, zaman kita dulu takde gambar-gambar stail outdoor tu. Baju masa sanding tak sempat nak hambek gambo pulak. Besala..jadik penunggu pintu dewan tak dapekla jadik photographer. Eleh..kalo ye pon ada can ambek gambo misti tak ambek juga sebab edenn pemaluuu (bila nak menangkap gamba). Jadik penunggu pintu muka naik kebas. Senyum sepanjang masa sambil bersalaman bersama tetamu mengucapkan silakan masuk dan terima kasih sila datang lagi hehe.


Tinggg..terus pengantin bertukar haha. Bukan ni bukan is. The next day (ahad) gerak pi Melaka pula untuk wedding apo - sue. Haa..memang weekend haritu fully booked untuk wedding saja. Sila jangan pokus pada tudung saya nanti kantoi ulang tayang tudung sama masa nikah Is. Eh terbagitau pulak hehe. Amacam matching tak baju pink tudung turqoise haha? Colour block kengkononnyaaa..But i love my pink kurung pahang beri much pasal memanik dia lebatttt. Yer saya hantu baju manik.

Show off cikit ok jangan marah.

Zikry biasa tak peramah. Aish bagi gegula terus fren-fren :)). Zikry dah 3 tahun dah, tarikh besday sama ngan cik is sanding. Hadiah kawen cik is kena bagi separuh kat zikry laa kan hehe. Mama nak vacuum kalau hadoo eh nape mama pulak ek haha.

Reramai. Semua ialah availian bukan alien hokayy. Sian mr husband asik kena tumbuk ngan zikry. 


#Tak sempat BW pagi ni. Nanti petang BW slow-slow pasal saya kena guna tab. Stress lhorr pakai tab :((.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal