HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Thursday, June 30, 2011

#Spontaneous Thursday: Oh! Baru Aku Tahu

Assalamualaikum..

Oh.

Baru aku tahu.

Rupanya Spontaneous Thursday tu mula dari >>SINI.

Dah ada #WW kini #ST lepas ni apa pula ya?

Pandangan kalian tentang #ST?



nota-noti:
Alhamdulillah. Encik terhebat lulus periksa.

Wednesday, June 29, 2011

Untuk Usia Yang Dipinjamkan

Assalamualaikum..

Buat si 'dia' yang jauh di mata tapi dekat di hati.

Selamat ulangtahun.

Untuk usiamu yang ke-32 ini, aku bersyukur pada Allah kerana masih meminjamkan dirimu untukku.

Untuk usiamu yang ke-32 ini, aku berterima kasih pada Puan Zaila Sulaiman kerana melahirkan kamu. Sekali lagi syukur pada Allah kerana mewujudkan kamu melalui dia. Jangan sekali dilupa akan kesakitan yang ditanggungnya 32 tahun yang dulu. Sesungguhnya, doa dari seorang anak yang soleh bakal menjadi pengubat segala kesakitannya. 

Untuk hari ini, walaupon kau tiada di sisiku doaku sentiasa buatmu.

Semoga berjaya lulus dalam peperiksaanmu.

Ku nanti kepulanganmu.




kecik-kecik dah macho <-- pengakuan terhebat dari encik terhebat.
sebagai isteri aku redha dengan pujian terhadap diri sendiri itu.
hahaha.



Cuba banding dengan gambar kat -->>SINI. Ada rupa tak?



Monday, June 27, 2011

Surat Terbuka Buat Ayu Bakal Isteri Tomok

Assalamualaikum..

*Mahaplah agak berjela surat ini. Maklumlah ini surat bukan telegram ataupon sms.

Buat Ayu sahabatku..

Eceh. Sekarang pulak baru nak ngaku sahabat. Macam takda tahu malu. Padahal aku dengan Ayu dulu takat kawan satu fakulti jer. Opss. Silap. Nak kata kawan pon macam tak kena. Kenalan lagi afdhal lah kut. 


pic kau pon aku google jer.
ternyata kau masih cantik macam dulu juga.


UTM Skudai tahun '97 

Masa tu fakulti sains komputer penuh gila dengan manusia. Course terhangat ah kuhnunnya kan. Takda maknanyalah. Jadi kau sendiri pon paham kan macam mana kita nak pegi berkawan dengan semua orang. Sibuk dengan kuliah lagi. Sibuk nak carik boyfren lagi. Ceh. 

Punyalah ramai student time tu kan sampai ada berbelas syeksen untuk batch kita. Satu seksyen dekat 50-60 orang. Nama kau start dari S, Siti Rahayu Abbas nama aku pulak N jadi memang tak berjodoh satu seksyenlah kita. Seksyen aku ramai perempuan. Maklumlah lelaki start nama huruf N tak ramai sampai aku nak usha balak kat kelas pon takda pilihan hahaha. Sampaikan aku terpaksa usha balak gigi rongak yang aku bajet hensem pasal dia tinggi (sumpah dowh aku tak tahu dia rongak sebab bila ketawa jer dia tutup mulut).

Encik terhebat aku pulak dekat syeksen nama M. Seksyen dia semua lelaki. Mohd. belaka. Seram owh kalau masuk kelas diaorang. Kau mesti ingat dengan encik terhebat aku kan pasal dia jejaka hangat ah kuhnunnya bukan cam aku takat suam-suam air suam aje. Tapi masa tu aku lum couple dengan dialah. Dia pon tak syak kena beristerikan aku. Aku apatah lagi. Mana pandang lelaki pretend macho macam tu. Hahaha.

Masa Minggu Haluan Siswa lagi aku dah perasan kau pasal masa tu kau free hair. Maklumlah budak free hair bukan ramai mana nak banding dengan yang tak free hair. Tak silap aku kau pernah pakai tudung kejap kan masa tahun berapa tah?

Iskk. Asyik aku jer yang perasan kau. Kau perasan aku tak?

Kolej kediaman kita pon sama. Kolej Tun Fatimah yang tercinta. Tak best ah kolej tu pasal semua perempuan. Lagi sekali aku nak usha balak takda can. Hahaha. Macam terdesak je aku masa tu. Bukan cam kau senang je nak dapat boyfren pasal kau cantik. Kau tinggi. Kau hitam manis. Kau peramah. Eceh. Macam jeles jer bunyik. Padahal tak jeles pon pasal aku lagi santek dari kau. Hahaha. Baik kau jangan percaya statement yang last tu. Keh keh keh. Gurau sikit jangan sentap ah okeh.

Last but not least, aku dengar cerita kau jadik pramugari ya? Amik course IT tapi jadik pramugari? Takda isulah. Aku pon amik IT jadik surirumah berjaya. Hahaha. Tapi sekarang dengar cerita kau dah keje opis ya.

Eh. Tak silap aku kau ada berlakon iklan juga kan. Iklan beskut tiger susu tu. Kau jadik emak. Memang patut pon sebab umur baya kita ni dah taraf emak-emak. Aku macam ada perasan jugak kau berlakon iklan lain dengan Reza AF tapi sebab 2 kali je aku perasan iklan tu keluar kat tv jadi aku tak berapa nak pasti itu kau ke bukan. 

Kat majalah pon aku macam ada perasan. Iklan krim ke apa tah tapi encik terhebat kata itu bukan kau. Tahla dia tu asyik nak bangkang je apa aku cakap. Bila aku kata yang nyanyik tu rahmat mega dia kata rahmat ekamatra. Bila aku kata rahmat ekamatra dia kata rahmat jailani. Dah sudah siapa pulak rahmat jailani neh? Bapak aku daaa. Hahaha.

Agak-agak kau bila surat aku ni nak last ha?

Okeh. Okeh.

Aku ucapkan selamat menjadi pengantin baru buat kau. Aku tak sentap okeh walau tak dapat jemputan. Giler apa kau nak jemput ramai-ramai. Kang kalau aku datang pon dapat makan tisu jer. Itu pon kalau ada baki. Hahaha.




nota-noti:
Aku sesaja tulis surat nih untuk menumpang gembira kenalan aku bakal bernikah dengan retisss Tomok yang pemes 1 Julai nanti. Hehe. Takda niat apa pon okeh! Peace yawww ^^.








Friday, June 24, 2011

Vivo Forever

Assalamualaikum..

Hari-hari makan nasi adalah bosan. Bosan nasi cari mcd. Bosan mcd cari kfc. Bosan kfc cari mcd. Bosan mcd cari nasi. Huh? 

Mari menikmati pizza sesekali.

Tapi..

Bosan juga. Balik-balik kalau nak pizza pegi pizzahut. Balik-balik pegi pizzahut kalau nak pizza.

Sudahnya kami memilih VIVO pula. Hajat asal mencari domino's pizza. Tapi tiada ketemu di Sutera Mall.

WELCOME TO VIVO!

Teringat pertama kali ke Vivo di Angsana. Krew-krew di sana mengucapkannya kuat-kuat setiap kali pelanggan datang. Terasa dialu-alukan tapi kami ketawa-ketawa kerana merasa perlakuan tersebut adalah lucu.

Namun semalam di Vivo Sutera Mall mereka tak buat maka kami tak dapat ketawa.



bagi aku mushroom soup dia lagi sedap dari pizzahut punya.
ini seafood pizza bukan mushroom soup.

paling tak tahan aku tengok kupang kat atas pizza tu.
kerna aku penggemar seafood yang tegar.
meleleh-leleh saliva dibuatnya.
boleh pilih crust yang nipis atau tebal.
aku pilih crust yang nipis.



dessert double decker chocolate mousse.
memang tak boleh tahan dah.
walaupon dessert tapi tak manis keterlaluan.
maka ianya sedap.



si bujang ini seperti mamanya.
sukakan kek.

Ada harapan kami datang lagi ke sini. Sijil halal JAKIM pon ada maka boleh menikmati tanpa keraguan. Cuma yang kurangnya di sini takda hidangan dalam bentuk set. Hemmm..

Kalian pula suka pizza apa?








Thursday, June 23, 2011

Pilu : Retina Mataku Tanggal!

Assalamualaikum..

Kisah ini terjadi beberapa tahun yang sudah..

Dulu aku gemar betul berkanta lekap kalau keluar berjalan-jalan sebab :

bila pakai spek dengan tudung mengkibat tudung jadik kembang yang mana bila tudung kembang muka aku turut kembang lalu mengakibatkan perasaan muka tidak cun (padahal memang tak berapa nak cun pon kakaka).

bila berkanta lekap aku rasa cun SIKIT (astagfirullahala'zim) dan keyakinan diri naik sikit (positive side).

Tapi aku boleh pakai kanta lekap yang biasa aje. Takda peluang nak rasa lebih gojes dengan kanta lekap kaler biru kelabu bagai gara-gara rabun jauh dengan silau tinggi yang melanda mata aku neh. Aku penah cuba pakai yang kaler sudahnya aku nampak depan je kiri kanan atas bawah buta haha.


Maka. Pada suatu hari..

Balik dari berjalan-jalan aku pon melepas kanta lekap dari bijik mata aku. Tetiba..

Penglihatan jadi kabur. Macam ada sesuatu lapisan halang mata aku. Puas aku basuh-basuh dengan air tak mahu jugak hilang 'benda' tu. Jantung dah berdebaran lebih pantas.

Esoknya aku pegi klinik panel sebab free. Doktor cek-cek lebih kurang dan nasihat aku pegi jumpa optometris.

Langkah kaki (eceh..padahal naik kereta) aku bawak pegi kedai spek jumpa optometris. Beliau pon memeriksa mata aku dan kata retina mata aku tanggal. Macam batu besar menghempap kepala mendengar kata-kata tragis tersebut. Retina tanggal? Bunyi macam sangat serius dan menakutkan! Dah tanggal boleh pasang balik ke? Dan aku dinasihat ke hospital ke bahagian kecemasan. Aku pon mula menangis semahu-mahunya dan sebanyak-banyaknya memikir kemungkinan paling buruk bakal terjadi dalam hidup. Aku mungkin jadi OKU

Di hospital..

Aku dan encik terhebat (macam baru nak muncul pulak watak neh padahal dari awal dia ada dah) meluru ke bahagian kecemasan (untuk mata). Cemas neh. Mestilah cemas. Ini bukan main-main. 

Dekat kaunter kecemasan mata aku diminta petugas ke klinik pesakit luar terlebih dahulu.

Di klinik hospital..

Doktor periksa mata aku lebih kurang. Dan bagi ubat titis mata. Aikk??

Rupanya mata aku hanya terkena jangkitan kuman akibat kanta lekap tak berapa nak bersih.

Hantu punya optometris! Bikin aku sakit jantung aje.



kondisi retina tanggal/luruh/runtuh/lekang

Harun Ahmad, komposer lagu Jesnita nyanyian Exist menjadi buta akibat masalah retina tertanggal -->>BACA SINI.







Wednesday, June 22, 2011

Tuesday, June 21, 2011

Sebiji Macaron Hijau..Ke Biru?

Assalamualaikum..



Prolog


Sana sini orang bercerita pasal macaron. Membuatkan saya jadi kepingin. Melihat foto-foto manis macaron di blog cik min makin membuak-buak nafsu dibuatnya. Melihat bujal X menikmatinya bergoncang iman.


Beberapa bulan lalu...


Pernah cuba nak order tapi...

Bukan kedekut tapi... (tapi lagi...)


Sebenarnya...


Saya ini agak berkira dalam bab-bab bershopping. Beli macaron pon kira bershopping juga kan ? Disebabkan macaron adalah benda berkategori untuk kepuasan nafsu maka haruslah difikirkan dengan lebih mendalam sebelum membeli. Nak alah membeli menang memakai lah katakan.



Buat sendiri lebih jimat? Hei. Hei. Orang dah sampai ke marikh jangan kata macaron bayang macaron pon tak kan nampaknya kat dalam oven saya. Hahaha.


Sebenarnya..


Saya ini lebih suka memasak makanan barat sahaja. Err..berat. Yang ada nasik dan lauk maksudnya.

Kueh-mueh agak kurang suka. Paling hebat pon pernah membuat keria selain jemput, cekodok dan beberapa jenis manisan (2 jenis pun kira beberapa juga kan?)


Pada suatu hari..


Saya pergi Jusco. Tetiba kelihatan sebakul macaron dijual di sebuah kiosk. Hati terus kegirangan seperti kera dihadiahi bunga.

Sebiji RM2.50 ? Mahalnya bagi sebiji macaron yang kecil. T__T.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Akhirnya...


Saya beli juga macaron itu. Takut kempunan. Tapi SEBIJI cuma dan dikongsi berempat. Jadilah. Bak kata pepatah sikit sama dirasa. Dan saya tak tahu apa rasanya macaron. Tak sempat rasa dah hilang masuk tekak.





nah macaron sebijik!


Monday, June 20, 2011

Gembira Seorang Bapa Dihadiahi Kereta

Assalamualaikum..


Selamat hari bapa. ayah. abah. papa. daddy. walid. etc.

Sempena hari bapa aku sekadar menghantar ucapan manis yang formal melalui sms kepada abah di kampung.

Sejujurnya aku tak pernah tahu wujudnya hari bapa sehinggalah aku berusia 20++. 

Encik terhebat pula mendapat bukan sekadar ucapan manis tapi dihadiahi sebentuk kereta yang lebih manis.

Mahal. Sangat mahal.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


anakku pulang dari sekolah
anakku buatkan kereta
(baca macam menyanyi lagu kanak-kanak 
papaku pulang dari kota belikan kereta kecil warna merah)



sedikit musykil risya memilih ayah padahal encik terhebat dipanggilnya papa

Hadiah yang sangat mahal bagi seorang bapa kerana dibuat dengan titik peluh sendiri oleh seorang anak berusia 6 tahun.

Moga dewasa nanti papa dihadiahi kereta juga oleh risya. Hehe.




nota-noti:
Terima kasih wannie kerana menjadi follower ke 500 ^^.

Ate dan Daddy Ziyad, saya tak boleh masuk blog kalian pasal ada malware.




Friday, June 17, 2011

Dah Habis Episod Kegilaan

Assalamualaikum..

Dah. Dah. Habis dah episod kegilaan pada keromantisan Seth Tan. Drama yang aku tengok bersama-sama encik terhebat dan seringnya dia dipertikai sebab tak seromantik Seth Tan. 

Tengok-tengok papa tak dukung mama pon kalau mama sakit. Aduh! Mama beratlah kata encik terhebat mempertahan diri. Papa tak bagi bunga? Itu mama tak heran pasal mama bukan suka bunga sangat. Membazir ah. Lebih baik belikan mama barang ikea. Hahaha. Papa nak kecoh semacam tak kalau kaki mama cuma tergeliat? Haha. Nanti mama rimas kalau papa terlebih caring kata papa lagi mempertahan dirinya. Papa nak bacakan mama buku kehamilan? Hahaha. Memang tersangat lawak. 

Sudahlah. Kata encik terhebat, lelaki macam Seth Tan tak wujud. Aku kembali berpijak pada realiti. Lagipon Seth Tan ada dosa besar pada Nora. Jadi tak hairanlah dia jadik lelaki sempurna pasal nak tebus dosa.

Lagipon aku sudah cukup bersyukur punya suami yang sayang pada aku. Yang cuma setia pada aku. Yang tak kisah pasal aku nak jadik surirumah. Yang sabar layan mood aku yang tak menentu. Yang sanggup beli makanan kalau aku malas masak. Yang tak pernah naik tangan kat aku walau kadang-kadang aku garang tak menentu. Yang sanggup tak ajak aku keluar pukul 2 gara-gara aku sedang kegilaan menonton Pengantin Remaja. Tak apalah walau dia tak seromantis Seth Tan. Aku pon bukan romantis sangat. Asalkan dia tak terlebih penyayang macam Salleh Yaacob sudah. Heheh.

Ending semalam tak bestlah pasal Yvonne tak mati. 



kamulah encik terhebat saya buat selamanya.
saya terima ketidaksempurnaan kamu
seperti kamu menerima ketidaksempuranaan saya.







Wednesday, June 15, 2011

bigfoot.


Sori. Tunjuk tapak kaki.
Besar ikut papa.
Dah besar nanti saya pakai saiz 10.
~ zikry

Tuesday, June 14, 2011

Nostalgia

Assalamualaikum..

Kadang-kadang bila saya masak atau makan sesuatu secara tetiba terhimbau nostalgia. Pernah makan sotong masak hitam? Bukan hitam diletak kicap. Bukan. Tapi sotong ditumis sekali dengan dakwatnya yang hitam tu. Argh. Manalah ada dakwat sotong berkaler merah atau biru. 

Saya sangat suka. Emak selalu masak masa saya kecil-kecil dulu. Pasti akan saya makan nasi sampai jilat-jilat pinggan. Macam tak senonoh? Saya masih kecil masa itu. Kalau sekarang jilat pinggan memang kena luku dengan encik terhebat. Namun lepas ditegur oleh pakcik saya, dakwat sotong itu beracun terus emak dah tak masak lagi. Tinggallah kesedapan sotong masak hitam dalam kenangan. RIP.

Telur ikan

Kalau saya kata saya sangat suka telur ikan semenjak masih berbentuk embrio dalam kandungan emak, kalian mahu percaya tak? Semasa saya dikandungkan, emak mengidam telur ikan. Nasiblah dapat. Kalau tidak air liur saya pasti asyik meleleh. Sehingga sekarang kalau makan/masak ikan saya akan kobek perutnya dulu. Kalau ada telurnya saya pasti berwajah ceria seperti cerianya wajah zikri bila saya nak beri susu ibu. 

Puding Roti

Kalau kalian masih ingat saya pernah kata sangat suka puding roti kan? Apa, tak ingat? Marahlah ni. Hehe. Masa kecil dulu saya cuma dapat lihat kesedapan makanan ini dalam majalah saja. Bila minta emak buat, emak cuma kukuskan roti dengan santan dan gula. Sangatlah tak sedap. Itu sajalah sekali emak buat dan saya tak minta lagi sebab tidak sedap. Dah dewasa saya dah boleh bikin sendiri. Baru saya tahu puding roti itu enak.



ramadhan hampir menjelang. makin keraplah saya bertemu dengan nasik goreng.


Monday, June 13, 2011

Petua Pecahkan Biji Angin





Assalamualaikum..

Korang penah kena biji angin tak? Tempat peberet dia nak tumbuh selalunya leherlah. Kalau kena ni memang tak selesa. Leher sakit kepala pon sakit. Namanya biji angin sebab dekat tempat yang sakit tu boleh rasa dengan jari ada benda berbiji-biji kat dalam. Tulah biji angin bukan angin pasang ya!


Sekarang ni leher saya punyalah sakit gara-gara biji angin jahat nih. Saya dah pegi berurut sebab tak tahan sangat. Hambek kau! Sampai jadik naga akak tu dok urut leher saya.


Kasihan pulak tengok kakak itu. Dah macam nak pengsan pon ada.


Dia kasik sikit petua nak pecahkan biji angin tu.

Caranya, ambik sedikit lada hitam + ketumbar + jintan manis.
Bubuh dalam buntil. Bila nak guna panaskan buntil dengan seterika. Lepas tu tuam. 

Tapi saya belum buat lagi pasal malas. Hehe.


Saturday, June 11, 2011

Ujian

Assalamualaikum..

Ditimpa sakit itu satu ujian. Saya redha. Agar sakit ini boleh menghapus dosa-dosa kecil. Hari ini sudah sedikit pulih. Merancang nak mengerjakan rumah tangga yang terbengkalai. Masih dalam perancangan sebab tengah membakar-bakar semangat diri sendiri. Banyak yang nak dikerjakan. Dari pagi semangat tak terbakar-bakar juga. Ini satu ujian juga. Ujian melawan kemalasan.

Jenguk blog sekejap ah. Walaupon semangat nak berblog belum muncul. Dalam hati sudah pasrah kalau tak ada sesiapa baca blog yang dah beberapa hari terbengkalai. Tapi macam terharu bila melihat ada juga yang menitipkan doa buat saya di nota pendek ini. Terima kasih. Terasa macam ada banyak kawan walaupon cuma dalam dunia maya. Cerita pasal kawan blog ni ah ya saya dah dapat hadiah GA dari kak ariana. Terima kasih. Sukalah sangat.



mug untuk minum teh. siap ada alat celup teh tau tapi eh mana?


Macam biasa risya akan eksaited nampak benda baru lebih-lebih lagi barang orang dewasa. Alat celup teh saya rupanya dah diambil diam-diam dan dibuat main. Tu alat celup teh dah jadik penutup mata pirate. Memang bertuah budak ni. Barang-barang saya dan encik terhebat selalu lesap tiba-tiba. Memang risya punya angkaralah. Takda lain. 


Kembali ke cerita ujian lagi. Boring? Haha. Baca tahu, penat saya gagah diri tulis nih. Anggap ini ujian buat kamu semua. Heheh.

Selain diri sendiri sakit, anak-anak pon sakit sama. Risya demam dulu dan alhamdulillah dia dah baik. Zikri demam bersama-sama mamanya. Nampaknya bayi itu senang hati saya sakit. Terlantarnya saya di pembaringan menyenangkan kerja dia menyusu susu ibu sepanjang hari macam takda esok lagi. Tak apalah adik. Memang kerja mama susukan kamu saja.

Dalam minggu ini juga duit kami ditipu penyangak. Banyak jumlahnya bagi kami yang tak berapa nak ada ni. Kami cuba bersabar walaupon tersangat kesal. Tapi apa boleh buat. Pengajarannya, jangan mudah percayakan orang apatah lagi penyangak. Kami redha dengan ujian ini tapi tetap tak halalkan duit yang diaorang dah ambil. Ada sesiapa tahu doa khusus supaya duit tu boleh kami dapat kembali? Atau doa yang boleh membuat penyangak berasa panas macam kena bakar selagi tak pulang duit kami?





nota-noti:
Saya akan menjengah ke blog kalian perlahan-lahan. Tak boleh laju-laju pasal banyak entri kalian saya ketinggalan. Jadi ambil masa sedikit nak sampai ke semua blog. Tunggu ya!






Wednesday, June 8, 2011

Minta Maaf Kawan-Kawan..

Assalamualaikum..

Beberapa hari ni saya kurang sihat. Jadi tak berkesempatan nak menjengah blog kalian semua. Nanti bila dah sembuh saya jengah okeh! 

Tulis pendek aje pasal kepala saya pening.

Babai..

Monday, June 6, 2011

Aku Surirumah Terhebat?

Assalamualaikum..

Mak aku kata alang-alang nak jadik surirumah jadiklah surirumah terhebat abad ini. 

Mak memang selalu provoke aku sebab beliau tak berapa nak restu aku berkerjaya hebat iaitu menjadi surirumah. Mak mentua aku pon. Makcik-makcik yang tak berkaitan pon. Semua pon selalu cakap-cakap yang menanah telinga mendengarnya. Tapi aku paham dan sanggup tadah telinga dan tahan hati serta tetap berkata ini adalah pilhan terbaik? Dan aku dikira adalah degil serta sangat keras kepala.

Untuk menjadi surirumah terhebat, mak kata kena pandai menjahit. ????. Perghhhh....aku rela pegi potong rumput kat padang bola sepak sekolah beb. Siyes weh. Aku fobia tengok mesin jahit sejak dulu lagik. Tak tau nape ah.

Lepas tu mak suruh aku keje ambik tempahan buat kek. Aku senyum sambil gelak dalam hati. Nah. Aku pon buatlah kek untuk membuktikan aku sangat berbakat. Aku sangat hebat.

Taraaaa.....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
dipersembahkan:
KEK BATIK TERHEBAT 
DARI SURIRUMAH TERHEBAT


Nampak mengujakan? Tak? Aku sumpah kau sakit gigi malam karang. Kahkahkah. Kalau CHIKA tau aku pinjam ayat sumpah dia sure dia sumpah aku sakit gigi pulak. Hehe. Apala punya comel si CHIKA neh kan main sumpah-sumpah sakit gigi bagai. Yang aku tau dia dah sumpah aku sampai aku obses baca blog dia. 

Kek batik ni kan punyalah hebat sampai terpaksa dipotong oleh encik terhebat (suami aku lah) guna gergaji yang sememangnya aku saja tambah cerita bagi dramatik sket. Tapi siyes kek batik terhebat ni agak sukar dipotong oleh tangan kerdil aku. Sebab tu kena minta kerjasama suami. Pasal tu aku kata dia terhebat. Dia keras di luar tapi rangup di dalam (??). Biskut marie yang duk dalam kek tu kekal rangup. Sepatutnya memang begitu?

Walaupon tak berapa nak jadik aku sangat yakin pada rasanya. Sebab orang selalu kata jangan menilai buku dari kulitnya. Kulit nampak best tapi isinya hampeh?

Untuk menyedapkan hati sendiri aku tanyalah kat anak aku si risya pasal dia dah pandai cakap. Kalau tanya zikri kang dia cakap susu ibu lebih sedap. Dengan tampang penuh keyakinan: "risya, risya sedap kan kek mama?". Dengan tampang kejujuran: " tak sedaplah mama." T______T. Sememangnya kebenaran itu adalah pahit untuk ditelan. Sebab tu aku tak suka telan kebenaran.

Eleh. Tak sedap tak sedap pon habes jugak pasal aku sendiri bedal. Kehkehkeh. Jangan salah sangka. Encik terhebat aku pon bedal juga kek ni. Encik terhebat aku dia tak pernah kesah semua dia bedal asal jangan bagi racun sudah. Aku pulak jangan dia bagi madu sudah. Salah topik.

Aku ambik resipi kat >>SINI.

Begini lebih kurang bahan-bahan yang aku guna. Cooking coklat, butter, susu pekat, biskut marie hup seng, kacang almond.

Oh. Resipi nih tak guna milo. Kek batik cokat nama diberi. Kalau guna milo pon takdala pulak orang bagi nama kek batik milo kan. Kesian milo.

Teknik yang aku guna pakai.

Ambik loyang. Patah-patah biskut marie. Tabur kacang. Panaskan cooking coklat + butter + susu pekat dalam double boiler. Dalam dapor aku memang takda ah peralatan aneh macam double boiler tu jadi aku jadik kreatif  sket. Siapa kata jadik surirumah tak boleh asah otak. Begini ya. Aku panaskan air dalam kuali kura-kura tu kemudian aku amek periuk kecik letak dalam kuali. Nah. Kreatif tak aku?

Selanjutnya. Bancuhan tadi aku tuang dalam loyang yang ada biskut marie patah+kacang almod tu. Kemudian tekan sambil berdoa. Sejukkan dalam peti ais. Selang beberapa minit keluarkan semula sebab tak sabar nak makan. Dan.. terjadiklah situasi tak berapa mengujakan seperti terpaksa meminta bantuan suami untuk potong kek. T_____T

Oh. Ya. Siapa tere boleh bagitau kenapa kek batik aku jadi demikian rupa?








Saturday, June 4, 2011

Ukuran Kejayaan 2

Assalamualaikum.

Ah. Ya. Entri sebelum ini saya tanya kamu tentang ukuran kejayaan. Kejayaan itu luas skopnya. Tapi saya cuma hadkan kepada hebat tak hebat kerjaya seseorang, berapa besar gajinya, ada pangkat tak di depan namanya dan ramaikah orang kenal dengannya. Kalau kamu berjaya buat sebijik kek sedap dikira satu kejayaan juga. Tapi saya tak mahu bicara kejayaan semacam itu. Dan oh saya juga skopkan kejayaan dari segi duniawi saja. 

Kenapa saya suka kusut-kusut fikiran tentang soal ini? Sebab orang suka sangat mengukur kejayaan orang lain dengan cara begitu. Saya pon orang bukan orang utan. Kadang-kadang saya melihat orang pon demikian juga.

Begini maksudnya.

Kawan sekolah kamu dilihat lebih berjaya kerana mempunyai kerjaya yang hebat macam doktor, peguam, ptd etc. dibanding kamu sekadar surirumah yang hanya mempunyai sebuah blog perniagaan dan hanya memikirkan bilakah dia nak berjaya buat kek. eh?

(____________) isi tempat kosong sendiri dilihat lebih berjaya kerana gaji sebulannya melebihi 4 angka sebulan berbanding kamu yang terpaksa mintak duit dengan suami sebab nak beli pakaian dalam yang koyak. Oh. Takda contoh lain yang lebih sedap ke. Ok. Lain. Nak beli handbag contohnya.

(Dr.__________) ah isi lah nama sesiapa pon dilihat lebih berjaya sebab di depan namanya ada gelaran berbanding kamu yang cuma dipanggil puan.

Siti Nurhaliza sudah tentulah dilihat lebih berjaya berbanding Siti Laila. Siapa Siti Laila. Entah. Oh. Dia dah banyak kali buat album tapi tak laku-laku. Err..entahla. Saya reka-reka saja.



zikry: ah, apalah saya nak jadi nih nanti eaaa. doktor ka peguam ka engineer ka.
mama: jadi anak soleh cukuplah nak. eh? cukup ke? mestilah nak kamu keje yang hebat-hebat. heheh.







Friday, June 3, 2011

Ukuran Kejayaan

"Apabila kamu ingin berjaya, 
jangan sesekali meletakkan kejayaan itu sebagai satu destinasi. 
Kejayaan perlu ada tanda koma bukan tanda noktah."


Sekarang aku ingin tanya apakah ukuran kejayaan dalam hidup seorang manusia? Adakah berdasarkan :

- hebat tak hebat kerjayanya?
- berapa banyak pendapatan sebulannya?
- pangkat dan gelaran yang dipegangnya?
- ternamakah atau tidak dirinya?



nota-noti:
Pagi ini sahaja aku telah tidak berjaya membuat 2 jenis masakan mudah  T_____T. errr..bukanlah tidak berjaya sangat tapi kurang berjaya dari segi hasil yang bermutu saja. Janji boleh bedal sudah. Yang nak makan pon cuma aku, budak kecik dan suami aku. Diaorang bukan tahu kek aku tu bermutu ke tak. Kehkehkeh.

Wednesday, June 1, 2011

Kenapa Aku Berblog?

Assalamualaikum..

Kenapa eaa? Cer citer. Cer citer kat Nelly. Siap sedia ya pasal akan mengarang dengan sedikit panjang. Kalau bosan scroll aje. Heheh.



Pada suatu masa dahulu, ececeh seorang surirumah yang sedeh berkira-kira untuk berniaga secara online setelah memutuskan bahawa dia tidak bahagia bekerja di luar rumah. Maka terciptalah sebuah blog perniagaan di Inspirasi Sihat&Cantik. Sila. Sila. Sesiapa nak membeli-belah boleh jenguk ke sana. 

Setelah beberapa bulan berlalu. Surirumah tersebut terasa ingin membebel tentang perkara duniawi lainnya. Asyik-asyik pasal produk asyik-asyik info penyakit kejemuan pulak melanda hati surirumah tersebut. Maka dia pon meneruskan misi membuka blog personal pulak. 

Terasa sedap dapat meluahkan rasa hati dekat blog sendiri. Ada pulak orang baca dan komen semakin meriah rasanya hidup surirumah tersebut. Rasa macam hari-hari jumpa orang padahal berkurung dalam rumah nak jumpa kucing pon susah. 

Kehidupan surirumah tersebut semakin berwarna-warni dengan adanya hobi baru. Takdalah asyik membuat hobi mengemas rumah semata-mata dan kemudian membebel gara-gara orang membuat sepah. Hidupnya yang sunyi lantaran suami sibuk bekerja siang dan malam sedikit sebanyak terubat juga

Sedikit masa dulu surirumah ini juga suka menulis dalam diari yang sebenarnya bukan berciri diari pon. Lebih berupa buku contengan. Dekat dalam situ dia menconteng isi hati kalau sedang marah. Tapi kini buku conteng tak main dah ah sebab boleh conteng-conteng dengan lawa dalam blog. Tapi tak sedap jugak sebab dalam blog tak boleh nak conteng benda-benda marah. Jadi kita contenglah benda-benda manis saja. Kalau ada yang tak berapa nak manis kena tapis-tapis dulu kalau tidak nanti macam membuka aib sendiri.

Tapi kebelakangan ni surirumah ini dah mulai bosan dengan hobi baru dia. Agak-agak ada potensi nak bersawanglah kut blog ni..hehe. Alah. Takpalah. Blog aje bukan rumah pon. Kalau rumah bersawang tu baru perkara penting yag perlu diberi perhatian.

Oh ya. Cik Nelly, jawapan kepada soalan segmen tu saya kalerkan pink supaya cik nelly tak penat baca karangan yang bajet nak dapat A+ ni ya.

Lupa laks kena tag orang. Ini yang tak berapa nak gemar neh. Takpalah. Sebagai memenuhkan syarat penyertaan kang tak pasal disqualified lak penyertaan aku neh maka aku tag jugalah. Silalah :


tarikh tutup : 17 jun..sempat der nak join. Sapa mahu join klik gambar nelly kat atas tu ya.



nota-noti:
Moga manusia (?) keji yang sanggup melempar bayi baru lahir dari tingkat atas apartmen tu dapat pembalasan setimpal dengan kejahatan maha keji dia.



Saintis Muda vs Eksperimen Telur

Assalamualaikum.

Saya ada cakap sebelum ini hari Sabtu lalu saya sibuk kan. Nah. Ini baru rasa nak tulis tentang benda yang disibukkan lantas membawa kepenatan yang bukan kepalang. Penat sampai takda hati nak bukak blog (alasan?) 

Pada mulanya macam malas nak update cerita ini pasal gambar-gambar yang diambil agak tak berkualiti. Malahan sebahagian acara tidak terambil gambar pon. Ini gara-gara saya terpaksa bertarung sendirian menghadapi bayi yang notti lalu mengharap adik ipar untuk mengambil gambar. Pastilah dia tak berapa pasti gambar apa yang patut diambil. 

Bayi tersebut sudahlah notti hanya mahu didukung oleh saya saja, tak mahu dengan tok maknya juga (emak suami). Langsung tak membagi peluang kepada saya merakam gambar dan video kakaknya. Sebenarnya ini adalah pertama kali saya pergi ke acara sekolah tadika tanpa ditemani suami. Dan akan jadi yang terakhir juga. Seriklah kena buli dengan bayi. 

Kalau papanya ada bayi itu memang tak mahu dengan saya (bila keluar rumah). Entahlah ya. Begitu aneh. Mungkin lagi sedap dipeluk papa berbanding mama yang hampir tinggal tulang neh. Tapi seronoklah begitu bukan. Hehe. Bolehlah mama berjalan lenggang kangkung. Sejak bila kangkung pandai berjalan lenggang ala mak limah eh? Siapa mak limah?

Tengoklah gambar saintis muda ini kalau rajin. Abaikan kualiti gambar yang tak seberapa.


kakak risya (anakku) adalah yang sedang memegang mikrofon. saintis yang kanan sekali tu bernama munif. kakak risya pernah bilang kepada saya yang munif sukakan dia. hehe. apalah budak-budak nih. saya tanya macam mana tahu pulak yang munif suka dia? sebab dia kata sya comel. oh. gitu ya.


kakak risya dah mulai bosan. kurang pasti kenapa. panas barangkali? padahal baru nak mula eksperimen. tocang dia pon dah senget sebenarnya. kasihan. mama tak boleh nak urus kamu gara-gara adik kamu yang notti.


terpegun kawan-kawan saintis mendengar kakak risya berkata-kata. oh. ya. saya selalu merasa risya punya kelebihan dari segi ini. selain bermulut banyak (banyak cakap maksud dia) dia juga suka menjerit kuat-kuat. hehe. 


errkk..teacher sumanthi, tu air eksperimen tu. jangan ambiklah.


eksperimen pon dimulakan.


kan dah kata. teacher sumanthi nak air. lihat ni adik-adik. telur akan tenggelam dalam air tahu.


saintis vimenthani mencedok garam. teacher sumanthi sembunyik. malu. pasal dah ketahuan nak curik air eksperimen.


letak garam dalam air. kagum betul rakan si saintis melihat aksi garam nak masuk dalam air.


sekarang saya putar halimmmm. eh. putar? kacau garam sampai kepala berputar. munif suka betul melihat aksi mengacau garam.


tak habis kacau garam lagi?


aksi kacau garam yang tiada kesudahan. rakan saintis mulai bosan. kelihatan seorang hadirin yang bangun nak pegi tandas barangkali?


nah. berakhir juga langkah mengacau garam. what's next?


oh. rupanya dah masukkan telur dalam balang air bercampur larutan garam tadi. teacher sumanthi is back! nak curik air eksperimen lagi ke? kakak risya memang dah cukup bosan dan mulai malas nak beraksi.


itulah dia eksperimennya. telur akan terapung dalam air masin ya adik-adik. 
  

wajah-wajah gembira? kerana berjaya membuat telur ayam terapung.


kumpulan saintis bersama guru-guru. terima kasih teacher kerana memilih anakku sebagai salah seorang saintis. the best among the best saja yang terpilih. itu cikgu katalah. padahal risya ini memang berisiko tinggi untuk membuat onar (seperti tak beraksi dengan sungguh-sungguh) kalau mood dia dah lari. pendek kata teacher memang berani ambil risiko. risya moody orangnya. ikut siapalah tu ya? hehe.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal